Populariti sukan bola keranjang kini semakin meningkat terutamanya di kalangan lelaki urban. Ini kerana semakin banyak gelanggang tertutup bola keranjang boleh di dapati di sekitar Lembah Klang.
Sukan yang memberi impak tinggi ini mampu membakar kalori badan dengan kadar cukup tinggi. Lihat sajalah badan dan fizikal atlet-atlet profesional bintang bola keranjang NBA. Kebanyakan daripada mereka memiliki badan yang lean dan mempunyai muscle kuat terutamanya di bahagian perut, kaki dan tangan.
Bermain boleh keranjang tak memerlukan banyak alat. Anda hanya perlu gelanggang, bola dan juga kasut yang sesuai. Bagi mengelakkan kecederaan pemilihan kasut yang sesuai sangatlah penting. Antara jenama yang sering menampilkan kasut bola keranjang yang selesa ialah Under Armour.
Ads
Dua pemain bola keranjang negara, Kuek and Ivan turut hadir pada majlis pelancarannya.
Kolaborasi mereka dengan pemain profesional NBA, Stephen Curry telah diketahui umum dan ia kini memasuki siri yang keenam. Terbaru Under Armour memperkenalkan Curry 6 yang menampilkan ciri-ciri keselesaan, keselamatan dan kemampuan menyerap tekanan.
Ads
Ads
MASKULIN baru-baru ini turut serta dalam majlis pelancaran Curry 6 yang turut dihadiri oleh selebriti terkenal seperti Yasmin Hani, Atilia Haron, Theeban Gonvindasamy (atlet MMA), Shawn Lee (personaliti YouTube), Jeff Lau (pelari maraton) dan juga dua pemain bola keranjang negara Kuek Tian Yuan dan Ivan Yeo.
Koleksi terbaru dari Under Armour, Curry 6 dan Spawn Low.
Selain Curry 6, Under Armour turut memperkenalkan Spawn Low yang rekaannya dipelopori oleh Joel Embid. Apa yang menarik kedua-dua kasut ini dihasilkan dengan menggunakan data biometrik pemain NBA tersebut.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Cuaca Malaysia bukan lagi seperti dulu. Jabatan Meteorologi dah pun mengesahkan — musim panas dan kering yang sedang kita lalui sekarang dijangka berlarutan sehingga September. Suhu boleh cecah lebih 35°C, kelembapan rendah, dan risiko kebakaran serta strok haba makin meningkat.
Bro, ini bukan masa untuk jadi hero tak bertempat. Cuaca panas macam ini bukan saja boleh menjejaskan kesihatan, malah boleh menyebabkan kemalangan, kerosakan alat elektronik, dan juga gangguan prestasi fizikal dan mental.
So, Maskulin kali ini tampil dengan langkah-langkah bersifat ‘survival mode’. Jangan tunggu sampai badan tumbang. Ini 7 langkah berjaga-jaga yang wajib kau amalkan.
Minimum 2 liter sehari bukan lagi pilihan, tapi keperluan.
Minuman manis, berkafein dan beralkohol? Elakkan buat masa sekarang. Tubuh perlukan air bersih untuk kekal sejuk dan menstabilkan suhu badan.
Tip Maskulin: Sentiasa bawa botol air reusable. Lagi jantan kalau kau sedar tanggungjawab jaga alam sekitar sekali.
Antara jam 11 pagi hingga 4 petang adalah waktu paling panas. Elakkan bersenam atau bekerja berat ketika ini. Kalau terpaksa juga, pastikan kawasan terbuka ada tempat berteduh dan bawa bekalan air mencukupi.
Lupakan jaket tebal atau pakaian hitam gelap. Pilih fabrik bernafas seperti kapas, berwarna cerah dan longgar. Ia membantu perpeluhan dan pengaliran udara.
Style tip: Siapa kata berpakaian santai tak boleh nampak segak? Gaya maskulin tetap boleh maintain walaupun dalam suhu tropika ekstrem.
Kulit lelaki pun perlu perlindungan. Gunakan sunscreen sekurang-kurangnya SPF 30, topi, dan cermin mata gelap bila berada di luar. Sinar UV boleh rosakkan kulit, malah meningkatkan risiko kanser kulit.
Jangan tinggal anak, orang tua atau haiwan dalam kereta walaupun hanya sekejap. Suhu dalam kereta boleh naik hingga 70°C.
Gunakan penebat haba di tingkap, kipas tambahan, atau pendingin hawa untuk kekal sejuk di rumah.
Kalau kau mula rasa:
Terus dapatkan tempat redup dan rehat + minum air. Kalau makin teruk, jangan jadi ego — terus dapatkan rawatan.
Cuaca panas boleh buat kau cepat marah, moody dan susah fokus. Dapatkan tidur cukup, kawal tekanan dan buat aktiviti ringan seperti meditasi atau stretching. Kesihatan mental pun penting, bro.
Bro, jaga diri, jaga gaya, dan terus jadi lelaki bijak dalam apa jua cuaca.
Kalau nak berat turun penting untuk anda ambil makanan diet. Ya, bukan mudah nak maintain kurus selepas berdiet. Jadi untuk anda kekal kurus, guna makanan diet yang betul.
Ingat! Jika diet tak jaga, tak mustahil berat badan anda boleh naik semula. Jangan kerana tak amalkan pengambilan makanan diet, berat yang turun sejak anda diet berbulan-bulan lamanya kembali ke berat asal.
Bagi yang nak berdiet ataupun mengekalkan berat badan, pastikan anda guna 27 makanan diet yang dikongsikan Aimi Nawi menerusi laman Facebooknya.
Dengan panduan makanan diet ini, anda masih mampu makan makanan yang sedap, mengenyangkan dan sihat. Hanya perlu mengubah sedikit pengambilan makanan kepada makanan diet ini untuk anda mendapatkan berat badan yang diidamkan.
Hari tu jalan-jalan dekat Tesco sempat lah snap gambar-gambar beberapa barang diet yang saya guna dari dulu sampai sekarang. Nak share dengan geng #eatandslim tapi takpe kita share sini je bagi ramai lagi dapat manfaat.
Bila diet sihat ni bukannya kita makan special sangat or makan pelik-pelik dari orang lain pun. Kita cuma kena pilih bahan makanan yang lebih baik je.
Selalunya kita nak yang low GI supaya kita kenyang lama. Kita nak yang takde added sugar sebab kalau perlu kita tambah sendiri je gula baru boleh control kuantiti.
Tu je. Takde pelik sangat. Dan bahan-bahan ni pun bagus untuk kesihatan. So dah kurus pun teruskan lah cara yang sama baru boleh maintain berat.
8 dari 10 orang yang turun berat akan naik balik berat dia dalam tempoh setahun. Haa awak nak ke jadi macam tu? Penat je diet kan.
Kalau tak nak, pesanan penaja dont do diet but change your way of eating☺️
Ni saya suka buat snacking bila kadang teringin nak makan something sweet. Masalahnya sedap sangat 2 keping rasa tak cukup. Haha so be careful lah naa?
Siapa suka minum Coffee tu nah boleh try instant coffee Essenso ni. 1 sachet baru 7kcal. Coffee juga bantu boost metabolisme tapi dengan syarat gula jangan lah bersudu-sudu.
Nak letak gula max 1 tsp. Nak ala-ala white coffee tu tambah fresh milk. Susu pekat manis a big NO okay. Nak kurus kan?
Kebanyakan orang boleh ambil maximum 6 tsp (sudu kecil) gula tambahan je sehari. Tapi majoriti ambil kita gula 4-5 ganda dari tu.
Siapa kata diet tak boleh guna minyak. Boleh tapi hadkan maximum 1 tbsp per serving. Maknanya sekali masak tu guna 1 tbsp je lah.
Minyak dekat pasaran ada 2 jenis. Satu macam botol kiri tulis Minyak Sawit Olein Bertapis. Dan satu lagi belah kanan tu campuran minyak sawit dan minyak lain dinamakan minyak sebatian.
SEBAIKNYA guna yang belah kiri which is minyak sawit olein tu.
Tapi jenis minyak ni tak significant sebab yang penting control KUANTITI penggunaan.
Kebanyakan orang boleh ambil maximum 2 tbsp (sudu besar) minyak je sehari. Sebab tu nak kurus kena kurangkan sangat makanan bergoreng.
My choice is coconut oil tapi kalau nak deep fry guna minyak sawit je sebab murah sikit Gambar di atas sebagai contoh, bukan nak promote mana-mana brand.
Mayo brand Kewpie. Warna pink mayo Low Fat. Warna merah yang biasa.
Pink rendah kalori, rendah lemak, tinggi karbohidrat
Merah tinggi kalori, tinggi lemak, rendah karbon.
Nak pilih mana satu? Kalau saya mana-mana pun boleh sebab yang penting KUANTITI. Mayo hadkan 1 tsp per serving.
Tapi kalau dah contoh sandwich tu letak cheese atau protein tu dah goreng ke, tak perlulah letak mayo. Nak diet meal kena balance. Jangan semua benda nak letak.
Ni antara sos yang selalu guna dalam meal #dapursihat
Kalau orang diet Eat Clean tak boleh la kot kan ambil sos macam ni.
Tapi sebab saya bukan buat Eat Clean. Saya cuma healthy & balance diet.
So sos boleh guna yang penting kawal KUANTITI.
Sos limit maximum 3 jenis sos. Dan hadkan penggunaan 1 tbsp sos je per serving. Kalau nak guna sampai 3 sos pun total combine max 1 tbsp juga. Lagi kurang lagi bagus.
Kebulur la ahkak kalau diet tak makan nasi kan. Bagi yang nak belajar kurangkan portion nasi tu ahkak advice makan Beras Parboiled ni.
Ada macam-macam brand tapi yang brand Jati tu paling murah (5kg dalam RM20). Jasmine dan Faiz mahal sikit.
Beras parboiled ni bagusnya GI rendah. Jadi makan sikit pun kenyang. Sesuai la untuk orang diet kena kurangkan portion nasi.
Beras parboiled ni ada khasiat macam beras perang tapi rasa macam beras putih. Kebanyakan orang kata beras perang tak sedap. So makanlah beras parboiled. Khasiat beras perang tapi rasa beras putih.
Untuk yang ada masalah kencing manis pun digalakkan guna beras parboiled.
Jem biasa dekat kedai tu semua tinggi gula. Yang guna High Fructose Corn Syrup atau Dextrose pun banyak. Tak nak tau.
Nak jem beli yang brand St.Dalfour ni. NO sugar added. Natural sweeteness dari buah je.
Mahal sikit. Tapi sihat dan kalori pun rendah.
Ni satu lagi jam brand Steffi. Walaupun tulis no sugar added tapi tengok ingredient ada guna maltitol syrup which is sejenis gula alkohol.
Walaupun alkohol tapi dia bukan alkohol yang memabukkan tu.
Gula alcohol ni bersifat low GI cuma dalam steffi ni guna maltitol yang GI dia tinggi sikit dari gula alkohol lain tapi still low GI.
Cuma as warned dekat botol tu kalau consume banyak sangat boleh ada laxative effect (cirit). Ada orang akan bloating, badan berangin etc.
Ni garam bukit warna pink tu. Benefit nya, ada sedikit mineral lain. Tapi bab garam ni pun sama. Jenis tak lah main peranan sangat sebab yang penting KUANTITI. Jadi guna sesikit yang boleh.
Ahkak dinner suka makan wrap. Cepat. Sebab malas nak masak?
Wrap digalakkan guna yang Wholegrain atau 6 Grains. GI lagi rendah, so kenyang lama.
Sebaiknya guna oat jenis ROLLED OAT. Kenyang lagi lama. Tapi kalau nak guna instant oat pastikan plain bukan yang 3 in 1 tu sebab banyak gula dalam tu.
Nak bihun the best cari yang bihun dari beras perang yang rendah GI macam ni.
Bihun biasa yang putih tu GI tinggi. So kita makan sikit tapi kurang kenyang. Cuma kalau nak jugak boleh tapi mesti follow rule PingganSihat. Mesti ada protein dan a lot of veggies. Baru boleh rendahkan GI hidangan tu. Baru kenyang lama.
Diet nak makan mee? Boleh. Nah guna Vit’s Ramen Mi Kuning ni. Lagi menyenyangkan dari mee kuning biasa. Dan low fat.
Nandos ni sebab sos dia agak sihat dan rendah kalori. Tapi personallly saya tak minat pun. Kalau makan sandwich or wrap sama ada guna #chilijam by #dapursihat or guna je sos cili life tu tapi hadkan 1/2 tbsp. Sebab sos cili manis, tinggi gula.
Jemu makan sandwich. Jemu makan wrap. Boleh try buat menu pita pulak. My choice pita wholemeal. Kenyang lama.
Beans & lentils bagus tau untuk orang diet. Buat baked beans makan dengan 2 keping roti dan 1 bj telur separuh masak so yummmy?
Guna yang tuna in water tak kisah brand apa pun. Tak nak yang in oil or mayo ke apa.
My favorite plain Fresh Yogurt brand Sunglo. Atau boleh juga plain Greek Yogurt. Letak fresh fruit, letak #homemadepeanutbutter by #dapursihat pun dah sedap.
Beza fresh yogurt dengan greek yogurt ni fresh yogurt lagi rendah protein dari greek yogurt. Tapi kurang masam.
My choice Bega Super Slim sebab lagi rendah kalori☺️
Guna brand Kewpie tapi had 1 tsp je tau. Tapi lama-lama buat sendiri je salad dressing guna Fresh yogurt mix dengan Apple cider, sedikit salt dan sedikit P3 sweetener or gula.
Perempuan dan coklat mana boleh dipisahkan ? tapi tengah diet tu nak makan coklat cari Dark chocolate dan at least 70% Cocoa. Dalam gambar tu 72% cocoa. 1-2 bar kecik tu je ya limit nak makan. Bukan 1 peket ?
Kena belajar makan ayam dada sebab kurang lemak, tinggi lean protein. Paling elakkan chicken wing.
Kali ini MASKULIN ingin share beberapa fakta menarik atau fun fact tentang beberapa undang-undang bola sepak yang mungkin selama ini anda sendiri tak tahu kewujudannya.
Pemain tidak boleh menjaringkan gol sendiri secara terus dari sepakan percuma atau lontaran ke dalam. Sebaliknya pihak lawan akan diberikan sepakan sudut.
Kad kuning diberikan ke atas pemain yang meraikan jaringan dengan keterlaluan adalah muktamad. Walaupun selepas itu pihak pengadil mendapati jaringan tidak sah dan dibatalkan.
Pemain boleh dikenakan kad merah sebelum bermulanya sepak mula. Tindakan yang tiada sifat kesukanan atau agresif ke atas penonton atau pemain lawan boleh dikenakan kad merah walaupun wisel belum ditiup.
Andai kata bola yang dijaringkan didapati bocor atau kemek, jaringan tersebut tidak akan dikira. Ini kerana bola yang masuk ke dalam gawang haruslah berada dalam keadaan sempurna.
Perlawanan hanya boleh diteruskan jika setiap pasukan mempunyai sekurang-kurangnya tujuh orang pemain. Jika ada lagi pemain dikenakan kad merah perlawanan akan dihentikan. Ini kerana maksimum kad merah untuk sebuah pasukan hanyalah empat.
Jika pemain lawan yang membuat benteng di dalam kotak penalti semasa sepakan percuma membaling ‘shin guard’ terhadap bola, pengadil akan memberikan sepakan penalti. Shin guard tersebut dianggap sebagai ‘extension’ kepada tangan pemain yang melontar.
Semasa sepakan percuma pemain menyerang perlu berada sekurang-kurangnya 1 ela daripada benteng pasukan bertahan. Peraturan ini diperkenalkan bermula musim 2019/20 bagi mengurangkan melengahkan perlawan dan keagresifan.
Penjaga gol tidak dibenarkan menyentak tiang gol sehingga ia beralih kedudukan
Terdapat pelbagai undang-undang bola sepak yang MASKULIN sendiri pun tidak tahu bahawa ia selama ini wujud. Semoga perkongsian ini dapat memberikan pencerahan terutama buat anda peminat bola sepak.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.