Perlu justifikasi terhadap tabiat minum kopi anda? Kini anda ada alasan yang kukuh: 2 cawan kopi sehari boleh mencegah mati pucuk!
Satu kajian oleh University of Texas mendapati bahawa lelaki yang minum dua cawan kopi setiap hari mempunyai 42% kurang kemungkinan mengalami disfungsi ereksi berbanding bukan peminum kopi.
Lebih menarik, para pengkaji turut menganalisis 4000 lelaki yang mengambil minuman berkafein seperti teh, kopi, air berkarbonat dan minuman tenaga; dan keputusannya tetap sama ke atas semua lelaki tidak kira umur, berat badan dan tekanan darah.
Ads
Ads
Para saintis berpendapat bahawa kafein merangsang tindak balas kimia yang meningkatkan pengaliran darah ke penis dengan merelakskan otot.
Ads
Tapi jangan berlebihan pula, sebab hasil kajian turut menunjukkan bahawa minum tiga cawan kopi sehari menurunkan kesan baik tersebut kepada 39%. Satu lagi peringatan, tindak balas kafein ini tidak berkesan ke atas penghidap diabetes, tetapi berkesan terhadap lelaki yang obes, berlebihan berat badan dan hipertensi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Makanan pedas atau berempah sememangnya menjadi kegemaran masyarakat di Malaysia. Tidak sah jika sesuatu jenis makanan tidak dihidangkan dengan cili ataupun bahan yang membuatkan makanan tersebut menjadi pedas. Pakar gastroenterologist daripada India, Dr. SK Thakur berkata memakan makanan pedas boleh mengakibatkan seseorang itu mendapat beberapa penyakit yang serius.
Antara penyakit yang mungkin boleh dihidapi oleh mereka yang gemar memakan pedas berlebihan adalah seperti berikut :
Meningkatkan Asid Perut
Rasa pedas cili itu sebenarnya dari kombinasi asam.Bila masuk dalam sistem pencernaan kadar asam akan meningkat.Bila anda makan makanan pedas sebenarnya menambah lagi jumlah asid di dalam perut.
Menyebabkan Gangguan Perut (akut)
Peningkatan jumlah asid dalam perut yang ketara jika berterusan ini akan mengakibatkan individu itu akan mengalami gangguan lambung akut di lambung. Ini akan menyebabkan mual,muntah-muntah,cirit-birit,demam dan sakit kepala.
Peradangan
Radang akan terjadi apabila terlalu kerap mengambil makanan pedas,berlanjutan hingga menyebabkan gangguan lambung akut,dan menyebabkan perut terluka.Luka parah pada perut akan mengeluarkan nanah dan sakit yang luar biasa.Gejala ini akan mengakibatkan mual,muntah dan penurunan berat badan yang ketara.
Sukar Tidur Atau Insomnia
Makanan pedas meningkatkan suhu tubuh dan badan akan berpeluh. Ini menyebabkan anda sukar tidur. Oleh itu, pengambilan makanan pedas ini disarankan adalah 3 atau 4 kali seminggu dengan kadar yang tidak terlalu tinggi.
Kesimpulannya, ia bergantung kepada anda jangan terlampau mengambil makanan pedas yang berlebihan, pada masakan pula jangan terlalu ketara pengambilan seperti cili dan rempah.
Untuk mengelakkan sistem pencernaan kita terganggu akibat asam lambung atau meningkatnya asid dalam perut, boleh menurunkan dengan pengambilan susu dan air kelapa.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Usia 20-an dianggap sebagai usia kritis dalam proses menjadi lebih dewasa dan mengasah diri memiliki peribadi matang. Ia dapat diuji dalam alam pekerjaan yang ternyata mencabar. Namun, ramai tersilap percaturan sehingga akhirnya akan membawa kemudaratan. Maskulin rungkaikan 7 kesilapan besar ketika bekerja yang biasa dilakukan kebanyakan orang pada usia 20-an.
1- PENDIDIKAN SUDAH MENCUKUPI?
Ramai beranggapan bahawa memiliki taraf pendidikan tinggi sudah cukup untuk membawa kita ke tahap kegemilangan dalam kerjaya. Segulung ijazah mahupun Master sudah membuatkan anda riak. Untuk kes-kes terpencil, mungkin ya tetapi tidak semua. Akuilah, taraf pendidikan saja tidak mencukupi.
Zaman kini bukan lagi seperti dulu iaitu mereka yang berpendidikan tinggi dipuja dan dicari. Pendidikan tinggi haruslah diselangi dengan elemen lain bagi mengukuhkan personaliti dan masa depan anda; bakat, skil komunikasi, tahap disiplin yang tinggi serta keupayaan untuk berfikiran kreatif. Semua ini perlu ada.
2- TIDAK MENABUNG
Mungkin kerana usia yang dianggap muda dan masih di bawah tajaan ibu dan bapa. Pada usia 20-an, kebanyakan daripada kita mengambil ringan soal menabung. Duit hasil daripada titik peluh bekerja banyaknya dilaburkan untuk keseronokan semata. Ini silap.
Kajian yang dilaporkan di laman kerjaya Bankrate.Com mendapati hampir 69% pekerja muda langsung tidak menyimpan atau mempunyai dana simpanan untuk hari tua kelak. Sewajarnya, daripada usia mudalah kita perlu menyimpan agar hasilnya banyak pada masa depan.
3- ABAIKAN KESIHATAN
Atas alasan diri masih muda dan jarang dihinggapi penyakit, kesihatan bukanlah keutamaan utama bagi anda yang berusia 20-an. Selain tidak menjaga kesihatan, ada yang lebih mudah untuk membiarkan diri terdedah dengan pelbagai gejala memberi efek pada kesihatan. Contohnya merokok, meminum arak, seks bebas, mengambil dadah, makan makanan ringan dan sebagainya.
Apa yang pasti, pada saat anda berada di usia 20-an, anda perlulah memberi perhatian serius akan kesihatan fizik dan mental. Jika dari muda sudah mengabaikan kesihatan, bagaimana nanti jadinya di usia tua?.
4- MUDAH MENYERAH
Walaupun pada usia ini, kebanyakan daripada kita mempunyai daya kekuatan dan mudah untuk memberontak, tidak semuanya punya kekuatan dari segi daya tahan menghadapi sesuatu dugaan mahupun cabaran di alam kerjaya. Kebanyakan daripada kita kerap dipandu oleh mainan emosi dan membiarkan emosi mengawal tingkah.
Hasilnya, kebanyakan anda berusia 20-an mudah marah, sensitif, cepat memberontak akan isu kecil dan akhirnya menyerah begitu saja. Sayang bukan? Oleh itu, kawal emosi dalam setiap keputusan yang dibuat dan pelajari setiap satu pengalaman yang dikutip.
5- SELALU BERDENDAM
Saat anda baru sahaja memulakan kerjaya, pastinya anda sentiasa dituntut untuk menyenangkan hati ramai pihak. Contohnya pihak atasan, bos, rakan kerja, pelanggan, dan semua orang. Itu hakikat yang perlu anda terima seadanya. Namun ia bukannya mudah.
Pada akhirnya nanti, apa saja yang anda cuba lakukan pasti berakhir dengan sikap tidak puas hati, dendam, cemburu dan sebagainya. Akhirnya anda juga akan kecewa. Sebagai orang muda, anda dinasihatkan untuk tidak terlalu ambil pusing mengenai perihal ini. Just be yourself and do your job.
6- KONSEP ‘HITAM PUTIH’
James Altucher, seorang penulis dan pelabur berjaya berpendapat bahawa kebanyakan mereka yang berusia 20-an mula terjebak dalam kemutlakan hitam dan putih di alam pekerjaan. Pada usia 20-an adalah lebih senang melihat segalanya hanya dari satu sisi mahupun sudut saja. Padahal wujud banyak lagi elemen sudut pandang dan perspektif baru yang boleh membawa kita ke arah jaya.
Oleh itu, luaskan pandangan dan jangan hadkan pemikiran anda. Sentiasa terbuka untuk mencuba kepelbagaian peluang dan jalan baru yang boleh mengembangkan lagi potensi anda.
7- WANG ADALAH SEGALANYA
Pada usia 20-an, pastinya ramai daripada kita cukup bersemangat untuk mengumpulkan wang dan harta sebanyak mungkin. Ini kerana terpengaruh dengan segala macam teknologi, kemudahan dan sebagainya. Ia hanyalah untuk kesenangan jangka singkat.
Dek kerana terlalu mengejar pekerjaan dan mencari wang demi kesenangan, anda juga di antara kita mula lupa akan kepentingan lain. Antaranya perhubungan erat keluarga, kasih sayang antara sahabat dan lain-lain. Akibat terlalu tamak dengan harta di dunia, sehinggalah anda mengabaikan nilai-nilai lain yang perlu juga diutamakan.
8- DESAKAN KAWAN-KAWAN
Pastinya apabila kita memasuki alam pekerjaan yang baru, pelbagai jenis manusia akan ditemui dengan ragam masing-masing yang sukar untuk dikenal pasti pada awal pergaulan. Ini antara kesilapan utama mereka yang berumur 20an.
Mungkin sukar untuk mereka memilih kerana dek atas alasan ingin fit in dengan rakan-rakan lain. Anda dengan mudah membiarkan diri dipengaruhi untuk melakukan apa saja yang boleh memberi efek pada kerjaya. Jadi, berhati-hati dengan siapa anda berkawan.
9- CULTURE SHOCK
Budaya kerja yang kekok dan tidak masuk dengan jiwa menyukarkan seseorang pada usia muda seperti 20-an khususnya untuk mengadaptasi situasi. Bayangkan, jika sebelum ini hanya duduk sebumbung dan di bawah jagaan serta suapan orang tua, anda mungkin mudah untuk dijangkiti sindrom popular iaitu kejutan budaya. Sekiranya anda mengambil masa terlalu lama untuk menyesuaikan diri, kelak pastinya anda akan mengalami kesukaran sama di tempat lain. Oleh itu, amalkan untuk mencuba
10- ISU KEPERCAYAAN
Soal isu kepercayaan antara salah satu masalah buat mereka yang masih pada awal mahupun pertengahan 20-an, sama ada dalam memberi mahupun menerima. Ini berikutan dengan keadaan diri yang masih lagi memerlukan seliaan atasan terutama berkaitan kerjaya mahupun personaliti diri. Dikuasai dengan tindakan terlalu berhati-hati, di samping mudah percaya akan sesuatu menyebabkan ada sesetengahnya gagal untuk bekerja dalam keadaan selamat dan profesional.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Marathon adalah acara yang panjang, bukan hanya larian pendek sahaja. Dan, bercakap mengenai marathon, baru-baru ini tular di media sosial akan bahayanya marathon terhadap buah pinggang.
Namun, menerusi perkongsian dari seorang doktor, iaitu Dr Rafidah Abdullah yang juga seorang pakar buah pinggang, dan pelari marathon, telah beri penjelasan mengenai perkara ini.
Perlu diterangkan istilah maraton adalah acara 42km; bukan 5, 10, 21km. Sesiapa yang pernah berlari 42km akan tahu akan ianya memerlukan tahap fizikal dan mental yang tinggi. Tentunya ia akan menjadi beban kepada badan kita.
Apakah “acute kidney injury?”
Tidak ketahui: Samada mereka minum sebanyak mana, latihan persiapan bagaimana. Yang tahu, kesemuanya pulih seperti sedia kala.
Memang betul & telah dibuktikan yang kerosakan buah pinggang akut (Acute Kidney Injury) ada risiko untuk menjadi masalah Kronik dimasa akan datang.
Tidak diketahui lagi apakah ada masalah jangka masa panjang dalam konteks ini. Kajian 22 orang sangat kecil, TIDAK boleh dibuat kesimpulan dan generalisasikan untuk semua orang.Perlu kajian/observation lebih terperinci & lama.
Nasihat professional saya, merangkap seorang Pakar Buah Pinggang juga pelari maraton, inilah antara cara-cara penjagaan:
1. Respect the distance
3. Elak makan ubat tahan sakit
Perlukah maraton sejauh 42km untuk kekal sihat? Jawapannya tidak perlu. Cukup dengan 150minit senaman seminggu dan pemakanan seimbang. Artikel ini bukan alasan anda tidak bersenam langsung. Mereput, tak buat apa-apa lagi bahaya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Memadankan kasut bersama baju Melayu memainkan peranan besar dalam gaya lelaki di pagi Raya. Ketahui 5 jenis kasut paling bergaya yang boleh menaikkan penampilan Baju Melayu anda ke tahap lebih maskulin dan premium.