Sebagai seorang anak, pastinya kita mengidamkan untuk menghujani ibu bapa kita yang telah banyak berkorban dengan kemewahan sebagai salah satu cara menghargai serta berbakti kepada mereka.
Nikmat berbakti itu ternyata dapat dilaksanakan oleh pelawak Zizan Razak yang menghadiahkan ibunya Anai Ibrahim sebuah kereta mewah Mercedes Benz GLC300.
Memetik laporan Sinar Harian, detik mengharukan itu dirakam oleh abang pelawak itu, Hafiza Razak menerusi akaun TikTok miliknya yang turut berbangga melihat kejayaan adiknya itu.
“Senjata kejayaan seorang anak adalah berkat doa ibu yang hebat dan hebatnya seorang anak adalah dari hasil didikannya,” tulis Hafiza di ruangan kapsyen.
Menerusi video berdurasi tiga minit 11 saat itu, Zizan bersama abangnya terlebih dahulu membawa ibu mereka ke sebuah pusat pameran kereta jenama mewah, kononnya untuk melihat sementara menanti waktu berbuka puasa.
Dalam video berkenaan, ibu mereka dilihat merakamkan beberapa buah kenderaan di situ dan mengakui menyukai kereta tersebut.
Ads
“Seri (jurujual) ajak lihat baru, kot-kot berkenan. Yealah nak tunggu waktu berbukakan, apa salahnya tengok. Bukan kena bayar pun, tapi waktu ini ibu langsung tak perasan apa-apa.
“Mungkin masa ini, hati ibu berkata, bertuahnya orang yang dapat kereta yang ibu idamkan,” kongsinya.
Keadaan bertukar sebak apabila Anai menyedari kereta berkenaan adalah miliknya, sehingga menitiskan air mata.
“Alhamdulillah, Along bangga dengan adik sebab banyak tolong kami.”
Ads
“Kami sayang awak, adik,” tulis Hafiza.
Tinjauan di internet mendapati, harga kereta berkenaan boleh mencecah RM 378,888.
Hasrat Abang Kelak Balas Kejutan Untuk Zizan
Hafiza yang sebelum ini pernah menerima hadiah berupa sebuah motor dari adiknya itu turut berjanji untuk membuat kejutan istimewa buat Zizan suatu hari nanti.
Ads
“Sayangilah ibu kita… Cintailah ibu kita.
“Along dan ibu sudah diberi kejutan (oleh Zizan). Insya-ALLAH suatu hari nanti adik akan kena kejutan juga. Doa-doakan ya,” titipnya.
Ramai warga maya turut terharu menonton klip video itu, sekaligus mendoakan Zizan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah atas budi terhadap ibunya itu.
Kebelakangan ini kerap pula berlaku kejadian kepala air. Kepala air ini berlaku apabila hujan lebat terjadi di bahagian hulu sungai walaupun cuaca di lokasi orang ramai mandi adalah baik.
Sebelum itu penting juga untuk kita maklum bagaimana kejadian kepala air ini boleh berlaku.
Punca kepala air
Kepala air boleh berlaku apabila gelombang aliran air mengejut dalam kuantiti yang besar mengalir dari hulu sungai atau air terjun ke sungai utama. Air yang tenang boleh berubah secara mendadak apabila kepala air membawa gelombang air, ranting kayu, batu batu, Selain itu, ia akan merempuh apa sahaja halangan di hadapannya termasuk manusia.
Petanda awal kepala air datang
Fenomena kepala air boleh dikesan melalui beberapa tanda awal;
1. Langit gelap di hulu sungai, bersama bunyi guruh berdentum.
2. Perubahan warna air daripada jernih kepada gelap atau kehitaman.
3. Aliran air tenang bertukar deras selain membawa bersama ranting, dahan kayu serta sampah-sarap yang berkumpul di satu tempat.
4. Akan kedengaran bunyi letupan kuat, dari tanah pecah, pokok tumbang dan dahan yang patah.
5. Air akan naik mendadak, kepala air ini boleh naik satu hingga dua meter dalam lima hingga 10 minit. Air daripada dua meter sesaat boleh naik sehingga 10 meter sesaat, sangat laju.
Jika mendapati ada petanda awal kepala air berlaku segera selamat diri kerana anda hanya ada 10-15 minit untuk keluar dari kawasan sungai!
Di laman media sosial sekarang topik yang menjadi trending utama di seluruh dunia sejak beberapa minggu lalu tidak lain tidak bukan adalah berkenan virus Coronavirus.
Impak virus ini terhadap pelbagai industri global terutamanya di China telah berlaku dengan cukup mendadak. Paling terkesan semestinya rakyat negara China serta usahawan yang melakukan perniagaan mereka di negara tersebut.
Terbaru dilaporkan Nike akan menutup hampir separuh daripada outlet mereka di China berikutan penyebaran Coronavirus. Sementara outlet yang masih dibuka pula beroperasi dalam tempoh yang lebih singkat.
Memetik laporan daripada kenyataan medianya, Nike menyatakan bahawa situasi terkini akan memberi kesan besar terhadap mereka di China.
Ini merupakan satu langkah yang sangat drastik dan signifikan untuk Nike memandangkan China adalah pasaran ketiga terbesarnya di dunia. Dan negara tersebut juga memiliki potensi pasaran untuk berkembang sangat luas.
Pada tahun alu sahaja Nike berjaya mencatatkan jualan bernilai USD6,2 billion di China dengan sebanyak 21 peratus perningkatan.
“Pertama sekali kami prihatin dengan apa yang berlaku terutamanya mereka yang terkesan secara langsung. Oleh itu kami harus terus fokus terhadap keselamatan dan kesihatan kakitangan dan rakan-rakan perniagaan kami,” jelas CEO Nike, John Donahue.
Tambahnya lagi, walaupun berdepan saat sukar ini, Nike akan meneruskan untuk memberikan yang terbaik buat pelanggan di China dengan inspirasi dan inovasi yang kukuh.
Buat masa sekarang masih belum jelas sama ada Coronavirus akan memberikan kesan kepada operasi pengeluaran Nike. Setakat ini mereka mempunyai 11 kontrak kilang di China dengan pekerja seramai 153,000 orang.
Selalunya perempuan je kan buat masker untuk putihkan muka. Haa kali ni lelaki pulakk, ingat lelaki tak perlu muka bersih dan putih ke..paling-paling pun bersih la kan..Ini petua orang dulu-dulu yang katanya diamalkan dari dulu lagi..
Hanya perlukan kunyit, tepung beras dan air…
Saudara Wafiy ini kongsikan tip untuk mendapatkan kulit yang bersih tanpa cela menggunkan masker kunyit ini.
Paling sesuai untuk masalah jerawat+parut tapi jgn pakai hari-hari tau..Seminggu sekali sahaja..
Rempah yang mempunyai warna kuning terang ini berasal dari benua Asia khususnya Asia Tenggara dan sesetengah juga berpendapat ia berasal dari India. Kunyit juga dipercayai telah dijadikan sebagai bahan tradisional yang mengubati penyakit pada zaman terdahulu.
Bahan-bahan:
1- Beras (segenggam – ikut kelebaran muka masing2)
2- Kunyit hidup atau serbuk
3- Air (air kosong okay jangan letak air sirap pulak)
Cara Buat:
1- Rendam beras (30minit atau sampai kembang semangkuk)
2- Campur beras yang dah kembang tadi dengan kunyit
3- Tumbuk campuran beras kunyit atau blend guna blender sampai lumat.
4- Letak sedikit air (jika terlalu pekat)
Cara Pakai:
Cuci muka dengan airr bersih dan keringkan dengan towel bersih.
Tempek masker beras kunyit ke seluruh muka.
Biarkan 15 minit / hingga kering
Bilas muka dengan air bersih.
Manfaat: Wajah kelihatan lebih berrsih, segar, lembab dan lembut. Boleh memudarkan kesan jerawat. Wajah pon jadi peloles youallllllls.
Pesanan : Kalau nak senang beli je masker kunyit yang dah siap, tunggu tepek je kat muka tu.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.