Dalam dunia hiburan figura-figura popular seperti pelakon sememangnya menjadi pujaan ramai peminat. Untuk bertemu mata sendiri dengan mereka merupakan peluang yang sukar didapati. Disebabkan itulah banyak pihak terutamanya muzium atau pameran menampilkan patung lilin menyerupai mereka.

Tapi bagaiamana jika patung lilin yang dihasilkan tidak menyerupai artis yang ingin diabadikan? Lebih teruk jika ia ditampilkan dengan karakteristik salah.

Sebagai contoh dalam kes terbaru Dwayne Johnson atau nama gelanggang gustinya, The Rock tampil menyuarakan rasa tidak puas hatinya kepada sebuah muzium kerana menampilkan patung lilin menyerupainya sedikti berbeza.

Dwayne Johnson Tegur Muzium Hasilkan Patung Lilin Menyerupainya Kerana Warna Kulit Lebih Cerah

Menerusi satu hantarannya di Instagram, Dwayne Johson berkata dia dan pasukannya akan mengubungi muzium tersebut dengan segera bagi memastinya ia diperbaiki dan tepat dengan warna kulitnya yang sebenar. Isu ini timbul selepas peminatnya mendakwa patung lilin tersebut bagaikan sengaja menjadikan kulit Dwayne Johnson lebih cerah daripada asal.

Muzium tersebut, The Musée Grévin terletak di Paris mengatakan pihak mereka menukar patung yang tersebut selepas seminggu mendapat ejekan di media sosial dan rayuan daripada pelakon tersebut sendiri.

IKLAN

Dwayne Johnson Tegur Muzium Hasilkan Patung Lilin Menyerupainya Kerana Warna Kulit Lebih Cerah

Patung tersebut, yang diperkenalkan pada hari Isnin lepas oleh The Musée Grévin setara dengan Madame Tussauds di Perancis menampilkan bintang ‘Fast and the Furious’ dan jaguh gusti tersebut dengan memakai polo biru dan seluar sambil melipat tangan dan senyuman di wajahnya.

Kritikan secara di atas talian pantas diutarakan mengolok-olok beberapa aspek dari patung tersebut, terutamanya warna kulit yang banyak dinyatakan secara ketara lebih cerah daripada Johnson.

“Siapa ini kerana uhhhh… Kamu tahu dia adalah keturunan Samoan dan Afrika kan lol?” tulis seorang pengulas. Kiriman Instagram mengenai patung yang ‘kekurangan melanin’ pada akaun berita selebriti popular The Shade Room menerima lebih daripada 40,000 komen.

IKLAN

Ahad lalu, Dwayne Johnson sendiri memberi pendapat dan menyiarkan semula video tersebut Instagram di mana pelawak James Andre Jefferson Jr. bergurau bahawa patung itu “nampak seperti dia bekerja di H & R Block.” Beliau menambah bahawa dia akan meminta wakilnya bekerjasama dengan muzium untuk “beberapa butiran dan peningkatan penting – bermula dengan warna kulit saya.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dwayne Johnson (@therock)

The Musée Grévin memberi respons kepada kritikan pada petang hari Isnin dengan satu hantara di Instagram Story mengatakan mereka mendengar maklum balas dan artisnya sedang berusaha untuk memperbaiki patung lilin tersebut.

Difahamkan muzium tersebut turut memiliki lebih daripada 250 patung lilin selebriti seperti Angelina Jolie, Presiden Joe Biden dan Serge Gainsbourg.

IKLAN

Dwayne Johnson Tegur Muzium Hasilkan Patung Lilin Menyerupainya Kerana Warna Kulit Lebih Cerah

Dalam kiriman di laman webnya, muzium tersebut membeberkan proses reka bentuk yang teliti untuk patung itu, menunjukkan bahawa mereka mengambil masa 10 hari untuk meniru tatu Johnson dan mata harus dibuat semula tiga kali. “Hal paling rumit tentang realisme adalah membuat patung menjadi hidup dari perspektif pengunjung,” kata artis, Stéphane Barret.

Jangan lupa untuk subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

@maskulinmy Bagaimana Tercipta Nama Beto Kusyairy? Saksikan video penuh Beto Kusyairy bersama MASKULIN dalam menceritakan perjalanan hidup beliau di dalam dunia hiburan hanya di Facebook dan Youtube MASKULIN. #maskulin #manofthemoment #betokusyairy #fyp #fypシ ♬ original sound – Maskulin

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI