Kereta yang selalu digunakan pasti saja tercalit kekotoran. Kekotoran ini pasti membuatkan mata kita rimas. Nak hantar ke kedai, takut mahal. Jadi apa kata, guna 2 bahan murah ini untuk anda bersihkan seat kereta yang kotor itu.
Tak guna kalau hanya bersih di luar sahaja tapi di bahagian dalamnya penuh dengan kekotoran terutamanya pada bahagian panel.
Ads
Disini ada satu perkongsian bijak dari Encik Radi tentang bagaimana hendak mencuci bahagian dalaman kereta terutama pada panel pintu.
Ads
Bahan yang digunakan:
Cuka
Baking Soda
Ads
Caranya pula :
Campurkan baking soda bersama dengan cuka dalam air suam.
Kacau dan masukkan dalam botol spray.
Spraykan cecair tadi ke panel pvc kereta anda.
Gunakan berus lembut dan layang-layangkan pada bahagian yang kotor.
Lapkan dengan kain microfibre.
Selain panel pintu, anda juga boleh semburkan ke bahagian-bahagian lain dalam kereta. Barulah bersih luar dan dalam. Apabila ada feel macam kereta baru, barulah hilang rasa stress nak jalan jauh kan. Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pernah tak anda dapat panggilan dari nombor tak dikenali, tapi bila angkat… diam je? Jangan pandang ringan. Itu mungkin taktik baharu scammer yang digelar “silent call”.
Nampak macam tak ada apa-apa, tapi sebenarnya ia cukup bahaya dan ada risiko tidak baik. MASKULIN tertarik dengan pendedahan terbaru berkenaan taktik ini, terutamanya selepas satu perkongsian video menarik Rahmat Fitri Lawan Scammer, seorang pesara PDRM yang pernah berkhidmat selama 21 tahun.
Jelasnya,”Lebih merisaukan, ada teknologi bila kita jawab hello, dia boleh rakam dan guna suara kita untuk AI!”
“Lepas ni kalau ada nombor tak kenal, dengar je dulu. Kalau dia nak cakap dengan you, dia akan cakap dulu. Itu untuk nombor yang kita tak save,” tambahnya lagi.
Silent call ialah panggilan yang kelihatan macam prank atau glitch. Tapi sebenarnya, ia satu cara licik scammer untuk mengumpul sampel suara anda.
Mereka akan call tapi hanya berdiam diri. Mereka tunggu anda untuk bercakap. Bila anda jawab “hello” atau “ya”, suara anda dirakam dan digunakan untuk tujuan tidak baik.
Antaranya untuk:
Teknologi voice cloning AI sekarang sangat canggih. Mereka hanya perlukan 3 hingga 10 saat suara untuk cipta versi deepfake suara anda yang boleh meniru intonasi, lenggok, bahkan emosi sekali!
Tujuan mereka?
Beberapa kes telah dilaporkan di mana mangsa berdepan beberapa situasi yang merugikan. Di antaranya:
Teknologi makin maju, tapi scammer pun makin bijak. Mereka bukan lagi minta OTP atau password saja. Sekarang suara anda pun boleh jadi senjata mereka. Jadi, ambil nasihat bekas pegawai PDRM seperti Rahmat Fitri ini sebagai langkah berjaga-jaga.
“Kalau nombor tak kenal call, jangan terus respond. Dengar dulu. Kalau betul-betul penting, dia akan bercakap,” jelas Rahmat Fitri menerusi video tersebut.
Jangan biar suara anda jadi alat untuk tipu orang lain. Ingat, diam mereka bukan bermaksud tak ada niat. Kadang-kadang, diam itulah perangkapnya.
Setiap pemain bola sepak Malaysia bermula bukan di stadium besar, tetapi di padang-padang kampung atau taman. Di mana di sinilah tempat di mana impian lahir, komuniti berkumpul dan generasi pelapis dibentuk. Di situlah semangat sukan, persahabatan dan cita-cita bertemu. Menyedari akar budaya bola sepak inilah yang menyatukan rakyat, Astro memperkenalkan inisiatif #IniPadangKita sebagai tanda komitmen untuk menghidupkan kembali denyut nadi bola sepak akar umbi negara.
Dilancarkan bersempena musim baharu Liga Malaysia 2025–2026, #IniPadangKita menjadi simbol bagaimana padang kecil boleh melahirkan impian besar.
Usaha ini memberi tumpuan kepada kerja-kerja pemulihan dan penyelenggaraan padang komuniti agar kembali menjadi tempat yang selamat, aktif dan penuh semangat untuk anak muda bermain serta berlatih.
Projek pertama dimulakan di Padang Bola Sepak Kampung Jawa, Hulu Langat, yang juga lokasi latihan Serama Football Academy.
Ia merupakan sebuah akademi komuniti yang melatih lebih 100 kanak-kanak termasuk dari komuniti Orang Asli.
Menariknya, akademi ini sudah mula menarik perhatian kelab besar seperti JDT, Selangor dan PDRM FC. Sekali gus membuktikan bahawa kita tidak pernah kering dengan bakat-bakat tempatan yang hebat.
Kerja-kerja pemulihan padang #IniPadangKita bermula pada 16 Oktober, apabila Astro bersama beberapa penaja acara berganding bahu memperbaharui kawasan berkenaan.
Antaranya melakukan kerja-kerja mengecat semula garisan padang, menukar jaring gol, membina pondok rehat baharu dan memperbaiki bangku pemain.
Dua hari kemudian, suasana padang yang baru bernafas itu terus meriah apabila Astro menganjurkan klinik bola sepak khas dikendalikan oleh pundit dan bekas pemain profesional.
Antara bekas pemain dan legenda bola sepak tempatan yang hadir ialah Farizal Marlias, Razman Roslan, Nizaruddin Yusof dan S. Subramaniam, serta disertai pemain KL City FC.
Bukan sekadar sekadar klinik bola sepak, acara #IniPadangKita itu menjadi pengalaman berharga bagi kanak-kanak tempatan yang berpeluang berlatih bersama idola mereka.
Dari sekadar menendang bola di padang kampung, kini mereka belajar disiplin, teknik dan semangat juang daripada wira sebenar bola sepak negara.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Euan Smith, berkata inisiatif #IniPadangKita adalah tentang mengembalikan semangat yang pernah menyatukan rakyat Malaysia melalui sukan paling disayangi.
“Cinta terhadap bola sepak sudah lama berakar dalam budaya kita. Melalui #IniPadangKita, kami mahu mencipta peluang sebenar untuk anak muda berkembang dan komuniti bersatu. Ini bukan sekadar membaiki padang, tetapi menghidupkan semula tempat di mana impian lahir dan semangat kekal hidup,” jelasnya lagi.
Astro turut menegaskan bahawa #IniPadangKita bukan hanya projek membaiki padang, tetapi satu gerakan sosial yang menghidupkan kembali jiwa komuniti.
Usaha ini turut disokong oleh penaja rasmi seperti Decathlon, yang menyediakan peralatan sukan, serta Sports Media & Distributor, yang menyumbang pakaian untuk bakat muda di akademi tersebut.
Lebih banyak padang komuniti dijangka akan dibangunkan di bawah inisiatif #IniPadangKita, dengan harapan menjadikan setiap ruang hijau sebagai tempat anak-anak membesar dengan keyakinan dan kebanggaan.
“Kami mahu padang-padang ini terus hidup — selamat, inklusif dan penuh janji untuk masa depan,” tambah Euan Smith.
#IniPadangKita bukan sekadar tentang bola sepak, tetapi tentang membina komuniti, memperkukuh akar perpaduan dan memastikan setiap anak Malaysia tahu bahawa impian mereka boleh bermula di mana-mana — termasuk di padang kecil kampung sendiri.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Haba badan yang melampau serta peredaran darah yang tidak baik menjadi punca kepada naiknya jerawat pada bahagian dahi kita. Orang yang mempunyai jerawat pada dahinya selalunya memiliki sifat panas baran. Untuk menghindari, dinasihatkan supaya menjadikan amalan untuk tidur awal serta bangun awal. Selain itu pastikan dapat tidur yang cukup dan minum air yang banyak.
Jerawat di HIDUNG
Kalau jerawat di batang hidung, ianya bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah. Jika ianya di hujung hidung mungkin disebabkan haba perut melampau dan sistem penghadaman yang tidak normal. Jika di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan ovari atau sistem reproduksi yang mempunyai masalah.
Jerawat di DAGU
Kalau jerawat tumbuh di dagu pula, berkemungkinan fungsi buah pinggang telah terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Untuk kaum wanita yang mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.
Jerawat di PIPI
Jika jerawat tumbuh di pipi kiri, fungsi hati mungkin kurang lancar seperti dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah. Jika di sebelah pipi kanan, fungsi paru-paru berkemungkinan tidak normal.
Jerawat di BADAN (Belakang dan Depan)
Bagi jerawat yang tumbuh di belakang atau depan badan ianya memberi petanda kemungkinan sistem perkumuhan bermasalah, seperti terkena sembelit. Dinasihatkan supaya mengamalkan pemakanan yang sihat bagi memastikan toksin tersingkir dengan lebih baik. Nampaknya ada yang terus menghadap ke cermin untuk melihat posisi jerawat anda. Untuk mendapatkan maklumat lebih jelas mengenai tahap kesihatan, anda perlulah mendapatkan rawatan dan nasihat doktor.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.