Demi mencari lelaki idaman, wanita cantik dari Singapura ini sanggup membayar SGD2,000 (RM6640) kepada sesiapa yang memperkenalkannya kepada lelaki idaman.
Memetik laporan dari The Straits Times, inilah langkah berani diambil oleh seorang wanita bernama Bella Dai yang berusia 29 tahun. Dia yang juga merupakan seorang usahawan kesejahteraan yang mahu mengambil pendekatan lebih strategik dalam mencari pasangan hidup.
Bukan sekadar menunggu cinta jatuh dari langit, Bella menggunakan taktik mirip pemasaran untuk memudahkan pencariannya.
Foto hiasan
Dia menetapkan beberapa syarat yang cukup spesifik. Antaranya lelaki itu harus berusia 25 hingga 42 tahun, menetap di Singapura, memiliki kepakaran dalam bidangnya, berminat dalam kesihatan dan kecergasan, serta terbuka kepada pembangunan spiritual.
Tawaran ini bukan sekadar imbuhan mudah, kerana wang hanya akan diberikan jika perkenalan itu berkembang menjadi hubungan serius yang bertahan sekurang-kurangnya enam bulan.
Pemasaran Diri dalam Dunia Dating
“Jika saya adalah produk, bagaimana saya boleh memasarkannya?” kata Bella, yang percaya bahawa mencari pasangan juga memerlukan strategi seperti membina jenama.
Pendekatan ini mungkin kelihatan ekstrem, tetapi sebenarnya masuk akal. Jika kita melaburkan masa dan wang untuk membina kerjaya, mengapa tidak dalam soal cinta?
Ads
Seperti dalam bisnes, ‘networking’ memainkan peranan penting. Bella menyedari bahawa rakan-rakannya lebih memahami dirinya dan boleh membantu mencari pasangan yang lebih sesuai berbanding algoritma aplikasi janji temu.
Dalam dunia dating, satu cabaran besar ialah ketidakpastian—sama ada seseorang itu serius atau sekadar mahu mencuba.
Hantaran Bella di Instagram. Foto: Bella Dai
Menurut tinjauan YouGov 2024, ramai pengguna Tinder di Singapura hanyalah ‘social daters’ yang mencari kenalan, bukan pasangan serius.
Bella percaya bahawa dengan menjadikan rakan sebagai perantara, dia dapat mengelakkan pertemuan dengan individu yang tidak serius dan juga mengurangkan risiko ‘ghosting’.
Ads
Selain itu, lelaki yang diperkenalkan oleh rakan lebih cenderung untuk berkelakuan baik kerana mereka tahu reputasi mereka turut dipertaruhkan. Ini berbeza dengan aplikasi janji temu, di mana seseorang boleh hilang tanpa jejak selepas satu pertemuan.
Bukan Sekadar Trend, Tetapi Strategi
Walaupun strategi Bella kedengaran luar biasa, dia bukan orang pertama yang mencuba cara ini.
Pada 2024, seorang pekerja teknologi di Amerika Syarikat, Anatoliy Zaslavskiy, menawarkan ganjaran US$100,000 kepada sesiapa yang memperkenalkannya kepada pasangan hidupnya. Walaupun ramai mengejek langkahnya, dia tetap meneruskannya dengan harapan dapat menemui cinta sejati.
Bagi lelaki yang serius mencari pasangan, kisah Bella memberi inspirasi bahawa mencari cinta bukan hanya tentang menunggu tetapi mengambil tindakan. Jika kita boleh menggunakan strategi dalam dunia pekerjaan, mengapa tidak dalam hubungan peribadi?
Bella menegaskan bahawa strategi ini tidak semestinya perlu dilakukan secara terbuka seperti yang dilakukannya.
“Yang penting, kita perlu letakkan diri dalam kalangan yang betul,” katanya. Dalam dunia yang semakin sibuk dan penuh dengan gangguan digital, mungkin sudah tiba masanya untuk lebih proaktif dalam mencari cinta.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Musim durian datang lagi! Durian (Durio zibethinus Murray) dikenali sebagai ‘raja buah’ dalam kalangan orang ramai khususnya masyarakat di Asia Tenggara. Memiliki bau yang menyengat, tekstur yang lembut, rasa lemak dan berkrim yang enak serta warna kekuningan sudah pasti menarik perhatian semua orang untuk mencubanya. Secara tradisinya, durian dianggap “panas” kerana ia dapat meningkatkan suhu badan dan menaikkan tekanan darah.
Durian boleh menjadi sebahagian daripada Pendekatan Diet Untuk Menghentikan Hipertensi (DASH) yang merupakan pola makan direka untuk menurunkan tekanan darah tinggi, mengikut Garis Panduan Pemakanan 2010 dari Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia Amerika Syarikat. Pola pemakanan ini adalah dengan mengambil empat hingga lima hidangan buah sehari dalam diet 2,000 kalori, dan setengah cawan durian segar sebagai hidangan.
Hubungan durian dan hipertensi
Natrium
Durian hanya menyediakan 5 mg natrium per cawan, dan mengurangkan pengambilan natrium boleh menurunkan tekanan darah anda. Individu yang mempunyai tekanan darah tinggi tidak boleh melebihi 1,500 mg sodium sehari. Bagi menurunkan pengambilan natrium anda, banyakkan memakan buah-buahan segar, sayuran dan kekacang serta hadkan penggunaan garam dan makanan yang disediakan.
Kalium
Satu manfaat penting buah durian untuk tekanan darah ialah ia sangat tinggi dalam kalium, dengan 1,059 mg per cawan. Diet tinggi potasium menyokong tekanan darah yang sihat, dan orang dewasa yang sihat perlu mendapat sekurang-kurangnya 4,700 mg sehari. Buah, kacang, sayuran dan ikan adalah sumber semula jadi potasium yang baik.
Bolehkan penghidap hipertensi makan durian?
Pesakit dengan hipertensi sering mengalami komplikasi dengan penyakit jantung. Kandungan alkohol dalam buah durian boleh meningkatkan tekanan darah pesakit hipertensi. Tekanan darah meningkat akan menyebabkan kadar denyutan jantung dan penyakit jantung secara tiba-tiba. Kawalan tekanan darah yang sering terletak di atas 200 akan mendorong kepada penyakit jantung. Sekiranya tekanan darah dan serangan jantung serentak, ia mungkin boleh menyebabkan kematian.
Tip makan durian bagi penghidap diabetes:
Tidak makan berlebihan
Tidak makan daging berlemak tinggi selepas memakan durian
Jika anda bersenam untuk membuang lemak, air juga akan turut terbuang
Minuman Berkafein
Minuman seperti kopi, teh dan lain-lain adalah duiretik iaitu ia membantu anda membuang air. Elakkan pengambilan tanpa gula dan susu, kerana teh o kosong dan kopi o kosong tidak mempunyai kalori.
Kurangkan Garam
Garam ni umpama pasir yang menyerap air. Kurangkan garam dalam setiap masakkan. Ini membantu anda kurangkan masalah hypertension atau tekanan darah tinggi.
Tambah Serat
Badan anda tidak dapat menghadamkan serat dan terpaksa membuangnya melalui sistem perlawasan. Tapi untuk membuang serat yang sememangnya kering, ia memerlukan banyak air. Ini “rahsia” kebanyakkan diet Detox.
Minum air
Kenapa mesti takut minum air kalau gemuk air? Anda perlu banyakkan minum air untuk membuang lebihan air yang tidak perlu dalam badan.
Potassium
Ia adalah musuh kepada (sodium) garam. Potassium penting untuk mengawal keseimbangan lendiran badan. Pisang memang sering menjadi makanan kegemaran atlet-atlet kerana ia kaya dengan potassium untuk stabilkan lendiran badan.
Kurangkan Karbohidrat
Setiap gram karbohidrat (nasi, roti, buah, mee dan lain-lain) perlulah lebih kurang 3g air untuk dihadamkan. Jadi, kalau diet anda tinggi dengan karbohidrat, sememangnya badan anda terpaksa mengurangkan air berlebihan. Sebagai panduan, elak gula ringkas, pilih yang mengandungi banyak serat dan jangan lebih dari segenggam untuk pengambilan nasi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Cole Haan meraikan semangat eksplorasi setiap insan yang luar biasa pada musim percutian yang akan datang untuk memberi inspirasi kepada individu lain untuk meneroka dunia di sekeliling mereka
Menampilkan gabungan yang elegan di antara tradisi dan reka bentuk moden, koleksi Holiday mengetengahkan pilihan kasut klasik yang dikemaskini dengan bahan-bahan yang baru serta palet warna yang berkilau dan metalik untuk menyambut keistimewa musim percutian di samping memberi inspirasi kepada setiap individu untuk meneroka dunia yang indah di sekeliling mereka. Biar apa-apa perjalanan mahupun mana-mana tempat, Cole Haan menjadikan perjalanan itu lebij bermakna dengan koleksi kasut yang paling komprehensif lagi inovatif.
Koleksi Untuk Kaum Wanita
Koleksi kasut yang baru untuk kaum wanita terdiri daripada pilihan klasik seperti kasut GrandEvølution Wingtip, kasut ZerøGrand Wingtip, kasut ZerøGrand dan kasut tenis GrandPrø, serta reka bentuk kasut baru seperti kasut bertumit Laree Grand Stud dan kasut GrandPrø Runner.
Koleksi kasut GrandEvølution Wingtip dan kasut ZerøGrand Wingtip telah dikemas kini dengan kulit yang berkilau dan permukaan metalik yang cantik, ditambah dengan tali taffeta yang halus. Kasut ZerøGrand mengekalkan tali berbentuk T yang klasik dengan permukaan metalik sementara kasut tenis GrandPrø yang selesa serta ringan dihiasi dengan permukaan kulit kasut yang metalik, menggabungkan tapak getah yang fleksibel serta reka bentuk yang sangat ringan untuk kegunaan di dalam serta di luar gelanggang permainan.
Selak-selak pada kasut Laree Grand Stud yang baru diilhamkan oleh butiran yang terdapat pada kasut-kasut lelaki Cole Haan yang klasik, untuk memberikan rupa yang elegan – sedikit kbergaya – serta kelihatan menawan. Kasut GrandPrø Runner yang baru mengekalkan cirinya yang ringan tetapi ditambah dengan permukaan metalik yang bersinar untuk musim ini yang akan membawa setiap individu mengharungi penerokaan pada musim percutian ini.
Koleksi Kasut Untuk Kaum Lelaki
Untuk kaum lelaki, gabungan yang elegan di antara tradisi dan reka bentuk moden pada kasut Cole Haan diketengahkan dalam pilihan kasut baru seperti kasut 2.ZerøGrand Laser Wingtip, kasut ZerøGrand Wingtip dan kasut GrandPrø Runner – kesemuanya dengan reka bentuk yang klasik dan ditambah dengan sentuhan yang menawan untuk musim percutian ini. Menggunakan teknologi Grand.OS, setiap reka bentuk kasut direka dengan tambahan beberapa bahagian penting untuk memberi pergerakan, fleksibiliti dan keselesaan tanpa batasan untuk si pemakai.
Memperkenalkan koleksi pilihan kasut klasik yang baru, Cole Haan meneruskan kejayaannya pada koleksi GrandPrø dengan memperkenalkan kasut GrandPrø Spectator yang baru, kasut tenis yang hampir satu pertiga lebih ringan daripada kasut tenis biasa untuk kaum lelaki – menjamin keselesaan dan keringanan pada kaki untuk sepanjang musim percutian.
Koleksi kasut Holiday2017 yang baru boleh didapati bermula daripada pertengahan bulan November di kedai-kedai Cole Haan yang terletak di:
Pavilion KL Shopping Mall, Lot 2.01.03 Tingkat 2 & The Gardens Mall, Lot F-229 Tingkat 1
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.