KANDUNGAN NUTRISI ANTARA KUNING TELUR VS PUTIH TELUR
Ini adalah perkongsian dari Blog Tengku Asmadi mengenai kebaikan dan kekurangan telur kuning terhadap kesihatan. Adakah anda seorang yang gemar menikmati telur kuning dalam setiap hidangan anda? Sila baca dan share perkongsian sihat ini.
Sekiranya anda hanya makan putih telur, anda akan kekurangan sebahagian besar daripada nutrien telur. Berikut merupakan nutrien yang terkandung hanya dalam kuning telur:
choline
Vitamin B-12
Vitamin D
vitamin A
Vitamin B-6
Zat Besi
Vitamin E
zink
NUTIREN TAMBAHAN YANG TERKANDUNG DALAM KUNING TELUR
Kalori yang mana diperlukan untuk tenaga.
folat
selenium
Fosforus
Asid lemak omega-3
Kuning telur bagi sebiji telur mengandungi kira-kira 1.5 hingga 2 gram protein. Kuning telur merupakan satu-satunya makanan yang mengandungi vitamin D semula jadi. Jika anda mementingkan protein, putih telur merupakan makanan yang terbaik. Anda boleh membeli telur baik dalam bentuk yang separa pecah dan juga yang telah dipasturkan dalam karton seperti yang dijual di kedai runcit.
Ada orang yang meletakkan telur mentah ke dalam smoothies. Putih telur pula mengandungi kira-kira 4 hingga 4.5 g protein dan hanya sekitar 17 kalori. Ia menjadikan putih telur ini sebahagian daripada makanan yang menyihatkan. Sungguhpun begitu, gabungan antara putih dan kuning telur menjadikan sebiji telur itu sebagai sumber nutrisi yang lengkap.
Ads
KUNING TELUR DAN KOLESTEROL
Anda mungkin pernah mendengar bahawa kuning telur mengandungi kolestrol yang tinggi Ianya benar. Kuning telur daripada sebiji telur yang besar mengandungi kira-kira 185 mg kolestrol. Bagi mereka yang tidak menghadapi apa-apa masalah kesihatan kadang kala disarankan untuk mengambil tidak lebih daripada 300 mg kolestrol sehari.
Namun, bagi mereka yang menghidapi masalah seperti diabetes atau penyakit jantung, kadang kala disarankan untuk mengehadkan pengambilan harian kolestrol mereka supaya tidak lebih daripada 200 mg.
Ads
Kajian terkini mendapati bahawa kolesterol ang ada dalam badan kita sebenarnya dihasilkan oleh hati dan bukannya datang daripada kolestrol yang kita makan. Sebenarnya, lemak tepu dan lemak trans dalam diet kita yang meningkatkan paras kolestrol kita.
Kajian yang telah dilakukan beberapa tahun yang lalu telah berjaya mengubah kepercayaan lama yang mengatakan bahawa lemak tepu boleh menyebabkan masalah kardiovaskular bertambah teruk. Para doktor juga tidak menyarankan untuk kita menggantikan lemak tepu dengan karbohidrat proses dan karbohidrat kurang serat kerana hal ini akan lebih menyebabkan keadaan bertambah teruk.
Ads
Memandangkan sebiji telur yang besar mengandungi kira-kira 5 g lemak, kurang daripada 2 g dariapda kandungannya adalah dalam bentuk lemak tepu. Secara umumnya, kuning membekalkan kurang daripada 10% daripada jumlah peratusan lemak harian anda yang dicadangkan.
Sesetengah pakar percaya bahawa kebanyakan orang boleh mengambil makan sebiji telur tanpa perlu meningkatkan risiko mereka kepada serangan jantung atau penyakit kardiovaskular yang lain seperti angin ahmar. Sekiranya anda menghidapi penyakit jantung atau diabetes, anda masih lagi boleh makan kuning telur ini namun anda perlu mengehadkan hanya sebanyak tiga biji seminggu sebagaimana menurut the Harvard School of Public Health.
Satu sebab mengapa anda perlu mengehadkan pengambilan kuning telur ialah disebabkan oleh kandungan choline yang ada di dalamnya. Ia boleh meningkatkan kandungan bahan trimethylamine N-oxide (TMAO) yang mana diikuti dengan penyakit kanser, kerintangan insulin, penyakit kardiovaskular, angin ahmar dan penyakit buah pinggang.
Memandangkan kajian berkenaan TMAO kian rancak dilakukan, kajian lain menunjukkan bahawa mereka yang menghidapi diabetes, makan banyak telur kira-kira enam biji telur seminggu tidak memberikan kesan kepada kandungan gula dalam darah bahkan boleh mengurangkan ukur lilit pinggang anda. Anda juga boleh campurkan kedua-dua kuning dan putih telur yang mana anda akan dapat menikmati kebaikan khasiat telur yang menyeluruh.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Skuad Chinlone tekad memberikan emas sulung buat negara pada hari pertama temasya Sukan Sea 2017 berlangsung pada 16 Ogos nanti.
Skuad Chinlone kebangsaan tekad menghadiahkan pungutan pingat emas sulung buat Malaysia pada hari pertama temasya Sukan Sea 2017 di Kuala Lumpur, Ogos nanti.
Turun beraksi pada 16 Ogos 2017, sasaran emas diletakkan pada acara ketiga daripada empat acara yang disertai bagi mengatasi pencapaian pungutan pingat perak dan gangsa dua tahun lalu di Singapura.
Jurulatih Chinlone, Yusof Abdullah berkata, memandangkan sukan chinlone bakal memulakan perebutan pingat pada hari pertama kejohanan, inilah peluang terbaik untuk melakar nama pada negara.
“Kami akan menyertai empat acara yang dipertandingkan dalam sukan Chinlone ini, pada temasya dua tahun lalu, pasukan mendapat pingat perak dalam acara satu dan gangsa acara ketiga.
“Untuk aksi di Kuala Lumpur, kami yakin mampu mengatasi pencapaian di Singapura dengan acara ketiga bakal memberikan emas pertama buat pasukan dan negara,” katanya.
Yusof percaya pengalaman menyertai kejohanan di Myanmar banyak membantu anak didiknya untuk berkeyakinan memburu pingat.
Ditanya mengenai keyakinan tinggi yang disuarakan, Yusof menjelaskan ia berdasarkan prestasi semasa dipamerkan anak didiknya dalam beberapa siri latihan dan perlawanan persahabatan di Myanmar.
“Sebenarnya pasukan baru pulang dari kejohanan di Myanmar dengan keputusan cemerlang merangkul kejuaraan bagi acara ketiga dan peningkatan pungutan mata oleh pemain.
“Kejohanan tersebut turut disertai kuasa-kuasa besar dalam sukan Chinlone ini antaranya Thailand, Myanmar dan Filipina yang memberikan saingan sengit dalam acara yang dipertandingkan.
“Jadi kami rasakan jika semuanya berjalan dengan lancar dan mengikuti perancangan, Insyallah emas mampu diraih sambil mengharapkan kejutan bagi acara pertama,” katanya pada sidang media Kita Juara di MSN Bukit Jalil, tengah hari tadi.
Turut hadir pada sidang media tersebut ialah pengurus pasukan, Wan Mohd Husni Abdullah dan atlet Chinlone, Mohd Faiz Roslan serta Ab Muhaimi Che Bongsu.
Wan Mohd Husni mahu barisan pemain menggunakan kelebihan beraksi sebagai pasukan tuan rumah.
Sementara itu Wan Mohd Husni berkata, kelebihan pasukan tuan rumah akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk memburu pingat emas kerana kami percaya Myanmar memiliki kekuatan mereka tersendiri.
“Sebagai tuan rumah, Malaysia dibenarkan menyertai empat acara dipertandingkan, tetapi hanya dua buat negara lain dan berdasarkan penyertaan Myanmar hanya menyertai acara kedua dan keempat, jadi peluang meraih emas cerah.
“Bagi acara pertama perbezaan Malaysia dengan Thailand yang turut menyertainya adalah tidak banyak bezanya berdasarkan perlawanan yang disertai di Myanmar sebelum ini. Kami hanya dibezakan beberapa mata sahaja dengan Thailand yang menjuarai acara tersebut.
“Kami perlu menggunakan peluang yang ada selain keyakinan tinggi pemain untuk melakar kejayaan di laman sendiri,” katanya.
Pada masa sama, Wan Husni turut memaklumkan, khidmat dan kepakaran bekas jurulatih Myanmar yang membawa pasukan mengutip pingat emas dalam beberapa temasya Sukan Sea akan digunakan selewat-lewatnya, Jumaat nanti.
“Bekas jurulatih yang akan membantu pasukan kebangsaan ialah Khin Maung Win yang juga merupakan ketua pasukan Myanmar sebelum ini.
“Kehadiran Maung Win pastinya akan memberi lebih keyakinan buat pemain untuk terus menimba ilmu pengetahuan serta teknik lebih berkesan semasa latihan dan juga perlawanan berlangsung,” jelasnya yang turut memaklumkan barisan pemainnya akan terus berkampung di Myanmar menyertai kejohanan selepas sambutan Aidilfitri nanti.
Untuk rekod Malaysia memenangi satu pingat perak (acara pertama) dan satu gangsa (acara ketiga) dalam acara Chinlone sewaktu Sukan Sea Singapura, 2015.
Malaysia yang dibarisi Mohammad Kamal Azmi, Mohamad Azlan Alias, Mohammad Arif, Mohd Nazuha Mohd Nadzi, Muhammad Zaim Razali, Amirul Zazwan Amir, Ab Muhaimi Che Bongsu dan Mohamad Fazil Mohamad Asri mengalahkan tuan rumah, Singapura dengan kemenangan 2-0 (101-56, 107-56) pada penentuan pingat gangsa bagi acara ketiga.
Awal pagi semalam berlangsung perlawanan yang cukup dinantikan oleh ramai peminat bola sepak dunia. Perlawanan peringkat pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah semalam menyaksikan pasukan tuan rumah yang dimiliki oleh Qatar Sports Investment iaitu Paris Saint-Germain (PSG) menentang Manchester United.
Rashford menyempurnakan sepakan penalti sekali gus membawa Man United mara ke suku akhir.
Dalam perlawanan tersebut Manchester United berdepan misi yang cukup berat kerana mereka telah tewas 2-0 dalam perlawanan pertama sebelum ini di Old Trafford. Namun dengan kesungguhan barisan pemain mereka di bawah tunjuk ajar pengurus yang juga pemain legendanya Ole Gunnar Solskjær, Manchester United merealisasikan apa yang dikatakan mustahil.
Mereka menang dengan jaringan 3-1 di tempat lawan sekali gus mara ke peringkat suku akhir dengan kelebihan jaringan di tempat lawan.
Perlawanan dramatik semalam menjadi tumpuan kerana Manchester United dianugerahkan penalti pada minit-minit akhir perlawanan menerusi sistem VAR. Sistem pengadilan yang penuh kontroversi turut digunakan pada Piala Dunia yang lalu itu menyaksikan bola terkena tangan pemain PSG.
Tidak semua pihak yang gembira dengan keputusan ini termasuklah bintang PSG yang juga pemain termahal di duniam Neymar.
Bintang PSG ini ternyata kecewa dengan keputusan perlawanan itu.
Neymar yang tidak beraksi kerana masih belum pulih dari kecederaan ternyata cukup kecewa dengan keputusan penalti di minit akhir yang telah menyingkirkan pasukannya.
Pengadil perlawanan, Damir Skomina merujuk VAR sebelum membuat keputusan sepakan penalti.
Menerusi perkongsian di Instastory, Neymar berkata, “Ini amat memalukan. Dan mereka masih membiarkan 4 lelaki yang tidak faham bola sepak untuk melihat rakaman video, ini sepatutnya tidak berlaku. Bagaimana dia mengeluarkan tangannya apabila dia berada di belakang!”
Sabar jelah Neymar. Terima saja keputusan yang telah diberikan. Mungkin tahun ini bukan tahun PSG. Apa-apa pun tahniah Manchester United yang berjaya mara ke peringkat suku akhir. Seronok tengok mereka meraikan kemenangan semalam seperti menang piala.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Flushing aircond kereta, apa, bila dan kenapa penting. Sistem penghawa dingin atau aircond kereta bukan sekadar untuk keselesaan, ia adalah satu keperluan, lebih-lebih lagi di negara beriklim panas seperti Malaysia.