Foto : Pantai Hospital

Bayangkan situasi ini pagi Ahad yang tenang, anda dah semangat sarung kasut lari, buat stretching, warm-up secukup rasa.

Semua langkah basic dah ikut buku. Tapi baru 3km masuk, tiba-tiba betis mencucuk, kaki jadi keras, larian terhenti sebab cramp menyerang tanpa amaran.

Benda ni tak asing bagi ramai pelari dari beginner sampai yang dah biasa masuk race.

Jawapannya bukan semudah “salah stretching”, sebab ada tiga faktor utama yang perlu diberi perhatian.

Dah Buat Warm-Up Tapi Tetap Cramp? Mungkin Ini Silapnya
Foto : Onnit

Latihan Kekuatan Otot Kaki Masih Tak Cukup

Ramai pelari fokus sangat pada mileage dan speed, tapi abaikan komponen penting dalam training iaitu leg strengthening.

Otot yang lemah akan cepat keletihan bila diasak dalam jarak jauh atau permukaan berbukit. Bila otot dah tak mampu tampung tekanan cramp pun datang.

Latihan mudah seperti squat, calf raise, lunges, box step-up, dan single-leg deadlift patut diselitkan sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

Kekuatan otot bukan sahaja cegah cramp, malah stabilkan langkah, elak kecederaan lutut, dan mantapkan pecutan.

Ads

Dah Buat Warm-Up Tapi Tetap Cramp? Mungkin Ini Silapnya

Terlalu Cepat Tekan Badan (Muscle Overuse)

Ini antara silap besar ramai orang buat. Bayangkan anda selama ni training 5km sahaja, tapi hari ni tiba-tiba nak cuba lari 10km.

Tanpa progressive overload atau pelan latihan yang konsisten, otot kita akan “terkejut” dan tak mampu cope dengan permintaan baru akhirnya, cramp menyerang.

Begitu juga bila training pace 6-7, tapi masa race terus tekan pace 5.

Ads

Anda expect otot ikut rentak, tapi otot tak bersedia. Perubahan drastik tanpa persediaan = muscle overuse.

Dalam latihan, perlahan-lahan naikkan jarak, tempo dan intensiti. Badan perlukan masa untuk adaptasi.

Dah Buat Warm-Up Tapi Tetap Cramp? Mungkin Ini Silapnya
Foto : Health

Ketidakseimbangan Elektrolit Dalam Badan

Bila berlari, peluh keluar bukan setakat air tetapi juga mineral penting seperti sodium, potassium, magnesium, dan kalsium.

Mineral ni penting untuk fungsi otot dan saraf. Bila hilang terlalu banyak dan tak diganti, signal ke otot jadi terganggu lalu berlakulah cramp.

Ads

Penting untuk minum air sebelum, semasa, dan selepas larian.

BACA LAGI : Air Kelapa Tingkatkan Kesuburan Lelaki, Benar Atau Salah?

Tapi bukan air kosong semata. Anda boleh guna sports drink, oral rehydration salt (ORS), gel tenaga yang ada elektrolit, atau yang paling semula jadi air kelapa.

Ramai pelari elit juga ambil salt capsules untuk elak cramp masa race.

Yang paling penting sebenarnya bukan sekadar ikut semua petua, tapi kenali tubuh badan sendiri.

Setiap orang berbeza. Ada yang mudah cramp bila tak cukup tidur, ada yang cramp kalau lari waktu panas, ada juga yang perlukan lebih banyak magnesium dalam diet.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI