
HYROX Singapore 2026 sekali lagi membuktikan bahawa dunia kecergasan kini berada pada tahap yang luar biasa kompetitif, dengan kemunculan atlet berprofil tinggi yang bukan sahaja konsisten, tetapi mampu mendominasi pentas antarabangsa.
Dunia kecergasan global terus menyaksikan kemunculan atlet berprofil tinggi yang bukan sahaja konsisten, tetapi mampu mendominasi pentas antarabangsa. Terbaharu, dua nama besar dari Korea Selatan, Choi Minho dan Hong Beomseok, mencuri perhatian di HYROX Singapore 2026 dengan prestasi luar biasa.
Kejayaan Besar Minho & Beomseok Di HYROX Singapore 2026
Minho, yang juga anggota kumpulan K-pop SHINee, bergandingan dengan Hong Beomseok, naib juara ‘Physical: 100’ Musim 2, untuk mencipta kemenangan dalam kategori Doubles Lelaki 35 hingga 39 tahun.
Pasangan ini bukan asing dalam dunia HYROX. Dengan rekod kerjasama yang kukuh dalam beberapa kejohanan sebelum ini, mereka sekali lagi membuktikan keserasian apabila kembali bergabung untuk edisi Singapura yang berlangsung dari 3 hingga 5 April.

Bersaing pada hari pertama, Minho dan Beomseok berdepan cabaran yang menuntut ketahanan fizikal serta kekuatan mental tinggi.
HYROX sendiri dikenali sebagai pertandingan fitness indoor berintensiti tinggi yang menggabungkan larian sejauh 8 kilometer bersama lapan stesen senaman berbeza.
Lihat siaran ini di Instagram
Cabaran Intensif Dalam Format HYROX
Setiap kilometer menuntut peserta melengkapkan cabaran seperti SkiErg, Sled Push, Sled Pull, Burpee Broad Jump, Rowing, Farmer’s Carry, Sandbag Lunges dan Wall Balls, menjadikannya antara format perlumbaan kecergasan paling mencabar di dunia.

Dalam perlumbaan tersebut, Minho dan Beomseok berjaya mencatat masa keseluruhan 56 minit 21 saat, sekali gus meraih tempat pertama dalam kategori mereka. Lebih mengagumkan, mereka turut menduduki tempat keempat keseluruhan daripada 1,144 peserta.
Lihat siaran ini di Instagram
Prestasi Individu Minho Yang Konsisten
Tidak terhenti di situ, Minho turut mengambil bahagian secara individu dalam kategori Lelaki 30 hingga 34 tahun. Beliau menamatkan perlumbaan dengan masa 1 jam 13 minit 9 saat, menduduki tempat ke-11 dalam kategorinya serta ke-52 daripada 1,556 peserta keseluruhan di HYROX Singapore 2026.

Pencapaian ini sekali lagi mengukuhkan reputasi Minho sebagai seorang atlet serba boleh yang semakin mendapat pengiktirafan dalam dunia kecergasan global, jauh melangkaui imejnya sebagai seorang artis.
Dominasi Hong Beomseok Merentasi Kategori
Dalam masa sama, Hong Beomseok turut meneruskan dominasi dengan menyertai kategori Pro Doubles Lelaki 35 hingga 39 tahun bersama atlet elit Amerika, Gabe Heck. Gandingan tersebut bukan sahaja menjuarai kategori mereka, malah muncul juara keseluruhan.

Kejayaan ini membuktikan konsistensi luar biasa Beomseok merentasi pelbagai kategori dalam HYROX Singapore 2026.
Rekod & Pengalaman Luas Dalam Dunia HYROX
Di luar kejohanan Singapura, kedua dua atlet ini sebenarnya telah membina rekod yang mengagumkan dalam HYROX. Minho telah menyertai sembilan perlumbaan sejak tahun lalu termasuk di Jepun dan Taiwan.
Manakala Beomseok mempunyai pengalaman lebih luas dengan 26 perlumbaan di pelbagai negara seperti India, Korea Selatan dan China. Kejayaan mereka di HYROX Singapore 2026 pastinay cukup manis!


Fenomena HYROX Dalam Dunia Kecergasan Global
Fenomena HYROX sendiri kini semakin berkembang sebagai satu trend global dalam dunia kecergasan. Ia bukan sahaja menarik minat atlet profesional, tetapi juga selebriti yang ingin mencabar kemampuan fizikal mereka.
Antara nama yang pernah menyertai cabaran ini termasuk Anne Curtis dan Erwan Heussaff, selain pasangan Kim Molina dan Jerald Napoles yang mengambil bahagian di Korea Selatan pada November lalu.
Apa yang membezakan HYROX daripada pertandingan lain adalah gabungan unik antara ketahanan, kekuatan dan strategi, menjadikannya platform sebenar untuk menguji had fizikal manusia.
BACA: Bina Lengan Mantap Dengan 5 Teknik Senaman Dumbbell
Disiplin Adalah Kunci Kejayaan
Dalam konteks gaya hidup moden, kejayaan Minho dan Beomseok di HYROX Singapore 2026 membawa satu mesej jelas — kecergasan bukan lagi sekadar rutin, tetapi satu disiplin yang memerlukan komitmen serius.
Dan dalam dunia yang semakin kompetitif, mereka membuktikan bahawa konsistensi, mentaliti dan disiplin adalah kunci untuk berada di tahap tertinggi.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang




