Sebagai ikon fesyen, usahawan, dan personaliti berpengaruh, Datuk Rizalman Ibrahim terus melakar sejarah peribadi dan juga dunia fesyen. Terbaru, beliau dilantik sebagai Profesor Adjung di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Pelantikan ini bukan sahaja menambah lagi pencapaian gemilang dalam kerjayanya, tetapi juga meletakkan beliau dalam kedudukan istimewa untuk berkongsi ilmu dan pengalaman yang selama ini disalurkan melalui karya seni dan media sosial, kini di peringkat akademik.
Dengan kehadiran beliau, universiti terkemuka itu dijangka meraih manfaat besar menerusi bimbingan dan pandangan holistiknya terhadap pengajian Islam, gaya hidup dan etika.
“Saya terlalu bersyukur kerana usaha saya selama ini menelaah dan mendalami ilmu-ilmu agama serta dikongsi dengan seluruh masyarakat dipandang secara positif oleh Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.”
Pada usia 53 tahun, Rizalman membawa bersama sejarah peribadi yang penuh dengan pengalaman dan pembelajaran dari George Town, Pulau Pinang, ke arena antarabangsa dalam industri fesyen.
KONGSI ILMU
Dengan pelantikan ini, ia menjadi satu lagi medan baginya untuk berkongsi ilmu yang dimiliki dan menginspirasi generasi muda yang bakal menjadi pemimpin masa hadapan.
Ads
Sebagai seorang yang aktif di media sosial, beliau telah lama menjalankan dakwah dalam skala tersendiri, menggunakan platformnya untuk menyampaikan mesej positif kepada masyarakat.
Namun, tanggungjawab sebagai Profesor Adjung ini membolehkan beliau memberi impak yang lebih mendalam dan terarah, terutamanya dalam kalangan pelajar dan tenaga pengajar di Universiti Malaya.
Memetik kenyataannya menerusi Astro Awani, Rizalman menjelaskan, “Dalam masa sama seperti kita sedia maklum salah satu daripada tuntutan agama kita ialah ilmu yang ada harus dikongsi dengan orang lain agar pahala kita akan terus mengalir berpanjangan.”
Ads
Pendekatan Universiti Malaya dalam melantik ahli profesional seperti Rizalman menggambarkan usaha institusi tersebut untuk mencapai kecemerlangan melalui kolaborasi bersama tokoh korporat dan pemimpin yang berpengalaman luas.
TOKOH HARGAI ILMU ISLAM
Ini bukan kali pertama Rizalman diberi penghormatan dalam bidang akademik. Pada Ogos 2023, beliau turut dilantik sebagai Profesor Adjung di Fakulti Akademi Kontemporari Islam, Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Sekali gus meletakkan beliau sebagai seorang tokoh yang tidak hanya terhad pada dunia fesyen, tetapi juga seorang individu yang menghargai dan menjiwai ilmu Islam.
Komitmen beliau dalam pengajian Islam bukanlah sesuatu yang asing. Sejak sekian lama, Rizalman giat dalam memperluaskan syiar Islam melalui pelbagai program kebajikan dan dakwah yang didokong oleh Kumpulan Syarikat Rizalman Ibrahim (RIC).
Ads
Menyedari bahawa tugas baru ini akan membawanya lebih dekat dengan misi memperkukuhkan lagi pemahaman dan penghayatan Islam dalam kalangan generasi muda, Rizalman berhasrat untuk menggunakan peluang ini sebagai platform untuk terus belajar.
Seperti yang dikongsi beliau, “Saya sedar yang dalam diri saya juga masih ada banyak kekurangan. Justeru, bersama Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, saya bukan hanya akan berkongsi ilmu yang saya ada, bahkan saya sendiri akan rebut peluang untuk menimba ilmu daripada ekosistem yang akan saya sertai kelak.”
Pelantikan ini bukan sekadar satu peranan dalam akademik, tetapi sebuah penghormatan besar buat Rizalman. Dari fesyen ke bidang akademik, perjalanan Rizalman jelas menunjukkan bahawa ilmu dan kesedaran spiritual adalah tunjang dalam setiap langkah kehidupannya.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bulan Ramadan, bulan yang penuh dengan ganjaran. Tidak ternilai betapa banyaknya pahala yang telah Allah SWT sediakan untuk seluruh umat Islam pada 10 malam terakhir Ramadan ini.
Bahkan ia mempunyai 1001 keistimewaan yang tersendiri berbanding bulan-bulan yang lain.
Jadi, inilah masanya untuk kita berlumba-lumba merebut peluang yang masih ada untuk beroleh ganjaran dengan memberi keutamaan pada 10 malam terakhir Ramadan ini.
Daripada Aishah RA, bahawa Rasulullah SAW beriktikaf di masjid dalam sepuluh hari yang terakhir daripada bulan Ramadan, kemudian Baginda bersabda:
Carilah Lailatul Qadar dalam sepuluh malam yang terakhir daripada bulan Ramadan. (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Ayuh kita laksanakan ibadah dan melakukan kebaikan pada 10 malam terakhir Ramadan ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Facebook Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood.
Mudah-mudahan kita beroleh ganjaran dan keberkatan dalam bulan yang mulia ini.
Imam Makkah memberi nasihat yg sungguh praktikal:
Beliau mengatakan, utk 10 hari terakhir Ramadan:
1. Sedekah RM1 setiap malam, jika ia jatuh pd malam lailatul qadar, bermakna seolah-olah kita bersedekah setiap hari selama 84 thn.
2. Solat 2 rakaat setiap mlm, jika ia jatuh pd mlm lailatul qadar, bermakna kamu solat setiap hari selama 84 tahun.
3. Baca Surah Al-Ikhlas 3 kali setiap mlm, jika jatuh pd mlm lailatul qadar, bermakna seolah-olah kita telah membaca seluruh Al-Quran setiap hari selama 84 thn.
Beliau berkata lagi, sebarkan maklumat ini supaya nanti kita akan dpt hasil yg lumayan dlm akaun kita.
In Shaa Allah.
Masih belum terlambat untuk kita untuk merebut ganjaran pahala yang berlipat ganda dalam bulan Ramadan yang penuh barakah ini. JOM MULAKAN SEKARANG !
Sumber Gambar: Pixabay
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
SHAH ALAM – Atas usaha Kemanusian Sejagat, Ummah Ikhlas, Sinar Karangkraf, Karya Bestari, TV Al Hijrah dan My Aqsa Defenders bekerjasama menganjurkan #Quranhour untuk Gaza di Shah Alam. Dengan mesej ‘memanusiakan manusia’ menerusi pengisian Surah Al Insan, acara dijangka berlangsung pada Ahad, 22 Oktober 2023 bertempat di Dataran Karangkraf mulai 830 – 930 pagi.
Jemputan dibuat kepada semua Muslim untuk hadir ke sesi #QuranHour khas ini, berdoa dan bersolat hajat untuk saudara yang sedang menderita di Gaza.
Solusi secara bersama ini diharapkan dapat menghentikan keganasan, mencapai gencatan senjata, juga kemanusiaan ini dapat sampai kepada ratusan ribu wanita, kanak-kanak dan lelaki yang tidak bersalah di sana.
Sertai Dari Lokasi Anda Sendiri
Peserta disarankan membawa Al-Quran dan payung sendiri dan berkumpul di Dataran Karangkraf. Atau boleh bersama menjalankan misi ini di tempat masing-masing pada waktu yang sama.
Sabtu lepas, selepas pejuang Hamas berjaya ‘menembusi’ wilayah Israel dari Gaza, Presiden Israel, Benjamin Netanyahu telah mengisytiharkan perang terhadap Hamas. Pihak Palestin melaporkan serangan Israel telah menyebabkan sekurang-kurangnya 2,778 orang meninggal di Gaza dan angka kematian terus meningkat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sesiapa yang mengikuti perkembangan Shah Jaszle terutamanya di akaun Instagram miliknya @shahzjaszle pasti perasan akan perubahan yang cukup mendadak kepada dirinya.
Sejak awal bulan November, Shah Jaszle mula memuat naik foto menunjukkan keadaan fizikalnya terkini yang sangat jauh berbeza.
Ia seolah-olah melihat Shah Jaszle seperti di awal kemunculannya dahulu! Jejaka yang memiliki darah campuran Melayu, Cina dan Pakistan ini sebelum ini memiliki badan yang agak berisi dengan berat badan mencecah sehingga 89 kilogram.
Menurut Shah Jaszle selepas berat badannya mencecah 89 kilogram dia berdepan dengan kesukaran untuk mendapatkan badan seperti zaman bujang dahulu.
Jelasnya, selama setahun dia cuba menurunkan berat badan dengan melakukan pelbagai aktiviti sukan namun ia tidak mendatangkan hasil yang ketara.
Namun dia akhirnya berjaya menurunkan berat badan selepas mengikuti program diet di Queens Clinic dan kini telah menampakkan hasil yang cukup memuaskan.
Menerusi program diet itu Shah Jaszle hanya mengambil makanan yang tidak melebihi 500 kalori dalam masa sehari dengan beberapa program dikawal selia oleh doktor.
Tambahnya lagi sebelum mengikuti program ini berat badannya telag berkurang kepada 81 kilogram dan kini ia telah turun 11 kilogram lagi menjadikan beratnya sekarang 70 kilogram.
Follower Shah Jaszle juga amat teruja dengan perubahan yang dialaminya dan memberikan komen-komen yang cukup positif. Malah ramai juga yang menjadikan Shah Jaszle sebagai inspirasi kepada mereka untuk turut sama menurunkan berat badan.
Dengan perubahan imejnya yang terbaru Shah Jaszle berharap karier lakonannya kembali mekar seperti dahulu. Jelasnya sebelum ini namanya pernah dicadangkan untuk memegang watak utama namun ia ditolak disebabkan saiz fizikalnya yang agak berisi.
Dia berharap selepas melakukan transformasi ini peluang untuk kembali aktif memegang watak utama seperti dahulu akan datang kembali.
Tahniah Shah Jaszle! Semoga kegigihannya menjadi inspirasi buat semua orang yang ingin berubah ke arah gaya hidup yang lebih sihat!
Sumber: Astro Gempak
Foto: Instagram Shah Jaszle
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bagi penggemar muzik dan hiburan pentas berprofil tinggi, Mei 2025 menjanjikan sesuatu yang istimewa di Miri, Sarawak.
Bandaraya petroleum ini bakal menjadi saksi penganjuran dua...