Kalau sebut nama Sharnaaz Ahmad, memang tak asing lagi dalam industri seni tanah air. Pelakon, pengacara, pengarah dan penerbit ini dikenali dengan karakter tegas, suara garau, personaliti ‘alpha’ dan imej maskulin yang jarang goyah.
Sharnaaz Ahmad atau nama penuhnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, mula mencipta nama dalam dunia lakonan sejak tahun 2009. Bermula dengan drama arahan Shahrulezad Mohameddin, aura Sharnaaz semakin kuat di kaca TV, sehinggakan pengarah-pengarah hebat seperti Michael Ang pun berlumba nak ambil dia berlakon.
Selain karier yang semakin mencanak naik, Sharnaaz juga seorang ayah kepada cahaya matanya, Jebat Jayden, hasil daripada perkahwinan terdahulu.
Wax Telinga Pun Jadi Bahan Hiburan Netizen
Baru-baru ini, pelakon macho ni sekali lagi trending, bukan sebab filem baru, bukan sebab drama, tapi sebab dia buat wax telinga bro! Video yang dimuat naik oleh akaun TikTok @officialmia.talha terus jadi bahan bualan. Sampai sekarang dah capai lebih 24 ribu tontonan, dengan ratusan tanda suka dan komen yang mencuit hati.
Dalam video tu, Sharnaaz dilihat rileks je duduk dekat kedai barber kegemarannya sambil buat rawatan wax telinga. Tapi yang paling mencuit hati, bila wax tu ditarik keluar… terus nampak reaksi dia yang terkejut campur tahan sakit. Memang ‘real’ bro!
Ada netizen siap bergurau, katanya barber tu macam berdendam dengan Sharnaaz sebab gaya dia tarik wax tu memang padu habis.
“Engkau dendam kan sebenarnya dengan dia tu? Hahahaha…”, tulis salah seorang netizen yang jelas terhibur dengan aksi spontan tu.
Bersih, Kemas & Maskulin – Itu Standard Lelaki Zaman Sekarang
Kalau korang fikir grooming setakat potong rambut dan shave janggut je, itu zaman dulu bro. Lelaki hari ni, dari hujung rambut sampai hujung kaki semua kena jaga, termasuk telinga! Bulu atau kotoran dalam telinga bukan je boleh buat penampilan nampak selekeh, tapi juga boleh jejaskan tahap keyakinan diri.
Ads
Sharnaaz Ahmad tunjuk contoh, bukan malu-malu, siap kongsi video lagi. Itu baru betul #LelakiMaskulin – bersih, confident, berani cuba benda baru demi penampilan diri.
Netizen Terhibur, Tapi Ramai Yang ‘Seriau’
Dalam ruangan komen, ramai netizen yang sporting, siap support dan puji Sharnaaz sebab berani kongsi bab grooming ni. Tapi biasalah, ada juga yang seriau tengok wax tu kena tarik keluar, bayangkan bulu-bulu halus dalam telinga tu semua clear… puas hati bro!
Ads
“Seriau tengok, tapi puas hati bila telinga bersih!”, komen seorang lagi pengguna.
Ada juga yang kata, lepas ni ramai lelaki akan ikut jejak langkah Sharnaaz. Jaga telinga, bukan untuk orang lain je, tapi untuk diri sendiri.
Masalah kulit kepala berkuping dan kelemumur yang teruk bukan sahaja menjengkelkan, malah ia juga boleh menjejaskan keyakinan diri.
Bagi mereka yang berkulit kepala sensitif, memilih syampu yang sesuai adalah langkah pertama dan paling penting untuk mengurangkan gejala yang menyusahkan ini.
Dalam artikel ini, kita akan membincangkan cara memilih syampu terbaik untuk kulit kepala sensitif dan berkuping, serta beberapa tip tambahan untuk memastikan masalah ini tidak berulang.
Kenali Jenis Kelemumur dan Penyebabnya
Sebelum memilih syampu, penting untuk memahami punca utama kelemumur dan kuping pada kulit kepala. Masalah ini sering berpunca daripada beberapa faktor:
Kulat Malassezia – Kulat ini biasanya terdapat pada kulit kepala, tetapi apabila ia tumbuh secara berlebihan, ia boleh menyebabkan iritasi dan kelemumur.
Kulit Kepala Kering – Keadaan kulit kepala yang terlalu kering boleh menyebabkan pengelupasan dan kelemumur.
Dermatitis Seborrheic – Satu keadaan kulit kepala yang berlebihan minyak dan menyebabkan kulit menjadi merah, berkuping, dan sering mengelupas.
Memahami punca ini boleh membantu anda memilih syampu yang sesuai untuk mengurangkan masalah ini.
Bahan Aktif dalam Syampu Anti-Kelemumur
Terdapat beberapa bahan aktif dalam syampu yang terbukti berkesan untuk merawat kelemumur dan masalah kulit kepala berkuping. Berikut adalah antara bahan yang perlu dicari ketika membeli syampu anti-kelemumur:
Zinc Pyrithione – Bahan ini membantu mengawal pertumbuhan kulat dan bakteria pada kulit kepala, yang merupakan antara punca utama kelemumur.
Ketoconazole – Ketoconazole adalah agen anti-kulat yang kuat dan sering digunakan dalam syampu anti-kelemumur untuk merawat kelemumur yang teruk.
Selenium Sulfida – Bahan ini mengurangkan pengeluaran minyak berlebihan dan mengawal pertumbuhan kulat pada kulit kepala.
Asid Salisilik – Bahan ini membantu pengelupasan sel-sel kulit mati, menjadikannya sesuai untuk mengurangkan masalah kulit kepala berkuping.
Apabila memilih syampu, pastikan anda membaca label dan memilih syampu yang mengandungi salah satu atau kombinasi bahan ini.
Elakkan Bahan yang Boleh Merengsakan Kulit Kepala
Kulit kepala sensitif memerlukan penjagaan yang lebih lembut. Oleh itu, elakkan syampu yang mengandungi bahan-bahan berikut:
Sulfat – Sulfat seperti sodium lauryl sulfate (SLS) boleh mengeringkan kulit kepala dan menyebabkan iritasi. Pilih syampu bebas sulfat untuk memastikan kulit kepala kekal lembut.
Paraben – Paraben adalah bahan pengawet yang boleh menyebabkan alahan pada sesetengah individu. Cari syampu bebas paraben untuk pilihan yang lebih selamat.
Pewangi Sintetik – Pewangi yang berlebihan boleh menyebabkan iritasi pada kulit kepala sensitif. Pilih syampu tanpa pewangi atau dengan pewangi semula jadi jika perlu.
Memilih Syampu Berasaskan Bahan Semulajadi
Foto hiasan
Syampu yang menggunakan bahan semulajadi sering lebih lembut pada kulit kepala. Antara bahan semulajadi yang boleh membantu merawat kulit kepala sensitif dan kelemumur ialah:
Minyak Tea Tree – Minyak ini mempunyai sifat anti-kulat dan anti-bakteria yang membantu mengurangkan kelemumur secara semula jadi.
Aloe Vera – Aloe vera boleh menenangkan kulit kepala yang meradang dan mengurangkan kekeringan.
Ekstrak Kamomil – Kamomil mempunyai sifat anti-inflamasi yang boleh membantu meredakan kulit kepala sensitif.
Penggunaan Tepat
Cara anda menggunakan syampu juga memainkan peranan penting dalam mengurangkan masalah kelemumur dan kulit kepala berkuping. Ikuti langkah berikut untuk hasil yang lebih berkesan:
Basahkan Rambut Secukupnya – Pastikan rambut dan kulit kepala benar-benar basah sebelum anda menggunakan syampu.
Urut Syampu ke Kulit Kepala – Gunakan hujung jari untuk mengurut syampu pada kulit kepala, bukan kuku. Urutan yang lembut membantu bahan aktif menembusi kulit kepala tanpa menyebabkan iritasi.
Bilas dengan Air Suam – Air yang terlalu panas boleh mengeringkan kulit kepala. Gunakan air suam untuk membersihkan syampu dengan lembut.
Selain memilih syampu yang sesuai, terdapat beberapa langkah tambahan yang boleh diambil untuk menjaga kulit kepala agar kekal sihat:
Jaga Pemakanan – Nutrisi yang baik, terutama yang kaya dengan asid lemak omega-3, boleh membantu mengurangkan kelemumur. Makanan seperti ikan salmon, kacang, dan biji chia boleh membantu mengekalkan kelembapan kulit kepala.
Kurangkan Penggunaan Produk Penggayaan Rambut – Produk seperti gel rambut dan semburan rambut boleh menyebabkan pengumpulan sisa yang menyumbat pori kulit kepala.
Hindari Tekanan Berlebihan – Stres boleh memperburuk keadaan kulit kepala. Luangkan masa untuk berehat dan mengurangkan tekanan.
Semoga perkongsian MASKULIN kali ini boleh memberikan manfaat untuk anda semua. Selamat mencuba!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kini lelaki berjanggut bukan satu perkara yang pelik, malah ia sudah menjadi satu trend. Lelaki berjanggut juga menjadi pelengkap untuk lelaki yang ingin kelihatan jantan. Mengikut kajian sebuah universiti luar negara mengatakan, 70 peratus wanita di seluruh dunia gemarkan imej lelaki berjanggut.
Malah Dr Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor perubatan, pemilik rangkaian klinik dan juga seorang pendakwah, dalam satu ceramahnya mendedahkan hasil kajian yang sangat luar biasa mengenai khasiat lelaki berjanggut. Ia bukan sahaja berfungsi sebagai penyeri atau penyerabut wajah tetapi jauh lebih hebat daripada itu.
Ini 10 kelebihan jika lelaki berjanggut. Bukan anda seorang saja yang dapat kelebihan, isteri anda pun akan dapat manfaatnya.
1. Melembapkan kulit wajah
Kulit wajah terbina dengan ejen pelembap tersendiri yang dikenali sebagai ‘sebaceous glands’. Ia bertindak menegeluarkan minyak semula jadi yang menjadikan kulit kekal lembap. Menyimpan jambang yang tebal akan membantu melindungi kulit wajah daripada terkena angin yang boleh menyebabkan kulit menjadi kering.
2. Elak masalah jerawat
Menyimpan janggut juga sebenarnya boleh membantu melindungi kelenjar sebum daripada dijangkiti oleh bakteria jerawat. Vulgaris juga mencegah terjadinya masalah jerawat dan bintik hitam.
3. Beri perlindungan daripada sinaran UV
Hasil kajian dari University of Southern Queensland menerusi jurnal bertajuk “Radiation Protection Dosimetry” mendapati bahawa bahagian wajah yang tertutup dengan janggut rata-ratanya sepertiga lebih rendah terdedah dengan sinaran ultra violet yang membahayakan. Ini sekali gus memberi perlindungan terhadap sinar ultra violet matahari 90 hingga 95 peratus. Bahkan kajian yang dijalankan di Australia juga membuktikan perkara yang sama.
4. Kurangkan gejala asma dan alahan
Jika anda mengalami alahan debunga, debu dan gejala asma, jambang sebenarnya membantu sebagai penapis bagi mengelakkan kuman sampai ke permukaan wajah. Lebih besar janggut yang anda simpan, maka lebih banyak bahan pencemaran yang dapat ditapis setiap hari.
5. Pahala buat isteri
Sebaik sahaja isteri celik mata dari tidur, rebutlah peluang pahala dengan merenung wajah suami. Kemudian usap lembut jambang suami dari dagu hingga ke penghujungnya.
6. Galakkan kesuburan wanita
Kajian yang dilakukan oleh para saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat berjudul “The Amazing Fact of Human Body” mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia membantu menstabilkan kitaran haid, selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita dengan cara sentuhan dan belaian pada jambang atau janggut suami.
7. Sensasi ciuman yang berbeza
Wanita lebih menikmati ciuman dengan lelaki berjanggut berbanding lelaki yang wajahnya mulus tanpa janggut. Ini kerana janggut akan membuatkan pasangan rasa geli, sekali gus menambahkan keintiman saat mencium suami.
8. Calon ayah yang baik
Kajian dari University of New South Wales dalam jurnal yang bertajuk “Evolution and Human Behaviour” mengatakan bahawa wanita berpendapat lelaki yang memiliki janggut adalah lebih menarik serta dilihat sebagai calon pasangan dan ayah yang baik.
9. Sesuai dijadikan pasangan romantik
Hasil kajian yang dijalankan ke atas wanita Britain berusia 18 hingga 44 tahun mendapati tarikan yang dimiliki oleh selebriti terkenal seperti George Clooney, Brad Pitt dan David Beckham adalah disebabkan oleh wajah mereka yang berjanggut dan membiarkan wajah mereka tidak dicukur bersih. Mereka juga menyifatkan lelaki berjanggut paling sesuai dijadikan pasangan romantik.
10. Kurangkan tanda penuaan dan awet muda
Seorang ahli dermatologi dari London bernama Dr Nick Lowe mengatakan bahawa janggut membantu melindungi kulit agar tetap sihat dan mengurangkan tanda-tanda penuaan sekali gus membuatkan lelaki awet muda. Ini kerana pendedahan terhadap sinaran matahari yang sedikit membuatkan lelaki yang berjanggut kelihatan lebih muda berbanding mereka yang tidak mempunyai janggut.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tidak lengkap rasanya dalam seharian tidak menggunakan sebarang perfume atau minyak wangi. Lelaki zaman sekarang sudah menganggap perfume sebagai pelengkap personaliti mereka.
Ini kerana perfume bermain dengan deria bau. Pernah tak anda terhidu bau perfume dan terus teringat akan seseorang. Itulah kekuatan perfume bagi seorang lelaki. Ia mampu meninggalkan kesan yang mendalam kepada orang lain.
Jadi sebab itulah bau harum merupakan antara karakteristik wajib untuk wanita dalam memilih pasangan mereka.
Namun seperti mana yang kita tahu harga untuk sebotol perfume berkualiti bukanlah murah. Alangkah rugi jika anda hanya pandai melakukan semburan tetapi tidak tahu teknik yang betul bagi memberikan bau perfume itu lebih menyerlah serta tidak membazir.
MASKULIN ingin kongsi beberapa tip cara semburan untuk buat ia berbau lebih sedap dan tahan lama.
SEMBURAN PADA BAJU
Sebenarnya tidak salah melakukan semburan pada bahagian baju. Jika ingin dapatkan hasil bepranjanganm sembur sedikit ke bahagian seperti kolar baju atau jaket. Akan tetapi anda harus berwaspada ketika melakukan semburan kerana sesetengan perfume boleh meninggakan kesan tompokan.
BANYAK ATAU SEDIKIT?
Tidak salah juga melakukan hanya beberapa semburan di lokasi tertentu. Namun kebanyakan perfume berkualiti hanya memerlukan anda membuat satu semburan sahaja. Ini kerana ia juga bergantung kepada tindak balas jenis bau badan semula jadi anda sendiri.
JENAMA SAMA
Apa yang MASKULIN maksudkan jenama sama ialah penggunaan krim pencukur atau deodoran. Jika anda ingin bau perfume lebih kuat dan tidak terganggu dengan bauan lain gunalah produk jenama sama atau dari siri sama dengan perfume tersebut. Dirisaukan jika anda mencampur aduk pelbagai jenama bau akan bercelaru dan tidak memberikan kesan harum memuaskan hati.
SEMBURAN PADA NADI
Seperti mana yang kita tahu semburan perfume amat berkesan dilakukan di bahagian nadi. Namun sebenarnya perkara paling penting anda perlu tahu akan kekuatan perfume yang ingin digunakan. Teknik paling efisyen adalah semburan belakang telinga, di bahagian kolar leher dan belajang leher.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.