
Minggu lalu tersebar cerita oleh seorang lelaki berserta video aneh kononnya terdapat sebatang pokok petai ‘menangis’ di Kampung Petani, Sering, Kota Bharu, Kelantan.
Pokok petai berusia 30 tahun
Kejadian itu telah menarik perhatian penduduk setempat untuk melihat dengan lebih dekat pokok petai yang berusia 30 tahun itu yang dikatakan mula menangis sejak minggu lalu.
Air mengalir turun dari Maghrib hingga Subuh
Memetik laporan Astro Awani, ada penduduk mendakawa pokok petai itu mengeluarkan air seperti air hujan pada sebelah malam bermula selepas Maghrib hingga Subuh.
Bawa baldi untuk tadah air
Kejadian tersebut menyebabkan ada penduduk kampung termasuk penduduk dari kampung berdekatan datang membawa baldi untuk menadah air tersebut.
Penduduk kampung, Khaidin Razali, berkata, air yang dikeluarkan dari dedaunan petai itu bersifat jernih dan berbau buah petai.
Ada yang menjadikannya sebagai ubat
Justeru, ada juga pengunjung yang menadah dan mengambil air dari dedaun pokok petai itu kononnya mahu dibuat sebagai ubat.
Namun demikian, seorang penduduk kampung, Wan Kamal Abas memberitahu air yang turun itu bukanlah air dari pokok petai sebaliknya ia datang dari air kencing serangga.
Rupanya serangga kencing secara ‘berjemaah’?
Serangga yang dikenali sebagai riang-riang, yang sering berbunyi bising dikatakan kencing secara serentak atau bahasa lainnya ‘berjemaah’ dari atas pokok berkenaan.
Air kencing riang-riang terembes ke daun sebelum ia turun bagaikan air hujan rintik-rintik atau pun seperti yang dikatakan pokok petai menangis.
Mengetahui perkara ini, bagaimanalah perasaan mereka yang sudah menjadikan air kencing riang-riang tersebut sebagai bahan untuk mencuci muka, ubat dan sebagainya?
“Orang Nak Pelakon Berbakat, Bukannya Kayu” – Casting Director Dedah Pengalaman!

Sebelum terhasilnya sebuah drama, telefilem, dokumentari atau pun filem, casting director adalah individu yang bertanggungjawab mengenal pasti pelakon yang sesuai.
Tujuannya, gambaran karakter yang ditulis oleh penulis skrip akan dipersetujui produser atau penerbit sekali gus memudahkan casting director untuk menapisnya.
Menerusi entri ini, Maskulin mendapatkan seorang casting director yang terlibat dalam mencari barisan pelakon untuk filem Polis Evo 1 & 2, Tombiruo, Bulan dan Pria serta menjadi coach actor kepada Hairul Azreen untuk menjayakan filem Paskal.
Dipanggil sekali lagi jika short listed
Aslam Yusoff dari Zana Entertaiment mendedahkan perkara pertama yang akan berlaku sekiranya anda hadir ke ujibakat dan termasuk dalam short listed, anda akan dipanggil sekali lagi untuk satu ujian saringan.
Dalam sesi tersebut, casting director akan memastikan adakah anda betul-betul bersesuaian dengan karakter yang diperlukan dalam sesebuah cerita itu.
Dari situ, casting director akan memberikan beberapa tugasan dan semua pihak yang terlibat jika berpuas hati, akan lock anda sebagai pelakon yang berwatak jika bersesuaian.
Tidak semuanya indah
Namun sebagai newbie yang ingin menyertai bidang hiburan ini, mendedahkan industri ini bukanlah sesuatu yang indah.
Ramai yang tersalah sangka mengenainya kerana kata Aslam, hanya mereka yang berhati kental sahaja mampu survive untuk dapatkan job bergantung kepada projek yang ada.
“Nampak macam syok dan best sebab boleh keluar TV. Tetapi sudahkah anda bersedia untuk bekerja dalam keadaan yang serba tidak selesa?”
“Jika niat anda berlakon kerana passion, itu sangat digalakkan tetapi jika sekadar mahu menempa populariti semata-mata, ia tidak akan bertahan lama,” katanya.
Perjalanan yang memakan masa
Kongsi Aslam, memang produser akan memilih pelakon yang berbakat dan memiliki rupa yang elok kerana drama TV mahu pun filem adalah bidang bisnes.
Namun jika ada produser yang sememangnya mengutamakan bakat lebih daripada rupa, itu satu peluang besar untuk orang ramai.
“Tetapi mereka yang tiada rupa itu pun mesti kena dengan jalan cerita untuk menggalas sesuatu watak.
“Lainlah kalau watak tambahan (ekstra), yang itu semua orang boleh masuk tanpa prejudis tetapi selaku talent agency, dia tetap akan memilih talent yang berdisiplin,” ujarnya.
Penting jaga komitmen walaupun tiada rupa
Mengulas tentang isu panas yang melibatkan rupa atau bakat, Aslam menegaskan walaupun seseorang itu tiada rupa tetapi sudah terjebak sebagai seorang talent, sudah pasti ada cara lain untuk berjaya.
Caranya, pamerkan komitmen yang bagus sewaktu di set penggambaran. Jaga dari segi calltime dan disiplin diri selain tingkatkan cara berkomunikasi dengan semua orang.
“Yang penting, hormat semua orang tak kiralah dia berpangkat besar sehinggalah kepada krew yang bertungkus-lumus bekerja pada hari tersebut,” tegasnya.
Belajar untuk jadi lebih baik
Dalam perkongsiannya juga, Aslam berkongsi rahsia untuk berjaya adalah dengan jangan malu untuk terus belajar dan menuntut ilmu.
“Sama ada berjumpa dengan orang yang lebih arif, banyakkan pembacaan menerusi buku atau yang sewaktu dengannya.
“Kena lebih banyak explore dan jangan takut untuk keluar dari zon selesa kerana di situlah, anda akan menguji kekuatan sebenar anda,” ulasnya
Selain itu, tontonlah filem yang baik untuk belajar kepelbagaian karakter yang ada selain merajinkan diri untuk ke pelbagai sesi ujibakat kerana setiap proses adalah sangat berbeza.
6 Jenis Bisnes Modal Rendah Tapi Boleh Jana Pulangan Bersih RM10k Sebulan!

Kalau anda ada perancangan nak buka bisnes tapi nak cari bisnes modal rendah, ini ada idea best. Malah bisnes modal rendah ini juga mampu menjana pulangan bulanan yang lumayan.
Idea bisnes modal rendah ini dikongsikan oleh Muizz Mahari menerusi entri Facebooknya. Menurut pengalaman dirinya dan orang lain, enam jenis bisnes ini mampu mengaut pulangan sebanyak RM10 ribu sebulan. Wow! Banyak bukan?
Selain sesuai untuk mereka yang diberhentikan kerja, surirumah atau penganggur, peluang ini juga harus direbut jika anda inginkan duit sampingan.
Jom baca perkongsiannya. Semoga bermanfaat.
BACA: Untuk Newbie Bisnes, Ini Cara Nak Asingkan Duit Modal & Duit Untung Agar Tak Bercampur!
6 JENIS PERNIAGAAN MODAL RENDAH TAPI PULANGAN BERSIH RM10,000 SEBULAN.
Ok tadi aku ada janji nak share cara nak cari duit RM10K sebulan tanpa modal yg besar kan? Perniagaan ini sesuai untuk mereka yg dibuang kerja, mahasiswa yg menganggur, suri rumah, pemuda lepasan spm atau bekas staf Malaysia Airlines yg dibuang kerja baru2 ini. Meh aku listkan menurut pengalaman sendiri dan orang lain. Pilihlah mana2 yang sesuai dengan korang.
1. Berniaga Buah Potong
Berniaga buah potong menggunakan motosikal untuk senang bergerak mencari port orang ramai, keuntungan biasanya 50%-60% dari modal. Katakan RM1/plastik, kena target jual 600 plastik sehari, cari port orang ramai (depan sekolah, depan masjid, kawasan pejabat/kilang) paling koman korang akan dapat RM350 sehari × 30 hari = RM10,500
2. Khidmat Potong Rumput
Khidmat potong rumput, guna pekerja 2 orang dengan gaji RM130 sehari termasuk minyak mesin, upah satu halaman rumah biasa sekitar RM60, kerja hanya 2 jam sebuah laman, tugas kita hanya perlu angkat iklan dikawasan perumahan, deal pelanggan, ambil hantar pekerja dan collect duit. sehari kena gigih cari 5 buah rumah untuk seorang pekerja, so kita akan dapat sehari RM340 × 30 hari = RM10,200.
BACA: Lelaki Ini Turunkan 12 Rahsia Masak Burger Sedap, Sesuai Untuk Yang Nak Buka Bisnes!
3. Menjual Nasi
Menjual nasi RM4 di kawasan penduduk ramai dengan menyediakan khidmat penghantaran. Buat iklan FB untuk orang sekitar, mustahil tidak dapat buat jualan 150 bungkus sehari dengan keuntungan biasa jualan nasi ialah 60%, so sehari bersih dalam tangan ialah RM360 × 30 hari = RM10,800
4. Menjual Air
Jual air RM1/cup depan sekolah time pelajar pulang (2 kali sehari) iaitu sekolah biasa pada pukul 1 hingga 2 ptg & sekolah agama pukul 5 hingga 6 ptg. Menjual 300 cup untuk satu sesi itu bukan perkara yg mustahil, sehari paling tidak kita akan dapat RM600 kasar. Rata2 penjual air bgtau margin untung bersih jual air ni sekitar 80%, jadi sehari kita akan dapat RM480 × 21 hari persekolahan sebulan = RM10,080
5. Berniaga Apam Balik
Berniaga apam balik di pasar malam keuntungan juga 80%, 4× seminggu dengan jualan 400 keping apam balik setiap malam yg berharga rm2 sekeping, setiap malam boleh nilai jualan RM800×4 seminggu × 4 minggu sebulan = jualan kasar RM12,800 tolak modal 20% (RM2,560) = RM10,240.
BACA: Orang Gaji RM2500 Boleh Simpan RM750 Sebulan Kalau Guna Formula 30:60:5:5 Ini!
6. Jadi Ejen Jualan Produk
Jadi agent jualan produk, pilih yg laku keras bulan tu (kerana kebanyakkan produk bermusim), cari yang menawarkan keuntungan melebihi RM50/item, jual guna FB Ads (tak tau guna FB Ads pergi belajar – power editor), sehari letak kos iklan RM80, push sale sekurang2 11 item close deal, setiap hari akan ada orang bank in sebanyak RM550, tolak kos harian iklan RM80 dan bayaran pos RM110 = bersih RM360 × 30 hari = RM10,800
Ada banyak lagi perniagaan yg memerlukan modal sedikit tapi pulangan lumayan tapi cukup lah 6 jenis ni dulu. Ingat, tak semua perniagaan ini sesuai dengan anda, anda perlu pilih, ubahsuai dan serasikan dgn diri anda. Semua pengiraan dari segi modal dan keuntungan adalah tidak tepat kerana harga berbeza mengikut masa dan tempat.
LIKE & SHARE supaya ilmu ini dapat disebarluaskan lagi kepada mereka yang betul2 memerlukan untuk menyelesaikan hutang, kos rawatan anak2, ibu ayah yg sakit atau membeli barangan dapur.
#6jenisperniagaanmodalrendahtapiuntungtinggi
Pertandingan Filem Pendek Terunggul Malaysia, BMW Shorties 2019 Umum 10 Finalis Terhebat

Di kalangan penggiat dan peminat industri seni filem tanah air, BMW Shorties dikenali pertandingan filem pendek paling berprestij dan lama dianjurkan di Malaysia.
Terbaru mereka mengumumkan seramai 10 orang Finalis Terbaik bagi edisi pertandingannya untuk tahun 2019. Para finalis tahun ini juga akan bertanding untuk memenangi Anugerah Pilihan Popular BMW Shorties 2019, yang kini telah dibuka untuk menerima undian orang ramai.
Sashi Ambi, Ketua Komunikasi Korporat BMW Group Malaysia menyatakan, “Seperti tahun-tahun yang sebelumnya, penilaian penyertaan yang diterima tahun ini juga amat mencabar. Aspek kesenian dan kreativiti amat dititikberatkan pada tahun ini.
“Saya percaya bahawa panel juri telah membuat pemilihan menarik yang bukan sahaja memberi sumbangan positif kepada hasil karya yang dibuahkan melalui program BMW Shorties, malah akan menyumbang landskap kesenian kreatif di Malaysia secara umumnya.”
BMW Shorties akan mengumumkan Pemenang Hadiah Utama ke-13 pada hari Sabtu, 23 November 2019 di REXKL. Juara akan membawa pulang geran produksi bernilai RM80,000.
UNDIAN UMUM
Pelbagai kategori pembikinan filem yang lain juga akan diiktiraf melalui kategori penganugerahan seperti: Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Sinematografi Terbaik, Rekaan Produksi Terbaik, Suntingan Terbaik, Rekaan Bunyi Terbaik, Anugerah Pilihan Popular serta kategori baharu yang diperkenalkan tahun ini, Anugerah Pelajar Terbaik.
Filem pendek yang dihasilkan oleh 10 Finalis Terbaik BMW Shorties 2019 kini tersedia untuk tontonan umum serta pengundian juga dapat dibuat di laman web BMW Shorties. Orang ramai dipelawa untuk mengundi pemenang Anugerah Pilihan Popular kegemaran mereka, undian boleh dibuat mulai 11 November lalu hingga 23 November 2019 pada jam 12:00 tengah hari.
BMW Shorties juga akan mengambil bahagian di REXKL untuk acara Urbanscapes 2019 dari 16 hingga 24 November 2019. Acara bertempoh seminggu ini di REXKL akan membariskan karya-karya ramai pengarah terkenal di rantau Asia Tenggara termasuk pemenang BMW Shorties yang terdahulu – Fly by Night oleh Zahir Omar dan Jagat oleh Shanjhey Kumar.
Acara tersebut juga akan menampilkan lima bengkel menarik dikemudi oleh peneraju-peneraju industri perfileman tempatan, seperti pengarah, Adrian Teh (PASKAL: The Movie) dan pembikin dokumentari, Indrani Kopal (Incarcerated Rhythm), mereka berdua berperanan sebagai juri untuk BMW Shorties 2019.
Berikut merupakan senarai finalis-finalis BMW Shorties 2019:
- The Past oleh Tan Hong Ken
- Satu oleh John Hafiz
- Ralat the Musical oleh Khairi Anwar
- Peon oleh Shaiful Yahya, Syaz Zainal dan June Wong
- Pemburungan oleh Chulat (Ameerul Affiq Adenan)
- Pace oleh Ekin Kee Charles
- OSOM: jangan kena tangkap sudah oleh Adam Zainal
- Kencing Malam oleh Hyrul Anuar
- Di Sini Aku oleh Putri Purnama Sugua
- ALICE oleh D-Ni