Sukan tempur moden mixed martial arts (MMA) kini menjadi salah satu daripada sukan yang cukup popular terutamanya di kalangan lelaki. Sifatnya yang menampilkan petarung dari pelbagai jenis latar belakang kepakaran seni bela diri menjadikan ia sebagai satu kegilaan terbaru.
Nama-nama hebat seperti Khabib Nurmagomedov, Conor McGregor, Anderson Silva, Fedor Emelianenko dan ramai lagi begitu dekat di bibir peminat sukan tarung.
Di rantau Asia Tenggara dan Asia Pasifik khususnya, pertandingan di bawah One Championship telah mendapat sambutan yang cukup menggalakkan. Ia bukan sahaja menampilkan aksi kepakaran seni bela diri seperti kickboxing malah turut menampilkan atlet dengan latar belakang Muay Thai.
Di negara kita pengaruh sukan ini kian mekar berkembang. Apatah lagi dengan tularnya atlet remaja negara kita baru-baru ini tular menumpaskan lawannya dari Thailand hanya dalam masa 16 saat sahaja.
Remaja berusia 16 tahun, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar memaparkan aksi debut yang sangat memukau pada 24 Februari lalu di One Championship selepas menumpaskan Padetsuk Fairtex yang dua tahun lebih tua.
BERNAMA melaporkan bahawa dia berjaya menumpaskan lawannya dengan cangkuk kiri, kombo kanan atas tangan lalu menyebabkan lawannya terus rebah dan tewas dengan knocked out (KO). Kemenangan itu juga membawa durian runtuh buat remaja ini dengan membawa pulang hadiah bernilai RM44.500.
“Alhamdullilah, terima kasih ONE Championship atas peluang ini, terima kasih Chatri Sityodtong atas bonus USD10,000, dan terima kasih kepada semua yang menyokong saya sejak hari pertama,” tulis remaja itu di Instagram.
Siapakah petarung muda yang hebat bernama Muhammad Johan Ghazali Zulfikar ini? Ikuti beberapa fakta tentang dirinya di bawah.
1. Mempunyai darah kacukan Melayu & Amerika Syarikat
Ads
2. Merupakan petarung dari Sarawak
3. Turut dikenali dengan nama gelaran Jojo
4. Dia merupakan petarung dari pasukan Rentap Muaythai Gym
5. Johan turut mempunyai abang, Elias dan adik, Mikail yang turut aktif sebagai atlet Muay Thai.
Ads
6. Sebelum pertarungan ini, Johan berlatih secara intensif sebulan setengah.
7. Mendapat didikan dari jurulatih berpengakaman, Addy Singpayak.
8. Abangnya, Elias merupakan idolanya yang pernah meraih kemenangan antarabangsa di Abu Dhabi.
9. Memiliki ketinggian 170cm
10. Berlatih 8 jam setiap hari iaitu empat jam mulai 6 pagi dan pada sebelah petang mulai 4 petang.
Semoga karier Johan Ghazali akan terus berkembang mekar di masa akan datang. Teruskan harumkan nama Malaysia!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Di sebalik penularan wabak COVID-19 muncul seribu satu kisah kebaikan yang dilakukan orang pelbagai individu dari latar belakang berbeza.
Hampir kesemua masyarakat global kini cukup menghormati frontliners atau barisan hadapan yang berjuang habis-habisan di hospital, di jalan raya dan di mana sahaja bagi memastikan keselamatan orang ramai.
Begitu juga dengan kisahnya seorang guru dai Watford, United Kingdom ini. Raafferty Gunn telah memilih cara yang cukup unik bagi memberikan sokongan serta meraih bantuan daripada orang ramai.
Apa yang uniknya dia melakukan larian pada jarak marathon di belakang rumahnya sambil memakai sandal Crocs. Menurut Refferty dia sepatutnya menyertai acara London Marathon yang berlagsung pada 26 April lalu. Namun disebabkan penularan wabak ini acara tersebut telah ditunda.
Lalu muncul idea untuk dia melakukan juga larian tapi dengan cara berbeza. Larian yang dilakukan di belakang rumah dengan memakai Crocs ini dianggap sebagai sebuah tribute kepada pasukan barisan hadapan National Health Service (NHS) UK yang telah bertarung nyawa di segenap hospital merawat pesakit COVID-19.
“Mereka yang bekerja di pasukan perubatan berdepan dengan cabaran rasa tidak selesa kerana perlu memakai PPE dan bekerja lebih masa. Jadi saya fikir untuk cuba merasai kesusahan mereka dengan berlari marathon dengan memakai Crocs.
“Sambil itu saya turut meningkatkan kesedaran orang ramai dan mengumpul dana bantuan untuk mereka,” jelas Raffert yang turut terharu di atas sokongan luar biasa diberikan kepadanya.
Pada asalnya dia hanya menyasarkan untuk mengutip sebanyak GBP1,000 (RM5,328) sahaja namun kini ia kini mencecah lebih dari 10 kali ganda amauan tersebut.
Lebih menarik lagi dia turut dihubungi oleh CEO Crocs menerusi Linkeln dan turut memberikan sumbangan. Dia turut menerima 12 pasang Crocs baharu untuk membantunya melakukan larian.
Salah satu pasang Crocs dimilikinya turut memaparkan simbol NHS sebagai tribute kepada mereka. Sehingga kini Rafferti telah meraih sebanyak GBP11,800 menerusi dana terkumpul di GoFundMe.
Sumber: Rafferty Gunn Instagram
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Siapa tak kenal dengan isteri legenda bola sepak dunia David Beckham, VICTORIA Beckham. Menyambut hari lahirnya yang ke-50 pada hari Rabu (17/4), suaminya, turut menitip mesej romantik melalui Instagram.
Memang romantik David Beckham ni!
Dalam muat naiknya, Beckham berkongsi video yang menunjukkan potret Victoria dari semasa ke semasa, bermula ketika Victoria masih kanak-kanak sehingga dia bergelar ibu kepada empat orang anak.
“Selamat Hari Lahir kepada isteri saya yang cantik. “Apabila tibanya hari lahir ini, anda harus melihat ke belakang dan berbangga dengan apa yang telah anda capai dan apa yang telah anda bina, Posh Spice (nama panggilan Victoria), ahli perniagaan wanita dan sudah tentu berkahwin dengan kapten England,” tulis Beckham.
“Tetapi kejayaan terbesar anda ialah anak-anak, anda membimbing mereka, menyayangi mereka dan mengajar mereka. Mereka menyayangi anda melebihi kata-kata, kami semua sangat menyayangi anda. Pada hari istimewa ini, anda berhak mendapat segala-galanya, 50 tahun dengan badan yang cergas. “Saya Jujur @victoriabeckham @brooklynpeltzbeckham @romeobeckham @cruzbeckham #HarperSeven,” sambung Beckham.
Selain Beckham, anak-anak Victoria turut menyampaikan ucapan romantis di akaun Instagram masing-masing. Anak lelaki pertama Victoria dan Beckham, Brooklyn Beckham, memuat naik potret Victoria memegang anak kecilnya di pantai.
10 Fakta Victoria Beckham Yang Anda Tidak Tahu
Victoria Beckham sering dibuli di sekolah dan berasa dipulaukan oleh rakan-rakannya. Malah, dia tidak mempunyai ramai kawan.
Keluarganya sangat berjaya tetapi dia berasa malu dan benci apabila bapanya membawanya ke sekolah dengan menaiki Rolls Royce. Dia lebih suka berjalan kaki ke sekolah.
Victoria menghasilkan 5 dokumentari rasmi tentang kehidupannya bersama suaminya, David Beckham, dan dia juga pernah menjadi cameo dalam Ugly Betty. Dia juga memainkan peranan kecil dalam kartun SpongeBob Squarepants.
Victoria Beckham juga menulis, walaupun dengan bantuan orang lain. Autobiografi pertamanya “Learning to Fly” dikeluarkan pada tahun 2001 dan menceritakan semua tentang masa mudanya, perjalanannya bersama Spice Girls dan juga kehidupan keluarganya sekarang.
Pada 2013 Victoria Beckham telah diundi sebagai salah satu daripada 100 wanita paling berpengaruh di Britain menurut Radio 4’s Woman’s Hour.
Apabila Victoria Adams bertemu dengan David Beckham pada tahun 1997, dia tidak tahu betapa popularnya Beckham. Menjadi salah satu pasangan paling popular di dunia “Posh and Becks” bertunang pada tahun 1998 dan berkahwin dalam majlis yang sangat mewah di Luttrellstown Castle, Ireland pada musim panas 1999 dan menelan kos £500,000.
Nama tengah Victoria adalah Caroline. Victoria Caroline Beckham.
Patutlah David sayang betul dengan Victoria ni!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Diam-diam ubi berisi perumpamaan ini memang kena sepadan dengan anak muda yang baru menjangkau usia 19 tahun ini, bergelar siapa dirinya hari ini bukanlah satu impian yang pernah tergambar di benak fikiran sebelum ini. Ternyata, tempoh 13 tahun yang dilalui semakin mematangkan anak muda ini. Sehingga kini, Adi Putra sudah pun bergelar usahawan muda dan giat menjalankan perniagaannya sendiri yang terdiri daripada servis dan penjualan produknya tersendiri iaitu produk minda Adi-Q.
Adi Putra mendapat pendidikan tidak formal di rumah sejak sedekad yang lalu selepas mengambil keputusan untuk berhenti belajar di Sekolah Islam Antarabangsa, Gombak sambil menyifatkan sistem pendidikan yang diterima pada waktu itu tidak menepati dan bersesuaian dengannya.
“Adi bukan berdiam diri dalam beberapa tahun ini tapi mungkin disebabkan keluarga Adi berpindah ke Tanjung Malim dan Adi juga banyak fokus menjadi penceramah dalam pelbagai program ilmiah atas jemputan sahaja. Benar, saya hanya belajar di rumah, saya gunakan sepenuh masa dan peluang itu untuk memantapkan kemahiran lain termasuk menghafaz Al-Quran serta belajar bahasa, katanya yang petah berbicara setiap kali perbualan diselang-selikan dengan bahasa Inggeris.
Selain itu, Adi kini juga mengeluarkan produk minda hasil dari formula Adi sendiri. Produk minda ini sebenarnya sudah lama tetapi kami baru sahaja berikan nafas baru dari segi rekaan dan sebagainya. Oleh itu, ujar Adi besar harapannya agar rakyat Malaysia terus memberi sokongan kepadanya.
IDEALOGI GENERASI Y DAN THE POWERS OF SOCMED
Trend gaya hidup masa ini yang lebih berteraskan teknologi termaju dan deras aliran media sosial yang semakin berkembang mendesak kita khususnya generasi baharu untuk berubah dan sentiasa mentransformasikan diri demi mencipta sesuatu yang ‘extraordinary’. Menelusuri aliran generasi baharu kini nyata lebih drastik dalam menerima sesuatu perubahan dan ia merupakan perkara yang positif dari aspek kepimpinan yang pada hari ini yang kian bersifat terbuka. Kebebasan berbicara dan melontarkan pendapat serta pandangan tentang isu-isu semasa dari pelbagai aspek mendorong generasi baharu untuk progresif dalam berfikir dan inovatif dalam mencakna pemikiran serta idea yang lebih meluas. Namun, kebebasan ini punya had bersandarkan kepada teori komunikasi ‘peluru’ yang membawa pengertian dominasi media massa terhadap mereka yang menerima sesuatu suntikan maklumat secara terus tanpa tapisan khususnya golongan muda.
“Namun kini juga kita melihat generasi muda juga sudah berani menonjolkan diri dan bersuara lantang tentang apa yang mereka mahukan pada diri sendiri, negara dan agama. Bagi Adi ia sesuatu yang sangat baik, apabila anak muda mula bersuara terutamanya di media sosial namun jangan dilupakan kesan positif juga negatifnya. Hal ini kerana teknologi dan media sosial mempunyai kuasa tanpa batasan jika tidak dikawal. Perlu ada batas dan tatasusila bila bersuara kerana kita rakyat Malaysia dan orang Melayu terutamanya terkenal dengan tinggi budi pekertinya dan adabnya di mata dunia.
Golongan muda perlu tampil ke hadapan dan perlu bersifat proaktif serta jangan lepas tangan terhadap tanggungjawab yang harus dipikul sebagai ahli dalam keluarga, masyarakat dan negara secara keseluruhannya. Segala maklumat yang disampaikan kepada mereka haruslah diperiksa sebaik mungkin sebelum membuat sebarang keputusan lantaran bertindak secara efisien. Jangan terima bulat-bulat sesuatu berita kerana ada yang benar dan ada yang tidak benar. Kebergantungan golongan muda terhadap media sosial pada hari ini dilihat secara total dan kadangkala ia sangat membimbangkan jika tidak digunakan dengan bijak.
Biar membuat keputusan berasaskan kepada fakta. Lantaran selepas membuat keputusan ia harus disertai dengan tindakan tanpa mengharapkan pihak lain untuk melaksanakannya. Jangan lepaskan hak yang ada dalam genggaman tangan generasi muda, kerana hak demokrasi itu bukan sekadar mengundi. Saya melihat banyak salah faham tentang demokrasi dalam kalangan masyarakat kita khususnya golongan muda. Hak bersuara adalah demokrasi dan hak kebebasan media juga adalah demokrasi. Prinsip demokrasi itu adalah cukup luas. Tindakan untuk memastikan kerajaan bertindak secara amanah juga adalah tuntutan demokrasi di samping NGO yang memainkan peranan penting dalam menggerakkan fungsi demokrasi yang nyata di Malaysia.”
DAPATKAN MAJALAH MASKULIN EDISI JULAI 2018 DI PASARAN.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.