Anda inginkan kelainan apabila menikmati makanan sihat? Makanan sihat seperti salad, buah-buahan kalau diambil hari-hari pun pasti akan bosan kan? Selain daripada anda boleh menikmati mentega kacang untuk pelbagaikan menu sihat anda, apa kata kalau anda ambil telur. Ini kerana telur mempunyai banyak khasiat dimana:
Khasiat Protein
Ini fakta yang semua orang tahu, jika anda bosan mengambil protein seperti daging dan ayam, mungkin anda boleh ambil telur sebagai pelengkap protein anda. 1 biji telur yang besar menyediakan protein sebanyak 6g.
2. Sumber Vitamin B
Menurut vitamin4kesihatan.com, Telur mengandungi khasiat vitamin B2 dan B12. Antara kebaikan vitamin B2 ialah dalammeningkatkan keupayaan metabolisme dan menukarkan sumber makanan yang kita ambil dalam bentuk tenaga. Manakala vitamin B12 pula membantu membina sel DNA dan sel-sel darah merah. Kesemua komponen vitamin B adalah sangat penting menggalakkan sistem saraf yang sihat.
Ads
4. Sumber Mineral
Selain daripada mengandungi anti-oksidan, telur juga mengandungi khasiat mineral seperti selenium, dan sumber iron yang penting untuk melancarkan perjalanan darah.
Ads
Tapi kalau anda ingin kelainan dengan makan jenis telur yang berbeza, apa kata anda cuba makan telur puyuh. Sedap pun sedap! Berbeza dengan telur-telur yang lain yang kadangkala boleh menyebabkan alergi atau mengandungi kolestrol yang boleh menyumbang kepada kesakitan merosot, telur puyuh bertindak sebagai telur yang berbeza dari kawan-kawannya.
Ini kerana telur puyuh bebas dari kolestrol kurang baik atau LDL. Sesuai dengan bentuknya yang kecil molek, ia mengandungi jenis kolestrol yang baik untuk si pengambil.
Lemak yang ada pada telur puyuh sendiri adalah jenis lemak yang baik. jangn terlalu sogok dengan pemikiran bahawa lemak tidak baik untuk badan. Lemak amat diperlukan dalam badan untuk meimbangkan sistem tubuh badan kita. Namun pengambilannya haruslah secara sihat dan menikmati telur puyuh bukan satu masalah kerana ia tergolong dalam lemak yang baik.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jangan ingat semua lelaki tak suka bawang putih. Ramai sebenarnya lelaki yang boleh telan bawang putih macam tu saja bila tahu khasiatnya walaupun bau bawang putih agak menjengkelkan.
Kalau korang jenis lelaki yang sukakan bawang putih, ini ada berita baik buat korang! Bau bawang putih yang kuat itu boleh membuatkan bau badan korang jadi lebih menarik dan seksi di mata pasangan.
Bau badan lebih menarik, lembut & maskulin
Dalam kajian yang dilakukan oleh Universitas Stirling dan Universitas Charles, seramai 42 responden lelaki telah dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu yang makan bawang putih mentah, kapsul bawang putih dan tidak memakan bawang putih sama sekali.
Kesemua responden tidak dibenarkan untuk memakai deodoran dan juga merokok. Mereka juga telah diberi kapas untuk diletakkan di bawah ketiak selama 12 jam bagi tujuan mengumpul sampel bau badan. Selepas 12 jam, kapas tersebut diberi kepada 82 responden wanita untuk dihidu dan dinilai.
Keputusannya nyata menakjubkan kerana menurut responden wanita ini, lelaki yang mengambil bawang putih, sama ada yang mentah atau dalam bentuk kapsul memiliki bau badan yang lebih menarik, lembut dan maskulin.
Ini kerana bawang putih mengandungi antioksidan yang membuatkan bau badan lebih baik.
Meningkatkan kemampuan dalam hubungan intim
Menurut kajian, bau nafas memiliki peranan penting dalam interaksi sosial malah bau badan juga penting dalam hubungan intim.
Ini kerana hasil kajian mendapati orang yang makan bawang putih dapat memberikan kesan positif terhadap si pemakan. Selain baik untuk kesihatan, ia juga mempunyai sifat antioksidan dan antimikroba.
Bawang putih juga dikatakan dapat membantu meningkatkan tahap libido dan daya tahan hubungan intim lelaki. Korang yang mengalami masalah ereksi (erectile dysfunction) digalakkan untuk mengambil bawang putih secara konsisten dan teratur kerana bawang putih dapat merangsang pengeluaran enzim dan pengedaran darah ke alat kelamin.
Wow, hebat kan! Yang dah kahwin tu bolehlah buat eksperimen tentang manfaat bawang putih yang satu ini. Manalah tahu kebahagiaan di bilik tidur korang nanti akan bertambah intim!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Semakin meningkat usia semakin merosotlah kondisi gigi. Apatah lagi buat mereka yang kurang mengamalkan penjagaan gigi yang baik atau mengamalkan gaya hidup yang boleh menjejaskannya seperti merokok, minum minuman keras dan banyak mengambil makanan bergula.
Melakukan penjagaan gigi yang baik telah sekian lama terbukti berkesan memanjangkan hayat gigi anda. Namun dengan peredaran masa mahu atau tidak gigi pasti akan mula rosak dan mereput.
Di sinilah perlunya kita mencabut gigi tersebut kerana ia tidak boleh dibiarkan terus rosak di dalam mulut.
Mencabut sebatang gigi itu perkara yang cukup normal. Tapi bagaimana pula jika mencabut lebih dari satu? Terdapat beberapa risiko perlu anda ketahui.
Jangan pula kejadian malang menimpa anda seperti yang berlaku kepada seorang lelaki warga emas di Thailand meninggal dunia selepas mencabut 12 batang gigi.
Kejadian malang menimpa warga emas itu menyaksikan kecuaian daripada beberapa pihak yang tidak peka dengan kondisi pesakit yang berdepan dengan masalah pendarahan selepas prosedur tersebut.
Sebenarnya risiko mencabut lebih dari satu batang gigi bergantung kepada beberapa faktor. Ia termasuklah keadaan gigi dan kondisi keseluruhan mulut. Secara umumnya doktor gigi akan melakukan penilaian beberapa faktor berikut tersebut sebelum melakukan prosedur pencabutan.
Jika seseorang menghadapi masalah kesihatan yang serius, risiko pencabutan gigi boleh meningkat. Doktor gigi akan meneliti sejarah perubatan pesakit sebelum menentukan jumlah maksimum gigi yang boleh dicabut.
Jika gigi-gigi tersebut terletak pada kawasan yang sukar atau mempunyai keadaan khas, risiko pencabutan lebih daripada satu gigi boleh meningkat. Doktor gigi akan melakukan pemeriksaan menyeluruh untuk menentukan sama ada gigi-gigi tersebut boleh dicabut dengan selamat dalam satu sesi atau perlu dibahagikan kepada beberapa sesi.
Proses mencabut gigi biasanya melibatkan penggunaan bius tempatan atau umum. Jumlah maksimum gigi yang boleh dicabut dalam satu sesi bergantung kepada jenis bius yang digunakan dan toleransi pesakit terhadapnya.
Pencabutan gigi selalu melibatkan risiko komplikasi seperti pendarahan, jangkitan, dan kerosakan kepada struktur sekitarnya. Doktor gigi akan menilai risiko ini dan membuat keputusan berdasarkan situasi khas pesakit.
Kerana setiap individu mempunyai keadaan dan keperluan yang berbeza, hanya doktor gigi yang boleh memberikan penilaian yang tepat tentang jumlah maksimum gigi yang boleh dicabut dalam satu sesi.
Disarankan untuk berjumpa secara langsung dengan doktor gigi anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci dan sesuai dengan keadaan anda.
Jangan lupa subscribe YouTube & TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
“We are what we eat”. Pengamalan diet yang seimbang dapat membantu menghindari diri daripada stres. Stres yang keterlaluan boleh mengurangkan tenaga, menghakis memori, melemahkan sistem imun, mengganggu ‘mood’, mengurangkan tumpuan dan juga boleh memberi kesan kepada semua organ serta fungsi tubuh kita.
Dengan pengambilan diet yang seimbang, kesihatan yang baik dapat dikekalkan di samping memastikan tahap mental dan fizikal sentiasa stabil. Pengambilan diet yang seimbang perlulah berdasarkan kepada piramid makanan.
Pemakanan dan Stres
Stres boleh menyebabkan kehilangan/ pengurangan nutrien seperti vitamin C, B kompleks, magnesium dan kalsium.
Semasa stres, kita akan bertendensi untuk;
mengalami masalah emosi makan di mana kita akan makan di saat tidak lapar atau makan makanan yang tidak berkhasiat.
melangkau waktu makan utama terutama sarapan pagi dan akan merasa lapar yang keterlaluan pada waktu makan tengah hari serta bertendensi untuk mengambil makanan yang tidak berkhasiat.
mengambil makanan yang mengandungi tinggi lemak, garam dan gula.
mengambil snek yang tidak sihat seperti makanan ringan.
mengambil makanan segera yang mudah didapati dan tidak memerlukan penyediaan.
Perlunya Pengalaman Diet Seimbang
Diet yang seimbang membekalkan nutrien dan tenaga yang diperlukan oleh badan bagi membantu dalam menangani stres.
Kepelbagaian dan diet yang seimbang dapat memastikan badan kita mendapat semua nutrien yang diperlukan.
Makanan yang Membantu Mengurangkan Stres
Antara makanan yang dapat membantu bagi mengurangkan stres adalah:
Sumber kekacang seperti badam, pistachio dan kacang walnut yang mana ianya kaya dengan Vitamin B2, Vitamin E, magnesium dan zink. Vitamin B2 membantu dalam sekresi serotonin iaitu hormon yang memberikan rasa kegembiraan. Zink adalah antara komponen yang diperlukan dalam melawan stres manakala Vitamin E berkesan dalam menghalang penyakit yang disebabkan oleh stres seperti penyakit jantung.
Sumber ikan, terutama ikan dari laut dalam seperti ikan salmon, mackerel dan sardin, dan ikan air tawar seperti ikan patin dan haruan, adalah antara sumber makanan yang tinggi dengan Omega 3 untuk membantu menstabilkan stres (hormon kortisol).
Susu kaya dengan antioksidan dan mengandungi kalsium yang tinggi untuk membantu menyingkirkan radikal bebas yang berkaitan dengan stres.
Labu merah dan jambu batu adalah makanan yang kaya dengan Vitamin C. Keadaan stres yang berpanjangan boleh menyebabkan kekurangan penyimpanan Vitamin C yang boleh menyebabkan masalah gusi berdarah.
Bijirin penuh seperti roti mil penuh, bijirin sarapan pagi, beras perang dan oat mengandungi karbohidrat kompleks yang bertindak untuk merangsang pengeluaran hormon serotonin (bahan kimia pencetus rasa gembira di dalam otak). Bijirin penuh yang kaya dengan Vitamin B dapat meningkatkan tenaga dan mengurangkan keletihan
Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi dengan antioksidan seperti Vitamin C, Vitamin E dan beta karotena membantu dalam mengurangkan kesan radikal bebas. Sumber Vitamin C yang baik adalah jambu batu, brokoli dan oren. Sumber Vitamin E yang baik adalah betik, bayam dan zaitun manakala makanan yang tinggi dengan beta karotena termasuk keledek, lobak merah dan labu.
Aprikot kering amat kaya dengan magnesium dan berkhasiat untuk membantu menenangkan otot dari dalam. Magnesium juga berfungsi membantu mengawal atur hormon stres.
Tips Menghindari Stres Melalui Pemakanan dan Gaya Hidup Sihat
Tabiat diet yang tetap
Pengambilan makanan yang sedikit tetapi kerap adalah digalakkan manakala 3 waktu makan utama iaitu sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam adalah perlu. Pemakanan yang sihat bermula dengan sarapan pagi yang hebat.
Ambil diet seimbang
Pengambilan diet yang seimbang dan pelbagai perlulah berdasarkan piramid makanan.
Kurangkan pengambilan kafein
Pengambilan kafein seperti kopi dan teh disarankan tidak melebihi 2 cawan sehari. Banyakkan minum air mineral atau air kosong. Pengambilan kafein yang banyak akan lebih meningkatkan stres serta mengurangkan tumpuan dan keberkesanan dalam kerja serta mengganggu kualiti tidur.
Kurangkan pengambilan garam
Pengambilan garam secara berlebihan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi. Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi dengan garam seperti makanan segera, serbuk perasa, makanan dalam tin, ikan masin, telur masin dan jeruk.
Kurangkan gula
Pengambilan gula yang tinggi boleh mengurangkan kapasiti sistem imun yang perlu dalam pengurusan stres. Selain itu, ia juga meningkatkan kadar gula dalam darah yang boleh menyebabkan diabetes dan masalah kegemukan.
Berhenti dari pengambilan alkohol
Kurangkan pengambilan alkohol secara beransur-ansur agar keseimbangan badan dapat dikekalkan dan menghindari stres.
Keperluan vitamin dan mineral yang mencukupi melalui diet seimbang
Pengambilan vitamin dan mineral yang mencukupi dapat meningkatkan keseimbangan badan dan menghindarkan stres. Sumber makanan yang kaya dengan vitamin dan mineral adalah buah-buahan dan sayur-sayuran.
Penggunaan bahan makanan yang mengandungi probiotik
Pengambilan bahan makanan yang mengandungi ‘lactobacillus acidhophitis’ dapat menghalang pembesaran bakteria patogen dan menggalakkan sistem imun, menambah vitamin dan meningkatkan ketahanan terhadap stres.
Kekalkan berat badan
Pengekalan berat badan yang ideal dan pengamalan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 30 minit mampu memberikan ketenangan di samping badan menjadi lebih aktif.
Hentikan tabiat merokok
Nikotin yang terdapat di dalam tembakau memberikan rasa ketenangan pada jangka masa pendek tetapi toksin di dalam nikotin akan meningkatkan degupan jantung dan stres.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Memilih jam tangan larian bukan sekadar soal jenama atau rupa. GPS, bateri, data latihan dan keselesaan memainkan peranan penting untuk membantu anda menjadi pelari yang lebih baik.