Di tengah-tengah lawatan rasmi Presiden China Xi Jinping ke beberapa negara utama Asia Tenggara, termasuk Malaysia, Vietnam, dan Kemboja, muncul satu kritikan pedas daripada hos TV dan personaliti media konservatif Amerika Syarikat, Bill O’Reilly.
Melalui kenyataannya, O’Reilly secara terbuka meremehkan signifikansi ekonomi lawatan tersebut terhadap agenda strategik lawatan pempimpin utama China ke rantau ini.
Menerusi satu klip video yang disiarkan di platform X, O’Reilly, yang dahulunya merupakan hos dan wajah utama di Fox News, menyampaikan analisis ringkas bersifat ‘kontroversi’ tentang nilai ekonomi negara-negara tuan rumah lawatan Presiden Xi.
Beliau mempersoalkan pulangan ekonomi yang boleh diharapkan oleh China daripada usaha mendekati negara-negara Asia Tenggara ini.
“The Malays don’t have any money”.
Omputeh bau tanah ni pandang hina Malaysia, Vietnam dan Cambodia.
Ko mampos je lah, bodoh.
I haven’t detested Americans this much with the way they look down on us Southeast Asians. pic.twitter.com/wgjqJ2CVgZ
Secara terus terang, O’Reilly menyatakan pandangannya. “Hai Presiden Xi, biar saya berterus terang. Mereka tiada duit langsung. Mereka tak boleh tolong kamu, mereka tak akan beli barang kamu sebab mereka tak ada duit”.
TUDUHAN MELULU
O’Reilly kelihatan skeptikal terhadap rasional strategik di sebalik jelajah serantau Presiden Xi, malah mengutarakan kemungkinan bahawa lawatan tersebut mungkin merupakan satu strategi untuk mengelak tekanan ekonomi domestik dan penelitian antarabangsa yang semakin meningkat terhadap China.
“Mungkin dia pergi ke sana untuk cuba seludup barang China bawah label Vietnam. Tapi itu akan mudah terbongkar.”
Ads
Menyuarakan ketidakpastiannya mengenai objektif sebenar lawatan itu dalam konteks geopolitik semasa, O’Reilly berkata:
“Jadi saya pun tak tahu ini tentang apa. Kamu tahu… Kalau China kehilangan pasaran AS. Tapi saya masih percaya akan ada detente (pengenduran ketegangan). Ia dah rosak. Ia betul-betul kacau.”
“Sebab kami ada duit, kami beli barang. ‘Orang Melayu’ takkan beli barang anda, mereka tiada duit,” tambahnya lagi.
Kenyataan O’Reilly ini dilontarkan berlatarbelakangkan ketegangan perdagangan yang berpanjangan antara Amerika Syarikat dan China, yang bermula sejak pentadbiran pertama Donald Trump pada tahun 2018.
Perspektif beliau mencerminkan pandangan segmen tertentu di Amerika yang melihat hubungan antarabangsa terutamanya melalui lensa transaksi ekonomi dan persaingan kuasa besar.
Ads
HUBUNGAN ERAT
Namun, realiti lawatan Presiden Xi Jinping ke Malaysia mencerminkan lanskap berbeza mengenai kepentingan diplomatik dan strategik lawatan tersebut.
Presiden China memulakan lawatan negara selama tiga hari ke Malaysia atas undangan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar.
Lawatan ini merupakan yang kedua bagi Xi dalam tempoh 12 tahun, menandakan kesinambungan hubungan erat selepas lawatan terakhir pada 2013 yang menyaksikan peningkatan hubungan dua hala ke tahap Perkongsian Strategik Komprehensif.
Dalam lawatan ini, Presiden China tersebut diraikan dalam upacara sambutan negara rasmi, diikuti dengan majlis menghadap dan jamuan negara bersama Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.
Ads
Pertemuan dua hala yang signifikan turut diadakan antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Xi di Kompleks Seri Perdana.
Dalam pertemuan ini, kedua-dua pemimpin membincangkan langkah-langkah konkrit untuk memperkukuh kerjasama dua hala serta bertukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.
Sebagai bukti nyata komitmen kerjasama, kedua-dua pemimpin menyaksikan pertukaran sebanyak 31 Memorandum Persefahaman (MoU), perjanjian, dan nota antara Malaysia dan China, mencakupi pelbagai sektor. Lawatan Xi diakhiri dengan majlis makan malam rasmi yang dihoskan oleh Perdana Menteri.
Justeru, sementara kritikan O’Reilly menonjolkan satu sudut pandangan ekonomi yang skeptikal dari Amerika, tindakan dan hasil diplomatik lawatan Presiden Xi ke Malaysia menunjukkan kepentingan strategik dan kerjasama pelbagai dimensi yang terus dipupuk antara China dan negara-negara di Asia Tenggara.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pasti satu Malaysia tahu kisah cinta dan perkahwinan pewaris empayar perniagaan terbesar negara ini SM Faliq Nasimuddin dan Chryseis Tan selamat diijab kabul setelah kisah cinta mereka menjadi bualan ramai tahun lalu.
Memang mewah dan meriah majlis pernikahan mereka. Selepas majlis akad nikah, pasangan ini tampil dengan persalinan tradisi Cina. Memang unik majlis mereka ini memandangkan perkahwinan ini melibatkan dua bangsa Melayu dan Cina.
Tapi apa yang menjadi perhatian dan mengejutkan ialah aksi cium mulut antara pasangan ini yang tidak sesuai di kongsikan di media sosial.
Ada pihak yang menyifatkan pasangan ini tidak menghormati sensitiviti sebagai orang yang beragama Islam. Namun foto tersebut bukan dikongsikan oleh Faliq atau Chryseis. Ia di muat naik oleh teman atau ahli keluarga yang hadir pada majlis itu.
Tapi apa pendapat korang ?
Sumber : Roti Kaya
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Meskipun banyak kumpulan nasyid baharu yang muncul mewarnai industri seni, namun imej sebagai seorang penyanyi lagu genre tersebut tidak terzahir dari penampilan mereka.
Perkara itu disuarakan penasihat Majlis Usahawan Nasyid Malaysia (Munsyid Malaysia), Isman Hijjaz menerusi laporan Harian Metro.
Di samping karya berkualiti, imej itu juga akan menjadi satu lagi daya penarik, kata Isman
“Ada beberapa kumpulan yang dirasakan sangat bagus sekiranya ditonjolkan lagi. Itu dari segi kualiti lagu dan muzik.
“Tapi, dari sudut penampilan mereka, saya nak komen sedikit. Mereka dah tak nampak nasyid sangat. Itu yang tak seronok. Kalau boleh, ciptalah sedikit penampilan yang menampakkan identiti nasyid walaupun tak pakai songkok atau apa,” katanya.
Menurut Isman, dengan adanya imej yang bersesuaian, itu akan menarik minat pendengar di samping akan lebih dihargai sebagai penyanyi nasyid.
Takut Orang Persoal Identiti Muzik
“Bila kita dah gelarkan diri kita sebagai penyanyi nasyid, buatlah macam nasyid. Saya nasihat begitulah.
“Saya takut, kalau mereka keluar dan muncul di acara persembahan, orang akan tertanya mengenai identiti muzik mereka kerana tak nampak seperti penyanyi nasyid.
“Tak salah kalau kita tampilkan imej nasyid dan kita akan lebih dihargai. Lagu berentak pop pun tak apa.
“Kalau dah ada imej, barulah orang nampak dan pandang. Kalau orang tertanya-tanya lagi (identiti), kamu memang dah lambat,” katanya.
Mungkin Segan Dengan Imej Nasyid
Isman tidak menolak kemungkinan yang kumpulan nasyid generasi baharu segan untuk tampil dengan imej nasyid.
“Kita boleh lihat Rabbani, Raihan, Hijjaz, Inteam, Mestica dan lain-lain, ada imej masing-masing. Kita tak malu pun.
Foto: Antara kumpulan nasyid yang dikenali sekitar tahun 2000an.
“Tapi, yang bawah-bawah (generasi baharu) ini, mereka macam segan nak tonjolkan imej nasyid. Tapi, lagu ketuhanan. Seolah-olah segan sangat. Macam kami, tetap dengan kopiah Hijjaz,” katanya.
Isman tidak menjelaskan secara spesifik imej yang menggambarkan sebagai penyanyi nasyid, namun ia satu identiti yang apabila dilihat, terus dapat menggambarkan bahawa itu adalah penyanyi nasyid.
“Pernah berlaku, saya sendiri ada persembahan di UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia). Ada yang menegur saya dan maklumkan yang mereka akan turut membuat persembahan.
“Saya tanya, mereka dari kumpulan mana dan mereka cakap, mereka kumpulan nasyid. Saya sendiri pun kehairanan sebab tak nampak macam kumpulan nasyid.
“Jadi, kalau saya pun tak dapat nampak, tambah-tambah lagi orang lain,” katanya.
Mengimbau kembali zaman kemuncak kumpulan nasyid dalam industri seni, rata-rata kumpulan mempunyai imej tersendiri seperti Raihan, Rabbani dan Hijjaz yang sinonim dengan pemakaian kopiah.
Banyak kita dengar aais boleh mendatangkan banyak kesan negatif kepada tubuh badan seperti melemahkan penghadaman yang membawa kepada masalah perut buncit, menjadikan tubuh mudah letih dan sebagainya. Tetapi itu terjadi apabila anda sering mengamalkan minum air sejuk atau mengunyah ais batu. Namun, tahukah anda, jika sering mengamalkan mandi air sejuk atau mandi ais, ia merupakan satu terapi dan mempunyai banyak kebaikan.
Malah, mandi ais juga telah menjadi salah satu teknologi dalam rawatan untuk merawat penyakit, kecantikan dan juga menenangkan minda.
Mandi air sejuk dikatakan dapat menjadi penawar untuk demam dan jangkitan kuman pada badan. Menurut satu kajian, kadar metabolisme yang tinggi hasil daripada mandi air sejuk adalah disebabkan badan kita cuba memanaskan badan secara sendiri dan mengaktifkan sistem imunisasi, sekali gus menghasilkan lebih banyak sel darah putih.
Selain itu, mandi ais juga dapat meningkatkan tenaga kerana jantung akan mengepam darah dengan lebih aktif seterusnya darah dapat mengalir dengan lancar ke seluruh badan.
Bukan itu sahaja, mandi ais juga dapat membantu untuk menjadi lebih kurus apabila ia merupakan cara terbaik untuk membakar lemak. Ini kerana kalori yang dibakar melalui haba kebanyakannya datang daripada lemak.
Apabila badan terdedah dengan suhu sejuk, lemak akan terbentuk. Sel-sel lemak inilah yang akan membakar glukosa dalam badan bagi menghasilkan haba badan. Penghasilan lebih banyak sel lemak akan membantu pembakaran lebih banyak tenaga, seterusnya dapat menjadikan tubuh lebih kurus.
Tekanan perasaan juga dapat dikurangkan dengan mandi air sejuk. Kajian dari Universiti Virginia Commonwealth mendapati air sejuk boleh merangsang titik biru pada otak iaitu sumber utama bahan kimia yang membantu mencegah tekanan perasaan yang dikenali sebagai noradrenaline.
Air sejuk juga dapat menjadikan kulit dan rambut lebih sihat apabila ia membantu mengecilkan kutikel kulit dan pori-pori, seterusnya mengurangkan masalah jerawat. Selain itu, air sejuk dapat membantu menyingkirkan kotoran dan toksin dalam kulit menjadikan kulit lebih bersih dan awet muda.
Cara yang paling cepat untuk memulihkan otot yang tercedera adalah dengan mandi ais, selain dapat mengurangkan kesakitan sebanyak 20 peratus. Malah, untuk kaum lelaki pula, mandi ais dikatakan dapat meningkatkan kadar hormon testosterone yang akan memberikan kekuatan dan tenaga tambahan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.