Jumlah kenderaan yang akan keluar dari bandar-bandar utama akan meningkat mendadak sepanjang musim perayaan ini.

Dalam tempoh beberapa hari ini suasana dan keadaan trafik di hampir kesemua lebuh raya utama di negara akan menjadi sangat sesak.

Ketibaan Tahun Baru Cina pada minggu hadapan akan menyaksikan bermula pada minggu ini kenderaanb akan berpusu-pusu keluar meninggalkan ibu kota untuk pulang ke kampung halaman.

Dengan cuti yang panjang pasti ramai yang akan ambil kesempatan ini untuk pulang ke kampung. Bila jumlah kenderaan bertambah berkali-kali ganda di atas jalan raya kesesakan luar biasa pasti akan berlaku.

Dan dalam kesesakan ini kita sudah biasa melihat pemandu-pemandu yang mementingkan diri sendiri dan tak bertamadun melakukan kesalahan seperti menggunakan laluan kecemasan dan memotong barisan.

Ini Cara Lapor Kesalahan Pemandu Tak Bertamadun, Salah Satunya Guna Lorong Kecemasan
Jumlah kenderaan yang akan keluar dari bandar-bandar utama akan meningkat mendadak sepanjang musim perayaan ini.

Pastinya kita akan berasa sangat geram dengan sikap tak bertanggungjawab seperti ini. Jadi apa yang boleh anda lakukan?

IKLAN

Sebenarnya menurut Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), anda sebagai pengguna jalan raya boleh membuat aduan kepada mereka. Tapi saluran manakah yang boleh kita sebagai pengguna jalan raya membuat aduan ini?

Anda boleh membuat aduan dengan menghangtar e-mel kepada aduantrafik@jpj.gov.my. Tapi perkara pertama ada perlu lakukan ialah maklumat berikut:

  • nyatakan secara ringkas laporan kesalahan yang ada saksikan
  • tarikh dan masa ia berlaku
  • lokasi kejadian
  • jenis kenderaan
  • nombor plat pendaftaraan yang melakukan kesalahan
  • foto atau video untuk dijadikan sebagai bukti

Jika anda lengkap mempunyai maklumat di atas janganlah ragu-ragu untuk terus e-mel kepada JPJ. Pihak JPJ akan membalas e-mel anda bahawa tindakan akan diambil dengan memanggil pemilik kenderaan yang melakukan kesalahan tersebut untuk memberikan maklumat lanjut. Jika didapati bersalah saman akan dikeluarkan.

IKLAN

Antara kesalahan utama yang boleh anda laporkan ialah;

  • Salah guna lorong kecemasan
  • Mengekori kenderaan di hadapan terlalu dekat
  • Memotong barisan
Ini Cara Lapor Kesalahan Pemandu Tak Bertamadun, Salah Satunya Guna Lorong Kecemasan
Foto: BERNAMA

Dan tahukah anda tiga kesalahan yang dinyatakan di atas boleh disaman serta-merta RM300! Anda juga jangan teragak-agak membuat aduan jika adan kenderaan melanggar lamput isyarat dan menggunakan telefon bimbit ketika memandu.

Tapi janganlah pula anda merakamkan foto atau video sambil memandu. Itu sudah jadi satu kesalahan pula untuk anda yang memandu. Jika boleh minta penumpang lain ambilkan foto atau video.

IKLAN

Andai kata anda seorang diri, tunggu bila kenderaan berhenti dan rakamkan apa sahaja kesalahan yang anda saksikan.

Sama-sama kita menjadi netizen yang lebih peka dengan keselamatan jalan raya!

BACA: Ketahui 6 Jenis Kesalahan Saman RM300 Serta Merta Sepanjang Op Selamat 14. 

Kredit: BERNAMA

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI