Penyakit jantung kini menjadi punca kematian utama di Malaysia. Menurut statistik terkini dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), lebih 18,000 kematian dicatatkan setiap tahun akibat penyakit berkaitan jantung, menjadikannya pembunuh senyap nombor satu negara.

Apa yang membimbangkan, ramai tidak menyedari simptom awal yang sering disalah anggap sebagai keletihan biasa. Inilah yang pernah dilalui pelakon berpengalaman, Zamarul Hisham, apabila beliau mengalami serangan jantung kali kedua pada Februari lalu.

Insiden tersebut berlaku ketika beliau berada di set penggambaran di Port Dickson, Negeri Sembilan.

“Sebenarnya saya ni degil, masa pertama kali buat stent Ketika bulan Febrauri saya ingat sudah okay. Jadi saya masih merokok dan belasah semua perkara. Tapi bila kena serangan jantung kali kedia Ketika bangun tidur di rumah, saya mula ubah gaya hidup,” tambahnya.

Jaga Pemakanan & Mula Aktif Bersenam, Zamarul Hisham Kongsi Perubahan Gaya Hidup Selepas Serangan Jantung

Zamarul kemudiannya menjalani prosedur angiogram sebanyak tiga kali bagi membuka saluran jantung yang tersumbat. Menyedari betapa seriusnya situasi tersebut, beliau tekad untuk mengubah sepenuhnya gaya hidup demi kesihatan dan masa depan.

“Abang jaga. Sekarang ni nasi abang avoid, gula pun avoid. Banyak makan telur waktu pagi, banyak makan protein la,” kongsi Zamarul merujuk kepada pelan pemakanan baharunya yang lebih sihat dan terkawal.

Beliau kini menjadikan pemakanan sebagai asas utama pemulihan. Mengelak karbohidrat ringkas, memilih protein berkualiti dan mengawal pengambilan gula menjadi rutin yang konsisten.

Ads

Dari Prosedur Kecemasan ke Disiplin Seharian

Selepas hampir sebulan berehat, Zamarul tidak terus kembali kepada gaya hidup lamanya. Sebaliknya, beliau memilih untuk aktif secara berperingkat, dimulakan dengan brisk walk sejauh 4 kilometer setiap pagi atau petang.

“Sekarang dah dua bulan lebih, abang dah start main gym, dah mula workout untuk filem baru bulan tujuh nanti,” katanya dengan nada optimis.

Jaga Pemakanan & Mula Aktif Bersenam, Zamarul Hisham Kongsi Perubahan Gaya Hidup Selepas Serangan Jantung

Menurut doktor yang merawatnya, perubahan dan pemulihan sepenuhnya hanya akan dapat dilihat selepas tempoh tiga bulan pasca prosedur stent. Oleh itu, pemantauan kesihatan berkala serta komitmen terhadap gaya hidup sihat sangat penting.

Zamarul juga menekankan bahawa mengubah gaya hidup dari segi pemakanan tabiat dan bersenam merupakan perubahan paling besar dalam rutin harian beliau. Ia bukan mudah, tetapi demi kesihatan jantung, ia perlu dilakukan.

Ads

“Cuma kena jaga pemakanan dan buang tabiat tak baik seperti merokok,” tambahnya dengan penuh kesedaran.

Kisah Zamarul bukan sekadar peringatan tentang bahayanya penyakit jantung, tetapi juga merupakan testimoni bahawa perubahan itu mungkin dan juga perlu demi masa depan yang lebih sihat.

Dalam dunia hari ini di mana tekanan kerja dan gaya hidup tidak sihat semakin berleluasa, contoh seperti ini seharusnya membuka mata ramai.

Jika anda sering mengalami rasa letih melampau, sesak nafas, atau tekanan di dada, jangan abaikan. Lakukan pemeriksaan segera dan ambil langkah awal. Kerana dalam soal jantung, menangguh adalah kesilapan yang boleh meragut nyawa.

BACA: Kajian Dapati Bina Badan Di Kalangan Lelaki Ada Risiko Lebih Tinggi Berdepan Serangan Jantung

Ads

Zamarul Hisham membuktikan bahawa setiap detik kedua yang diberi adalah peluang untuk memperbaiki diri. Dan itu bermula dengan satu keputusan — untuk berubah.

Sumber: mstar

Subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

 

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads