Legenda yang terkenal dengan gelaran King of Rock and Roll, Elvis Presley akan ‘dihidupkan semula’ melalui kecanggihan teknik Kecerdasan Buatan (AI), demikian lapor Sky News.
Bukan sekadar dihidupkan, Elvis yang meninggal dunia pada 1977 akan ‘beraksi’ di konsert yang bakal diadakan di London, Britain tahun ini.
Ads
Konsert tersebut dinamakan sebagai Elvis Evolution dan akan membawa peminat tegarnya kembali bernostalgia dengan ikon tersebut selain menarik peminat generasi baharu mengenali dengan lebih dekat siapa Elvis Presley.
“Ini akan menjadi sebuah keraian paling gemilang buat Elvis Presley; seorang lelaki, pemuzik dan pemilik legasi yang masih menjadi pujaan ramai.
Ads
“Konsert Elvis secara AI akan menjadi sebuah pengalaman yang luar biasa,” kata Pengasas & Ketua Pegawai Layered Reality, Andrew McGuinness.
Konsert AI, Dibantu Holografi
Konsert tersebut akan dipersembahkan dengan penggunaan AI sepenuhnya, dibantu teknik Holografi, sejenis teknik yang membolehkan imej tiga dimensi dibuat.
Ads
Peminat juga akan dibawa memasuki dunia Elvis sejak lahir di Tupelo, Mississippi pada 1935, sehingga perjalanan ke Memphis, Tennessee, Graceland dan Las Vegas.
Minat dunia terhadap penyanyi itu, yang diiktiraf sebagai artis muzik solo terlaris sepanjang zaman, dengan lebih 500 juta album terjual, masih utuh walaupun sudah 46 tahun berlalu sejak kematiannya ketika baru berusia 42 tahun.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jangan terkejut jika sekiranya ramai wanita di luar sana yang tergila-gilakan lelaki berbulu dada. Ramai wanita yang mengatakan lelaki yang berbulu dada ni seksi, menawan dan mempunyai ciri maskulin yang sejati.
#1 Sukar Untuk ‘Berpeluh’
Kenapa lelaki yang berbulu dada sukar untuk berpeluh? Sebenarnya, bulu-bulu di bahagan dada mereka telah menyembunyikan kehadiran peluh supaya tidak jelas kelihatan.
#2 Tidak Dijangkiti Panau & Penyakit Kulit
Kulit yang dilindungi dengan bulu dada menyebabkan peluang untuk lelaki itu dijangkiti oleh apa-apa penyakit kulit sangat berkurangan. Sekirany anda tidak percaya, cuba lihat pada bahagian ketiak anda. Pernahkah bahagian ini dijangkiti penyakit kurap ataupun panau?
# 3 Meningkatkan Hormon Testosteron
Apa benar dakwaan ini?Berdasarkan kajian dari Nida Chammas, perunding endocrinologist di Hospital Churchill menyatakan leleki berbulu dada merupakan penanda aras kepada kesihatan hormon testosteron mereka. Bukanlah bermaksud lelaki yang tidak berbulu dada tidak sihat paras hormonnya. Namun, lelaki berbulu dada reseptor di kulit mereka adalah lebih responsif kepda sentuhan.
#4 Nampak Kejantanan
Mereka yang memiliki bulu dada terbukti adalah lelaki tulen. Ini kerana, bulu dada selalunya hanya dimiliki oleh lelaki sahaja. Jika terdapat perempuan yang memiliki bulu dada selebat bulu dada lelaki, ia bermaksud perempuan itu adalah sotong atapun separa-wanita.
#5 Pelindung Wanita
Lelaki yang memiliki bulu dada dikatakan menjadi pelindung kepada wanita. Banyak perempuan yang suka dengan lelaki yang dadanya berbulu kerana menganggap bulu dada lelaki itu boleh memberi kasih sayang yang diinginkan. Ada juga yang beranggapan bulu dada boleh membawa rezeki kepada pasangan suami isteri itu jika suami berbulu dadanya.
#6 Lebih Bijak
Kajian daripada Dr Aikarakudy Alias, Seorang pakar psikiatri Amerika Syarikat, mendakwa lelaki berbulu dada banyak dijumpai dikalangan doktor berbanding penduduk umum. Dia juga mendapati 45% daripada doktor lelaki adalah ‘berbulu’ berbanding kurang daripada 10 peratus lelaki secara umumnya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dalam dunia bola sepak moden, peluang merupakan segalanya. Impian untuk menjejakkan kaki ke padang latihan bertaraf dunia sering menjadi angan-angan besar bagi pemain remaja. Namun buat 120 bakat muda Malaysia, impian itu kini semakin hampir menerusi Kem Pencarian Bakat Biasiswa Bakat DASHING 2025.
Sebagai jenama dandanan lelaki terkemuka, DASHING membuka ruang sebenar kepada generasi baharu pemain bola sepak tempatan untuk melangkah lebih jauh dengan kerjasama kelab Inggeris, Tottenham Hotspur.
Acara sehari yang berlangsung di Arena Sukan Kuala Lumpur ini menghimpunkan pemain berusia 15 hingga 18 tahun dari seluruh negara.
Mereka disenarai pendek melalui proses pemilihan ketat berdasarkan hantaran video, dan diberi peluang dilatih oleh Jurulatih Pembangunan Bola Sepak Tottenham Hotspur bersama 20 jurulatih tempatan dalam program intensif yang dibina mengikut standard bola sepak profesional.
Kem ini bukan sekadar sesi pemilihan tetapi sebuah platform untuk menguji kemampuan teknikal, kecerdasan permainan dan ketahanan mental pemain muda Malaysia.
Sepanjang kem, peserta menjalani latihan menilai kemahiran teknikal, kecergasan dan disiplin taktikal. Menurut Jurulatih Pembangunan Bola Sepak Global Tottenham Hotspur, Shannon Moloney,:
“Malaysia memiliki potensi besar dalam arena bola sepak dan amat menginspirasikan apabila melihat program seperti ini menyediakan platform sebenar untuk pemain muda menonjolkan bakat mereka. Bakat serta semangat yang ditunjukkan sepanjang kem ini sangat mengagumkan — para pemain ini jelas dahagakan kejayaan.”
Dari sesi pecutan, formasi kecil hingga perlawanan kompetitif singkat, setiap aktiviti direka bagi mencerminkan realiti latihan profesional.
Tekanan tinggi memberi peluang kepada peserta untuk menunjukkan karakter sebenar mereka di bawah bimbingan jurulatih Tottenham Hotspur.
Bagi ramai pemain muda, pengalaman ini bukan sekadar pertandingan tetapi detik penting dalam perjalanan mereka.
Dazzel Emil Haziq, pemain pertahanan 15 tahun dari Selangor, berkata:
“Kem Pencarian Bakat ini berada di tahap yang berbeza. Ia satu pengalaman yang berharga untuk saya menguji kemampuan diri menentang ramai pemain hebat lain dan memberikan motivasi untuk terus memperbaiki permainan saya serta mengejar impian untuk bermain di luar negara.”
Peserta lain, Muhammad Darwisy turut berkongsi pandangan sama:
“Ia merupakan satu pengalaman hebat dapat berlatih bersama pemain-pemain yang sangat berbakat dari seluruh Malaysia. Latihan yang dijalankan bukan sahaja menguji kemahiran kami tetapi juga ketahanan mental.”
Hanya tiga pemain terbaik akan dipilih untuk terbang ke London dan menjalani latihan di Akademi Tottenham Hotspur pada tahun 2026.
Walaupun dikenali sebagai jenama gaya hidup lelaki, DASHING membuktikan komitmennya jauh melangkaui produk penjagaan diri.
Mereka melabur dalam pembangunan belia, membina keyakinan diri serta menyediakan peluang nyata untuk masa depan generasi muda Malaysia.
Menurut Pengurus Pemasaran DASHING, Devarshi Dalmia, “Di DASHING, kami percaya dalam memberi keyakinan kepada belia Malaysia untuk mengejar impian mereka.
“Kerjasama dengan kelab terkemuka dunia seperti Tottenham Hotspur membolehkan kami menggabungkan semangat tempatan dengan kepakaran bertaraf dunia,” tambahnya lagi.
Kerjasama ini membuka ruang bagi bakat Malaysia mempelajari metodologi bola sepak antarabangsa yang jarang dapat diakses secara langsung oleh pelatih muda di negara ini.
Dengan kem selesai, kini tibalah detik paling mendebarkan — pengumuman tiga pemain terbaik yang akan menyertai latihan intensif di pusat latihan eksklusif Tottenham Hotspur di London.
Pengalaman ini berpotensi menjadi platform yang mengubah masa depan kerjaya mereka dalam arena bola sepak.
Bagi DASHING, program ini bukan usaha jangka pendek tetapi sebahagian daripada misi panjang memartabatkan belia Malaysia melalui keyakinan, disiplin dan peluang sebenar untuk berjaya.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sejak kebelakangan ini pasti korang terlihat keanehan sikap daripada post dan video-video yang di upload oleh pelakon Iqram Dinzly di laman sosial beliau. Ramai netizen yang mengecam dan melemparkan kata-kata kejian. Namun ada juga yang sanggup menghulurkan bantuan untuknya termasuklah Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli al-Bakri telah mempelawa pelakon Iqram Dinzly untuk datang ke Pejabatnya di Putrajaya untuk sesi perkenalan.
Jemputan yang ditulis secara terbuka menerusi Facebook itu susulan perlakuan pelik pelakon tersebut yang kian viral sejak kebelakangan ini. Dalam surat itu, Zulkifli menyatakan niat untuk mengenali pelakon itu dengan lebih dekat serta berbincang tentang masalah yang dihadapinya.
Nampaknya, ‘panggilan’ Zulkifli telah pun terjawab. Perkhabaran itu disampaikan menerusi kemas kini akaun Instagram Iqram .
Entrinya itu melihat Iqram menolak pelawaan Zulkifli untuk berkomunikasi di Kuala Lumpur. Sebaliknya, pelakon itu mencadangkan agar sesi itu dibuat di rumahnya di Perak. Dalam penjelasannya, Iqram meluahkan enggan meninggalkan ibunya yang kini masih dalam edah selepas pemergian suami.
Buat Mufti Wilayah @drzulkifli.albakri Yang hamba hormati , hamba mengucapkan bebanyak terima kaseh kerna sudi prihatin dengan apa yang terjadi.
Maaf sekiranya hamba menolak untok berjumpa dengan tuan hamba di #kualalumpur untok berkomunikasi . Lebih afdalnya , hamba jemput tuan hamba sudi ke #TalaqqiDinzlyStudio untok mengupas lebih mendalam segala yang terjadi bersama bonda disisi dan fahami lebih situasi yang terjadi.
Kerna hamba hormat keputusan bonda yang tidak mahu kemana – mana selagi maseh iddah dan beliau sedang usaha untok bersemangat kerana terlalu rindu terhadap ayahanda hamba, #papakuterlantarlagi .
Iqram dalam masa yang sama turut merakam ucapan terima kasih kepada Mufti kerana sudi mengambil berat tentang perihalnya serta merakam kesudian untuk menerima kedatangan beliau di masa terdekat.
Mari kita doakan agar Iqram Dinzly agar kembali seperti sedia kala.
Sumber: Instagram Iqram Dinzly
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang