
Fizo Omar bakal timang anak ketiga, keluarga makin bertambah. Pelakon Fizo Omar berkongsi berita gembira bahawa isterinya, Fazeera Nazri Azrai, kini hamil anak ketiga mereka.
Fizo Omar Bakal Timang Anak Ketiga, Keluarga Makin Bertambah
Fizo, atau nama penuhnya Wan Hafizol Wan Omar, menyatakan bahawa kehadiran cahaya mata memberikan kebahagiaan dan menghilangkan rasa sunyi dalam kehidupannya.




Dalam satu hantaran di Instagram, Fizo meluahkan rasa syukur atas rezeki yang dikurniakan kepada keluarganya. Dia percaya bahawa setiap anak membawa rezeki tersendiri, bukan sahaja dalam bentuk kekayaan, tetapi juga kesihatan dan kebahagiaan.
Fizo dan Fazeera mendirikan rumah tangga pada Oktober 2021 dan dikurniakan dua cahaya mata, Wan Khaleeda (3 tahun) dan Wan Umaira (2 tahun). Selain itu, Fizo juga mempunyai seorang anak perempuan, Wan Mariam (8 tahun), hasil perkahwinan terdahulu dengan usahawan Mawar Karim.

Berkongsi pengalaman sebagai seorang bapa, Fizo menegaskan bahawa keluarga adalah anugerah yang tidak ternilai. Dia berharap agar kehadiran anak ketiga ini akan terus membawa kebahagiaan dan keberkatan buat mereka sekeluarga.
Sumber: Instagram Fizo Omar
BACA: Terperangkap Di Lebuh Raya Akibat Tanah Runtuh Banjir, Fizo Omar Kongsi Momen Mencemaskan
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
7 Panduan Kalau Nak Mudah Lepas Pemeriksaan Di Airport & Tak La Terlepas Flight

Siapa yang tidak suka melancong dan pergi travel? Ramai diantara kita yang memang sukakan aktiviti melancong, tambahan pula pergi bercuti dengan rakan-rakan atau orang yang korang sayang kan. Tapi kalau travel ke negara orang, perkara pertama yang perlu kita lalu ialah pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang.

Setiap traveller mahu untuk berjaya melepasi pemeriksaan keselamatan tanpa sebarang masalah. Untuk berjaya pemeriksaan keselamatan di setiap checkpoint, kita harus bersedia dari awal.
Ini perkara yang anda patut elakkan ketika pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang supaya mudah untuk anda lepas yang dikongsikan di laman tmplbackpackers.my.
1. Jangan bawa cecair melebihi 100ml
Ramai yang tahu, untuk menaiki kapal terbang, kita dilarang sama sekali memebawa barang berbentuk cecair di dalam kapal terbang. Walau bagaimanapun, masih ramai yang terlupa tentang peraturan ini. Jadi ingat, jangan bawa cecair seperti perfume, gel rambut, sabun dan sebagainya ke dalam kapal terbang. Kalau tertangkap ia akan menyusahkan anda dan juga melambatkan keadaan.
2. Jangan simpan cecair dan gel di tempat yang susah dicapai dalam beg handcarry
Tentu menambahkan tekanan buat anda yang tersangkut di kaunter pemeriksaan dek kerana terbawa cecair yang melebihi 100ml dan ditambah menyusahkan pula bila cecair yang anda bawa di dalam beg tangan anda berada jauh di dalam beg. Tentu anda perlu menggali beg anda untuk mencarinya. Jadi, pastikan anda meletakkan barang-barang seperti ini ditempat yang mudah untuk dicapai.
3. Jangan tunggu untuk menanggalkan barang-barang yang perlu ditanggalkan.

Untuk mempercepatkan proses pemeriksaan, apa kata terus bersedia untuk menanggalkan barang-barang seperti tali pinggang, dompet, jam tangan dan apa sahaja barang yang ada di dalam poket anda.
Setelah selesai membuat pemeriksaan, pakai semula semua barang tadi ditempat yang jauh dari kaunter pemeriksaan. Baru la tidak mengganggu perjalanan orang lain di kaunter pemeriksaan.
4. Jangan keluarkan barang yang tidak perlu
Salah satu kesilapan yang biasa dilakukan oleh ramai traveller ialah mengeluarkan semua peranti elektronik untuk diperiksa secara berasingan. Tidak perlu pun sebenarnya. Hanya peranti elektronik yang mempunyai saiz seperti standard laptop atau lebih seperti playstation atau X-box atau video camera yang menggunakan casing perlu dikeluarkan untuk diperiksa secara berasingan.
5. Elakkan barisan yang mempunyai keluarga atau kanak-kanak
Sebelum masuk beratur di barisan tu, perhatikan dahulu kalau-kalau ada keluarga atau kanak-kanak di dalam barisan tersebut. Kalau ada, elakkan barisan tersebut. Travel solo atau berdua dengan travel dengan keluarga dan kanak-kanak ni berbeza. Kalau kita dengan keluarga pun kan mesti macam relaks-relaks juga kan?
6. Jangan menyusahkan pegawai yang memeriksa anda
Ingat jangan menyusahkan atau bertekak dengan pegawai keselamatan di kaunter pemeriksaan. Ditakuti anda tidak akan diberi pelepasan semasa pemeriksaan. Tambah parah lagi jika pihak berkuasa seperti polis sudah campur tangan. Apa kata, ikutlah undang-undang penerbangan yang telah ditetapkan.
7. Jangan bergurau atau buat lawak tentang keselamatan negara atau bom
Ini lagi satu kesalahan yang berat juga. Mungkin kita ingat ianya hanya gurauan, tetapi kita tidak tahu penerimaan orang lain tentang gurauan kita. Untuk pengatahuan semua, pegawai-pegawai yang berada di kaunter pemeriksaan bersikap begitu berhati-hati dan begitu mengambil serious dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan keselamatan negara dan awam. Jadi, jaga mulut anda!
Jom ikuti tips ini semua. Harap tak la termiss flight jika anda ada melakukan perkara-perkara di atas tadi.
Sumber : tmplbackpackers.my
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Nak Sahut Cabaran Fikir 10 Kali Dulu, Lelaki Ini Koma Selama Setahun & Lumpuh Setelah Menelan Lintah

Memang benar darah muda ni pantang dicabar tapi kalau sampai memudaratkan diri dan mengancam nyawa kenapa mesti kita sahutkan. Seorang remaja di Australia lumpuh seluruh badan dan memerlukan bantuan penjagaan sepanjang masa setelah menelan seekor lintah!Sam Ballard yang berasal dari Sydney dikatakan sedang berseronok di sebuah parti dan tiba-tiba dicabar oleh salah seorang rakannya untuk memakan haiwan perosak tanaman itu.

Sejurus selepas menelan lintah berkenaan, Sam serta-merta jatuh sakit dan segera dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan kecemasan. Pada waktu itulah, doktor mengesahkan Sam dijangkiti sejenis bakteria daripada cacing parasit.
Cacing ini biasanya ditemui pada haiwan seperti arnab dan tikus tetapi siput dan lintah juga boleh dijangkit bakteria ini sekiranya ia memakan najis daripada tikus atau arnab.
Sam yang pada ketika itu baru berusia 19 tahun telah mengalami eusinophilic meningo-encephalitis dan menjadi koma selama 420 hari serta lumpuh seluruh badannya.
Sementara itu, ibu kandung Sam iaitu Katie Ballard memberitahu betapa hidup mereka sekeluarga berubah setelah Sam jatuh sakit.

“Ia sangat mengecewakan, mengubah hidupnya untuk selama-lamanya, mengubah hidup saya. Impaknya sangat besar”.
Selepas tiga tahun terlantar di hospital, Sam akhirnya dibenarkan keluar dan diberikan sebuah kerusi roda elektrik bagi memudahkan pergerakannya. Rakan-rakannya turut bersama Sam pada hari tersebut bagi memberikan sokongan mereka.
Kini, Sam telah mencapai usia 28 tahun dan seringkali diserang sawan. Menurut laporan daripada Daily Telegraph, Sam juga mengalami masalah untuk mengawal suhu badannya serta perlu diberikan makanan melalui saluran tiub.

Rakan-rakan Sam dan kenalan rapat turut mengumpulkan dana dan sumbangan bagi meringankan beban Katie dalam memenuhi keperluan dan kebajikan Sam.
Di samping itu, Katie turut membuat permohonan kepada Skim Insurans Kelainan Upaya Kebangsaan (NDIS) yang melayakkan Sam untuk menerima pakej bernilai RM917,000 pada tahun 2016.

Namun begitu, pada September tahun lalu, NDIS memaklumkan bahawa pihaknya telah menyemak semula perancangan dan terpaksa mengurangkan peruntukan Sam menjadi hanya RM229,000. Pemotongan peruntukan secara tiba-tiba ini membuatkan keluarga Sam terpaksa berhadapan dengan hutang yang banyak! Malah, mereka turut dikhabarkan tidak berkemampuan untuk membayar perkhidmatan jururawat yang dianggarkan berjumlah RM76,000.
Apalah nasib yang terpaksa dilalui oleh keluarga ini. Buat anda semua, jangan sesekali melakukan sesuatu perkara tanpa memikirkan akibat daripada perbuatan tersebut.
Tidak kiralah sama ada menerima cabaran rakan untuk melakukan aksi merbahaya seperti merempit atau melakukan sesuatu yang mungkin menyebabkan kecederaan kepada diri atau orang lain, fikir berkali-kali sebelum melakukannya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Johan Kongsi Tip Rumah Tangga Bahagia, “Yang Pertama, Kau Kena Tahu Perempuan Selalu Betul”

Rumah tangga bahagia adalah impian setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga. Johan Raja Lawak yang sering berkongsi kemesraannya bersama keluarga di media sosial baru-baru ini berkongsi tip cara Bahagia rumah tangga caranya.
Tip Rumah Tangga Bahagia Cara Johan, “Yang Pertama, Kau Kena Tahu Perempuan Selalu Betul”
Walaupun tiada formula yang sempurna untuk mencapai kebahagiaan, terdapat beberapa rahsia dan amalan yang boleh membantu mewujudkan suasana harmoni dan bahagia dalam rumah tangga.


Menerusi perkongsian di TikTok, Johan atau nama sebenarnya Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz berkongsi petua untuk memastikan perkahwinan sentiasa bahagia.
Menurutnya, lelaki terutama para suami perlu tanam dalam fikiran bahawa perempuan selalu betul dalam apa jua keadaan.
Ada dua sahaja. Kalau kata ada sepuluh tu semua tipu! Lelaki semua dengar.
Yang pertama, kau kena tahu perempuan selalu betul.
Yang kedua, kalau kau rasa kau betul tapi kau bergaduh, kau sepak diri kau, tengok balik nombor satu. Perempuan selalu betul.
@johanrajalawaak 😂😂🤣 #johanozlyn #fyp #foryou #foryourpage #fypp ♬ original sound – johanrajalawaak
Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya setuju dengan petua yang dikongsikan oleh Johan. Isteri yang gembira melambangkan perkahwinan yang bahagia.
Berikut antara komen-komen warga maya.

Untuk rekod, Johan mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ozlynn pada 25 Julai 2009 dan dikurniakan enam cahaya mata.
BACA LAGI : Johan Syampu Kepala Di Barber Shop Selepas ‘Tahallul’, Berbahasa Arab Curi Perhatian
Sumber: TikTok Johan Raja Lawak
Kredit foto: Instagram Johan & Ozlynn
Jom subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video gaya hidup lelaki terkini seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang

