Pernahkah anda mendengar tentang Okinawa? Jika anda mengikuti sejarah Perang Dunia ke-2, tentu anda biasa dengan pertempuran Okinawa (battle of Okinawa) yang sebahagiannya telah dilakonkan semula di dalam sebuah filem bertajuk Hacksaw Ridge.
Kita tidak ingin bercakap tentang perang tetapi berkenaan satu fakta yang sangat menarik tentang tempat ini. Okinawa adalah sebuah pulau yang terletak di Kepulauan Ryukyu, Jepun. Ia dikatakan sebagai kawasan dengan jangka hayat paling tinggi di dunia. Purata jangka hayat rakyat Malaysia ialah 75 tahun manakala Jepun ialah 84 tahun dan penduduk Okinawa berumur lebih 100 tahun adalah 5 kali ganda lebih banyak berbanding kawasan lain di Jepun.
Okinawa diet
Gaya hidup dan pemakanan penduduk di pulau ini telah lama diperhatikan serta dikaji memandangkan jangka hayat mereka sentiasa mendahului kawasan lain di dunia. Apakah sebenarnya rahsia mereka?
Pemakanan atau diet! Ini adalah antara faktor utama.
Ads
Lalu, apakah yang mereka makan?
Tiada yang begitu mengejutkan seperti buah-buahan syurga mahupun air sakti. Apa yang diamalkan oleh penduduk Okinawa adalah perkara asas. Okinawa diet dicirikan oleh:
Ads
Melebihkan makanan kaya dengan sayur-sayuran berwarna kuning, oren dan hijau.
Nasi yang menjadi makanan ruji masyarakat Jepun diganti dengan ubi keledek ungu.
Daging, produk tenusu dan makanan laut diambil dalam jumlah yang kecil.
Membanyakkan pengambilan soya dan kekacang.
Seluruh pemakanannya secara am adalah rendah gula dan gandum – penduduk Okinawa mengambil kurang 30% gula dan kurang 15% gandum berbanding penduduk Jepun yang lain.
Berhenti sebelum perut penuh – Hara Hachi Bu
Di samping Okinawa diet, salah satu budaya penting yang diamalkan oleh penduduk pulau ini adalah untuk berhenti makan awal. Peribahasa hara hachi bu membawa maksud agar berhenti makan apabila perut sudah 80% penuh.
Ads
Mereka secara amnya mengambil sebanyak 1,200 kalori sehari berbanding penduduk di negara lain yang kebiasaannya mengambil 2,000 kalori sehari. Walaupun jumlah kalori yang diambil adalah rendah, diet mereka dipenuhi dengan makanan berkhasiat serta bernutrisi tinggi. Mereka juga sudah membiasakan diri untuk berlapar. Sebab itu mereka masih boleh kekal sihat dan hidup lebih lama walaupun mengambil sedikit kalori.
Banyak perkara yang boleh dipelajari daripada penduduk Okinawa. Ayuh ambil masa dan mula merancang diet anda hari ini!
Sempena raya tahun ini Jakel sekali lagi menampilkan koleksi menarik dengan tag line ‘Jakel, Barulah Raya 2017’.
Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Farez Mohamed Jakel berkata, bersempena ulang tahun ke-10 Jakel yang bertapak di Kuala, Jakel telah mengeluarkan banyak fabrik pilihan untuk seisi keluarga.
“Jakel menjangkakan koleksi edisi kali ini mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan memandangkan ia merupakan koleksi terkini dan terbaharu yang dikeluarkan oleh Jakel.
“Koleksi kali ini memfokuskan kepada corak dan warna yang lebih segar dan moden serta ciri-ciri eksklusif,” katanya.
Mengulas mengenai koleksi baju Melayu Aaron Aziz, ia direka khas dan khusus dengan mengetengahkan kemasan pada leher, poket dan motif bercorak. Keistimewaannya adalah dari segi penggunaan fabrik dan warna.
“Antara warna yang dijangkakan bakal menjadi pilihan tahun ini adalah warna pastel selain warna kegemaran antaranya hijau zamrud, merah cili dan biru diraja.
“Manakala baju Melayu Nabil Ahmad berkonsepkan moden kontemporari yang menekankan kemasan pada leher dan poket.
“Untuk tahun ini juga, koleksi baju Melayu Awal Ashaari dan Hairul Azreen juga antara yang bakal menjadi pilihan ramai yang ingin tampil segak dan selesa di pagi raya,” katanya.
Menambahkan lagi kemeriahan promosi hari raya, Jakel mengambil inisiatif mengeluarkan produk baju Melayu ‘plus size’ dan ini juga merupakan kali pertama bagi Jakel memasarkan produk tersebut. Lanjutan daripada ini, Jakel mengambil peluang berkolaborasi bersama Harith Iskander.
Harga koleksi baju Melayu yang ditawarkan juga amat berpatutan serendah RM89 dan lebih menarik lagi, pelanggan akan diberikan sehelai kain samping beserta butang baju Melayu.
Bagi koleksi kurta, setiap koleksinya dihasilkan dari fabrik yang berkualiti dan mempunyai potongan kemas di leher dan dibelakang bahu serta dilengkapi poket. Ia mesra wuduk kerana boleh dilipat dan dibutangkan pada bahagian sisi lengan.
Koleksi kurta yang dihasilkan mempunyai puluhan warna bagi setiap rekaan. Malah koleksi kurta Aaron Aziz dan Nabil Ahmad juga turut dijual.
Sementara itu, untuk koleksi baju kurung, Jakel turut mengeluarkan label Ayda Jebat yang berkonsepkan kurung moden. Koleksi ini menyasarkan kepada golongan remaja hingga dewasa dengan tema “simple but nice”.
Menariknya juga, koleksi kanak-kanak menampilkan label Yusof Iskandar dan Lara Alana. Jakel turut mengeluarkan pakaian sedondon bercirikan kekeluargaan dengan koleksi Hanis, Hairul dan Yusof serta koleksi Schawalara.
Kemeriahan Jakel tahun ini apabila melantik Rozita Che Wan dan Janna Nick sebagai ikon Jakel.
Malang tidak berbau, siapa menyangka kita yang sihat dan bertenaga kini boleh terlantar kesakitan keesokkan harinya. Setiap kisah kehidupan punya jalan ceritanya yang tersendiri.
Januari tahun lalu mengubah kehidupan pasangan ini secara total. Hafiz sememangnya kuat berkerja. Setiap hari dia akan berulang alik ke tempat kerja dengan menaiki motosikal. Masih segar diingatannya pada petang itu ketika pulang dari tempat kerja, hujan turun dengan lebatnya. Basah meredah hujan menjadi perkara biasa bagi penunggang motosikal sepertinya. Tapi Siapa menyangka air hujan menjadi penyebab dan asbab dia terbaring kesakitan sekarang.
Setiba di rumah , badannya menjadi lemah dan tubuh mula membengkak. Paling ketara di bahagian mata pada keesokkan paginya. Badan Hafiz juga panas seperti demam.
Doktor menyatakan beliau hanya demam dan elergi namun setelah memakan ubat, bengkaknya masih tidak surut. Ini membuatkan hati si isteri tidak sedap dan tidak keruan.
Selah dibawa ke HUKM, doktor di sana mengesahkan Hafiz mengalami kebocoran buah pinggang tahap empat. Hampir terduduk mendengar kenyataan tersebut mememandangkan selama ini Hafiz sihat sahaja dan tidak pernah mengadu sakit.
Bermula dengan lumpuh, beberapa bulan kebelakangan ini matanya pula makin menyusut fungsinya. Lebih menghibakan pada pemeriksaan doktor yang lepas, kedua belah matanya buta kerana saraf rosak.Namun Hafiz tetap berdoa agar ada keajaiban berlaku dan matanya kembali boleh melihat seperti sedia kala. Hatinya begitu teringin untuk menatap wajah sang isteri yang berpenat lelah setiap hari menguruskan keperluannya hingga tidak cukup rehat dan tidur.
Marilah kita bersama-sama mendoakan agar Hafiz diberikan kesihatan yang baik.
Ia menyebabkan badan kita rasa cepat dan mudah letih. Fungsi otak juga akan turut terganggu menyebabkan kita berasa mudah lupa, pening, cepat mengantuk dan sukar untuk menumpukan perhatian.
Masalah susah tidur diwaktu malam atau insomnia ini sering berpunca daripada beberapa faktor. Pertama, ia mungkin disebabkan masalah gangguan pernafasan ketika tidur (sleep apnea). Kedua, mungkin akibat masalah kegatalan kulit yang paling ketara mengganggu ketika waktu malam. Ketiga, masalah kekejangan otot kaki dan sindrom kaki gelisah (restless leg syndrome) akibat masalah saraf kaki juga antara punca insomnia. Kesemua gangguan ini menyebabkan pesakit sukar mendapatkan kualiti tidur yang baik, kerap terjaga diwaktu tidur malam dan berkecenderungan untuk lebih tidur pada waktu siang. Dan semua faktor ini melibatkan fungsi darah merah yang terganggu akibat masalah penyakit buah pinggang.
Antara tugas utama buah pinggang ialah mengawal keseimbangan mineral dalam tubuh. Ia melibatkan proses keseimbangan paras kalsium dan fosforus di dalam darah. Kekurangan kalsium dalam darah menyebabkan kelenjar paratiroid yang terletak dileher untuk merembeskan hormon paratiroid. Hormon ini bertindakbalas melakukan mekanisma menyerap kembali kalsium daripada komposisi tulang untuk disalurkan ke dalam darah. Paras hormon paratiroid yang tinggi ini dikatakan boleh menyebabkan masalah kulit kering dan kegatalan. Selain itu, kandungan fosforus yang tinggi dalam darah juga boleh menyebabkan kesan yang sama.
Penyebab lainnya, bahan buangan atau toksin yang terkumpul dalam salur darah di bawah kulit juga juga adalah penyumbang utama masalah kulit kering dan gatal.
Secara normalnya, orang dewasa kencing 4 hingga 6 kali sehari dan kebanyakkannya di waktu siang. Masalah kencing terlalu kerap atau polyuria boleh berlaku disebabkan oleh punca minum banyak air atau tanda normal bagi wanita sedang mengandung. Namun, jika tidak disebabkan punca biasa di atas, ia mungkin disebabkan oleh masalah buah pinggang. Kencing terlalu kerap di waktu malam dikaitkan dengan kerosakan buah pinggang yang tidak dapat menyingkirkan bahan buangan dan toksin ketika aktif di waktu siang. Alternatifnya, ia dilakukan di waktu malam (rehat) dan menyebabkan tindakbalas perkumuhan urin yang kerap. Ataupun jika tidak, masalah kerap kencing ini mungkin juga disebabkan oleh petanda jangkitan pada pundi kencing atau masalah bengkak prostat. Oleh itu, saringan doktor amatlah penting untuk menganalisis kondisi masalah ini.
Buah pinggang yang sihat akan menapis darah untuk mendapatkan nutrien serta mineral. Ia juga mengekalkan sel darah merah tetap di dalam darah. Apabila berlaku kerosakan buah pinggang, mungkin sedikit kebocoran darah akan keluar bersama air kencing menyebabkan berlakunya kencing berdarah atau kencing kotor. Namun, Kencing kotor atau berdarah mungkin juga membawa petanda kewujudan tumor, batu karang atau jangkitan kuman yang berkaitan dengan buah pinggang.
Kencing berbuih juga berlaku akibat masalah sistem penapis buah pinggang bocor atau telah rosak; lebih dikenali sebagai nephrotic syndrome. buah pinggang yang sihat akan menapis dan membuang lebihan cecair serta bahan buangan tubuh yang terkandung di dalam darah, dan hanya mengambil protein serta nutrien penting. Kebocoran protein albumin akibat kerosakan penapis buah pinggang menyebabkan kepekatan air kencing meningkat dan ditandai dengan simptom kencing berbuih.
Pengumpulan bahan buangan dalam darah turut memberi kesan mulut yang berbau busuk seperti ammonia. Disamping itu, ia juga menyebabkan komplikasi deria rasa lidah yang kurang enak pada makanan. Secara tidak langsung, ia juga akan menyebabkan sindrom hilang selera makan. Lebih teruk lagi, ia menyebabkan rasa kurang selesa pada perut dan mencetuskan rasa loya dan kerap berasa hendak muntah
Masalah bengkak kaki atau edema adalah biasa bagi ibu mengandung. Namun bagi lelaki atau wanita yang tidak hamil, ia mungkin petanda masalah pada buah pinggang. Mereka yang mengalami masalah penyakit buah pinggang mungkin tidak dapat menyingkirkan dengan sempurna lebihan cecair dan garam sodium yang terdapat di dalam darah. Justeru, tekanan aliran dalam salur darah meningkat pada kawasan tertentu tubuh. Terutamanya pada pergelangan kaki dan sekitar mata. Bagi masalah penapis buah pinggang rosak (nephrotic syndrome) pula, kekurangan protein albumin dalam darah menyebabkan kestabilan isipadu darah terganggu. Buah pinggang cuba bertindakbalas untuk mengawal isipadu darah dengan mengekalkan kandungan garam dalam darah. Akibatnya, lebihan cecair tubuh akan terkumpul dan mencetuskan edema.
Kekejangan otot atau “muscle cramp” adalah petanda biasa berkaitan penyakit buah pinggang. Ia menyerang secara berkala dalam masa beberapa saat atau beberapa minit. Kebiasaannya berlaku di bahagian belakang betis kaki.
Ia mungkin disebabkan oleh ketidakseimbangan cecair dan elektrolit tubuh atau berlaku kerosakan saraf atau juga disebabkan masalah aliran darah. Kesemuanya melibatkan fungsi kerja buah pinggang.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Demi mencari lelaki idaman, wanita cantik dari Singapura ini sanggup membayar SGD2,000 (RM6640) kepada sesiapa yang memperkenalkannya kepada lelaki idaman.
Memetik laporan dari The Straits Times, inilah langkah berani diambil oleh seorang wanita bernama Bella Dai yang berusia 29 tahun. Dia yang juga merupakan seorang usahawan kesejahteraan yang mahu mengambil pendekatan lebih strategik dalam mencari pasangan hidup.
Bukan sekadar menunggu cinta jatuh dari langit, Bella menggunakan taktik mirip pemasaran untuk memudahkan pencariannya.
Dia menetapkan beberapa syarat yang cukup spesifik. Antaranya lelaki itu harus berusia 25 hingga 42 tahun, menetap di Singapura, memiliki kepakaran dalam bidangnya, berminat dalam kesihatan dan kecergasan, serta terbuka kepada pembangunan spiritual.
Tawaran ini bukan sekadar imbuhan mudah, kerana wang hanya akan diberikan jika perkenalan itu berkembang menjadi hubungan serius yang bertahan sekurang-kurangnya enam bulan.
“Jika saya adalah produk, bagaimana saya boleh memasarkannya?” kata Bella, yang percaya bahawa mencari pasangan juga memerlukan strategi seperti membina jenama.
Pendekatan ini mungkin kelihatan ekstrem, tetapi sebenarnya masuk akal. Jika kita melaburkan masa dan wang untuk membina kerjaya, mengapa tidak dalam soal cinta?
Seperti dalam bisnes, ‘networking’ memainkan peranan penting. Bella menyedari bahawa rakan-rakannya lebih memahami dirinya dan boleh membantu mencari pasangan yang lebih sesuai berbanding algoritma aplikasi janji temu.
Dalam dunia dating, satu cabaran besar ialah ketidakpastian—sama ada seseorang itu serius atau sekadar mahu mencuba.
Menurut tinjauan YouGov 2024, ramai pengguna Tinder di Singapura hanyalah ‘social daters’ yang mencari kenalan, bukan pasangan serius.
Bella percaya bahawa dengan menjadikan rakan sebagai perantara, dia dapat mengelakkan pertemuan dengan individu yang tidak serius dan juga mengurangkan risiko ‘ghosting’.
Selain itu, lelaki yang diperkenalkan oleh rakan lebih cenderung untuk berkelakuan baik kerana mereka tahu reputasi mereka turut dipertaruhkan. Ini berbeza dengan aplikasi janji temu, di mana seseorang boleh hilang tanpa jejak selepas satu pertemuan.
Walaupun strategi Bella kedengaran luar biasa, dia bukan orang pertama yang mencuba cara ini.
Pada 2024, seorang pekerja teknologi di Amerika Syarikat, Anatoliy Zaslavskiy, menawarkan ganjaran US$100,000 kepada sesiapa yang memperkenalkannya kepada pasangan hidupnya. Walaupun ramai mengejek langkahnya, dia tetap meneruskannya dengan harapan dapat menemui cinta sejati.
Bagi lelaki yang serius mencari pasangan, kisah Bella memberi inspirasi bahawa mencari cinta bukan hanya tentang menunggu tetapi mengambil tindakan. Jika kita boleh menggunakan strategi dalam dunia pekerjaan, mengapa tidak dalam hubungan peribadi?
Bella menegaskan bahawa strategi ini tidak semestinya perlu dilakukan secara terbuka seperti yang dilakukannya.
“Yang penting, kita perlu letakkan diri dalam kalangan yang betul,” katanya. Dalam dunia yang semakin sibuk dan penuh dengan gangguan digital, mungkin sudah tiba masanya untuk lebih proaktif dalam mencari cinta.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.