Limau Mandarin dan perayaan Tahun Baru Cina memang sinonim.
Sama ada sebelum atau selepas perayaan Tahun Baru Cina limau mandarin akan banyak dijual di pasaran. Bukan kaum Cina saja, Melayu dan India juga turut sama menerima dan membeli buah ini.
Tapi satu pesan yang selalu kita dengar, jangan makan limau banyak takut batuk dan sakit tekak. Kenapa ya? sedangkan limau ini ada vitamin C untuk halang penyakit.
Ads
Dr Rosli Abdul Jalil memberikan penjelasannya selain berkongsi cara untuk elak kita mengalami sakit tekak dan batuk jika makan limau.
Menurut beliau bilangan pesakit yang mengidap gatal, sakit tekak dan batuk bertambah sekali ganda dalam musim perayaan. Ia ada kaitan dengan limau mandarin yang banyak kita makan pada waktu ini. Berikut adalah nasihat beliau sebelum mengambil buah ini.
Kesan sulphur dioxide pada kulit limau kepada manusia
Pengusaha buah-buahan memang ada menggunakan sejenis bahan kimia iaitu ‘Sulphur dioxide’. Buah limau ini akan direndam terlebih dahulu kedalam cecair yang mengandungi bahan kimia tersebut sebelum ia dimasukkan ke dalam kotak untuk tujuan melindungi kulit limau dari dijangkiti bakteria, kulat dan serangga dan secara tidak langsung ia bertindak sebagai bahan pengawet supaya ianya dapat bertahan lama sebelum dipasarkan.
Ads
Apa kesan ‘Sulphur Dioxide’ yang terdapat pada kulit limau tersebut kepada manusia?
Ia boleh menyebabkan radang dan kesakitan tekak yang teruk, demam dan gejala batuk kering yang berpanjangan. Ia juga boleh menyebabkan sakit perut dan radang usus. Terdapat juga kes alahan seperti radang kulit dan serangan penyakit lelah.
Kesihatan lelaki memerlukan disiplin yang konsisten. Tubuh badan ibarat enjin berprestasi tinggi, perlu dijaga rapi agar kekal bertenaga, mantap dan bebas masalah kesihatan. Salah satu kaedah paling praktikal adalah dengan mengamalkan minuman juice semula jadi yang berkhasiat.
Di sini, kami kongsikan 7 jenis juice terbaik yang boleh diamalkan setiap hari dalam seminggu, khas untuk lelaki yang mahu kekal sihat, berstamina dan tampil yakin.
Mulakan minggu dengan membersihkan tubuh dari dalam. Gabungan timun dan bayam membantu proses detoksifikasi, mengurangkan kembung, serta meningkatkan tenaga. Epal hijau memberikan rasa segar, manakala lemon memperkukuhkan sistem imun.
Manfaat Tambahan: Membantu mengempiskan perut dan melancarkan sistem penghadaman.
Minuman ideal untuk menyokong kesihatan jantung dan stamina harian. Beetroot terkenal dalam meningkatkan aliran darah, sesuai untuk lelaki aktif. Lobak merah kaya dengan vitamin A, manakala halia bersifat anti-radang dan meningkatkan daya tahan tubuh.
Manfaat Tambahan: Membantu menstabilkan tekanan darah dan prestasi fizikal dalaman.
Pertengahan minggu memerlukan suntikan tenaga. Buah naga kaya dengan antioksidan untuk kesihatan kulit dan dalaman, manakala limau kasturi membantu menyegarkan badan dan mengurangkan keletihan.
Manfaat Tambahan: Meningkatkan sistem imun dan membersihkan tubuh.
Gabungan ini membantu mengurangkan kembung perut dan melancarkan sistem penghadaman. Nanas kaya dengan enzim bromelain, daun pudina menyegarkan, manakala lemon membantu meningkatkan kandungan vitamin C.
Manfaat Tambahan: Membantu membakar lemak dan menurunkan kadar kolesterol.
Juice ini menggabungkan khasiat anti-radang daripada kunyit, vitamin C daripada oren, serta tenaga semula jadi daripada madu. Sesuai untuk persediaan badan menghadapi hujung minggu yang aktif.
Manfaat Tambahan: Menyihatkan kulit, menguatkan tubuh dan meningkatkan sistem imun.
Hari minggu memerlukan hidrasi optimum. Tembikai membantu mengekalkan kandungan air dalam badan, manakala daun pudina memberikan kesegaran tambahan, sesuai selepas aktiviti lasak.
Manfaat Tambahan: Mencegah keletihan dan membantu menstabilkan tekanan darah.
Walaupun hari rehat, kesihatan perlu dikekalkan. Epal merah dan cuka epal membantu mengawal paras gula dalam darah, manakala halia meningkatkan metabolisma dan melancarkan sistem penghadaman.
Manfaat Tambahan: Membantu mengekalkan berat badan dan mengurangkan lemak berlebihan.
Lelaki moden yang bijak sentiasa menitikberatkan aspek kesihatan dalaman dan luaran. Amalan minuman juice yang sihat bukan sahaja memberikan tenaga, malah membantu menjaga kesihatan jangka masa panjang, meningkatkan keyakinan diri dan kualiti hidup.
Mulakan rutin juice seminggu ini sebagai pelaburan terbaik untuk kesihatan dan penampilan diri.
Dalam dunia kecergasan dan bina badan yang pesat berkembang, aspirasi untuk mencapai bentuk fizikal yang sempurna sering kali menjadi dorongan utama.
Namun di sebalik otot yang tegap dan definisi yang mengagumkan terdapat realiti yang kurang diperkatakan. Ini terutamanya tentang risiko kesihatan yang mungkin tersembunyi.
Kajian terbaru yang diterbitkan dalam European Heart Journal mendedahkan satu aspek yang membimbangkan.
Kematian akibat serangan jantung atau sudden cardiac death menjadi punca kematian didapati lebih berisiko tinggi dalam kalangan ahli bina badan lelaki.
Kematian jantung secara tiba-tiba, walaupun jarang berlaku pada individu muda dan sihat kini dikenal pasti sebagai ancaman serius dalam komuniti bina badan.
Menerusi satu kajian yang diketuai oleh Dr. Marco Vecchiato dari Universiti Padova, Itali, menggariskan keperluan mendesak untuk kesedaran yang lebih tinggi.
Dr. Vecchiato, seorang pakar perubatan sukan dan senaman, berkongsi perspektifnya. “Sebagai seorang pakar perubatan sukan dan senaman, saya telah mendekati dunia bina badan dan ini memberi saya peluang untuk melihat bukan sahaja banyak aspek positifnya, seperti promosi kecergasan dan disiplin diri, tetapi juga beberapa cabaran dan risiko yang sememangnya sebahagian daripada disiplin ini.”
Beliau turut menyatakan kebimbangan terhadap peningkatan laporan kematian pramatang dalam kalangan individu yang terlibat dalam bina badan, terutamanya atlet muda yang kelihatan sihat.
Kajian ini melibatkan analisis data daripada 20,286 ahli bina badan lelaki yang mengambil bahagian dalam acara Persekutuan Kecergasan dan Bina Badan Antarabangsa (International Fitness and Bodybuilding Federation) antara 2005 hingga 2020. \
Para penyelidik mengumpulkan maklumat kematian melalui pelbagai sumber, termasuk laporan media rasmi, media sosial, forum bina badan, blog dan kemudian mengesahkannya dengan teliti.
Hasil kajian ini amatlah signifikan. Sebanyak 121 kematian dilaporkan dalam kalangan peserta dengan purata umur kematian 45 tahun.
Daripada jumlah ini 38% adalah kematian jantung secara tiba-tiba. Lebih membimbangkan risiko kematian jantung secara tiba-tiba didapati lima kali ganda lebih tinggi dalam kalangan ahli bina badan profesional berbanding amatur.
Laporan autopsi yang terhad menunjukkan beberapa penemuan konsisten. Terdapat penebalan atau pembesaran jantung (hipertrofi jantung). Malah dalam beberapa kes, penyakit arteri koronari.
Analisis toksikologi dan laporan awam turut mendedahkan penyalahgunaan bahan anabolik, yang secara tidak langsung memberikan petunjuk tentang faktor penyumbang.
Dr. Vecchiato menegaskan, “Penemuan kami menunjukkan bahawa risiko kematian dalam kalangan pembina badan lelaki adalah tinggi.
“Atlet profesional mempunyai insiden kematian jantung secara tiba-tiba yang jauh lebih tinggi, menunjukkan bahawa tahap persaingan mungkin menyumbang kepada peningkatan risiko ini.”
Amalan bina badan yang melampau, seperti latihan kekuatan yang intensif, strategi penurunan berat badan yang cepat (termasuk sekatan diet yang ketat dan dehidrasi), serta penggunaan meluas bahan peningkatan prestasi (PEDs), memberikan tekanan yang besar kepada sistem kardiovaskular.
Ini boleh meningkatkan risiko irama jantung tidak teratur dan perubahan struktur jantung dari masa ke masa. Bagi pembina badan profesional, tekanan untuk mencapai fizikal yang ekstrem melalui amalan ini secara berpanjangan mungkin menjelaskan peningkatan risiko yang lebih ketara.
Mesej kepada pembina badan adalah jelas: “Walaupun berusaha untuk kecemerlangan fizikal adalah terpuji, usaha transformasi badan yang melampau dengan apa jua kos boleh membawa risiko kesihatan yang signifikan, terutamanya untuk jantung.”
Kesedaran tentang risiko ini harus mendorong amalan latihan yang lebih selamat, pengawasan perubatan yang dipertingkatkan dan perubahan budaya yang menolak penggunaan bahan peningkatan prestasi.
Bagi pakar perubatan, penemuan ini menekankan kepentingan saringan kardiovaskular proaktif dan kaunseling dalam populasi ini, walaupun pada atlet yang kelihatan sihat.
Kajian ini bukan untuk menuding jari kepada latihan kekuatan atau budaya kecergasan secara am.
Sebaliknya, ia adalah peringatan bahawa penampilan sahaja bukanlah penunjuk kesihatan mutlak. Walaupun bina badan menawarkan banyak manfaat, aspirasi terhadap fizikal yang sempurna tidak seharusnya mengorbankan kesihatan jantung.
Perlu diingat juga, kira-kira 15% kematian dalam kajian ini dikategorikan sebagai ‘kematian traumatik mengejut’ seperti kemalangan jalan raya dan bunuh diri.
Ini menunjukkan aspek psikologi dalam budaya bina badan yang juga perlu diberi perhatian, kerana cabaran kesihatan mental, terutama yang diburukkan oleh penyalahgunaan bahan, boleh meningkatkan risiko tingkah laku impulsif atau merosakkan diri.
Bagaimana pendapat anda mengenai penemuan kajian ini? Adakah ia mengubah persepsi anda tentang dunia bina badan?
Satu fakta sains menunjukkan tabiat senaman dapat melambatkan penuaan dan menjadikan badan serta otak 10 tahun lebih muda.
Malah dengan senaman yang tepat dan betul anda juga boleh membantu wajah nampak lebih muda dan kacak seperti yang disarankan oleh pakar yoga wajah.
Percuma, tak perlu keluar duit dan boleh buat sendiri di rumah. Yang perlu anda lakukan adalah ikut 6 jenis senaman ini yang disarankan oleh pakar yoga wajah bernama Danielle Collins.
Senaman ini menurut Collins akan melibatkan hipodermis atau bahagian paling bawah kulit, dermis atau bahagian tengah kulit dan epidermis lapisan kulit bahagian paling atas.
Dengan penglibatan semua bahagian kulit, senaman ini akan meningkatkan pengaliran darah, memastikan lebih oksigen dan khasiat diperoleh oleh sel kulit. Hasilnya kulit lebih cerah, berseri dan kurang toksin.
Senaman wajah anti penuaan ini juga teknik yang direka untuk menstimulasi kolagen dan elastin pada bahagian tengah kulit agar kulit lebih lembut dan tegang.
Senaman ini disarankan dilakukan 20 minit, enam kali seminggu. Mudah tapi kesannya cepat. Selepas dua minggu kata Collins wajah akan dilihat kurang garis halus, kurang stres dan orang sekeliling akan melihat wajah anda lebih sihat dan berseri.
Kebaikan: Mengurangkan eye bag, mengurangkan sembap/bengkak bahagian mata, drooping eyelids, mengurangkan kedutan sisi mata
Kebaikan: Menghilangkan garis pipi & Kulit kendur
Kebaikan: Menghilangkan garisan mendatar di dahi
Kebaikan: Mengurangkan engkungan dalam mata & Lengkungan alis mata
Kebaikan: Mengurangkan garisan & kulit kendur di bahagian leher
Akhiri senaman ini dengan melakukan acupressure point dengan meletakkan hujung jari telunjuk pada bahagian tengah antara alis. Beri sedikit tekanan dan lakukan gerakan membulat mengikut pusingan jam dan lawan jam. Kemudian picit bahagian tepi wajah dari bawah dagu hingga ke rahang menggunakan hujung jari.
Kalau tak faham boleh ikut video ni.
Jangan risau tak kisah lelaki atau perempuan boleh melakukannya.
Miliki Mercedes-Benz menerusi Agility+ dengan bayaran bulanan bermula RM1,988, tempoh pembiayaan fleksibel serta pilihan GFV yang memudahkan perancangan pemilikan.