
Pengaruh yang dipunyai oleh selebriti tidak dinafikan boleh dijadikan sebagai pemangkin untuk kempen kemanusian agar mesej lebih tersebar dengan meluas. Itulah yang dilakukan oleh selebriti popular, Fattah Amin.
Putrajaya menjadi saksi pelancaran rasmi kempen solidariti ‘NEX & Fattah Amin Bersama Palestin’ pada 4 September 2025 yang lalu. Acara tersebut berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan menandakan permulaan sebuah inisiatif kemasyarakatan.

Ia bukan sekadar kutipan dana, tetapi gerakan menyatukan rakyat Malaysia melalui tindakan kecil yang bermakna. Dengan semangat bahawa setiap titisan air membawa doa, kempen ini memberi simbol bahawa walaupun sekecil pembelian sebotol air mampu membawa harapan kepada rakyat Palestin.
Pada 17 Oktober 2025, kempen ini menyasarkan untuk menggerakkan rakyat Malaysia membeli 500,000 botol NEX dalam masa 24 jam.

Daripada setiap botol yang dijual, sebanyak RM0.50 akan disalurkan, menjadikan sasaran kolektif sebanyak RM250,000. Semua kutipan akan disalurkan terus ke Gaza melalui NGO Cinta Gaza Malaysia (CGM), yang telah lama komited menghantar bantuan kemanusiaan di lapangan.
Suara Harapan, Fattah Amin & Imam Muda Asyraf
Sebagai duta kempen, Fattah Amin menekankan bahawa usaha ini melangkaui jenama dan lebih kepada penyatuan rakyat.
“Ini bukan sekadar tentang sebuah jenama. Ini tentang menggunakan platform kami untuk menyatukan rakyat Malaysia demi satu tujuan yang lebih besar. Kami berharap setiap hirupan membawa doa, setiap pembelian menyampaikan harapan,” katanya penuh semangat.

Turut memberikan sokongan, Imam Muda Asyraf. Jelasnya, “Pada hari Jumaat yang mulia itu nanti, kita bukan sahaja berkumpul untuk beribadah, tetapi juga untuk tujuan bersama.
“Amalan kecil seperti membeli sebotol air boleh menjadi sadaqah jariah; pahala berpanjangan yang memberi kelegaan kepada saudara kita di Palestin.”
Kempen ini memilih bulan Oktober dengan penuh simbolik, memperingati tragedi 7 Oktober 2023 dengan harapan untuk menukar tarikh duka itu kepada hari yang membawa makna, solidariti dan harapan.
Pelaksanaan & Penyertaan Komuniti
Botol Edisi Terhad NEX boleh didapati di TikTok Shop serta 500 masjid di seluruh negara. Penampilan khas oleh Fattah Amin dan Imam Muda Asyraf di beberapa masjid terpilih sekitar Lembah Klang akan memperkukuh lagi mesej solidariti.
Setiap botol bukan sahaja simbol hidrasi, tetapi juga titisan kasih sayang yang membentuk lautan harapan.

Kempen ini membuktikan bagaimana jenama tempatan seperti NEX bukan sahaja menekankan kualiti produk, tetapi juga nilai kebersamaan dan kemanusiaan.
Dengan kerjasama NGO seperti Cinta Gaza Malaysia, usaha ini diharap dapat memberi impak nyata kepada rakyat Palestin yang memerlukan.
BACA: 10 Hak Pengguna Jalan Raya Yang Rakyat Malaysia Perlu Tahu
Kempen seperti ini boleh menjadi contoh nyata bagaimana peranan jenama dan selebriti mampu menyatukan komuniti untuk tujuan lebih besar.
Satu botol air menjadi simbol solidariti, satu pembelian menjadi titisan harapan, dan satu hari menjadi misi kolektif. Pada 17 Oktober 2025, rakyat Malaysia diajak bersatu hati untuk memberi makna baharu kepada solidariti melalui tindakan kecil yang memberi impak besar.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang













