Ramai orang memandang ringan terhadap penjagaan gigi terutamanya gigi berlubang. Mereka tidak memandang serius terhadap penjagaan gigi hingga bila sudah sakit, barulah pergi ke klinik gigi untuk mendapatkan rawatan.
Dalam satu perkongsian menyayat hati, seorang wanita yang dikenali sebagai Amanda berkongsi di Instagram miliknya menceritakan kisah dukanyaa setelah kehilangan suami tercinta akibat jangkitan berpunca daripada gigi berlubang yang tidak diambil serius pada awalnya.
Kisah ini menjadi peringatan kepada kita semua tentang pentingnya menjaga kesihatan oral dan tidak mengabaikan sebarang masalah gigi.
“Untuk yang bertanya mengenai kenapa suamiku meninggal dunia, saya kongsikan dan semoga menjadi iktibar untuk kita kepentingan kesihatan gigi. ” – Amanda
Kisah Tragis Suami Yang Dijangkiti Virus Akibat Gigi Berlubang
Wanita ini menceritakan bahawa suaminya, Firman mempunyai beberapa gigi berlubang yang kerap dikorek dengan jari. Walaupun pernah mengalami sakit gigi, suaminya hanya bergantung kepada ubat tahan sakit tanpa mendapatkan rawatan lanjut. Namun, keadaan menjadi lebih serius apabila berlaku bengkak di pipi yang disangkakan hanyalah beguk.
Ads
Pada hari kedua, mereka membawa suaminya ke jabatan kecemasan (ICU), tetapi doktor menyuruh mereka pulang kerana menyangka ia hanyalah beguk biasa. Malangnya, keadaan suaminya semakin memburuk apabila dia tidak dapat menelan makanan dan sukar tidur akibat kesakitan.
Selepas beberapa hari di rumah dengan keadaan yang semakin merisaukan, mereka kembali ke hospital. Doktor akhirnya mengesahkan bahawa bengkak tersebut adalah jangkitan daripada gigi berlubang. Nanah telah merebak hingga ke leher, dan suaminya segera dimasukkan ke wad untuk menjalani pembedahan.
Namun, selepas pembedahan, keadaan suaminya tidak stabil. Nafasnya semakin lemah, tekanan darah tinggi, dan denyutan nadi menjadi tidak terkawal. Akhirnya, suaminya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU). Pada hari ketiga di ICU, doktor terpaksa memberikan ubat penenang kerana suaminya kelihatan gelisah.
Tetapi pada hari keempat, keadaannya semakin kritikal. Tekanan darahnya menurun, dan dia bergantung sepenuhnya kepada alat bantuan pernafasan. Malangnya, pada hari itu juga, Allah menjemput suaminya pulang ke pangkuan-Nya.
Gigi berlubang bukan sekadar masalah kecil yang menyebabkan ketidakselesaan. Jika tidak dirawat, bakteria yang terkumpul di dalam gigi berlubang boleh menyebabkan jangkitan serius seperti abses gigi. Jangkitan ini boleh merebak ke bahagian lain dalam badan, termasuk ke leher dan saluran darah, yang boleh mengancam nyawa seseorang.
Ads
Antara komplikasi serius akibat gigi berlubang yang tidak dirawat termasuk:
Abses Gigi – Jangkitan bernanah di bahagian akar gigi yang boleh merebak ke leher dan otak.
Sepsis – Jangkitan bakteria yang merebak ke seluruh badan dan boleh menyebabkan kegagalan organ.
Masalah Jantung – Jangkitan bakteria dari gigi berlubang boleh memasuki aliran darah dan menyebabkan endokarditis, iaitu keradangan pada lapisan dalam jantung.
Moga kisah ini menjadi pengajaran kepada kita semua bahawa kesihatan gigi tidak boleh diabaikan. Jangan tunggu sehingga masalah menjadi serius baru mendapatkan rawatan.
Kerap bersin waktu pagi sampai tak henti-henti, mungkin ia berkait rapat dengan resdung.
Masalah resdung, atau sinusitis kronik, boleh menimbulkan pelbagai kesulitan kepada lelaki, terutamanya yang mempunyai gaya hidup aktif dan sibuk. Resdung bukan sekadar mengganggu dengan gejala fizikalnya, tetapi juga boleh mempengaruhi aspek psikologi dan sosial seseorang. Berikut adalah beberapa kesan yang sering dialami oleh lelaki yang menderita resdung:
Gangguan Pernafasan: Resdung menyebabkan kesesakan dan pembengkakan dalam sinus yang boleh mengganggu pernafasan, terutama semasa melakukan aktiviti fizikal atau sukan. Ini menjadikan aktiviti harian yang memerlukan tenaga lebih mencabar dan kurang menyenangkan.
Penurunan Produktiviti: Gejala seperti sakit kepala, tekanan di wajah, dan kelesuan yang disebabkan oleh resdung boleh mengurangkan fokus dan produktiviti. Lelaki yang bekerja dalam keadaan yang memerlukan konsentrasi tinggi mungkin mendapati prestasi kerja mereka terjejas.
Kesulitan Tidur: Resdung sering kali menyebabkan kesukaran bernafas yang boleh mengganggu tidur, menyebabkan insomnia atau tidur yang tidak berkualiti. Keletihan yang berterusan boleh mempengaruhi keadaan emosi dan mental.
Masalah Sosial dan Emosi: Kerap bersin, hidung yang berair, dan gejala lain boleh menyebabkan rasa malu dan pengasingan sosial. Kegelisahan mengenai gejala yang kelihatan boleh mempengaruhi keyakinan diri dan interaksi sosial.
Risiko Jangkitan Berkaitan: Lelaki dengan resdung mungkin lebih mudah terdedah kepada jangkitan pernafasan lain seperti selesema atau jangkitan bakteria, yang boleh memperburuk keadaan kesihatan keseluruhan.
Petua Resdung!
Kali ini, kami kongsikan petua tradisional merawat resdung. Hanya mengunakan bawang putih saja. Mudah-mudahan ia membantu.
Bersin Tanda Resdung, Cuba Petua Cina
Bila orang cerita pasal resdung, mesti selitkan dengan bersin. Sekejap dengar achuw sana dan achuw sini. Saya yang tengok aje ni pun rasa pening. Bergegar otak.
Saya dulu dulu pun kaki bersin. Tapi lepas amalkan petua yang saya nak kongsi ni, hilanglah bersin bersin.
2) Masukkan 2 cawan air dalam periuk. Panaskan sampai nampak wap mula naik. Masukkan bawang putih. . 3) Ambil tuala kecil. Letak atas kepala atau over kepala. Letakkan muka atas air yang dah berwap.
4) Sedut bau yang keluar dari wap tu.
Bawang yang dah diketuk tu akan keluarkan allicin. Bahan lain pun keluar juga. Geng ni lah yang akan hilangkan jangkitan.
Paling best lendir akan keluar. Boleh bernafas dengan lapang.
Pada yang kena sinus bolehlah buat. Nanti rasa lega banyak. Power bawang putih ni.
Selamat mencuba,selain cuba rawatan lain, boleh cuba rawatan tradisional ini.
Berkhatan, atau dalam istilah perubatan dikenali sebagai sunat, adalah satu amalan yang dilakukan ke atas lelaki untuk membuang kulit kulup yang menutupi kepala zakar.
Amalan ini telah lama dipraktikkan dalam pelbagai budaya dan agama, termasuk dalam Islam dan Yahudi.
Lelaki Bersunat
Seorang lelaki di Taiwan cuba bersunat sendiri menggunakan kit ‘do-it-yourself (DIY)’ yang dibeli secara dalam talian menyesal selepas terpaksa menanggung kesakitan dan terpaksa dirawat di hospital.
Bersunat Guna Kit DIY Beli Online, Lelaki Terkejut Alat Sulit Bengkak
Menurut pakar urologi, Dr. Chen Zhongzuo, beliau berkongsi kisah ngeri pesakit itu yang mengalami bengkak pada zakarnya kerana menggunakan kit yang dibeli dari aplikasi dalam talian.
“Pesakit mendakwa kit itu mengandungi ubat bius ringan yang disembur pada alat kelaminnya. Tetapi, prosedur membuang bahagian kulup telah menyebabkan kesakitan melampau kepadanya.
“Selepas tujuh hari menanggung sakit, lelaki itu akhirnya mendapatkan rawatan di hospital,” ujarnya.
Tambahnya, zakar pesakit itu mengalami jangkitan dan terpaksa diberikan antibiotik.
Lelaki Bersunat
Kelebihan Berkhatan Bagi Lelaki
Selain daripada aspek keagamaan, berkhatan juga mempunyai banyak kelebihan dari sudut kesihatan dan kebersihan. Berikut adalah beberapa kelebihan berkhatan bagi lelaki:
Kebersihan Alat Kelamin
Memudahkan penjagaan kebersihan.
Mengurangkan pengumpulan smegma dan bau tidak menyenangkan.
Mengurangkan Risiko Jangkitan Saluran Kencing
Risiko lebih rendah untuk mendapat jangkitan saluran kencing.
Mengurangkan Risiko Penyakit Menular Seksual
Kurangkan risiko HIV, herpes, dan HPV.
Mengurangkan luka dan lecet yang boleh menjadi pintu masuk bagi virus dan bakteria.
Mengurangkan Risiko Kanser Zakar
Risiko yang lebih rendah untuk mendapat kanser zakar.
Keselesaan dan Keyakinan Diri
Kurang iritasi dan jangkitan pada zakar.
Meningkatkan keselesaan dalam kehidupan seharian dan semasa hubungan seksual.
Kebersihan dan Kesihatan Reproduktif Pasangan
Mengurangkan risiko jangkitan dan penyakit menular seksual.
Meningkatkan kesihatan reproduktif pasangan dan mengurangkan kemungkinan jangkitan serviks pada wanita.
MASKULIN: Bagi anda yang mempertimbangkan untuk berkhatan, adalah penting untuk mendapatkan nasihat dan bimbingan daripada profesional kesihatan untuk memastikan prosedur dilakukan dengan selamat dan berkesan.
Malang tidak berbau, seorang lelaki di China alami buta mata selepas menampar seekor lalat yang hingga di mukanya.
Mengikut laporan Sinar Harian, selepas saja menampar lalat tersebut, mata kiri lelaki bernama Wu itu secara tiba-tiba menjadi merah sebelum bengkak di bahagian kelopak mata.
Sewaktu menjalani rawatan di rumah sakit, doktor mengesahkan Wu dijangkiti konjuktivitis atau radang mata bermusim. Malah, berkemungkinan terkena ‘racun’ dari serangga kecil yang hidup di dalam air longkang kotor.
Foto Via Pexels
Walaupun menggunakan ubat dengan betul, keadaan mata Wu semakin teruk dan sewaktu kembali ke hospital, doktor berkata matanya telah mengalami ulser.
Jadi, lalat tersebut didapati membawa kuman sehingga menjejaskan mata Wu dan terpaksa dibuang.
Selepas kejadian terbabit, doktor menasihati orang ramai untuk tidak menampar atau memukul serangga yang berlegar-legar di bahagian sensitif seperti di mata atau telinga.
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.