Jika anda sedang mencari sumber pendapatan, apa kata cuba cari kerja melalui JobStreet sebagaimana yang dikongsi oleh seorang pengguna bernama Mia Adnan.

Langkah 1:

Lengkapkan segala info yang diminta dan sentiasa update info tersebut dari semasa ke semasa.

Ini Contohnya:

BACA: ‘Tiada Degree Bukan Pengakhiran Dalam Hidup’ – Sir Hafiz Yusoff

Langkah 2:

Resume buat seringkas yang boleh, namun maklumat haruslah padat. Tidak perlu letak gambar yang terlalu fancy. Gambar anda haruslah terkini dan kemas.

IKLAN

Contoh:

Menurutnya, resume yang disediakan itu adalah hasil sumber rujukan kepada senior yang sudah berkerja. Resume tersebut haruslah ringkas dan padat.

Untuk labelkan skill pula, dia menasihati orang ramai agar meletakkan nama yang sedap seperti “management skill” untuk nampak lebih catchy dan menarik.

Apabila resume tadi dah siap, update dan upload resume di JobStreet yang tersedia.

Kemudia, keep searching dan lihat update terkini dari Lina.

Tip daripada Mia:

1. Pilihlah waktu yang bersesuaian seperti waktu kerja dari jam 9 pagi sehingga 6 petang. Elakkan apply pada lewat malam. Sekiranya anda baru tersedar atau terbaca peluang pekerjaan tersebut selepas waktu bekerja atau lewat malam, save dahulu peluang pekerjaan tersebut dan apply keesokan hari.

2. Jangan tolak atau berputus asa apabila melihat syarat-syarat permohonan pekerjaan yang menginginkan kemahiran bahasa ketiga. Teruskan memohon dan beritahu kepada syarikat tersebut untuk menghubungi anda juga walaupun anda tidak mempunyai kemahiran bahasa ketiga.

Tambahnya, jangan biarkan kotak “PICTH” itu kosong. Letak sedikit nota seperti “Jika ingin minta CV atau ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya di…”.

Dateline di JobStreet juga harus diambil berat. Jangan sesekali apply sesuatu yang sudah tamat tempoh.

Pastikan anda emel resume berserta cover letter agar permohonan anda nampak proper dan syarikat tersebut akan memberikan maklum balas dengan cepat.

Contoh:

Sumber: Mia Adnan