Ini bukan lagi demam bola sepak ini dah sakit bola sepak.Lelaki 28 tahun meninggal dunia akibat tidak cukup tidur kerana menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia. Peminat tegar bola sepak bernama Yang dari Yiyang, Hunan di China,  telah meninggal dunia kerana tidak mendapat rehat yang secukupnya dek kerana menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia.

Gara-Gara Piala Dunia FIFA 2018, Lelaki Ini Hilang Nyawa Akibat Tidak Cukup Tidur

Piala Dunia FIFA 2018 baru sahaja bermula, dan hal ini pastinya memberi keterujaan kepada semua peminat bola sepak di dunia. Pada tahun ini, ianya dianjurkan di Rusia dan semua penonton di seluruh dunia dari zon waktu yang berbeza akan menyusun jadual tidur untuk memastikan agar mereka tidak terlepas menyaksikan perlawanan bola sepak ini.

Itupun jika mereka melakukan jadual tidur, namun, terdapat juga antara mereka yang sanggup menahan mata daripada tidur dan langsung tidak melelapkan mata kerana bimbang tidak terjaga!

Gara-Gara Piala Dunia FIFA 2018, Lelaki Ini Hilang Nyawa Akibat Tidak Cukup Tidur

IKLAN

Jika anda salah seorang peminat bola sepak yang perlu menonton setiap pertandingan, maka sila pastikan anda menjaga kesihatan anda!

iFeng melaporkan bahawa Yang merupakan peminat bola sepak tegar dan tidak pernah terlepas satu perlawananpun dan terlalu teruja untuk menyaksikan Piala Dunia pada kali ini. Mendiang dikatakan tidak akan tidur pada waktu malam hanya untuk menyaksikan perlawanan bola sepak dengan ditemani oleh segelas atau dua gelas bir sejuk. Dilaporkan juga selama ini memang mendiang akan melakukan perkara yang sama, oleh itu, Piala Dunia kali ini bukanlah yang pertama.

Dia dilaporkan menonton satu perlawanan hingga jam 3 pagi sebelum tidur dan merasa tidak sihat pada keesokan harinya. Oleh sebab itu, dilaporkan bahawa dia mengambil cuti setengah hari dan akan masuk berkerja pada sebelah petang. Walau bagaimanapun, sejam selepas dia masuk berkerja, dia mula berasa tidak sihat dan serta merta pengsan, dan hal ini telah mengejutkan semua rakan sekerjanya!

IKLAN

Gara-Gara Piala Dunia FIFA 2018, Lelaki Ini Hilang Nyawa Akibat Tidak Cukup Tidur

Mereka cuba untuk memulihkannya tetapi mereka tidak berjaya melakukannya sementara menunggu ambulans tiba. Apabila ambulans tiba, pasukan perubatan memberinya CPR dan berusaha sebaik mungkin untuk memulihkan Yang. Malangnya, percubaan mereka tetap gagal dan mereka mengisytiharkan kematian Yang.

IKLAN

Pengarah jabatan kecemasan di Kolej Perubatan Yiyang, Huang Wei berkata bahawa punca utama kematian Yang adalah disebabkan oleh pola tidurnya yang tidak teratur baru-baru ini kerana dia telah bertahan untuk menonton perlawanan Piala Dunia. Doktor turut berkata bahawa kebiasaannya meminum bir adalah salah satu punca yang mendorong kepada kematiannya juga.

Gara-Gara Piala Dunia FIFA 2018, Lelaki Ini Hilang Nyawa Akibat Tidak Cukup Tidur

Huang menjelaskan bahawa bilangan pesakit di hospital biasanya akan meningkat sebanyak 20% ketika berlangsungnya acara seperti Piala Dunia. Dia mengatakan bahawa ramai orang akan jatuh sakit dalam tempoh ini kerana mereka sengaja tidur lewat untuk menonton perlawanan di samping makan terlalu banyak makanan ringan. Oleh itu, beliau menasihati peminat bola sepak untuk tidak terlalu teruja dan sentiasa memastikan untuk mengutamakan kesihatan mereka.

Tidak salah sekiranya anda mahu menikmati perlawanan Piala Dunia, sementelah ianya hanya berlangsung beberapa tahun sekali sahaja. Tetapi, kami berharap agar anda sentiasa menjaga jadual tidur dan memastikan agar kesihatan anda sentiasa berada dalam tahap yang baik.

sumber : Era Baru

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI