Kegemukan dalam kalangan kanak-kanak secara dasarnya dibentuk oleh ibu bapa, keluarga atau penjaga bermula daripada pemilihan makanan, tabiat, cara makan dan jenis makanan yang diambil dalam diet seharian.
Namun tidak dinafikan terdapat faktor luaran yang memainkan peranan membentuk tabiat pemakanan kanak-kanak seperti pengaruh rakan sebaya, gaya hidup dan genetik. Pemakanan menjadi punca utama khususnya makanan mengandungi gula tambahan menyumbang kepada masalah obesiti. Kurang aktiviti fizikal sama ada di rumah atau di sekolah menyebabkan peluh tidak dikeluarkan.
Pengumpulan lemak akibat tidak bersenam ini menyebabkan berat badan bertambah. Oleh itu, ibu bapa harus memberikan yang terbaik untuk anak mereka. Sejak dilahirkan pemberian susu ibu selama enam bulan secara eksklusif kemudian diteruskan kepada dua tahun mampu mengelak masalah obesiti.
Melahirkan generasi yang sihat masyarakat khususnya ibu bapa perlu diberi kesedaran mengenai pengambilan gula dalam diet harian kanak-kanak. Kanak-kanak sememangnya memerlukan nutrisi mengandungi karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan mineral untuk pertumbuhan fizikal dan mental.
“=Apabila mereka mendapat cukup khasiat perkembangan mental dan fizikal akan berlaku seiring. Pengambilan terlalu banyak atau terlalu sedikit nutrien tertentu boleh menyebabkan masalah seperti kurang berat badan, anemia, dan obesiti.
Ads
Kanak-kanak pada usia dua hingga 10 tahun perlu mendapat semua khasiat makanan yang terkandung dalam buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan berprotein tinggi seperti produk tenusu dan kaya karbohidrat. Untuk lebih jelas, rujuklah pada piramid makanan.
Piramid Panduan Makanan menunjukkan dengan jelas jenis dan jumlah makanan yang perlu diambil setiap hari. Apa yang boleh dilakukan ibu bapa ialah memilih dan pelbagaikan rasa, tekstur dan bentuknya dalam setiap sajian anak anda. Namun apa yang menjadi masalah adalah amalan pemakanan kurang sihat dengan sajian mengandungi banyak gula dan lemak yang tinggi seperti mufin, coklat, roti, donut, gula-gula, agar-agar, aiskrim, biskut serta minuman berkarbonat.
Kanak-kanak sepatutnya diberi lebih banyak hidangan mengandungi sumber gula semula jadi yang turut dikenali sebagai glukosa, fruktosa dan laktosa seperti susu segar, buah-buahan dan sayur-sayuran. Namun ibu bapa di negara ini sering membiarkan anak menikmati hidangan mengandungi gula tambahan atau turut dikenali sirap jagung solid, sukrosa dan sirap glukosa solid dalam kadar tinggi.
Ads
Keadaan negatif ini bukan sahaja mengakibatkan anak mengalami obesiti, tetapi juga kerosakan gigi, kekurangan nutrien dan lebih teruk, penyakit kencing manis.
Kesibukan kerja tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak menyediakan makanan berkhasiat buat si kecil. Ibu bapa harus mempunyai maklumat mendalam mengenai makanan yang dibeli di luar.
Pada masa sama ibu bapa sendiri perlu menyediakan hidangan berkhasiat di rumah supaya ia turut dimakan anak. Elakkan memberikan ganjaran makanan seperti coklat atau aiskrim apabila anak berjaya melakukan sesuatu.
Sebaiknya bawa si kecil ketika anda membeli-belah dan terangkan kepadanya mengenai makanan yang elok diambil atau sebaliknya. Ceritakan juga mengenai panduan membaca label makanan.
Ads
Jangan beri gula tambahan
Kebanyakan jenis makanan termasuk buah-buahan dan susu turut mengandungi gula semula jadi, justeru gula tambahan sememangnya bukan lagi satu keperluan.
Sukatan pengambilan gula dan jumlah gula tersorok yang diperlukan oleh setiap individu berbeza mengikut usia termasuk kanak-kanak. Kanak-kanak berusia dua hingga 10 tahun biasanya tidak memerlukan lebih daripada tiga hingga empat sudu teh gula tambahan sehari, manakala kanak-kanak yang berusia antara 11 hingga 18 tahun tidak memerlukan lebih daripada lima hingga lapan sudu teh gula tambahan setiap hari.
Jika tidak dikawal, pengambilan gula secara berlebihan dalam kalangan kanak-kanak dikhuatiri mengundang pelbagai penyakit berbahaya, termasuklah berat badan berlebihan atau obesiti, diabetes, karies gigi dan kekurangan mikronutrien.
Kajian mengenai gula dalam makanan ini bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia membabitkan rasa dan ketahanan makanan. Paling penting adalah menjaga kualiti produk.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Biasanya selepas kita makan sesuatu yang sedap seperti tempoyak atau gulai, pasti tangan berbau. Puas basuh guna sabun, baunya tetap ada. Takkan nak makan guna sudu kan? Tak feel rasa makanan tu. Ada antara kita yang membersihkan tangan dengan sabun, kemudian oles pula losen untuk menghilangkan bau hamis itu. Masih juga sama, kesan bau itu tetap bersisa.
Maskulin kongsikan dengan anda 5 bahan natural yang boleh anda gunakan untuk menghilangkan bau tidak enak itu.
1. GULA Ambil satu sudu teh gula dan gosokkan pada tangan selama 2-3 minit. Kemudian bersihkan dengan air. Bukan saja bau hamis hilang, bahkan tangan tapak tangan juga akan terasa lebih lembut. 2. LIMAU Ambil potongan limau nipis atau lemon dan gosokkan perlahan-lahan pada tangan selepas dibersihkan dengan sabun. Kemudian dibilas dengan air bersih seperti biasa.
3. CUKA Gunakan hanya 1-2 sudu besar cuka dan gosok pada tangan. Urut lembut tangan dan kemudian dibilas. Selepas itu, cucilah tangan dengan sabun seperti biasa.
4. GARAM Sama seperti gula, ambil sedikit garam dan gosokkan pada tangan umpama menggunakan skrub. Biarkan seketika sebelum dibersihkan dengan air.
5. DAUN SELASIH Basahkan sedikit tangan dan gosokkan daun selasih pada tangan. Pastikan setiap bahagian yang hendak dibersihkan digosok dengan daun selasih. Selepas itu, bolehlah dibersihkan dengan air.
Mudah kan? Selepas ini, jangan tahan diri jika mahu makan makanan kegemaran anda hanya kerana ia berbau. Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Siapa yang tidak mengenali penyanyi yang memiliki suara yang mantap dan lunak ini? Penyanyi single Too Good At Goodbyes ini muncul dengan penampilan yang lebih menarik dan berbeza. Tapi, sudah pastilah yang menjadi isu hangat adalah tentang tubuh badannya yang semakin kurus, slim dan fit! Wah! Apakah rahsianya?
Sam Smith mengakui tentang tubuh badannya yang besar dan mula bertekad untuk melakukan perubahan terhadap tubuhnya.
“Saya mula bertekad untuk menurunkan berat badan apabila saya bersama rakan-rakan di tepi pantai dan membuka baju. Dari situ saya tersedar bahawa bentuk badan saya tidak elok dan harus melakukan perubahan.”
Nama Sam Smith kini bukan sahaja dikenali sebagai penyanyi yang bagus, malah ia juga dikenali sebagai penyanyi yang berjaya menurunkan berat badan dengan memebri impak yang mendalam! Menurut kata-katanya pada 60 Minutes Australia, dari kecil lagi makanan mengawal dirinya.
“Memang sejak kecik, saya memang suka makan. Apatah lagi kalau saya berasa sunyi, makanan sajalah yang banyak menghilangkan perasaan emosi saya. Secara tidak langsung, ia menyumbang kepada kenaikan berat badan saya.”
Namun, segalanya berubah apabila Sam mengenali Amelia Freer, seorang terapi nutrisi. Merujuk kepada buku nukilan Amelia, Eat. Nourish. Glow, ia membantu Smith dari segi pelan pemakanan yang sihat dan berkualiti. Dari situ juga ia mengawal kadar gula, bahan tenusu dan lain-lain lagi. Menurut laporan dari Billboard pada Oktober 2017, Sam melakukan senaman 3 kali seminggu dengan bantuan personal trainer dan memfokuskan kepada cardio dan senaman jenis “too many weights”.
Apa-apapun kami dari Maskulin mengucapkan syabas kepada Sam Smith kerana berjaya menurnkan berat badan serta berjaya mencapai impiannya untuk memiliki tubuh yang lebih sempurna. Kami juga tidak sabar untuk menyaksikan kejayaan album terbarunya The Thrill of It All di anugerah Grammy nanti!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Penyakit ini sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun. Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki, tetapi ia boleh juga menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari
Kali ini, admin tertarik dengan perkongsian Cik Mil Neena tentang petua gout. Menurut beliau, ia telah diamalkan oleh suaminya yang menderita penyakit gout selama 15 tahun. Setelah sebulan, ia menampakkan hasil yang amat memberangsangkan.
Mari ikuti perkongsian beliau selanjutnya di bawah ini.
PETUA ATASI GOUT DENGAN 3 BAHAN SEMULAJADI. MUDAH!
Hari ini saya nak share satu petua gout. Macam-macam petua tradisional dah cuba tapi tak ‘jalan’. Akhirnya terpaksalah makan ubat farmasi, iaitu Allupurinol untuk turunkan paras asid urik dan Goutnor 0.6mg untuk hilangkan rasa sakit. Orang gout memang tak boleh dipisahkan dengan dua jenis ubat ini, bukan?
Alhamdulillah, dah cuba sebulan dekat suami saya yang dah lama menderita sakit gout. Bahan-bahannya pula mudah disediakan. Yang pasti, jus yang dihasilkan memang sedap dan insha Allah boleh diminum sebab baunya wangi. Rasanya tak melekat dalam mulut apabila diminum dan tak pahit. Isteri pun boleh curi-curi minum!
BAHAN-BAHAN
Berikut adalah bahan-bahannya.
1 biji timun
2 batang saderi@celery
3 hirisan lemon buang biji dulu nanti pahit
CARA-CARA
1. Kisar
Saya masukkan semua dalam slow juice maker (beli dalam Lazada RM179) untuk hasilkan jus sebenar tanpa perlu tambah air. Saya dapat dua gelas jus.
Bagi yang nak guna mesin pengisar / blender, boleh juga. Tambah satu gelas air dan kisar semua bahan dan tapis buang hampas.
2. Minum 2 Kali Sehari
Minum 2 kali sehari ya. Satu gelas selepas bangun tidur (awal pagi) dan satu gelas sebelum nak tidur (malam).
Tips Tambahan
Tips kalau malas nak kena basuh bekas-bekas jus, boleh buat jus untuk dua hari siap-siap. Maknanya gandakan bahan di atas kemudian masukkan ke dalam botol kosong. Kena pakai sukatan gelas yang sama supaya kuantiti jus seimbang bila nak minum nanti.
Insha Allah semoga berkesan untuk anda juga.
NAMPAK PERUBAHAN DALAM 1 BULAN!
Kalau serasi macam suami saya, mudah-mudahan kesannya nampak dalam masa 1 bulan ini. Walaupun makan udang dekat 1kg, suami saya tak perlu bergantung pada ubat farmasi lagi dan rasa sakit dah kurang terutama di tempat bengkak.
Kemungkinan kristal asid urik di kawasan tulang kaki dah menurun. Berat dia pun turun 2kg mungkin sebab amalkan waktu pagi perut kosong dan malam sebelum tido. Jus gout ini memang ‘cuci’ habis dalaman dia.
Pada masa yang sama, perlulah jaga pemakanan dan mengawal diet seperti yang ditetapkan oleh doktor. Kalau gout masih tak berkurang dan bertambah teruk, janganlah pula hanya bergantung kepada petua. Pastikan berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.