Putus cinta atau kematian orang yang tersayang merupakan satu kehilangan yang menyedihkan. Namun jangan disebabkan dua situasi ini, anda alami sindrom patah hati yang keterlaluan.
Menurut perkongsian TheDiagnosa, sindrom patah hati atau perasaan sedih yang melampau ini sangat bahaya kerana ia boleh menjejaskan kesihatan terutamanya menyebabkan jantung mengembang seterusnya memberi simptom serangan jantung.
Bukan itu sahaja, sindrom patah hati juga boleh meningkatkan risiko kanser dan jika serius, boleh menyebabkan kematian.
Jadi bagi anda yang mengalami sindrom patah hati, sebaiknya move on. Tinggalkan kenangan silam, tutup buku lama dan buka buku baharu.
Semoga dengan perkongsian ini akan menyedarkan anda betapa berisikonya kesan daripada sindrom patah hati yang keterlaluan ini.
Ads
Sekiranya cinta anda ditolak, teruskan berdoa dan berusaha semoga anda bakal bertemu pengganti yang lebih baik.
AWAS. Jika anda masih tidak dapat move on daripada cinta anda yang sudah lepas ataupun terlalu sedih dengan perkara tersebut, maka anda boleh menghadapi Sindrom Patah Hati (Heart Broken Syndrome).
Ads
Anda akan mengalami simptom yang sama seperti serangan sakit jantung. Malah anda boleh mati disebabkan masalah ini.
Oleh itu, tinggalkan kenangan silam anda. Jika seorang reject anda, ada 10 lagi yang menunggu.
Ramadan mencabar? Sudah pasti. Tenaga diuji, rutin kecergasan mungkin merosot. Tapi jangan biarkan cabaran ini mengalahkan anda terutamanya untuk bersenam!
Puasa bukan alasan untuk menjadi lemah. Anda masih boleh ‘membakar’ lemak degil itu, terutama selepas berbuka atau bersahur yang ‘ganas’.
Bayangkan, selepas melantak hidangan berbuka yang memuaskan, anda bangkit dan ‘menewaskan’ kalori berlebihan itu.
Soalnya, senaman apa yang sesuai, dan bila waktu yang paling ‘tepat’ untuk melakukannya? Mari kita bongkar rahsianya.
Melakukan senaman ketika berpuasa pastinya sedikit berbeza berbanding hari-hari biasa. Untuk lebih selamat lakukanlah senaman dengan lebih moderate atau sederhana.
Berikut beberapa perkara penting perlu anda lakukan jika kurang pasti sama ada anda boleh bersenam ketika berpuasa atau tidak. Hubungi doktor anda sebelum melakukan senaman ketika berpuas jika anda hadapi perkara tersebut:
Perkara paling penting perlu anda ambil perhatian ialah tidak mengikut atau meniru orang lain. Ingat kondisi fizikal dan mental anda berbeza berbanding orang lain.
Jika anda seseorang yang kurang aktif dan tidak aktif secara fizikal
Anda harus:
Atau jika anda tidak ingin melakukan senaman secara harfiahnya, ada boleh:
Jika anda seorang yang aktif secara fizikal dan kerap bersenam
Sebenanrya waktu untuk melakukan senaman sepanjag bulan puasa adalah terpulang kepada kemampuan anda.
Namun terdapat beberapa kelebihan dan kekurangan bergantung kepada waktu yang anda pilih. Berikut tiga waktu senaman dengan kelebihan dan kekurangan yang boleh anda pertimbangkan.
Selepas Sahur
Kelebihan: Mungkin mempunyai lebih banyak tenaga selepas makan sebelum berpuasa sepanjang hari. Kelemahan: Kemungkinan berdepan risiko dehidrasi kerana tidak akan ada peluang untuk minum air selepas itu sehingga waktu berbuka puasa.
Kelebihan: Anda akan ada peluang untuk makan dan jalni untuk pemulihan dan hidrat ketika berbuka puasa Kelemahan: Sokongan pemakanan pra-senaman yang minimum
Malam Selepas Berbuka Puasa
Kelebihan: Masa ini dianggap paling sesuai kerana ia memberi anda peluang untuk mengisi dan menghidrat sebelum dan selepas bersenam. Kelemahan: Harus diseimbangkan dengan kepentingan rehat atau tidur. Elakkan bersenam 1-2 jam sebelum tidur untuk membolehkan adrenalin anda turun bagi mendapatkan tidur yang berkualiti.
Jadi waktu senaman mana yang anda rasa paling baik untuk anda?
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Senaman yang boleh menguatkan tenaga lelaki. Setiap lelaki pasti mahukan tenaga yang kuat, stamina yang mantap, dan tubuh yang cergas untuk menjalani kehidupan harian dengan penuh bertenaga.
Sama ada untuk kerja, bersukan, atau urusan di bilik tidur, kekuatan fizikal dan daya tahan amat penting. Tapi, ramai lelaki hari ini kurang bersenam kerana kesibukan kerja atau sekadar malas. Kalau anda mahu tenaga yang lebih hebat dan prestasi yang lebih baik, ini senaman yang patut anda amalkan!
Kalau ada satu senaman yang boleh membina kekuatan lelaki secara menyeluruh, deadlift adalah jawapannya. Senaman ini melibatkan hampir setiap otot utama dalam badan, termasuk kaki, belakang, lengan, dan teras badan (core).
Manfaat utama:
✅ Meningkatkan kekuatan dan daya tahan otot
✅ Membantu penghasilan hormon testosteron (hormon utama lelaki)
✅ Memperbaiki postur badan supaya nampak lebih tegap
Cara buat:
*Berdiri dengan kaki seluas bahu dan barbell di hadapan.
*Pegang barbell dengan genggaman kuat dan pastikan belakang lurus.
*Angkat barbell ke atas dengan menggunakan kekuatan kaki dan belakang.
*Turunkan perlahan-lahan ke posisi asal dan ulangi.
Nak kaki yang kuat dan stamina luar biasa? Squat adalah senaman terbaik untuk anda. Kaki yang kuat sangat penting, bukan saja untuk bersukan, tetapi juga untuk kehidupan seharian dan aktiviti lain yang memerlukan tenaga.
Manfaat utama:
✅ Menguatkan otot kaki dan punggung
✅ Meningkatkan daya tahan dan keseimbangan badan
✅ Membantu pembakaran lemak dan meningkatkan stamina
Cara buat:
*Berdiri tegak dengan kaki selebar bahu.
*Turunkan badan seolah-olah mahu duduk, pastikan belakang lurus.
Tak perlu peralatan mahal, hanya guna berat badan sendiri pun boleh jadi kuat! Push-up adalah antara senaman klasik yang boleh meningkatkan kekuatan lelaki secara keseluruhan.
Manfaat utama:
✅ Menguatkan dada, bahu, dan lengan
✅ Meningkatkan stamina dan daya tahan fizikal
✅ Memperbaiki postur badan supaya nampak lebih maskulin
Cara buat:
*Letakkan tangan di lantai dengan bahu seluas tangan.
*Turunkan badan ke bawah sehingga dada hampir menyentuh lantai.
*Tolak semula ke atas dan ulangi.
Nak perut yang kempis dan otot core yang kuat? Plank adalah senaman terbaik untuk menguatkan teras badan, yang penting untuk kestabilan dan kekuatan keseluruhan.
Manfaat utama:
✅ Menguatkan otot perut dan belakang
✅ Meningkatkan keseimbangan badan
✅ Membantu mengelakkan sakit belakang
Cara buat:
*Letakkan siku di lantai dan pastikan badan lurus seperti papan.
*Tahan posisi ini selama 30-60 saat atau lebih.
*Ulangi beberapa kali untuk kesan maksimum.
Berlari pecut atau sprint adalah senaman terbaik untuk meningkatkan daya tahan dan kekuatan otot. Sprint membakar lemak dengan cepat, meningkatkan kadar jantung, dan membantu tubuh menghasilkan lebih banyak tenaga.
Manfaat utama:
✅ Meningkatkan stamina dan tenaga lelaki
✅ Membantu membakar lemak dengan cepat
✅ Menguatkan otot kaki dan teras badan
Cara buat:
*Lari sepantas mungkin selama 20-30 saat.
*Rehat selama 30 saat hingga 1 minit.
*Ulangi 5-10 kali.
Nak lengan dan bahu yang lebih berotot? Pull-up adalah senaman yang boleh membantu membentuk tubuh yang lebih tegap dan berdaya tahan.
Manfaat utama:
✅ Menguatkan lengan, bahu, dan belakang
✅ Meningkatkan kekuatan genggaman (penting untuk prestasi lelaki)
✅ Membantu membina badan yang lebih atletik
Cara buat:
*Pegang palang dengan genggaman bahu selebar tangan.
*Tarik badan ke atas sehingga dagu melepasi palang.
*Turunkan semula dengan kawalan dan ulangi.
Lelaki yang kuat dan bertenaga bukan sekadar bergantung pada pemakanan atau gaya hidup, tetapi juga pada rutin senaman yang konsisten. Dengan melakukan senaman seperti deadlift, squat, push-up, plank, sprint, dan pull-up, anda boleh membina kekuatan fizikal, meningkatkan stamina, dan kekal bertenaga sepanjang hari.
Jadi, tak perlu tunggu lagi! Mulakan senaman ini sekarang dan rasai perbezaannya. Ingat, lelaki yang kuat bukan sekadar nampak lebih gagah, tetapi juga lebih yakin dan berkarisma!
Nur Izzati sebenarnya telah mencipta sejarah tersendiri dalam arena bola keranjang negara apabila dilantik sebagai kapten berbangsa Melayu pertama skuad wanita.
Malah, pemain berusia 28 tahun ini tidak perlu mengambil masa lama untuk menyesuaikan diri dengan rakan sepasukan yang majoritinya berbangsa Tionghua.
Nur Izzati yang mula diserapkan ke dalam pasukan remaja ketika usia 15 tahun lagi pada 2004, sebenarnya fasih berbahasa Mandarin sekali gus memudahkan perjalanan kariernya sehingga terpilih sebagai kapten skuad Sukan Sea 2015.
Untuk rekod, Nur Izzati mendapat pendidikan di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Mun Yee, SMJK (C) Chong Hwa di Gombak, Selangor dan Sekolah Menengah Confucian di Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur.
Lebih menarik, pemain di posisi Point Guard itu berjaya mengemudi skuad bola keranjang wanita merampas semula pingat emas Sukan Sea 2015 sejak kali terakhir memenanginya di Korat, Thailand pada 2007 .
Kejayaan merangkul pingat emas di Singapura dua tahun lalu merupakan pingat emas pertama pemain kelahiran Kuala Lumpur itu selepas dua edisi terdahulu termasuk Sukan Sea 2013 di Myanmar (gangsa) dan Sukan Sea 2011 di Indonesia (gangsa).
Ketahui bagaimana jam pintar GPS membantu pelari meningkatkan prestasi dengan data tepat, latihan berstruktur, dan pemantauan recovery. Panduan ini dedahkan 10 sebab kenapa ia pelaburan terbaik untuk pelari moden.