Ramai orang selalu terlupa nak buat senaman di bahagian bawah badan iaitu paha dan betis hingga membentuk badan seakan-akan kon aiskrim. Atas tegap, tapi bahagian bawah keding!
Jadi, MASKULIN nak kongsi tip senaman untuk mantapkan bahagian paha dan betis sepertimana yang telah anda lakukan pada bahagian atas badan. Ia juga boleh dilakukan tanpa menggunakan dumbbell.
Anda dinasihatkan untuk melakukan senaman ini sebanyak dua kali seminggu untuk mendapatkan hasil yang diimpikan.
Cari permukaan yang tingginya 4 inci dari tanah. Letakkan bahagian hadapan kaki dan tinggalkan separuh di bahagian belakang sedikit. Tekan tumit kaki ke bawah sebanyak 15-20 kali untuk lengkapkan 1 set. Ulangi sekurang-kurangnya 2 set.
Ads
2. Lunge Pulses
Berdiri tegak dan majukan kaki kiri ke hadapan. Gunakan berat badan sebagai beban untuk menekan bahagian betis. Lakukan rutin ini sebanyak 15 kali untuk 1 set. Pastikan kaki anda turun 90 darjah untuk mendapatkan kesan yang mantap.
Mula-mula, turunkan badan kepada posisi senaman out push up. Naikkan kaki kanan ke dalam secara 90 darjah. Selepas itu tukar kepada kaki kiri. Ulangi step ini dalam masa seminit dan kelajuannya mengikut kemampuan anda.
4. Senaman Tali Skipping
Ads
Senaman ini memfokuskan otot pada bahagian betis. Namun tanpa kita sedar, ia boleh membuatkan kita berpeluh seperti tengah melakukan senaman kardiovaskular. Sebagai permulaan, anda boleh set kepada 1 minit seberapa banyak yang anda boleh lakukan. Cuba tingkatkan jumlah masa untuk hasil yang lebih memberangsangkan.
Perasan tak workout betis rasanya seperti anda sedang berlari? Untuk menutup sesi senaman bahagian betis ini, anda mesti melakukan regangan bahagian bawah untuk meredakan semula otot yang sudah dilenjan sebelum ini. Ia juga penting untuk melindungi otot anda daripada kecederaan yang tidak diingini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bagi anda yang aktif bersenam setiap hari pastinya akan rasa janggal jika tidak bersenam langsung. Pada bulan puasa kita perlu pandai untuk membahagikan masa dan menggunakan tenaga sebaik mungkin.
Bulan Ramadan mengajar kita untuk lebih bersabar. Menahan lapar dan dahaga serta perbuatan yang boleh membatalkan puasa. Dari segi senaman pula, ia boleh dilakukan.
Namun perlulah mengikut cara dan masa yang betul. Jadi tidak salah kalau nak bersenam.
Ada beberapa jenis senaman yang anda boleh lakukan secara ringan-ringan selama 15 minit pada bulan puasa. Berikut merupakan beberapa rutin yang boleh anda lakukan.
Ketika bangun pagi, lakukan plank kira-kira 2hingga 3 minit. Anda pasti dapat rasa kesannya serta merta. Usah terlalu lama, risau nanti anda jadi terlalu penat dan hilang banyak air.
Jangan buat terlalu banyak. Cukup sekadar untuk lakukan selama 20 kali dalam satu set. Ini akan membangkitkan otot lengan dan dada anda pada waktu pagi.
Regangan ini mampu memberikan sensasi yang cukup baik untuk otot keseluruhan badan anda.
Berdiri dan lakukan squats dengan perlahan-lahan. Tarik nafas dan uang selama beberapa minit.
Senaman yang nampak ringkas ini sebenarnya memberikan impak kepada bahagian perut. Lakukan selama beberapa minit sudah mencukupi.
Selepas itu lakukan own-dog. Aliran darah dari kepala turun ke badan akan dirasai. Memang badan akan jadi lebih segar.
Satu lagi senaman untuk perut. Guna sahaja dinding dalam bilik tidur. Lakukan selama kira-kira 5 minit. Jika terlalu lama, berhenti dan ulang semula.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pergi ke pasar membeli cincau,
Sedapnya air cincau!
Tular betul beberapa hari ini dengan cincau. Seperti sesetengan dan kebanyakan makanan atau minuman lain, cincau juga sangat popular di bulan Ramadan. Ia boleh dijadikan sebagai bahan pelengkap di dalam pelbagai jenis hidangan minuman seperti bersama teh ais dan susu soya.
Cincau juga boleh dijadikan minumannya sendiri sahaja dan juga pelengkap beberapa juadah dessert. Tapi ramai tak tahu sebenarnya cincau mempunyai banyak kebaikan kepada kesihatan.
Cincau juga dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai grass jelly. Ia merupakan sejenis pencuci mulut atau bahan juadah manisan yang tersohor dan banyak didapati di bahagian Timur Asia (China, Hong Kong, Macau dan juga Taiwan) dan serta juga di negara Asia Tenggara seperti di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand. Cincau dihasilkan daripada sejenis tumbuhan daripada spesis Platostoma palustre.
MANFAAT HEBAT CINCAU
Dalam satu kajian yang bertujuan untuk menyiasat kesan serbuk cincau mudah meruap sebagai antioksidan dan juga antidyslipidaemia dalam tikus Wistar, kajian tersebut mendapati bahawa walaupun diet yang tinggi dengan kolesterol diberikan kepada tikus-tikus tersebut, pengambilan 3 hidangan serbuk cincau mudah meruap didapati masih berjaya untuk mengurangkan paras kolesterol dalam darah.
Keupayaan ini dikaitkan dengan kandungan serat boleh larut yang tinggi dalam cincau. Serat yang boleh larut akan mengikat kepada asid hempedu dalam usus kecil, mengurangkan kemungkinan untuk ia diserap semula ke dalam badan serta mengurangkan paras kolesterol dalam darah. Kolesterol yang rendah dalam darah adalah faktor pelindung daripada penyakit-penyakit berkaitan salur darah seperti penyakit jantung dan angin ahmar.
Menerusi satu kajian yang dilakukan menggunakan serbuk cincau mudah meruap, saintis melakukan ujian untuk melihat keberkesanan kesan serbuk tersebut terhadap paras gula dalam darah dan juga histologi pankreas tikus kajian.
Mereka membahagiakan dua kumpulankumpulan tikus yang dikaji. Kedua-duanya diberikan alloxan untuk mencetuskan penyakit kencing manis namun hanya satu kumpulan sahaja yang menerima dos serbuk cincau mudah meruap secara oral. Selepas empat minggu, kajian mendapati bahawa paras gula dalam darah tikus yang menerima serbuk tersebut adalah lebih rendah.
Selain itu, dapatan histologi menemui tisu islets of langerhans dalam organ pankreas tikus yang menerima serbuk cincau kurang mengalami kerosakan dan kecederaan berbanding kumpulan tikus kawalan, mencadangkan bahawa terdapat peranan perlindungan yang dimainkan oleh pengambilannya.
Antioksidan telah lama dikaji dan dikenal pasti mempunyai kaitan yang rapat dengan pengaktifan sel-sel imun yang baik dan juga lata tindak balas sel. Menerusi satu model kajian in vivo yang membabitkan kanser yang dicetuskan oleh benzo(a)pyrene, pra-rawatan menggunakan ekstrak air daripada tumbuhan cincau khususnya pada dos 1000mg untuk setiap kilogram didapati mampu untuk mengurangkan insiden kanser sebanyak 57%.
Selain itu, ia juga berupaya untuk mencetuskan peningkatan dalam sel pembunuh semula jadi, merangsang interferon γ (IFN-γ) dan juga sel T cytotoxic (CD8+), berbanding kumpulan kawalan yang dirawat menggunakan ubat antikanser cyclophosphamide. Para pengkaji merumuskan bahawa antioksidan yang terdapat dalam esktrak tersebut mempunyai keupayaan untuk mempengaruhi sistem imun untuk melawan kanser dengan lebih cekap (immunomodulatory properties).
Enzim angiotensin-I converting enzyme (ACE) telah dikenal pasti sebagai enzim utama yang membawa kepada peningkatan tekanan darah melalui aktiviti produk tindak balasnya iaitu angiotensin II. Disebabkan itulah terdapat beberapa ubat antihipertensi yang tertumpu kepada penekanan enzim ini seperti ubat captopril dan juga ubat perindopril.
Dalam satu saringan tumbuh-tumbuhan dan herbal di Indonesia, para pengkaji menemui bahawa penggunaan ekstrak cincau daripada spesis palustris dalam kepekatan 100 bahagian per sejuta (100 ppm) berupaya untuk menekan aktiviti enzim ACE sebanyak 36.25%.
Walaupun kebolehan untuk menekan aktiviti enzim ini tidaklah sekuat keupayaan ubat antihipertensi seperti captopril, ia merupakan satu penemuan yang berpotensi tinggi untuk menjanjikan kesan yang lebih baik dengan kajian susulan. Secara tidak langsung, pengambilannya mampu untuk bertindak sebagai kaedah atau intervensi tabiat yang mudah dan murah dalam mencegah penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi.
Jadi amalkanlah minum dan mengambil cincau ya. Jangan lupa untuk follow IG MASKULIN!
Mendapatkan tidur yang mencukupi adalah penting dalam bidang kecergasan kerana tidur yang berkualiti memainkan peranan yang besar dalam pemulihan badan, pembaikan otot, dan prestasi fizikal secara keseluruhan. Ini adalah beberapa sebab mengapa tidur yang mencukupi penting dalam konteks kecergasan:
Semasa tidur, tubuh kita mengalami proses pemulihan, di mana tisu-tisu otot yang rosak semasa latihan akan diperbaiki. Tidur yang mencukupi membolehkan badan melakukan pemulihan ini dengan lebih efektif, membantu otot-otot kita pulih dan membesar.
Tidur yang mencukupi membantu penghasilan hormon pertumbuhan yang penting untuk pembinaan otot dan pemulihan. Hormon ini berfungsi dengan baik ketika kita tidur dalam tahap tidur nyenyak.
Kurang tidur boleh mengakibatkan keletihan dan penurunan prestasi fizikal. Dengan tidur yang mencukupi, anda akan merasa lebih bertenaga dan mampu memberikan usaha yang lebih baik semasa latihan atau aktiviti kecergasan.
Kurang tidur boleh menyebabkan kelemahan otot dan penurunan keseimbangan, meningkatkan risiko cedera semasa berolahraga. Tidur yang mencukupi dapat membantu menjaga kekuatan otot dan koordinasi.
Kurang tidur boleh mengganggu keseimbangan hormon yang mengawal selera makan. Ini boleh menyebabkan peningkatan nafsu makan, terutamanya untuk makanan berlemak dan bergula, yang boleh membawa kepada penambahan berat badan yang tidak diingini.
Tidur yang mencukupi juga penting untuk kesihatan keseluruhan, termasuk kesihatan mental dan emosi. Kekurangan tidur boleh menyebabkan stres, keletihan mental, dan masalah kesihatan mental lain.
Jadi, untuk mencapai prestasi yang baik dalam kecergasan, tidur yang mencukupi adalah sebahagian penting daripada rutin harian anda. Pastikan anda memberi tubuh anda peluang untuk pulih dan berkembang dengan tidur yang mencukupi setiap malam.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.