Tidak salah jika MASKULIN katakan bahawa dia merupakan wajah yang kian mekar di dalam hati setiap peminat drama televisyen sekarang.

Setiap drama lakonannya hingga kini mendapat perhatianyang cukup hebat dari rata-rata peminat. Mula dikenali menerusi drama ‘Cari Aku Di Syurga’, nama Hun Haqeem atau nama sebenarnya Haqeem Herym mula manis meniti di bibir rakyat Malaysia.

Kemudian kemunculannya dengan watak sebagai Jaafar menerusi drama bersiri popular, ‘Kampung People’ telah meletakkan nama Hun Haqeem sebagai antara hero drama yang paling popular masa kini. Selain itu, dia turut diberi kepercayaan apabila muncul di dalam muzik video penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza berjudul ‘Siapa Tak Mahu’.

Walaupun tahun 2020 cukup mencabar bagi ramai orang, namun ia merupakan tempoh yang cukup bermakna dalam kerjaya Hun Haqeem dalam bidang seni. Sayapnya kini terbang megah tinggi namun tidak sesekali dia lupa akan dari masa tapak asalnya.

Hun Haqeem, Sahut Segenap Cabaran Demi Kerjaya Gemilang

MASKULIN dekati bintang muda berusia 23 tahun ini untuk momen-momen eksklusif buat anda. ‘Face forward’ apakah legasi yang ingin dibina oleh Hun Haqeem dalam kerjaya serta kehidupan personal.

Ikuti temu bual MASKULIN bersama Hun Haqeem.

Projek terkini selepas ‘Angkara Cinta’?

Buat masa sekarang projek terkini saya selepas ‘Angkara Cinta’ adalah ‘Kampung People 3’ dan ‘Jekfer & Lailer’.

Sebagai pendatang baru apakah yang anda lihat sebelum terima sesuatu tawaran? Dan anda ingin dilihat sebagai pelakon yang bagaimana?

Sebagai pendatang baru, apa yang saya cari dalam tawaran adalah karakter. Sebab saya pun masih banyak lagi yang perlu belajar jadi bila ambil watak yang pelbagai karakter, jadi lebih banyak dapat dipelajari. Dari situ juga, saya boleh sahut cabaran sebagai seorang pelakon. Saya ingin jadi seorang pelakon yang oranglihat ada kemampuan dan kebolehan dan jadi seorang pelakon ada kredibiliti.

Idola anda di dalam industri ini dan rujukan utama dalam berkarya?

IKLAN

Untuk idola saya pilih Shaheizy Sam kerana kemampuan dia untuk jayakan dan bawakan sesuatu watak dengan sangat baik.

Hun Haqeem, Sahut Segenap Cabaran Demi Kerjaya Gemilang

Sejak bila anda sedar ada bakat dalam lakonan dan adakah terbayang perjalanan lakonan boleh sejauh ini?

(Ketawa) Sejujurnya saya pun tak pasti. Tapi apa boleh saya cakap adalah saya sentiasa cari di manakah passion saya. Dan apa yang saya boleh lakukan dalam kerjaya dengan keikhlasan. Tak sangka pula Allah ketemukan saya dengan industri seni. Dan dari situlah saya menemui passion dalam lakonan.

Kesukaran dan cabaran sebagai pendatang baru?

Paling mencabar adalah learning process. Setiap individu ada cabaran mereka sendiri dan bagi saya sebab dulu tak pernah ada pengalaman dalam industri seni. Jadi saya tak tahu langsung apa-apa berkenaan dengan teknikal atau latar belakang penggambaran.

Jika diberi peluang ingin bawa watak sebagai seoarang mualaf. Watak seperti ini akan buat saya boleh belajar banyak benda dan beri impak positif.

Apa padangan anda tentang selebriti berkongsi masalah peribadi kepada umum?

IKLAN

Pada pandangan saya, itu pilihan masing masing. Saya ada orang orang tersayang seperti keluarga dan rakan-rakan jadi tempat luahkan perasaan. Setiap orang mungkin ada cara masing-masing. Kalau pilih media soaial untuk meluahkannya atas sebab sebab, kita sebagai orang melihatnya hanya mampu berdoa dan beri sokongan, bukannya menghukum.

Hun Haqeem, Sahut Segenap Cabaran Demi Kerjaya Gemilang

Watak yang paling mencabar dan menguji anda?

Jika diberi peluang ingin bawa watak sebagai seoarang mualaf. Watak seperti ini akan buat saya boleh belajar banyak benda dan beri impak positif. Saya selalu ada rasa ingin tahu apakah kisah di sebalik mereka menganut agama Islam dan keindahan hidayah mereka perolehi. Saya ingin faham dan dalami perasaan itu.

Hun Haqeem, Sahut Segenap Cabaran Demi Kerjaya Gemilang

Boleh kongsi rutin penjagaan diri harian seperti kesihatan, pemakanan dan jadual senaman?

Saya jaga pemakanan dengan macronutritions di mana setiap karbohodrat diambl akan saya kira. Begitu juga dengan protein dan lemak. Tapi kalau sibuk dan tak sempat nak jaga diet, saya akan makan lebih banyak protein berbanding karbohidrat supaya tidak jadi overweight.

IKLAN

Bila penggambaran memang kadang-kadang tak sempat nak pergi gym. Kalau ada masa terluang memang saya akan selitkan sedikit masa untuk bersukan. Lagi satu perkara saya amalkan di set penggambaran ialah banyakkan berjalan kaki.

Bakat yang saya ingin luahkan adalah muzik. Sejak dari dulu muzik adalah salah satu a passion saya. InsyaAllah, kalau ada nanti saya akan kogsi dengan semua orang.

Perihal cinta, adakah anda bersedia menamatkan zaman bujang tatkala kerjaya sedang memuncak dan bagaimanakah ciri-ciri wanita idaman hati?

Okay, saya pernah jawab tentang hal ini dulu. Saya tak kisah pun kalau nak kahwin awal. Siapalah saya untuk menidakkan jodoh Allah sedangkan itu adalah satu kebaikan. Saya selalu percaya tak bermakna kahwin awal kerjaya boleh jatuh. Apa yang saya ada sekarang pun adalah rezeki dari Allah. Kalau kahwin pun itu rezeki dari Allah. Takkanlah kita pilih kebaikan Allah tutup pintu rezeki kita, betul tak?

Hun Haqeem, Sahut Segenap Cabaran Demi Kerjaya Gemilang

Apakah bakat terpendam yang lain ingin anda tonjolkan lagi?

Bakat yang saya ingin luahkan adalah muzik. Sejak dari dulu muzik adalah salah satu a passion saya. InsyaAllah, kalau ada nanti saya akan kogsi dengan semua orang.

Pengalaman bekerja sewaktu pandemik, apakah cabarannya?

Cabarannya memang banyak. Salah satu contoh, tidak boleh ramai orang di set. Bila krew tak ramai makana untuk jayakan penggambaran juga akan bertambah sukar dan memenatkan. Tapi itulah dugaan norma baharu kita sekarang , kita terpaksa adaptasikan diri untuk kelangsungan hidup.

Bagaimana pula dengan kontroversi, perlu atau tidak untuk dikenali ramai?

Kontroversi itu akan selalu ada dimana-mana. Namun jika berdepan kontriversi biarlah kita uruskannya seperti masalahmasalah lain dalam kehidupan seharian. InyaAllah segalanya akan dipermudahkan.

Teks: Farizul Izwany Ibrahim
Styling: Kim Rahim
Foto: Pinography
Make up: Helmy Sarip
Rambut: Faizal Azhar
Pakaian: Wardrobe Privato & Kit Woo

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI