Kemunculan penyerang kebangsaan, Faisal Halim dalam sebuah video iklan makanan yang kelihatan makin ceria, sudah cukup mengubat rasa rindu buat para peminatnya setelah sekian lama tidak beraksi.
Malah menerusi sebuah video yang dimuat naik, Faisal yang lebih mesra disapa Mickey turut berkongsi beberapa perkara yang boleh menjatuhkan seorang pemain bola sepak.
Menurutnya, punca utama kejatuhan seorang pemain bola sepak adalah dari diri sendiri dan tiga perkara yang mempengaruhinya ialah duit, kecederaan dan juga kesilapan dalam memilih pasangan.
Ads
“Yang menjatuhkan pemain bola sepak diri mereka sendiri lah, yang pertama, duit, kedua; injury; ketiga; jangan salah pilih isteri.
“Yang tak kahwin lagi; girlfriend la, orang Penang kata cinggey,” katanya.
Dalam pada itu, netizen menitipkan doa agar diberikan kesembuhan buat Faisal, selain berharap dapat melihat pemain kebangsaan itu beraksi kembali.
Terdahulu, bapa seorang cahaya mata itu telah mengalami kecederaan melecur tahap empat selepas disimbah asid individu tidak dikenali di sebuah pusat membeli-belah, pada 5 Mei lalu.
Sebagai ikon fesyen, usahawan, dan personaliti berpengaruh, Datuk Rizalman Ibrahim terus melakar sejarah peribadi dan juga dunia fesyen. Terbaru, beliau dilantik sebagai Profesor Adjung di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Pelantikan ini bukan sahaja menambah lagi pencapaian gemilang dalam kerjayanya, tetapi juga meletakkan beliau dalam kedudukan istimewa untuk berkongsi ilmu dan pengalaman yang selama ini disalurkan melalui karya seni dan media sosial, kini di peringkat akademik.
Dengan kehadiran beliau, universiti terkemuka itu dijangka meraih manfaat besar menerusi bimbingan dan pandangan holistiknya terhadap pengajian Islam, gaya hidup dan etika.
“Saya terlalu bersyukur kerana usaha saya selama ini menelaah dan mendalami ilmu-ilmu agama serta dikongsi dengan seluruh masyarakat dipandang secara positif oleh Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.”
Pada usia 53 tahun, Rizalman membawa bersama sejarah peribadi yang penuh dengan pengalaman dan pembelajaran dari George Town, Pulau Pinang, ke arena antarabangsa dalam industri fesyen.
Dengan pelantikan ini, ia menjadi satu lagi medan baginya untuk berkongsi ilmu yang dimiliki dan menginspirasi generasi muda yang bakal menjadi pemimpin masa hadapan.
Sebagai seorang yang aktif di media sosial, beliau telah lama menjalankan dakwah dalam skala tersendiri, menggunakan platformnya untuk menyampaikan mesej positif kepada masyarakat.
Namun, tanggungjawab sebagai Profesor Adjung ini membolehkan beliau memberi impak yang lebih mendalam dan terarah, terutamanya dalam kalangan pelajar dan tenaga pengajar di Universiti Malaya.
Memetik kenyataannya menerusi Astro Awani, Rizalman menjelaskan, “Dalam masa sama seperti kita sedia maklum salah satu daripada tuntutan agama kita ialah ilmu yang ada harus dikongsi dengan orang lain agar pahala kita akan terus mengalir berpanjangan.”
Pendekatan Universiti Malaya dalam melantik ahli profesional seperti Rizalman menggambarkan usaha institusi tersebut untuk mencapai kecemerlangan melalui kolaborasi bersama tokoh korporat dan pemimpin yang berpengalaman luas.
Ini bukan kali pertama Rizalman diberi penghormatan dalam bidang akademik. Pada Ogos 2023, beliau turut dilantik sebagai Profesor Adjung di Fakulti Akademi Kontemporari Islam, Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Sekali gus meletakkan beliau sebagai seorang tokoh yang tidak hanya terhad pada dunia fesyen, tetapi juga seorang individu yang menghargai dan menjiwai ilmu Islam.
Komitmen beliau dalam pengajian Islam bukanlah sesuatu yang asing. Sejak sekian lama, Rizalman giat dalam memperluaskan syiar Islam melalui pelbagai program kebajikan dan dakwah yang didokong oleh Kumpulan Syarikat Rizalman Ibrahim (RIC).
Menyedari bahawa tugas baru ini akan membawanya lebih dekat dengan misi memperkukuhkan lagi pemahaman dan penghayatan Islam dalam kalangan generasi muda, Rizalman berhasrat untuk menggunakan peluang ini sebagai platform untuk terus belajar.
Seperti yang dikongsi beliau, “Saya sedar yang dalam diri saya juga masih ada banyak kekurangan. Justeru, bersama Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, saya bukan hanya akan berkongsi ilmu yang saya ada, bahkan saya sendiri akan rebut peluang untuk menimba ilmu daripada ekosistem yang akan saya sertai kelak.”
Pelantikan ini bukan sekadar satu peranan dalam akademik, tetapi sebuah penghormatan besar buat Rizalman. Dari fesyen ke bidang akademik, perjalanan Rizalman jelas menunjukkan bahawa ilmu dan kesedaran spiritual adalah tunjang dalam setiap langkah kehidupannya.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Acap kali kita dengar orang mengambil pil untuk kurus atau turunkan berat badan. Tetapi menurut Nana Mahazan, tidak ada sebarang jalan short-cut untuk kurus, apa yang penting jaga pemakanan dan exercise. Malah dia menitik beratkan soal metabolism badan.
Di video Facebook berdurasi 10 minit lebih, Nana sempat memberi sepatah dua kata apabila ditanya tentang pil kurus mana yang berkesan.
“Orang kata nak workout kena pergi gym, sebenarnya tak payah! Kat rumah pun boleh. Pertama sekali yang anda boleh buat hari ini, iaitu elakan mengambil makanan atau minuman bergula.
“Nasi memang mengandungi gula tetapi ia lebih bagus daripada makanan manisan yang ada seperti Bombolini atau Chorus. Ada orang selalu bagi alasan tak makan nasi, tetapi mereka ambil manisan lepas tu tanya macam mana nak kurus, tak boleh lah! Stop taking sugar!” tegas Nana dalam videonya itu.
Nana turut mengakui dia sering mengambil nasi kerana dia tidak boleh hidup tanpa nasi malah bertambah, tetapi dia tidak mengambil ‘gula tambahan’ dalam menu makanan hariannya.
“Ada orang pula kata dia tak makan pagi petang tetapi end up beli minuman Boba Tea dan Creamel Macchiato. It’s a big no!
“70 – 80% untuk mendapatkan berat badan ideal dengan jaga permakanan dan selebihnya adalah exercise. Betapa pentingnya kita perlu menjaga pemakanan kita terlebih dahulu.
“Untuk mulakan diet, jangan mulakan diet drastik dengan hanya memakan buah sahaja. Benda-benda ni jangan buat terlalu extreme. Hidup dalam kesederhanaan, jangan salahkan makanan jika anda tidak turun kerana anda tidak mengubah habit makan.
“Saya cakap ini melalui apa yang saya amalkan, sebaiknya dapatkan nasihat pakar nutritionist yang sahih. Kita perlu ada usaha barulah segalanya akan berjalan dengan lancar.” Tuturnya lagi.
Malah Nana juga memberitahu apabila umur semakin meningkat metabolisma akan jatuh tetapi dengan mengawal pengambilan gula dan mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti exercise jika tidak mahu lemak dan kulit mengelebeh jatuh.
Nana juga sempat memberi nasihat kepada orang ramai jika ada masa terluang pergi temankan anak-anak bermain di padang dan keluarkan peluh sekali.
Malah Nana juga menekankan sebagai permulaan ambil masa sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dan 15 minit untuk sehari sahaja. Tiada sebarang pil atau jalan short cut untuk turunkan berat badan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Orangnya segak dan berkarier, rupa paras yang tampan membuatkan namanya menjadi sebutan netizen.
Lagi pula gambarnya duduk mesra melayan ‘baby sayang’ atau Mira Filzah di majlis resepsi perkahwinan pelakon Farah Nabila hangat dibualkan.
Orangnya berkerjaya dan mempunyai firma seni bina dan perusahaan perniagaan sendiri.
Ada yang mula berspekulasi, siapakah gerangan individu ini sebenarnya dan apa status hubungannya bersama Mira Filzah?
Ada khabar angin mengatakan beliau sebenarnya kawan Mira Filzah sewaktu zaman pengajian, namun persahabatan mereka terpisah kerana dirinya melanjutkan pengajian di luar negara.
Walaupun sehingga kini Mira Filzah tetap dengan pendiriannya untuk merahsiakan identiti lelaki tersebut kerana menghormati permintaan kedua belah keluarga, orang ramai dapat mengagak dan memahami situasi tersebut.
Ditambah lagi, ada khabar angin mengatakan beliau sudah pun merisik Mira dan bakal melangsungkan pertunangan pada bulan September tahun ini.
BIODATA
Nama Penuh: Wan Emir Astar
Instagram: Wan Emir Astar
Twitter: Wan Emir Astar
Umur: 30 tahun
Kerjaya: Arkitek
Anak Kepada: (Ayah) Allahyarham Datuk Wan Mohamad Khair-il Wan Ahmad, (Ibu) Ahli Parlimen Kuala Kangsar, YB Datin Mastura Mohd Yazid
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
'Good Boys Go To Heaven ', siri thriller psikologi Astro Originals yang sarat emosi, trauma dan penceritaan diterajui hero Malaya popular, Beto Kusyairy.