Rambut anda semakin nipis dan gugur? Ingin cara mudah nak lebatkan rambut? Jangan bimbang kerana ada petua yang boleh anda amalkan untuk lebatkan rambut.
Petua lebatkan rambut yang dikongsikan Shehnaz Khan di laman Facebooknya ini tular sehingga mendapat 26 ribu perkongsian. Menggunakan hanya tiga bahan murah, petua ini berjaya membuatkan rambutnya kembali sihat dan lebat.
Kalau tak mahu rambut anda gugur sehelai demi sehelai, jom buat petua lebatkan rambut ini. Semoga perkongsiannya ini bermanfaat.
You can see memang She takde msalah rambut since belum kahwin lagi. Gambar ni masa 2016 after married.
Today I wanna share about rambut. Ramai kan yang mintak She share tentang penjgaan rambut selain dari badan dan muka.
She nak share pada my followers how nak dapatkan rambut yang lebat, dan kurangkan rambut gugur. Korang boleh tengok gambar ye. Area mana yang nampak. She share gambar yang ikat rambut sebab when I ikat rambut sanggul, its obvious gila nampak botak.
She amalkan tak kerap pon. Rasa rajin buat. Tapi alhamdulillah berkesan ? Now rambut cantik. She suka ikot petua orang dulu. Its work and kalau rajin dapatlah hasil yang sangat superb.
Rambut She jenis lebat dan jenis rambut halus, panjang and natural curl belah bawah. So thats why She ikat rambut sebab when She bukak dia akan jadi berat bila curl bawah tu makin lama makin curl so jadi cam semak sangat ? So tu lah motif She ikat rmbut ?
Pada yang ada msalah tu dan nak rambut panjang, lebat, bebas kelumumur, Insha Allah boleh try ni. Memang berkesan sangat dan bahan-bahan pon beli kat kedai je ? Laki perempuan boleh.
Bahan bahan:
1) Santan
2) Aloe vera gel *boleh pakai any aloe vera gel
Cara buat, boleh tengok pada gambar ?
Oh ye sebelum terlupa. Minyak Zam Zam tu sangatlah bagus, sumpah even bau dia errrrr.
Ads
Tapi kalau nak senang, pindahkan minyak tu masok dalam botol spray *botol beli kat Daiso bersepah*. So boleh spray kat rambut, tak perlulah tangan uolsss berminyak sangat ? Cara-cara baca kat bawah. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat ?
Semua beli kat Mydin je ? Aloe vera tu beli kat Guardian. Murah dan bagus.
Some tips She untuk korang: Lepas mandi tu lepas dah keringkan rambut, amik sikit aloe vera gel tu ratakan kat rambut. Urut-urut sikit. Buat setiap hari terutama malam. This for daily routine ?
Ads
Aloe vera gel ni pon best gila if time nak syampu rambut, picit sikit campur dengan syampu. Lembut sangat dan shinning.
Untuk minyak Zam-Zam tu pakai setiap hari ? This is some tips Pakai time malam nak tidur. Esok basuh. Senang kan ?
Bau takdelah teruk tapi if korang perasan Indian girl rambut lebat gila kan? Haa nilah rahsia dorang.
P/s: She beli santan kotak sebab santan fresh tempat She susah nak dapat. Nak pakai fresh lagi bagus, lagi recommended ?
Cara-caranya:
Campurkan aloe vera + santan. Mix dedua ni. Sukatan ikot suka hati korang. Then pakai lepas dah basuh rambut atau sebelum basuh. Pakai di kulit kepala dan lumurkan satu rambut ye, sekali kulit kepala.
Jadikan macam mask rambut. Tutup rambut pakai tuala *tak wajib pon*. Biarkan selama 15-20 minit. Then cuci ?
Dah mix dedua ni terus pakai, jangan simpan ye ?
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Baru-baru ini, tular kenyataan seorang pelakon wanita yang mendakwa tidak selesa bekerja dengan rakan artis yang didakwa kurang menjaga kebersihan diri sehingga menimbulkan isu bau badan di set penggambaran. Isu itu hangat diperdebatkan di media sosial, sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi.
Tapi berbeza dengan mereka yang memilih untuk menuding jari, Faizal Hussein tampil dengan respon penuh kelas. Faizal berkongsi pengalamannya dengan tenang dan berhemah.
“Kalau ada pelakon badannya berbau, tak kira lelaki atau perempuan, takkan ada siapa pun tahu. Saya sendiri pernah alami banyak kali. Tapi saya takkan bawa ke sosial media. Saya simpan sendiri, hadap dan hadam sahaja.”
TAK PERLU VIRALKAN SEGALA-GALANYA
Ayat itu mungkin kedengaran biasa, tapi ia menggambarkan satu prinsip penting dalam dunia lelaki iaitu jaga aib orang, jaga maruah sendiri. Dalam budaya hari ini yang cepat menularkan setiap kelemahan orang lain demi konten atau perhatian, sikap Faizal adalah satu bentuk kejantanan yang semakin hilang — gentleman silent, but strong.
“Kalau saya tak suka seseorang, orang itu tak akan tahu. Mungkin sebab itu bayaran saya mahal,” tambahnya, berseloroh tapi penuh maksud.
BAU BADAN ITU NORMAL, JANGAN LEBIH-LEBIH
Bagi Faizal, isu seperti bau badan bukan perkara luar biasa. Ia boleh berlaku kepada sesiapa saja, lebih-lebih lagi dalam keadaan berpeluh atau berada dalam lokasi penggambaran yang mencabar. Bahkan beliau mengaitkan pengalaman itu dengan suasana solat Jumaat.
“Macam-macam bau kita akan hidu. Sama juga macam bau mulut masa puasa… itu bau kasturi. Normal je. Simpan sendiri, tak perlu nak beritahu semuanya.”
Lelaki sejati tahu beza antara keperluan untuk bersuara dan keperluan untuk menjaga keharmonian kerja.
PUBLISITI MURAH TAK PANJANGKAN KARIER
Mengulas tentang pelakon yang gemar mencipta publisiti dengan membuka isu remeh seperti ini, Faizal mengingatkan bahawa bukan semua populariti itu bermanfaat.
“Zaman sekarang, good publicity or bad publicity tetap publicity. Tapi cara seperti ini tak bantu panjangkan karier mereka. Sepatutnya kita pilih cerita yang bawa karier kita ke depan.”
Faizal Hussein bukan hanya pelakon berpengaruh, tetapi kini menjadi simbol kematangan dalam industri. Di sebalik dunia seni yang penuh gosip dan drama, beliau berdiri teguh dengan nilai diam itu jantan.
Mempunyai leher yang jenjang memang menjadi idaman setiap individu, tidak terkecuali lelaki.
Leher adalah bahagian yang paling sukar untuk dikecilkan kerana ia adalah bahagian kulit yang paling nipis dan degil.
Untuk memastikan anda mendapat bentuk leher mengikut apa yang anda inginkan, ia memerlukan penjagaan dan senaman ekstra.
Untuk mendapatkan jawline yang anda inginkan, anda boleh ikuti beberapa pergerakan ini.
1. Gerakan rahang
Gerakkan rahang ke depan dan ke belakang selama beberapa saat.
2. Gerakan mulut vowel O & E
Gerakkan mulut seperti menyebut “O” selama lima saat dan kemudian, senyum lebar dan sebut “E”. Lakukan pergerakan ini selama beberapa saat.
3. Tekan dahi
Duduk secara menegak dan tekan dahi sekuat yang mungkin selama tiga saat. Tetapi kepala anda jangan ke belakang, tolak tangan menggunakan kepala ke depan dan kembali ke posisi sebelum. Lakukan gerakan ini untuk beberapa saat.
4. Tekan belakang kepala
Sekarang, letakkan tangan anda di belakang kepala atau belakang leher dan tekan ia ke hadapan. Pastikan kepala tidak ke belakang dan kembali ke posisi tadi. Ulangi beberapa kali untuk beberapa saat.
5. Cantumkan hingga nampak jawline
Akhir sekali, kebelakangkan kepala anda dan buka mulut. Kemudian, cuba selarikan jawline anda dengan gerakkan bibir atas dan bawah anda. Lakukan untuk beberapa saat.
Lakukan senaman ini sekurang-kurangnya dua kali sehari untuk anda mendapatkan result yang terbaik. Anda boleh melakukan di pejabat ataupun di mana sahaja anda berada. Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kadangkala memilih gaya potongan rambut juga perkara yang cukup memeningkan bagi seorang lelaki. Disebabkan itu jugalah ramai lelaki hanya maintain dengan gaya sama untuk tempoh yang sangat panjang.
Tapi untuk nampak lebih menarik dan menonjol anda perlu menukar gaya potongan rambut untuk tempoh tertentu. Mungkin dalam setahun anda boleh mencuba dua atau tiga jenis potongan berbeza. Percayalah dengan tampil dengan imej rambut berbeza orang lebih perasan akan kehadiran anda.
Untuk tahun 2019 ini apa kata anda cuba beberapa jeni potongan rambut yang baru. Potongan undercut kini menjadi trend yang sangat popular. Ia dijangka akan menjadi trend utama sepanjang tahun 2019. Anda boleh melakukan kombinasi potongan undercut dengan gaya quiff, pompadour, bruch up, slick back atau faux hawk.
Di bawah MASKULIN tampilkan 25 gaya potongan yang boleh anda cuba untuk tahun ini!
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.