Sibuk dan tak sempat bersenam. Ya, itulah alasan biasa yang kita dengar. Bukan anda sahaja malah kami di MASKULIN juga kadang-kadang terjerat dengan alasan ini.
Bila sudah muncul alasan makan rasa malas itu akan mula menebal dalam diri. Akhir sekali langsung tak bersenam. Lama-kelamaan saiz pinggang pun semakin naik.
Usahlah kita terus begini dan mencipta alasan sedangkan anda boleh melakykan senaman harian yang mengambil masa tak lebih 10 minit pun!
Ikuti beberapa jenis senaman yang anda boleh lakukan dalam hanya 7 minit sahaja.
Ads
Rutin yang MASKULIN kongsi di bawah ini merupakan teknik senaman abdomen yang popular dan berimpak tinggi. Jika mahu lebih kesan yang hebat anda boleh turut menggunakan dumbbell di dalam beberapa rutin senaman.
Ads
Lakukan setiap teknik senaman di bawah seberapa banyak reps anda mampu dalam tempoh 50 saat. Rehat 10 saat dan teruskan dengan siri senaman yang berikutnya.
Triple Crunch (3 Reverse Crunches and 3 Regular Crunches)
Plank Climbers (Plank and Mountain Climber)
Ab Circles
Untuk menjadikan senaman anda lebih menyeronokkan carilah pasangan atau kawan untuk melakukannya bersama-sama. Amalkan senaman harian ini selama sebulan dan anda boleh lihat sendiri hasilnya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kalau anda tak ada masa nak bersenam, pastikan teh hijau tetap tersenarai dalam menu harian anda. Khasiat teh hijau memang tak perlu kita sangkal lagi.
Bagi yang sering amalkan minum teh hijau, pasti anda tahu teh hijau ini berkhasiat untuk menurunkan berat badan.
Dianggap senjata detoks terbaik, rugi jika anda sebagai lelaki tidak mahu memanfaatkan kelebihan yang ada dalam teh hijau ini.
Bahan-bahan yang terkandung dalam teh hijau membantu mengurangkan pembentukan radikal bebas dalam tubuh badan. Selain itu, ianya melindungi sel-sel dan molekul daripada kerosakan.
Teh hijau mengandungi polifenol seperti flavonoid yang berfungsi sebagai antioksida yang kuat. Bagi mereka yang sukakan teh hijau, bonus yang mereka dapat ialah awet muda.
Khasiat teh hijau seterusnya ialah membantu menurunkan berat badan kerana boleh meningkatkan kadar metabolisme tubuh badan.
Membantu mengurangkan lemak terutamanya di kawasan perut dan sekaligus mengempiskan perut serta mengelakkan perut buncit. Ini akan menjadikan badan anda langsing dan bebas lemak pada bahagian perut.
Punca kanser adalah disebabkan oleh pertumbuhan sel-sel yang tidak terkawal. Kajian mendapati bahawa, seseorang wanita yang mengamalkan teh hijau mempunyai 22% risiko untuk mendapatkan kanser.
Manakala bagi kanser prostat pula adalah 48% jika seorang lelaki itu mengamalkan minum teh hijau.
Satu penyelidikan telah membuktikan bahawa khasiat teh hijau juga mampu membunuh bakteria dan menghalang virus seperti virus influenza.
Teh hijau juga mampu menghalang dan mengurangkan risiko jangkitan bakteria. Pendek kata, khasiat teh hijau juga membantu meningkatkan sistem imun tubuh badan manusia.
Khasiat teh hijau juga dikatakan mampu mengurangkan risiko penyakit kencing manis terutamanya jenis 2.
Teh hijau boleh meningkatkan hormon insulin dan mengurangkan kadar gula dalam darah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bila sakit kepala menyerang semua kerja tak jalan. Segalanya jadi serba tak kena. Rasa sakit yang berpusing-pusing dan berdenyut-denyut.
Waktu sakit kepala inilah kita nak makan ubat untuk meredakannya. Sebenarnya tak elok jika anda sering bergantung kepada ubat-ubatan, takut memberi kesan dalam jangka masa yang panjang.
Nak hilangkan sakit kepala dengan berkesan dan cepat? Anda boleh lakukan teknik akutekanan (acupressure) iaitu cara saintifik yang boleh meredakan sakit kepala.
Teknik ini merupakan cara urutan yang telah disahkan oleh beberapa pakar dan turut disokong oleh kajian saintifik. Urutan ini adalah satu cara lain bagi akupuntur dan refleksoterapi tetapi ia tidak memerlukan pengetahuan perubatan yang khusus.
1. Duduk dalam keadaan yang selesa dan tenang. Pastikan posisi kedudukan tidak menyukarkan anda untuk melakukan urutan ini.
2. Urutan ini hanya mengambil masa yang singkat iaitu dari 30 saat hingga 1 minit secara purata.
3. Urut pada satu titik dengan tekanan yang lembut atau dalam pergerakan membulat.
Kebiasaannya, sakit kepala akan hilang ketika diurut atau selang 5 hingga 10 minit selepas melakukan urutan.
Titik mata tiga atau Yintang terletak di antara kedua-dua kening sejajar dengan laluan hidung melintasi dahi. Titik ini boleh menghilangkan keletihan pada mata.
Titik semetri ini terletak di dalam kawasan kening. Dengan mengurut di bahagian ini, anda dapat melegakan hidung berair dan meningkatkan ketajaman mata. Urut selama 60 saat dengan pergerakan secara membulat.
Titik ini terletak di kedua-dua sisi lubang hidung yang sebaris dengan mata. Untuk mencari titik ini, rasakan lekuk di bawah tulang pipi. Ia dapat membantu membuka sinus (ruang pada tulang di muka, belakang dan atas hidung), mengurangkan sakit kepala, sakit gigi dan melegakan stres.
Titik ini terletak di belakang kepala di bahagian tengah antara telinga dan permulaan tulang belakang. Urutan pada bahagaian ini dapat membantu melegakan hidung yang tersumbat, sakit pada mata dan telinga, sakit kepala yang teruk dan migrain.
Titik Shuai Gu terletak 2cm hingga 3cm daripada permulaan garisan rambut anda. Rasakan lekuk kecil di titik ini. Urutan pada titik ini dapat melegakan sakit di bahagian tepi kepala dan menghilangkan keletihan pada mata.
Titik simetri ini terletak di belakang tangan antara ibu jari dan jari telunjuk. Mengurut pada bahagian ini dapat melegakan sakit belakang, sakit gigi dan tekanan pada otot leher.
Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang