Ketika kebanyakan kanak-kanak seusia baru nak lancar baca ABC dan kira nombor satu hingga sepuluh, lain pula kisahnya dengan seorang budak lelaki bernama D. Devakshean.
Pada usia baru enam tahun, dia berjaya mengejutkan ramai apabila boleh mengenal pasti 65 jenis mata wang asing dalam tempoh satu minit saja!
Kebolehan luar biasa ini bukan sahaja mengagumkan, malah melayakkan Devakshean mencatat nama dalam Malaysia Book of Records (MBR) sebagai Kanak-Kanak Terbanyak Mengenal Pasti Mata Wang Asing Dalam Satu Minit.
Bukan Setakat Satu Minit 200 Mata Wang Dalam 11 Minit 45 Saat!
Foto : BuzzKini
Tak cukup dengan itu, anak kecil ini juga mampu menghafal dan menyebut nama mata wang dari 200 buah negara dalam masa hanya 11 minit 45 saat, satu pencapaian yang jarang berlaku walaupun dalam kalangan orang dewasa!
Berkat keupayaan hebatnya itu, Devakshean turut mendapat pengiktirafan daripada British World Record dan diberi gelaran Young Global Expert of 195 Countries’ Flags and Currencies of the World.
Minat Bermula Seawal Umur Setahun, Dah Kenal Bendera Malaysia
Menurut ibunya, G. Devamalar, Devakshean mula menunjukkan kecenderungan terhadap bendera negara sejak umur setahun lagi.
Ads
Katanya, anak tunggalnya itu boleh mengecam dan menyebut dengan tepat bendera Malaysia tanpa diajar secara formal.
“Memang sejak kecil kami nampak potensi dia. Bila tunjuk gambar bendera atau mata wang, dia boleh ingat cepat. Umur dua tahun dulu dia dah cipta satu rekod juga, bila berjaya kenal pasti lebih 200 nama negara dan bandar,” jelas Devamalar.
Foto : Astro Awani
Sokongan Penuh Ibu Bapa Latih Sebulan Sebelum Sertai MBR
Devakshean bukan hanya berbakat, tapi turut mendapat sokongan penuh daripada kedua ibu bapanya.
Devamalar dan suaminya, A. Devakumaran berkongsi bahawa mereka hanya mengambil masa sebulan untuk melatih anak mereka sebelum menghantar permohonan kepada Malaysia Book of Records.
Ads
“Anak kami suka tengok YouTube. Jadi kami buat bahan pembelajaran seperti senarai mata wang dan bendera, upload ke YouTube dan dia belajar sendiri. Memang dia jenis suka belajar dan jarang main macam budak lain,” tambah Devamalar.
Harapan Tinggi Buka Jalan Ke Guinness World Records
Sebagai ibu, Devamalar berharap agar pencapaian anaknya ini bukan sekadar berhenti setakat ini sahaja.
Dia memasang impian agar suatu hari nanti, Devakshean berjaya melangkah lebih jauh termasuklah ke peringkat Guinness World Records.
Ads
“Sekarang tak ramai yang kenal dia. Saya harap melalui liputan media ini, dia akan dapat lebih banyak peluang untuk kembangkan potensi,” ujarnya.
Jika anda seorang peminat bola sepak sejati nama Sadio Mane pastinya tidak asing lagi. Pemain sayap berbisa yang telah mencurahkan keringat bersama pasukan jaguh Liga Perdana Inggeris, Liverpool ini juga telah diangkat menjadi pemain terbaik kejohanan pada Africa Cup of Nations sebelum ini.
Malah Sadio Mane juga diiktiraf sebagai Pemain Terbaik Afrika pada tahun 2019. Kejayaannya di atas padang dengan koleksi pingat dan piala memang tidak terbilang. Sejak beberapa hari lalu, nama Sadio Mane disebut-sebut kerana perpindahannya dari Liverpool ke pasukan juara Liga Jerman, Bayern Munich dilihat semakin menjadi realiti.
Legenda Liverpool. Foto – Premier League
Selain perpindahannya yang cukup membuatkan ramai peminat Liverpool bersedih, kisah peribadi Sadio Mane juga kembali diperkatakan. Dia dikenali sebagai seorang pemain yang berasal dari sebuah kampung yang agak susah.
TIDAK LUPA ASAL-USUL
Kejayaannya yang dikecap di Eropah turut dicurahkan semula bukan sahaja kepada keluarganya malah orang kampungnya sendiri. Di sebalik kejayaan dia tidak sesekali lupa akan asal-usulnya.
Sadio Mane membesar di sebuah perkampungan terpencil di Bambali, Senegal. Dan sejak bergelar pemain profesional dia tidak henti-henti berusaha untuk membantu dan meningkatkan kualiti hidup mereka yang tinggal di kampung tersebut.
Sebelum berpindah ke Bayern Munich, baru-baru ini Sadio Mane dilaporkan pulang untuk meluangkan masa bersama masyarakat di mana tempat dia membesar. Malah terdapat video telah tular di mana dia bermain bola sepak di atas padang bersama-sama orang kampung.
Sadio Mane playing in a charity match back in his hometown of Banbali in Senegal ❤️🇸🇳
Sadio turut melawat hospital yang telah dibina dari pembiayaannya sendiri bernilai kira-kira RM2,452,590. Hospital tersebut kini mampu merawat masyarakat dari 34 buah kampung sekitarnya.
Selain hospital, Sadio turut membantu membina sebuah sekolah menengah. Bahkan dia turut dilaporkan bakal membina pejabat pos yang baharu. Sumbangan berbentu kmputer riba kepada pelajar-pelajar cemerlang di Bambali High School juga turut disumbangkan olehnya.
Lebih menarik lagi, dia turut membantu membina stesen minyak bagi memudahkan pergerakan masyarakat yang menggunakan kenderaan. Dan paling mengagumkan dia turut memberi setiap keluarga di kampungnya dengan pakej elaun bantuan bernilai RM323 sebulan. Manakala pelajar terbaik pula menerima sumbangan RM1,850 setiap seorang.
Ternyata Sadio Mane menjadi antara pemain contoh yang patut kita semua kagumi. Kejayaan yang dikecapinya ternyata tidak dipersia-siakan. Berkongsi rezeki itu satu amalan yang cukup mulia.
All the best Sadio Mane di kelab baharu!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Setiap hari jam 5 petang perhatian kita pasti tertumpu kepada sidang media harian yang dikendalikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah memberikan perkembangan terkini tentang penularan wabak COVID-19 di negara kita.
Tampil dengan penuh ketenangan dan sentiasa bersedia menjawab apa jua soalan dari pihak media membuatkan ramai rakyat Malaysia kagum dengan kemampuan beliau.
Bukan mudah untuk setiap hari tampil di hadapan media dan rakyat Malaysia menyampaikan sesuatu yang penting tatkala negara berdepan krisis yang cukup meruncing.
Namun dengan nada keyakinan dibawanya membuatkan kita semua berasa lebih tenang dan selamat.
Jadi tidak hairanlah apabila sebuah stesen televisyen dari China, Global TV Network menyenarikan Dr Noor Hisham sebagai antara tiga doktor terbaik di atas usaha menangani wabak COVID-19.
Dua lagi figura yang turut dipilihialah Dr. Anthony Fauci dari Amerika Syarikat dan Dr. Ashley Bloomfield dari New Zealand.
Ketiga-tiga individu hebat ini mendapat pujian daripada warga negara masing-masing kerana telah menjadi sumber maklumat paling dipercayai dan berjaya menenangkan orang awam ketika dunia sedang panik berdepan wabak ini.
Buat pengetahuan anda, Dr. Noor Hisham yang kini berusia 56 tahun telah memegang jawatan Ketua Pengarah Kesihatan sejak tahun 2013.
Beliau kini diangkat sebagai wira oleh rakyat Malaysia di atas usahanya yang tidak ernah kenal erti penat memberikan maklumat terkini sama ada di kaca televisyen mahupun laman media sosial.
Dr. Noor Hisham juga dipuji kerana dilihat sentiasa sabar menjawab apa sahaja persoalan yang diajukan wartawan semasa sidang media.
Dr. Fauci dan Dr. Bloomfield juga disifatkan sebagai individu berpengaruh di negara masing-masing apabila secara konsisten mengemas kini maklumat terbaharu, selain sering dilihat bertugas dalam tempoh masa yang lama.
Semoga dedikasi luar biasa Dr. Noor Hisham menjadi inspirasi buat kita semua.
Stay home and stay safe!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dalam tempoh seminggu kebelakangan ini Amerika Syarikat telah dilanda demonstarasi dan protes besar-besaran yang berlaku di hampir kesemua kota besarnya.
Protes yang kini sudah mula merebak ke peringkat global dengan beberapa bandar besar seperti London, Paris dan Auckland turut mengadakan demonstrasi sama.
Ia bermula selepas seorang lelaki berkulit hitam George Floyd telah meninggal dunia akibat tindakan dari beberapa anggota polis di Minneapolis yang menggunakan kekerasan menekan lehernya dengan menggunakan lutut.
Kes ini tular apanbila rakaman video menyaksikan mangsa merayu kerana tidak dapat bernafas. Namun rayuannya tidak diendahkan sehingga menyebabkannya maut.
Anggota polis yang bertanggungjawab, Derek Chauvin kini telah didakwa di atas tuduhan membunuh.
Namun, masyarakat minoriti terutamanya dari keturunan African American sudah hilang sabar apabila menyaksikan kes demi kes melibatkan kematian daripada komuniti mereka.
Tanda pagar #BalckLivesMatter telah tular selama beberapa hari dan menyaksikan semakin ramai pihak tidak kiralah sama ada selebriti, ahli politik atau jenama besar melahirkan sokongan mereka.
Salah seorangnya ialah legenda tinju yang juga merupakan atlet terkaya di dunia, Floyd Mayweather. Menurut sumber, Floyd telah menghubungi keluarga mangsa iaitu George Floyd memberi tawaran untuk membantu menanggung kos pengebumian.
Legenda tinju ini juga dikatakan akan turut membayar di tiga acara memperingati mangsa di Houston, Charlotte dan Minnesota serta kemungkinan sebuah lagi acara sama yang belum ditetapkan lokasinya.
Perkara ini turut disahkan oleh syarikat promosinya, Mayweather Promotions menerusi satu ciapan di Twitter.
“Juara tidak terkalah, Floyd Mayweather berkongsi kepada Hollywood Unlocked dalam sebuah temu bual eksklusif bahawa dia akan membayar kesemua kos pengebumian George Floyd.”
Warganet turut melahirkan rasa terharu dan kagum terhadap juara tinju ini di atas keprihatinannya bertindak dn membantu keluarga mangsa.
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.