Siapa sangka, aplikasi yang kini mula mencuri perhatian ramai di TikTok, Power Congak yang dulu dikenali dengan nama Yim Genius sebenarnya bermula dari sebuah niat kecil tetapi sangat bermakna seorang ayah nak bantu anaknya kuasai matematik dengan cara yang seronok.
Ayah itu bukan orang biasa-biasa. Beliau ialah pelakon dan pengarah terkenal, Ungku Ismail, yang ramai kenal dari dunia lakonan dan filem.
Tapi di sebalik dunia glamor, Ungku juga adalah seorang ayah yang cukup ambil berat tentang pendidikan anak.
Anaknya, Ibrahim, agak lemah dalam matematik. Tapi Ungku tahu, nak pandai dalam subjek ni bukan soal bakat, tapi soal latihan yang konsisten.
Namun, seperti kebanyakan budak lain, Ibrahim cepat bosan bila disuruh buat latihan matematik berulang kali.
Matematik Tapi Rasa Macam Main Game
Mujurlah Ungku bukan jenis ayah yang hanya tahu suruh.
Dengan latar belakang dalam dunia digital dan pengalaman hands-on dalam penciptaan animasi serta pembangunan permainan interaktif, dia mula bangunkan satu aplikasi khas gabungan antara latihan matematik dan elemen video game.
Ads
App itu direka supaya Ibrahim “tertipu” dia rasa macam main game, tapi sebenarnya tengah buat latihan congak.
Ada ganjaran bintang, ada sistem markah, ada cabaran naik level, malah ada naratif yang buatkan Ibrahim rasa dia sedang jadi ‘hero’ dalam game, bukan budak yang tengah struggle dengan nombor.
Foto : mStar
Dari Projek Peribadi ke Aplikasi Viral
Apa yang pada mulanya sekadar projek bonding antara ayah dan anak, kini berubah menjadi alat pendidikan digital yang mula mencuri perhatian ramai.
Ungku perasan, selepas beberapa bulan guna app ni, Ibrahim tak hanya lebih cekap, malah mampu congak nombor 3 digit dalam masa kurang 10 saat satu pencapaian yang mengagumkan bagi seorang kanak-kanak.
Ads
Dan yang lebih membanggakan Ibrahim berjaya jadi johan pertandingan congak di sekolahnya.
Dari seorang budak yang tak minat nombor, jadi budak yang excited nak ‘naik level’ setiap hari.
Dari Satu Video Kini Jadi Aspirasi Baru Dalam Dunia Pembelajaran
Foto : Kosmo
Kisah Power Congakk mula jadi bualan ramai selepas Nad Zainal isterinya, berkongsi video tentang aplikasi ini di akaunnya.
Dengan cara penyampaian yang santai dan relatable, video itu viral dalam masa singkat membuka mata ramai ibu bapa yang selama ini tercari-cari kaedah baru untuk bantu anak mereka belajar matematik dengan cara lebih seronok dan kurang tekanan.
Ads
Melihat sambutan luar biasa ini, Ungku Ismail tak bercadang untuk berhenti setakat matematik sahaja.
Beliau sudah merancang untuk kembangkan Power Congakk kepada subjek-subjek lain, lengkap dengan set soalan mengikut silibus, mini game yang sesuai ikut umur, dan sistem ganjaran yang boleh galakkan budak untuk terus konsisten belajar tanpa rasa terpaksa.
Kerana bagi Ungku, bila budak enjoy belajar, itu dah separuh kemenangan.
Power Congakk bukan sekadar aplikasi. Ia adalah bukti bahawa kasih sayang seorang ayah, bila digabung dengan kreativiti dan teknologi, boleh ubah cara kita mendidik generasi akan datang.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Boleh dikatakan orang Korea memiliki bentuk badan langsing dan kurus walaupun usia sudah mencecah 40-an. Bukan saja mereka mementingkan wajah yang ‘jambu’. Lelaki-lelaki Korea juga bertubuh langsing dan tinggi lampai?
Mesti susah nak teka usia sebenar mereka jika melihat kebayakan mereka nampak muda-muda belaka walaupun sebenarnya sudah berusia.
Sebab tu ramai gadis-gadis ‘gila’ melihat selebriti lelaki dari negara yang dikenali dengan budaya k-pop ini.
1. GUNA KENDERAAN AWAM & TURUN NAIK TANGGA SUBWAY
Berbeza di Malaysia, orang Korea lebih gemar menggunakan kenderaan awam iaitu subway (kereta api) untuk kemana saja. Bukan saja selesa, malah perjalanan lebih cepat. Dengan menaiki tangga Subway secara tidak langsung ianya memanaskan badan dan membakar lemak.
2. Diet Pemakanan Seharian
Makanan mereka lebih cenderung kepada jenis masakan bakar dan rebus. Ikan bakar, sotong grill dan pelbagai jenis sup memang makanan seharian mereka. Secara logik akal, mereka kurang mengamalkan makanan berminyak dan berlemak. Nasi juga hanya semangkuk kecil. Tetapi mereka lebihkan sayuran dan lauk. Di restoran pula, mesti disediakan air kosong dan cawan. Jadi pengambilan air kosong yang banyak juga merupakan faktor berat badan tidak naik.
3. Banyak Pengambilan Buah Buahan
Boleh nampak di jalanan banyak yang menjual buah potong sedia untuk dimakan. Strawberi, oren memang banyak dijual di tepi tepi jalan. Jus buah buahan segar juga menjadi pilihan mereka. Buah dan sayur secara tidak langsung membantu meningkatkan metabolisme badan untuk terus kekal langsing.
4. Kawal Makan Bukan Mengikut Emosi
Perasan tak orang selalu cakap. Bila stress mesti makan. Sangat bahaya bab nih. Kalau tak terkawal memang merana badan. Jadi seboleh boleh elakkan stress atau kalau stress sekalipun, lepaskan stress tersebut dengan cara lain seperti terjun bungee ke, tumbuk punch bag ke, pergi memancing ke atau reka aktiviti lain selain dari makan. Hehehe. Bahaya ooooo..
5. Sentiasa Minum Air Kosong
Selain Soju dan kopi air kosong antara minuman kegemaran mereka. Semua restoran dan cafe di Korea tidak mengenakan caj untuk air kosong.
6. Mendaki Bukit & Gunung
Jika ada masa terluang, orang Korea lebih suka untuk melakukan aktviti mendaki bukit dan gunung bersama keluarga dan sahabat. Aktiviti ini juga membantu untuk mendaptkan kaki yang menarik.
7. Kerap Ke Sauna
Kalau tengok drama Korea pasti akan ada babak di sauna. Jjimjilbang menjadi tempat kegemaran untuk berehat, mandi wap dan mandi sauna. Aktiviti ini sekaligus dapat melupakan kesibukan secara tidak langsung menguruskan badan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Setiap hari kita berdepan dengan risiko bertembung dengan anjing liar atau anjing jalanan apabila berjalan atau berjogging. Sesetengah anjing ini adakalanya sukar nak dijangka kelakuannya dan boleh menjadi agresif dan tidak mesra.
Tidak dinafikan, ramai yang takut dengan anjing lebih-lebih lagi umat Islam kerana kita tidak dibiasakan dengan haiwan peliharaan tersebut. Malah, ia juga boleh mendatangkan ancaman bahaya kepada manusia.
Jadi, bagaimana anda mahu mengelakkan diri dari diserang atau digigit anjing ini
Satu perkongsian yang telah dibuat oleh pengguna TikTok ini boleh dijadikan panduan, mengenai alat yang boleh digunakan untuk menghalau anjing.
Dikenali sebagai Shameer Iqmal, video yang dimuat naik empat hari lepas telah mendapat lebih daripada 1 juta tontonan. Alat ini akan mengeluarkan bunyi ultrasonic yang hanya boleh didengar oleh haiwan. Katanya, ada yang jadi dan ada juga anjing yang buat ‘relax’ sahaja. Hiks! Tapi apa-apa pun ikhtiar sahaja la kan.
Dalam video tersebut, Shameer juga berkongsi situasi dimana dia menggunakan alatan tersebut terhadap haiwan-haiwan itu dan nyata, memang anjing tersebut beredar daripadanya.
Alat ini boleh dibeli di Shopee dengan harga serendah RM18.
Perkahwinan adalah penyatuan dua individu yang datang dari latar belakang, pemikiran, dan pengalaman berbeza.
Lelaki dan perempuan mempunyai cara tersendiri dalam memahami dan menangani sesuatu perkara, menjadikan kesabaran dan kebijaksanaan sebagai elemen penting dalam membina rumah tangga yang harmoni.
Dalam perkahwinan, konsep mengalah sering kali disalah tafsir sebagai tanda kelemahan, sedangkan ia sebenarnya adalah strategi untuk mencapai kemenangan dalam jangka masa panjang.
Secara fitrahnya, lelaki dan perempuan mempunyai pendekatan berbeza terhadap kehidupan dan perhubungan.
Seperti pepatah Melayu yang menyebut bahawa lelaki diberikan sembilan akal dan satu nafsu, manakala perempuan pula sembilan nafsu dan satu akal, ini menunjukkan bahawa lelaki secara semula jadi perlu menggunakan kebijaksanaan dalam menangani perbezaan dalam rumah tangga.
Namun, ini tidak bermakna wanita tidak bijak atau lelaki sentiasa betul.
Sebaliknya, lelaki memainkan peranan utama dalam membawa kestabilan emosi dalam perkahwinan dengan bersikap lebih rasional dan sabar dalam menghadapi cabaran.
Mengalah Bukan Bererti Kalah
Dalam kehidupan berumah tangga, mengalah sering kali dianggap sebagai menyerah kalah.
Hakikatnya, mengalah adalah satu bentuk kebijaksanaan.
Apabila seorang suami memilih untuk mengalah dalam sesuatu pertelingkahan kecil, ia memberi ruang kepada isteri untuk berfikir dan menyedari perspektif yang berbeza.
Ini adalah salah satu bentuk reverse psychology, di mana tindakan berundur sedikit boleh membawa kepada kefahaman yang lebih mendalam dalam perhubungan.
Mengalah juga membantu mengurangkan konflik yang tidak perlu dan mengelakkan pertengkaran yang boleh merosakkan hubungan jangka panjang.
Sebaliknya, ia membuka ruang untuk komunikasi yang lebih matang dan membina.
Kesabaran adalah kunci utama dalam setiap perkahwinan.
Tidak kira seberapa besar cabaran yang dihadapi, seorang lelaki yang matang dan bertanggungjawab akan lebih mengutamakan kestabilan rumah tangga daripada ego sendiri.
Mengalah dalam perkahwinan bukan bermaksud seseorang itu lemah, tetapi menunjukkan kekuatan dalam mengurus emosi dan mengutamakan kebahagiaan bersama.
Akhirnya, pasangan yang memahami konsep ini akan lebih mudah mencapai persefahaman dan menikmati hubungan yang lebih bahagia serta bermakna.
Perkahwinan bukan sekadar perkongsian hidup, tetapi juga perjalanan untuk memahami dan menerima satu sama lain.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.