ANAK SULUNG SANGAT DIPERCAYAI Dalam kehidupan, anak sulung ni ibarat pengalaman pertama buat mereka yang mendirikan rumah tangga. Jadi, banyak perkara yang hendak dilakukan atau dihadapi oleh anak sulung, turut menjadi satu kerisauan buat para ibu bapa. Sama ada dalam hal memandu kenderaan, atau masuk ke alam universiti, atau ke alam pekerjaan mahupun perkahwinan, kebanyakan ibu bapa sangat berhati-hati.
Naluri mereka sebagai anak sulung dalam keluarga telah membuatkan mereka yakin mereka mampu untuk menjadi ‘leader’. Hatta, kadangkala dalam pergaulan sekalipun, biarpun dalam kelompok yang lebih berusia, mereka mampu didominasi oleh karakter anak sulung tadi. Kebanyakan anak sulung YAKIN mereka boleh berdikari dan melakukan banyak perkara tanpa mengharapkan bantuan sesiapa. Mereka pasti suka jika diberikan ayat seperti, “Abang, boleh tolong bank in kan bla..bla..”, “Kakak, tolong mama sekian sekian…”. Mereka akan cuba untuk buktikan merekalah yang terbaik.
Jadi, kadangkala apabila ibu bapa mahupun insan lain yang cuba untuk mengatur itu dan ini, dan jika perkara itu kelihatan tidak diberikan kepercayaan, mereka akan menjadi tertekan. Sebagai contoh, pengalaman pertama mereka memandu kenderaan. Ada sesetengah yang tidak suka dikritik sebelum melihat terlebih dahulu mereka memandu. Oleh itu, BERIKAN KEPERCAYAAN. Kurangkan sedikit perasaan ragu-ragu dan terlalu bimbang. Mereka boleh lakukannya! Percayalah.
PENTINGKAN ORANG SEKELILING Sebagai anak sulung, mereka ibarat menyambung HARAPAN ibu dan ayah yang perlu direalisasikan. Ibarat cerita dongeng yang sudah siap 80%, 20 % bakinya mereka merasakan merekalah yang perlu menyudahkannya. Biarpun kadangkala perkara itu terpaksa untuk menyebabkan beberapa harapan sendiri terkorban. Seringkali dalam hidup mereka, keputusan yang bakal dilakukan itu mengambil kira 360 darjah insan terpenting dalam hidup mereka. Jika insan terpenting ialah ahli keluarga dan ibu bapa, maka kepentingan untuk mengutamakan ibu bapa dan keluarga lah yang akan mendominasi keputusan anak sulung tadi.
Ads
Bukan apa, mereka cuma tidak mahu menyusahkan insan terpenting dalam hidup mereka. Menyusahkan ini dalam erti kata menyebabkan orang lain menjadi terbeban dengan keputusan yang bakal diambil. Banyak perkara yang dibuat perlu mengambil kira kebahagiaan insan terpenting sebelum diri sendiri. Biarpun terluka, namun kebahagiaan itu ialah apabila melihat insan terpenting dalam hidup mereka bahagia.
Ads
TIDAK DILIHAT LEMAH Rata-rata karakter anak sulung kelihatan seperti ceria dan suka menghiburkan orang lain. Namun, dia menyimpan sejuta satu rahsia yang hanya akan diceritakan hanya kepada insan-insan terpilih sahaja. Banyak kisah privasi sendiri yang dipendam; tidak diceritakan kepada sesiapapun hatta ibu dan bapa sendiri. Kadangkala nampak seperti kayu atau batu kerana tidak pandai untuk mempamerkan perasaan kasih sayang. Ada masa mereka akan menjadi keanak-anakan.
Apa yang paling penting, mereka tidak mahu dilihat lemah oleh ibu bapa, dan adik-beradik yang lain. Luaran nampak macho, tapi dalam hati ada taman. Mereka sebenarnya cuba untuk melakukan sesuatu yang boleh membahagiakan insan sekeliling, namun mungkin disebabkan ego mereka ini, mereka dilihat kurang romantis dalam perhubungan. Jadi kepada yang ada abang atau kakak yang tak reti nak bermanja-manja, mereka bukan tak suka atau tak sayang. Tapi, control macho gitu. Haha. Hakikatnya, mereka sangat sayangkan korang. Cubalah sesiapa menyentuh sensitiviti berkenaan keluarga, memang berapilah. Dan, mereka sangat protective keluarga sendiri.
Ads
SANGAT BERTANGGUNGJAWAB Semakin membesar, anak-anak sulung sebenarnya sedang menggalas expectations daripada insan sekeliling terutama ibu dan bapa. Semasa proses membesar, mereka kerap diceritakan dengan kisah-kisah kesusahan ibu bapa, kisah-kisah kejayaan orang lain, mungkin juga kisah-kisah kejayaan ibu bapa sendiri. Perkara-perkara ini menjadi suatu motivasi untuk mereka berusaha meraih apa yang dihasratkan. Namun begitu, kadangkala kita sebagai insan terdekat kurang memberi sokongan.
Kadangkala apabila kita terlalu meletakkan expectation semata-mata, sedangkan tidak mampu digalas pun oleh anak sulung tadi, maka ia boleh menjadi penyebab kepada tekanan dalam diri. Mereka akan berfikir bahawa mereka telah mengecewakan perasaan orang lain seterusnya merasakan kekurangan dalam diri mereka. Sebaliknya, jika kita kurang untuk meletakkan expectation, namun banyakkan sokongan, mereka pasti akan berasa sedikit kebebasan dalam membuat sebarang pilihan dalam hidup. Ingatlah, bahawa KITA BUKAN TUHAN yang berhak mengaturkan itu dan ini. Sebaliknya, kita hanya mampu berusaha dan berdoa sahaja. Selebihnya, TAWAKKAL kepada TUHAN. Perkara inilah yang seringkali kita tersilap.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Seorang lelaki tidak semestinya bersifat agresif, egois dan ‘arrogant’ untuk menjadi maskulin. Bagi saya, lelaki maskulin adalah lelaki yang berpersonaliti menarik dan yakin diri. Tidak salah sekiranya lelaki memiliki sifat sensitif. Paling penting, dia tahu apa yang dia buat dan apa yang dia mahu.
Bila bermula?
Kira-kira dua tahun lepas. Ketika baru mula bekerja, badan terasa lesu setiap kali saya pulang ke rumah. Tambah pula badan saya kurus dan saya rasa saya mempunyai keyakinan diri yang rendah. Jadi, saya mengambil keputusan untuk bersenam di gimnasium. Selain menghilangkan stres dan lesu, hasilnya saya lebih yakin dan percaya diri serta badan lebih sihat, aktif dan produktif.
Lagi pula, ketika zaman persekolahan, saya seorang yang tidak gemar bersukan. Saya hanya menumpukan perhatian pada akademik dan pelajaran. Kawan-kawan menggelarkan saya ‘kaki bangku’ kerana tidak aktif bersukan. Sekarang saya sudah menjumpai alternatif lain selain bersukan iaitu workout atau bersenam di gimnasium. Saya juga mula menghadiri kelas Yoga untuk fleksibiliti.
Rutin harian
Melakukan senaman sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Senaman kardio tiga kali seminggu dan Yoga sekali seminggu. Saya lebih gemar melakukan bodyweight training berbanding heavyweight training.
Idola dan inspirasi
Adi Gillespie. Dia seorang fitness influencer, peragawan dan juga jurulatih kecergasan. Saya mula mengikuti perkembangan Adi di akaun Instagram miliknya. Dia juga merupakan bekas tentera Amerika Syarikat. Adi banyak melakukan aktiviti kecergasan yang melibatkan bodyweight training sama seperti saya. Beliau juga mempraktikkan pengambilan diet pemakanan yang natural dengan supplements dan Whey Protein serta tidak sesekali mengambil sebarang dadah atau steroid. Dia juga seorang usahawan yang menjual persalinan dan barang-barang sukan dan kecergasan, Admire yang berbasis di London, England, Adi Gillespie bukan sahaja memiliki otot yang kekar malah otak yang geliga kerana dia menggunakan bakat kecergasannya ke arah perniagaan. That inspired me the most.
Tip kecergasan untuk usahawan
Untuk usahawan di luar sana, harus selalu ingat, kehidupan mesti seimbang. Ketika kamu sedang sibuk mencari wang, badan dan diri juga perlu kamu berikan perhatian. Jangan sampai kesihatan diri terabai. Jadikan senaman sebagai gaya hidup. Jangan hanya terperap di hadapan komputer atau pergi ke hulu-hilir tanpa arah. Mulakan senaman, tak kira di gimnasium atau pun hanya di taman-taman. Keluarkan peluh.
Selain itu, kesihatan dan kecergasan sebenarnya bermula dengan diet dan pemakanan yang seimbang. Ketika memakan nasi, makan lah secara sederhana. Pada masa yang sama, kurangkan pengambilan gula pada minuman. Minum air putih dan hindarkan minum air berkarbonat.
Bagi anda yang bukan usahawan, ceburlah diri dalam bidang ini. Get yourself a proper fitness or a business certifications. Bincang dan dalami selok belok perniagaan dan kecergasan. Banyak aktiviti kecergasan yang boleh dijadikan perniagaan sekarang. Contohnya, health talk, mengajar kecergasan, membekal barangan gimnasium/supplements atau membuka sebuah gimnasium fizikal.
Harapan dan perancangan
Saya merancang untuk mendapatkan sijil jurulatih kecergasan. Saya mahukan aspek kecergasan dapat dirasai dan dilakukan segenap lapisan masyarakat, terutamanya pelajar. Saya berharap agar kerajaan menambah lebih banyak gimnasium rakyat ke serata pelosok negara dengan kelengkapan-kelengkapan gimnasium setaraf gimnasium komersial. Saya amat berharap kerajaan menambah bajet yang besar untuk kecergasan dan aktiviti-aktiviti seumpamanya untuk remaja kita. Akhir sekali, jangan hanya sekadar berharap, lakukan ia sehingga anda mendapat hasilnya!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jutawan ini sumbang semua harta apabila meninggal dunia. Kadang-kadang Allah jadikan sakit sbgai asbab kita menjadi lebih baik lebih bertaqwa dan lebih mnghargai segala nikmat yg Allah kurniakan. Sebab tu hidup di dunia ni jangan keduniaan sangat. Nak belajar tentang hidup sila ke hospital, kubur, penjara, sesi mandi dan kafan jenazah.
Beliau beruntung kerana dapat mengetahui dari Allah akan kematiannya. Beliau boleh fokus pada ibadah selama masa hidupnya. Tiada lagi kecintaan pada dunia. Sedangkan kita masih mampu goyang kaki.Walhal kita pun bila-bila masa saja boleh mati.
RAMAI yang tidak mengenali Ali Banat, seorang pemuda Islam yang berasal dari Sydney. Dia hidup dalam kemewahan, memakai pakaian berjenama dan memandu kereta mewah. Tiga tahun lalu, Ali, yang merupakan seorang ahli perniagaan telah disahkan menghidap kanser dan diberikan masa selama tujuh bulan untuk hidup.
Namun Ali dipanjang usia oleh Allah sehingga tiga tahun selepas disahkan menghidap kanser. Sejak itu dia menukar gaya hidup dan membelanjakan wangnya untuk kebajikan dan kemanusiaan.
Namun semalam, bintang YouTube popular, Adam Salleh telah mengumumkan berita kematian Ali menerusi akaun twitternya.
“Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un! Ali Banat adalah inspirasi kepada saya dan untuk dunia ini!!. Beliau mempunyai kisah emosi untuk memberitahu dunia bagaimana beliau diberkati dengan kanser !! Beliau selalu senyum. Saya terkesan bagaimana beliau tewas dalam perjuangan dengan kanser, Tolong doakan beliau,’’ demikian tulis Adam.
Ali mula dikenali selepas videonya Gifted With Cancer atau `Diberkati Dengan Kanser’ menjadi viral.
Video itu memaparkan kehidupan Ali sebelum ini yang dilimpahi dengan kemewahan. Bilik tidurnya dipenuhi dengan kasut Louis Vuitton iaitu satu-satunya jenama yang dipakainya, gelang bernilai RM180,000 serta salah satu kereta yang dimilikinya termasuk Ferrari Spider yang berharga RM1.7 juta.
Bagaimanapun selepas Ali jatuh sakit, dia menyedari kemewahan itu tidak memberi makna kepadanya.
“Apabila anda jatuh sakit atau anda tidak mempunyai banyak masa untuk hidup, ini adalah perkara terakhir yang anda ingin kejar. Dan itulah bagaimana kita perlu menjalani kehidupan kita setiap hari,’’ katanya dalam video itu.
Ali kemudiannya menderma hartanya menerusi organisasi kebajikan iaitu Muslims Around the World (MATW) yang diasaskannya.
Dengan wang yang ada, dia membina 200 rumah untuk ibu tunggal, masjid, sekolah untuk 600 anak yatim, klinik dan perniagaan untuk penduduk setempat di Togo, Ghana dan Burkina Faso.
Selain itu, Ali juga melawat negara Afrika berkenaan dan bekerja keras untuk mengutip sumbangan
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.