Antara kesan yang akan dialami oleh pesakit diabetes adalah dipotong anggota badan bermula daripada kaki. Di Malaysia kesnya agak banyak.
Ini terjadi kerana kita tidak menjaga pemakanan seharian. Walaupun kerajaan sudah banyak menggesa kita untuk menjaga makan, namun masih ada lagi orang yang akan dipotong anggota badan untuk mengawal virus tersebut.
Disebabkan itu, ia telah menyedarkan seorang pemuda bernama Ammar Shauqi. Dia berkongsi antara sebab yang menyedarkannya untuk menguruskan badan adalah kerana takut apa yang ditontonnya melalui video potong kaki berlaku kepada dirinya sendiri.
Ikuti perkongsiannya bagaimana dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 85Kg dalam masa setahun. Dia membuat perkongsian tersebut melalui twitter thread miliknya.
BACA: Lelaki Ini Kongsi 7 Tip Mudah Orang Kurus Nak Naikkan Badan Secara Sihat & Sado
Dia berkongsikan hasil usaha proses kurusnya selama setahun
Segalanya bermula disebabkan takut dipotong kaki bila terkena penyakit diebetes
Sebelum ini dia boleh menghabiskan susu pekat dengan sekali teguk sahaja
Bermula dengan mengira jumlah kalori yang dimakan dalam sehari
Guna website untuk kira pengambilan kalori
Mengira kalori mengikut lauk yang dimakan
Jangan malas untuk kira kalori
Boleh makan apa sahaja, asalkan tidak lebih dari jumlah kalori yang sudah ditetapkan
Dia berkongsikan lauk yang diambilnya dalam sehari
Mula-mula memang susah, tapi lama-lama kita akan biasa
Elak makan kulit ayam dan minum air manis. Cuba untuk tukar cara makan & minum, kalau tidak bazir sahaja usaha anda selama ini
Banyakkan minum air kosong serta ikut keperluan. Gantikan ia daripada minum air manis
BACA: Nak Kekal Kurus & Sihat, Lelaki Kena Selalu Bangun Awal Pagi, Ini 5 Kebaikannya
Ketika makan, jangan terus minum, tunggu 5 minit baru minum air kosong
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Badan Lebih Cergas & Tidur Lebih Nyenyak, Lakukan Tiga Jenis Senaman Berimpak Baik Ini!
Melakukan senaman bukan sahaja dapat menguatkan stamina dan kecergasan diri malah ia mampu memberikan kesihatan mental yang lebih baik.
Selain membantu selera makan dan tidur yang lebih nyenyak melakukan senaman yang efektif juga baik untuk membantu menguatkan jantung anda.
Bagi anda yang tidak gemar melakukan senaman di luar kawasan rumah terdapat beberapa senaman ‘indoor’ yang anda boleh lakukan.
Berikut MASKULIN kongsikan 3 jenis seaman yang mampu membantu anda mencapai kecergasan yang mantap!
SHUTTLE RUN
- Bongkokkan badan dengan keadaan kaki kiri dan kanan dibuka luas.
- Kedua belah tangan dirapatkan ke sisi dan muka dihadapkan ke hadapann
- Gerak ke kanan dan sentuh lantai menggunakan tangan kanan.
- Tangan kiri diangkat selari dengan kedudukkan kaki kiri.
- Ulang semula dengan kaki dan tangan kiriLakukan sebanyak 2 set dan 4 kali ulangan
BODY-WEIGHT JUMP SQUAT
- Letakkan kedua belah telapak tangan di belakang kepala.
- Bahu ditolakkan ke belakang selari dengan bahagian sisi badan.
- Rendahkan badan sehingga kedua belah lutut membengkok
- Lompat setinggi mampu dan pastikan kedua kaki diluruskan sewaktu melompat
- Jatuh ke posisi asalLakukan sebanyak 2 set dan 5 kali ulangan.
SAND SKIP
- Bongkokkan badan dengan kaki kiri dibengkokkan.
- Kaki kanan diangkat lurus ke belakang.
- Tangan kiri diletakkan selari dengan sisi tubuh.
- Lompat setinggi mampu dengan menggunakan kaki kiri.
- Lutut kaki kanan diangkat ke hadapan separas dengan perut.
- Tangan kanan diangkat ke hadapanUlang semula dengan kaki kanan
- Lakukan sebanyak 2 set dan 5 kali ulangan
Semoga tiga rutin senaman di atas mampu membantu anda untuk terus bersenam dan mendapatkan kesihatan yang baik. Pastikan anda melakukannya secara rutin!
Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik di bawah!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
10 Pempengaruh Kecergasan Lelaki Teratas Dunia 2024 – Natural Foundation
Sejak media sosial semakin mendominasi, ramai individu dilihat mampu menonjol dan mengetengahkan diri mereka di mata umum dalam bidang yang mereka ceburi. Begitu juga di bidang kecergasan, semakin ramai jurulatih dan penggiat kecergasan membina nama dan kerjaya mereka menerusi platform media sosial.
Memetik laporan kajian oleh Natural Foundation Supplement, ini merupakan 10 pempengaruh kecergasan lelaki paling berpengaruh di dunia bagi tahun 2024.
Kajian ini berdasarkan penglibatan mereka di media sosial seperti Instagram, Tiktok dan Youtube serta jumlah carian di internet seluruh dunia.
1. Thibaud Delapart (Tibo InShape)
Dengan jumlah kira-kira 27.9 juta pengikut di media sosial, Thibaud merupakan pempengaruh di Tiktok yang terkenal dengan kepakaran membina badan di samping sifat jenakanya.
Jejaka dari Perancis ini mempunyai 5.7 juta pengikut di Instagram (@tiboinshape), 12.1 juta subscriber di Youtube (Tibo InShape), dan 10.1 juta pengikut di Tiktok (@tiboinshape).
2. Chris Bumstead (Cbum)
Chris menduduki tangga kedua dengan sejumlah 27.1 juta pengikut media sosial. Dia menawarkan kepelbagaian senaman yang membawa kepada carian global tertinggi dalam kalangan pempengaruh kecergasan lelaki.
Pecahan jumlah pengikut bagi setiap media sosialnya ialah 19 juta di Instagram (@cbum), 4.6 juta di Tiktok (@cbum) dan 3.5 juta di Youtube (Chris Bumstead).
3. David Michigan
Dengan 19.3 juta pengikut, David menggabungkan latihan dengan hipnosis secara unik untuk membantu mencapai matlamat kecergasan.
Laman Instagramnya (@davidmichigan) mempunyai seramai 18.7 juta pengikut, Youtubenya seramai 107 ribu subscribers dan Tiktoknya (@davidmichigan) pula seramai 505.9 ribu pengikut.
4. Sahil Khan
Dengan jumlah pengikut seramai 17.7 juta di keseluruhan media sosial, ahli bina badan dan usahawan dari India ini menduduki tangga keempat. Selain mempengaruhi pengikutnya berkenaan kecergasan peribadinya, Sahil juga sering berkongsi mengenai pemilikan gymnasium.
Mengikut pecahan, Sahil mempunyai seramai 11.4 juta pengikut di Instagram (@sahilkhan), 3.2 juta pengikut di Tiktok dan 3.1 juta subscriber di Youtube.
5. Noel Deyzel
Penggiat kecergasan dari Afrika Selatan dengan 16 juta pengikut, Noel terkenal dengan kandungan yang member inspirasi, terutamanya di TikTok.
Di Instagram (@noeldeyzel), dia mempunyai 4.7 juta pengikut. Di Youtube (Noel Deyzel) pula, dia mempunyai 4.5 juta subscribers. Manakala di Tiktok (@noeldeyzel), dia mempunyai 6.8 juta pengikut.
6. Jeff Cavalier (ATHLEAN-X™)
Ahli terapi dan jurulatih professional dengan 15.9 juta pengikut media sosial ini menduduki tangga keenam. Program Jeff’s ATHLEAN-X™ juga terkenal dalam kalangan pengikutnya.
Dia mempunyai seramai 2.3 juta pengikut di Instagram (@athleanx), 13.5 juta subscribers di Youtube (ATHLEAN-X™), dan 59.5 ribu pengikut Tiktok (@athleanx).
7. Ulissesworld Maddy
Jurulatih peribadi dengan 12.3 juta pengikut ini memfokuskan kepada pelan kecergasan yang disesuaikan mengikut individu.
Pengikut di lama Instagramnya (@ulissesworld) ialah seramai 8.7 juta, subscribers Youtubenya (Ulissesworld) seramai 608 ribu, dan Tiktok (@ulissesworld) pula seramai 3 juta pengikut.
8. Chuck Kirkendall (Kali Muscle)
Di tangga kelapan, Chuck yang mempunyai 12 juta pengikut ini menekankan pembinaan otot dan komitmen kecergasan.
Dia mempunyai seramai 1.2 juta pengikut Instagram (@kalimuscle), 3.6 juta subscribers Youtube (Kali Muscle), dan 7.2 juta pengikut Tiktok (@kalimuscle)
9. Adnaan Shaikh
Bermula sebagai seorang yang kurang berat badan, Adnaan kini memberi inspirasi kepada 12 juta pengikutnya apatah lagi selepas memiliki sebuah gymnasium.
Laman Instagramnya (@adnaan_07dz) diikuti oleh 11.5 juta pengikut, dan 458 ribu subscribers Youtube.
10. Thoren Bradley
Bukan sekadar jurulatih kecergasan biasa, Thoren turut memiliki ijazah sarjana dalam bidang fisiologi senaman. Nasihat kesihatan berdasarkan bukti kajian yang sering diberikan membawa manfaat kepada 11.2 juta pengikutnya.
Di Instagram (@thorenbradley) dia mempunyai 1 juta pengikut, 580 ribu subscribers Youtube (Thoren Bradley) dan 9.6 juta pengikut Tiktok (@thorenbradley).
Setiap pempengaruh ini membawa perspektif unik kepada kecergasan, menyumbang dengan ketara kepada evolusi industri kecergasan.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
7 Cara Ini Wajib Buat Kalau Nak Kulit Sihat, Cerah & Flawless Secara Semula Jadi.
Memang la kalau kulit gelap itu nampak lebih maskulin, tapi kalau kulit gelap,comot dan kotor itu bukan maskulin namanya. Jika anda ingin kulit anda bersih dan cerah apa kata guna saja bahan semulajadi. Tidak ada ubat magis yang boleh mencerahkan kulit anda lebih daripada satu atau dua tahap kecerahan, jadi pastikan harapan anda realistik – dan yang paling penting, ingatlah yang kulit gelap juga adalah cantik.
Ini kami kongsikan tip murah untuk mendapat kan kulit yang cerah dan sihat.
Cara 1: Sapukan larutan jus lemon
Jus lemon telah digunakan selama beribu tahun sebagai pencerah kulit semula jadi. Ia mengandungi asid yang melunturkan kulit sedikit dan mengelupas lapisan atas sel kulit yang lebih gelap. Oleh kerana jus lemon tulen boleh merengsakan kulit, buat larutan jus lemon dengan mencampurkan satu bahagian jus lemon kepada satu bahagian air. Ambil bebola kapas dan sapu larutan pada kulit anda. Biarkan selama 15 minit, kemudian basuh dengan air suam.
- Hadkan penggunaan larutan jus lemon kepada hanya satu hingga dua kali seminggu. Menggunakannya terlalu kerap boleh membawa kepada kerengsaan kulit. Sapukan pelembap selepas membilas jus lemon kerana jus boleh mengeringkan kulit anda.
- Anda sepatutnya boleh melihat hasilnya selepas tiga hingga empat minggu penggunaan larutan tersebut untuk beberapa kali seminggu. Walaupun jus lemon tidak memberikan kesan sepantas kilat, ia adalah larutan semula jadi paling berkesan yang boleh anda dapati.
- Berhati-hati jika anda ingin menyapu sebarang jenis jus sitrus pada muka anda. Fitofotodermatitis boleh disebabkan oleh tindak balas di antara cahaya UV dan bahan kimia yang memfotosintesis yang didapati dalam buah sitrus. Walaupun anda boleh menggunakan jus lemon pada kulit anda, anda perlu bersihkan jus tersebut secukupnya sebelum keluar dan berada di bawah cahaya matahari.
Cara 2: Cuba rendaman susu lemon
Untuk rawatan pencerahan seluruh tubuh yang melegakan, mulakan dengan memenuhkan tab mandi dengan air panas. Tuang satu cawan susu penuh krim dan perah jus daripada sebiji lemon ke dalam tab. Kacau campuran supaya susu dan lemon terserak rata ke seluruh tab. Berendam di dalam tab selama 20 minit, kemudian bilas tubuh anda dengan air bersih.
- Susu dalam rendaman ini mempunyai enzim yang mencerahkan kulit dengan lembut. Ia juga melembapkan kulit, mengimbangi ciri-ciri pengering kulit pada jus lemon.
- Cubalah rendaman susu sekali seminggu dan anda boleh melihat hasilnya selepas lebih kurang satu bulan.
Cara 3: Buat masker madu dan yogurt
Seperti susu, yogurt mengandungi enzim yang boleh memutihkan kulit dengan lembut. Madu mempunyai ciri-ciri pelembapan dan anti bakteria. Bersama, kedua-dua bahan ini menghasilkan masker yang menyihatkan. Campurkan satu bahagian madu dan satu bahagian yogurt, kemudian sapukan campuran tersebut ke seluruh muka dan tubuh anda. Biarkan selama 15 minit, kemudian bilas dengan air suam.
- Pastikan anda guna yogurt biasa tanpa gula. Yogurt yang bergula atau berperisa akan menjadi terlalu melekit.
- Sebagai ganti madu, cuba lenyek avocado atau gunakan aloe. Kedua-dua ramuan ini juga mempunyai kesan pelembapan yang bagus.
Cara 4: Lakukan pengelupasan kulit
Timbunan sel kulit mati di permukaan kulit anda boleh membuat kulit anda kelihatan sedikit kusam. Untuk mencerahkan kulit anda, adalah penting untuk sering melakukan pengelupasan. Satu cara bagus untuk mengelupas kulit adalah dengan menggunakan skrub tubuh yang terdiri daripada gula atau garam. Semasa mandi, basahkan kulit anda dan gosokkan skrub dengan gerakan lembut secara membulat ke seluruh tubuh anda. Dengan cara ini, anda boleh ‘menggilap’ kulit anda sehingga ia ‘bersinar’ sihat.
- Untuk mengelupas kulit anda, gunakan skrub muka yang lebih lembut. Oatmil atau badam kisar mempunyai ciri-ciri pengelupasan yang baik yang tidak akan merosakkan kulit muka anda yang lembut.
- Menggunakan berus kering untuk menyapu sel kulit mati daripada tubuh anda juga satu lagi kaedah pengelupasan yang bagus. Cari berus yang diperbuat daripada serat semula jadi dan beruskan tubuh anda sebelum anda mandi.
Cara 5: Pastikan kulit sentiasa lembap
Memastikan kulit anda sentiasa lembap akan mencegah sel kulit mati daripada bertimbun dan bersalin dengan cepat. Untuk kulit yang lebih cerah, gunakan pelembap harian selepas anda selesai mandi. Pilih pelembap berkrim yang tidak mengandungi alkohol kerana alkohol sebenarnya boleh mengeringkan kulit anda.
- Minyak kelapa ialah satu lagi pelembap yang bagus yang mengekalkan kulit kelihatan berseri dan muda remaja. Sapukan minyak kelapa pada lengan dan kaki selepas selesai mandi. Tunggu selama sepuluh minit untuk ia menyerap ke dalam kulit sebelum anda memakai pakaian anda.
- Minyak jojoba juga mempunyai ciri-ciri pelembapan dan bagus untuk kulit. Minyak zaitun atau minyak badam juga boleh memberikan hasil yang baik.
Cara 7: Hadkan pendedahan anda kepada cahaya matahari
Adalah sukar untuk mengelak daripada berada di bawah cahaya matahari setiap hari tetapi pendedahan kepada matahari akan menggelapkan kulit. Namun begitu, anda tidak perlu berkurung di dalam rumah – hanya luangkan sedikit masa menyediakan kulit anda untuk terdedah kepada matahari sebelum anda keluar pada hari tersebut. Untuk mengelakkan kulit anda menjadi terlalu gelap, ambil langkah-langkah berikut:
- Gunakan krim pelindung matahari dengan SPF yang tinggi. SPF 30 atau lebih adalah yang terbaik kerana pelindung matahari dengan SPF lebih rendah masih membenarkan sinaran matahari untuk menggelapkan kulit anda. Sapu semula krim pelindung matahari sepanjang hari apabila perlu..
- Pakai topi bertepi lebar. Ini akan menghadang cahaya matahari daripada mengenai muka, leher dan bahu anda..
- Pakai baju berlengan panjang dan seluar panjang. Dalam musim panas, pilih fabrik yang sejuk dan mudah dikibas-kibas supaya anda tidak akan merasa terlalu panas.
- Berhati-hati untuk tidak mengelak daripada cahaya matahari sama sekali. Tubuh anda bergantung kepada sedikit pendedahan kepada cahaya matahari untuk menghasilkan vitamin D yang penting untuk kesihatan tulang dan lain-lain fungsi penting.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI