Ads

Dr Say Tegur Pengkritik HYROX, “Respect Semua Sukan, Jangan Acah Terpaling Gempak”

Jumaat lepas, HYROX diumumkan bakal diadakan di Malaysia pada Disember. The global mass-participation fitness race, Hyrox, akhirnya akan diadakan di Malaysia pada December 2026, dengan AirAsia diumumkan sebagai title partner untuk acara yang sangat dinantikan ini.

HYROX telah membina pengikut antarabangsa yang kuat menerusi format perlumbaan unik yang menggabungkan lapan larian 1 kilometer bersama lapan stesen functional workout.

Pertandingan ini juga semakin dikenali sebagai penanda aras utama dalam dunia fitness racing, malah sedang bergerak ke arah pengiktirafan Olympik.

Dr Say Tegur Pengkritik HYROX, “Respect Semua Sukan, Jangan Acah Terpaling Gempak”
Foto: Red Bull

Disebabkan itu, HYROX menarik penyertaan komuniti atlet dan peminat kecergasan yang pelbagai, daripada beginner sampai ke mereka yang memang hardcore.

Pengumuman acara di Kuala Lumpur ini juga merupakan sebahagian daripada kerjasama regional besar antara AirAsia dan HYROX Asia Pacific. Ia turut menyaksikan AirAsia menjadi title partner untuk perlumbaan HYROX sulung di Jakarta pada Jun.

Dr Say Tegur Pengkritik HYROX, “Respect Semua Sukan, Jangan Acah Terpaling Gempak”
Foto: Red Bull

Dr Say Tegur Pengkritik HYROX

Salah seorang selebriti dan pempengaruh Malaysia yang aktif dengan sukan HYROX ialah Dr Shazril Shaharuddin atau dikenali Dr Say.

MASKULIN tertarik dengan perkongsiannya menerusi satu hantaran video mengenai isu segelintir penggiat kecergasan di Malaysia yang seolah-olah memperlekehkan sukan ini.

“Just respect everyone sport, tak payah nak acah terpaling gempak,” kata Dr Say.

Menurutnya, dia turut perasan beberapa perkongsian di thread daripada pelari dan juga penggiat kecergasan yang mengatakan HYROX bukan sukan sebenar, malah seakan-akan ‘downgrade’ atau merendahkan HYROX.

Ads

Cabaran HYROX, Gabungan Fitness & Larian

Jelas Dr Say, sebagai individu yang mempunyai pengalaman 16 tahun dalam latihan kekuatan dan pernah memenangi pelbagai pertandingan, dia sendiri tahu betapa mencabarnya HYROX.

Tambahnya lagi, sebagai seseorang yang sebelum ini fokus pada latihan kekuatan, larian merupakan satu perkara yang sangat sukar untuk dia kuasai.

Dr Say Tegur Pengkritik HYROX, “Respect Semua Sukan, Jangan Acah Terpaling Gempak”
Dr Say dan isterinya, Azura Abas ketika sama-sama melakukan debut Hyrox pada tahun lalu.

Namun selepas menyertai HYROX, Dr Say mula mengikuti latihan khusus untuk larian. Malah baru-baru ini, dia berjaya menyertai satu acara half maraton dengan catatan masa cukup membanggakan.

Katanya, pengalaman menyertai larian benar-benar menginsafkan kerana ia memang tidak mudah.

Ads

HYROX: Sukan Untuk Semua Tahap Kecergasan

Dr Say turut menjelaskan, HYROX adalah sukan yang “keras” kerana ia gabungan fitness dan larian. Yang sebelum ini tak boleh lari langsung pun, bila training betul-betul, akhirnya boleh berlari sejauh 8 kilometer.

Sebab itu katanya, daripada kita sibuk membanding-bandingkan dan beri tanggapan negatif, lebih baik fokus pada perkara yang lebih realistik dan penting.

“70% rakyat Malaysia overweight atau obese. 30% je ada berat ideal atau underweight. Yang lain punah,” katanya.

Tambah Dr Say lagi, tidak kisah seseorang itu nak fokus full strength, full marathon, atau full hybrid, asalkan mereka bergerak dan jadi lebih baik berbanding diri mereka semalam, itu yang patut diraikan.

“Yang patut kita push adalah mereka yang selesa dengan berat badan berlebihan, yang rasa every size is healthy, yang rasa orang muda tak patut kisah tentang berat badan,” katanya lagi.

Jelas Dr Say lagi, semua sukan ada tempatnya. “Maraton ada tempatnya, HYROX pun ada tempatnya. Apa yang penting, latihan betul-betul dan bukan sekadar mengutuk dari tepi,” ujarnya lagi.

Ads

Bafgi MASKULIN penganjuran HYROX Malaysia bakal menjadi medan bukti sejauh mana seseorang itu sanggup keluar dari zon selesa untuk cabar diri sendiri dalam dunia kecergasan sebenar.

BACA: Sia-Sia Bersenam Jika Sendi Rosak, Tukar Keutamaan Latihan Anda Hari Ini!

Semoga teguran dari Dr Say ini sama-sama untuk kita semua penggemar aktiviti kecergasan – tidak kiralah apa jua jenis sukannya untuk sama-sama renungkan.

Mesejnya mudah, apa jua sukan tidak perlu kita perlekehkan. Apa yang penting kita bina komuniti kecergasan yang sihat dari dalam dan juga luaran.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads
Gobind Singh Deo

Gobind Singh Deo Diiktiraf Dalam ‘Government AI 100’ Apolitical, Bukti Kepimpinan...

Menteri Digital, Gobind Singh Deo, diiktiraf oleh Apolitical dalam senarai “Government AI 100” atas kepimpinannya memperkukuh agenda AI dan transformasi digital Malaysia menuju status Negara AI menjelang 2030.