Perkembangan industri kereta elektrik kini menunjukkan tanda-tanda yang sangat positif. Penerimaan dan juga popularitinya kini dilihat semakin meningkat terutamanya di kalangan pengguna di Malaysia.

Millennium Welt, wakil pengedar bagi jenama BMW, MINI dan BMW Motorrad di Negeri Sembilan bersama kerjasama Matrix Concepts Holdings Berhad (MCHB), kini memperkenalkan fasiliti pengecasannya yang sulung dengan ekspresi jenama yang terbaharu bagi MINI di Bandar Sri Sendayan, Seremban pada hari ini.

Pengenalanan Fasiliti Pengecasan MINI terbaru dilihat mampu memajukan lagi ekosistem kenderaan elektrik (EV) di dalam dan sekitar kawasan Seremban di samping meluaskan akses ke atas infrastruktur pengecasan kepada kawasan perbandaran yang sedang membangun di lokasi tersebut.

Fasiliti Pengecasan Kenderaan Kereta MINI Pertama Kini Diperkenalkan

Pengarah Urusan Millennium Welt, Bryan Wong berkata pihaknya berasa amat teruja untuk memperkenalkan fasiliti pengecasan yang sulung buat jenama MINI di Seremban dan berhasrat untuk memenuhi permintaan yang semakin meluas ke atas infrastruktur pengecasan di kawasan ini.

“Sejajar juga dengan sambutan positif yang kian diterima bagi kenderaan berelektrik dalam kalangan pelanggan kami di sini. Setakat ini, kami di Millennium Welt telah berjaya menyerahkan lebih daripada 140 buah kenderaan berelektrik BMW dan MINI, dan kami berharap dengan akses yang lebih baik ke atas fasiliti-fasiliti pengecasan yang terdapat di kawasan ini, para pelanggan akan berasa lebih yakin untuk beralih ke alam mobiliti elektro,” tambahnya lagi.

IKLAN

Fasiliti Pengecasan Kenderaan Kereta MINI Pertama Kini Diperkenalkan

Manakala bagi Pengurus Besar Kumpulan Kesetiausahaan Korporat, Tadbir Urus dan Kelestarian di Matrix Concepts Group, Carmen Loo pula berkata, “Usaha sama yang kami telah jalin dengan Millennium Welt merupakan satu langkah yang tepat kerana kedua-dua pihak berkongsi matlamat yang sama dalam aspek kelestarian.

“Pemasangan Fasiliti Pengecasan MINI di d’Tempat Country Club – yang juga telah menerima pentauliahan Gold Green Building Index Certification, merupakan sebahagian daripada visi utama kami untuk mempromosikan kaedah pengangkutan lestari di samping mengurangkan jejak karbon kami sendiri.

“Harapan kami adalah untuk mencorak sebuah alaf yang lebih lestari buat generasi sekarang dan yang akan datang.”

IKLAN

Fasiliti Pengecasan Kenderaan Kereta MINI Pertama Kini Diperkenalkan

Menampilkan Wallbox 11kWj yang dikuasakan oleh ChargEV, fasiliti pengecasan terbaharu ini terletak di ruang parkir laluan masuk utama premis d’Tempat Country Club di Bandar Sri Sendayan, Seremban.

Fasiliti pengecasan tersebut kini dibuka setiap hari untuk kegunaan awam dari jam 9:00 pagi hingga 11:00 malam, dengan kadar standard bernilai RM5 bagi setiap 20 minit penggunaan.

Fasiliti pengecasan yang baru diperkenalkan oleh Millennium Welt ini juga merupakan sebahagian daripada strategi BMW Group Malaysia untuk membangunkan infrastruktur yang diperlukan bagi pengecasan kenderaan elektrik.

IKLAN

Ia dilihat seiring dengan rakan-rakan kongsi, wakil pengedar, dan pembekal kemudahan pengecasan yang berkongsi sentimen sama.

Lebih daripada 670 buah fasiliti pengecasan telah disediakan oleh BMW Group Malaysia buat para pemilik EV di Malaysia setakat ini, dan akses ke atas lebih 360 buah fasiliti ini dibekalkan melalui usaha sama yang dijalin dengan ChargEV dan Yinson Greentech.

Usaha sama dengan JomCharge juga membolehkan akses ke atas lebih 65 buah fasiliti pengecasan ditawarkan, dan Gentari dengan sekitar 150 buah fasiliti.

Lebih daripada 100 buah fasiliti pengecasan BMW i dan MINI juga disediakan di kebanyakan pusat pengedaran yang bertauliah, di samping lokasi-lokasi para rakan kongsi di serata negara, dan banyak lagi yang akan menyusul melalui pelan perluasan infrastruktur yang telah disasarkan untuk tahun hadapan.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI