Dalam dunia kecergasan dan bina badan yang pesat berkembang, aspirasi untuk mencapai bentuk fizikal yang sempurna sering kali menjadi dorongan utama.
Namun di sebalik otot yang tegap dan definisi yang mengagumkan terdapat realiti yang kurang diperkatakan. Ini terutamanya tentang risiko kesihatan yang mungkin tersembunyi.
Kajian terbaru yang diterbitkan dalam European Heart Journal mendedahkan satu aspek yang membimbangkan.
Kematian akibat serangan jantung atau sudden cardiac death menjadi punca kematian didapati lebih berisiko tinggi dalam kalangan ahli bina badan lelaki.
Realiti Mengejutkan
Kematian jantung secara tiba-tiba, walaupun jarang berlaku pada individu muda dan sihat kini dikenal pasti sebagai ancaman serius dalam komuniti bina badan.
Menerusi satu kajian yang diketuai oleh Dr. Marco Vecchiato dari Universiti Padova, Itali, menggariskan keperluan mendesak untuk kesedaran yang lebih tinggi.
Dr. Vecchiato, seorang pakar perubatan sukan dan senaman, berkongsi perspektifnya. “Sebagai seorang pakar perubatan sukan dan senaman, saya telah mendekati dunia bina badan dan ini memberi saya peluang untuk melihat bukan sahaja banyak aspek positifnya, seperti promosi kecergasan dan disiplin diri, tetapi juga beberapa cabaran dan risiko yang sememangnya sebahagian daripada disiplin ini.”
Beliau turut menyatakan kebimbangan terhadap peningkatan laporan kematian pramatang dalam kalangan individu yang terlibat dalam bina badan, terutamanya atlet muda yang kelihatan sihat.
Data Terkini
Kajian ini melibatkan analisis data daripada 20,286 ahli bina badan lelaki yang mengambil bahagian dalam acara Persekutuan Kecergasan dan Bina Badan Antarabangsa (International Fitness and Bodybuilding Federation) antara 2005 hingga 2020. \
Ads
Para penyelidik mengumpulkan maklumat kematian melalui pelbagai sumber, termasuk laporan media rasmi, media sosial, forum bina badan, blog dan kemudian mengesahkannya dengan teliti.
Hasil kajian ini amatlah signifikan. Sebanyak 121 kematian dilaporkan dalam kalangan peserta dengan purata umur kematian 45 tahun.
Daripada jumlah ini 38% adalah kematian jantung secara tiba-tiba. Lebih membimbangkan risiko kematian jantung secara tiba-tiba didapati lima kali ganda lebih tinggi dalam kalangan ahli bina badan profesional berbanding amatur.
Laporan autopsi yang terhad menunjukkan beberapa penemuan konsisten. Terdapat penebalan atau pembesaran jantung (hipertrofi jantung). Malah dalam beberapa kes, penyakit arteri koronari.
Analisis toksikologi dan laporan awam turut mendedahkan penyalahgunaan bahan anabolik, yang secara tidak langsung memberikan petunjuk tentang faktor penyumbang.
Impak Latihan Intensif dan Bahan Peningkatan Prestasi
Dr. Vecchiato menegaskan, “Penemuan kami menunjukkan bahawa risiko kematian dalam kalangan pembina badan lelaki adalah tinggi.
“Atlet profesional mempunyai insiden kematian jantung secara tiba-tiba yang jauh lebih tinggi, menunjukkan bahawa tahap persaingan mungkin menyumbang kepada peningkatan risiko ini.”
Ads
Amalan bina badan yang melampau, seperti latihan kekuatan yang intensif, strategi penurunan berat badan yang cepat (termasuk sekatan diet yang ketat dan dehidrasi), serta penggunaan meluas bahan peningkatan prestasi (PEDs), memberikan tekanan yang besar kepada sistem kardiovaskular.
Ini boleh meningkatkan risiko irama jantung tidak teratur dan perubahan struktur jantung dari masa ke masa. Bagi pembina badan profesional, tekanan untuk mencapai fizikal yang ekstrem melalui amalan ini secara berpanjangan mungkin menjelaskan peningkatan risiko yang lebih ketara.
Kesedaran dan Perubahan
Mesej kepada pembina badan adalah jelas: “Walaupun berusaha untuk kecemerlangan fizikal adalah terpuji, usaha transformasi badan yang melampau dengan apa jua kos boleh membawa risiko kesihatan yang signifikan, terutamanya untuk jantung.”
Kesedaran tentang risiko ini harus mendorong amalan latihan yang lebih selamat, pengawasan perubatan yang dipertingkatkan dan perubahan budaya yang menolak penggunaan bahan peningkatan prestasi.
Bagi pakar perubatan, penemuan ini menekankan kepentingan saringan kardiovaskular proaktif dan kaunseling dalam populasi ini, walaupun pada atlet yang kelihatan sihat.
Ads
Kajian ini bukan untuk menuding jari kepada latihan kekuatan atau budaya kecergasan secara am.
Sebaliknya, ia adalah peringatan bahawa penampilan sahaja bukanlah penunjuk kesihatan mutlak. Walaupun bina badan menawarkan banyak manfaat, aspirasi terhadap fizikal yang sempurna tidak seharusnya mengorbankan kesihatan jantung.
Perlu diingat juga, kira-kira 15% kematian dalam kajian ini dikategorikan sebagai ‘kematian traumatik mengejut’ seperti kemalangan jalan raya dan bunuh diri.
Ini menunjukkan aspek psikologi dalam budaya bina badan yang juga perlu diberi perhatian, kerana cabaran kesihatan mental, terutama yang diburukkan oleh penyalahgunaan bahan, boleh meningkatkan risiko tingkah laku impulsif atau merosakkan diri.
Bagaimana pendapat anda mengenai penemuan kajian ini? Adakah ia mengubah persepsi anda tentang dunia bina badan?
Tahukah anda pada masa kini ramai di kalangan lelaki yang kurang bersenam dan melakukan aktiviti fizikal berdepan dengan masalah sakit belakang yang kronik?
Mengapakah perkara seperti ini boleh berlaku walhal ada di antara mereka hanya duduk di kerusi dan melakukan kerja di meja pejabat seharian suntuk.
Sakit Pinggang Boleh Melarat Jadi Kronik, 3 Regangan Terbaik Rawat Sakit Pinggang
Masalah sakit belakang di kalangan lelaki sebenarnya bukanlah satu perkara asing. Ia merupakan satu fenomena biasa yang kita lihat berlaku di antara rakan-rakan terdekat. Malah lebih buruk jika sakit belakang itu melibatkan kecederaan serius seperti ‘slip disc’.
Sebab itulah penting untuk memasukkan regangan pinggang ke dalam rutin senaman anda bagi meningkatkan mobiliti, mencegah kecederaan dan menangani ketidakselesaan sedia ada.
Ini 3 senaman boleh dicuba:
1. OPEN BOOKS
Caranya dengn berbaring secara mengiring pada bahagian kanan badan. Angkat lutut agar sejajar dengan paha dan sebaiknya letakkan bantal di bawah leher untuk memberi sokongan pada kepala. Tarik nafas dan pastikan bahu anda sentiasa dalam keadaan relaks.
Sambil memusingkan tubuh, angkat lengan kiri ke atas dan letak di belakang badan. Perhatian setiap pergerakan anda. Pastikan kedudukan pelvis dan betis tidak beralih. Anda boleh berhenti seketika untuk mengambil nafas selama tiga saat. Hembus nafas sambil membawa lengan kembali ke posisi mula. Ulangi sebanyak 3-5 kali untuk setiap sisi.
2. CAT COW
Dalam posisi merangkak, lentikkan punggung dan tolak dada ke hadapan sambil bernafas. Kemudian dongak kepala, relakskan bahu dan pandang ke hadapan. Semasa menghembus nafas, kendurkan badan sambil kepala menghadap lantai dan relaks. Ulang 10 kali.
3. THREAD THE NEEDLE
Dalam posisi merangkak, angkat tangan kanan ke atas sambil memerhatikannya. Teruskan memerhati sambil hayunkan tangan kanan tadi ke bawah bahagian kiri tubuh. Ulang 10 kali pada kedua-dua belah sisi badan.
Cabaran virtual run MASKULIN DARE sudah pun bermula dan ia masih lagi dibuka untuk pendaftaran. Masih ada banyak masa bagi anda yang belum mendaftar untuk turut serta sahut cabaran MASKULIN DARE 50KM Siri 1.
Berbeza dengan cabaran virtual run yang lain siri MASKULIN DARE bakal menawarkan hadiah-hadiah yang bukan sahaja gempak malah mampu buat anda menekup kedua belah pipi dengan tangan!
Tahukah anda jika berjaya selesaikan cabaran MASKULIN DARE 50KM dalam masa ditetapkan, anda LAYAK MENDAPAT t-shirt, medal bercetak nama DAN e-sijil. Selain itu anda berpeluang menangi wang tunai untuk pencapaian Top 3!
Tak cukup lagi? Ya, setiap penyertaan melayakkan anda untuk cabutan bertuah jam tangan pintar, kasut dan banyak lagi.
Dan hadiah terbaru kami ingin umumkan ialah 2 hadiah cabutan bertuah untuk bercuti dan menginap di BERJAYA Tioman Resort selama 3 hari 2 malam!
TIOMAN EXLPLORER
Mungkin sebelum ini anda pernah melawat Pulau Tioman tapi adakah anda benar-benar menjelajahinya? Dengan pakej ini ia menawarkan pengalaman yang menakjubkan buat anda merasai sendiri keindahan alam serta melakukan pelbagai aktiviti air dan darat.
PAKEJ TIOMAN EXPLORER
Berita baik buat penggemar percutian ke pulai indah seperti Pulau Tioman, Berjaya Tioman Resort kini menawarkan pakel TIOMAN EXPLORER dengan harga RM520 sahaja. Dengan harga tersebut anda akan dapat menikmati kesemua perkara di bawah:
Penginapan sekurang-kurangnya 2 malam di Garden View Chalet dengan sarapan percuma untuk 2 orang.
Set buffet harian sarapan untuk 2 orang
Set buffet harian makan malam untuk 2 orang
1 x trip snorkeling lengkap dengan perlatan menyelam (2 perhentian di Pulau Renggis dan Pulau Bunut) untuk 2 orang
1 x kemudahan basikal (1 jam) untuk 2 orang
Pengangkutan percuma 2-arah dari jeti Tekek Village ke resort
Buat anda yang berminat dengan pakej tersebut bolehlah melakukan tempahan sekarang. Tempahan untuk pakej istimewa ini hanya sah bermula dari 1 April 2019 sehingga 24 Jun 2019 dengan tarikh penginapan bermula dari 1 April 2019 hingga 30 Jun 2019.
Berikut antara info penting pakej ini:
Tempoh minimum penginapan diwajibkan
Black-out date may apply
Tawaran pakej ini tidak sah untuk sebarang tempahan berkumpulan atau menggunakan promosi atau tawaran yang lain
Kesemua rakyat Malaysia dan bukan warganegara akan dikenakan Cukai Pelancongan Malaysia sebanyak RM10 setiap bilik untuk setiap malam bermula 1 September 2017
Dalam dunia yang serba pantas ini, lelaki moden bukan sahaja dikehendaki hebat dalam kerjaya, malah perlu cergas secara fizikal dan tangkas dari segi mental. Jika anda masih mencari cara paling ringkas untuk mencerdaskan minda, menstabilkan emosi, dan kekal fit tanpa melabur berjam-jam di gimnasium – brisk walk adalah senjata rahsia anda.
Apa Itu Brisk Walk?
Brisk walk atau berjalan laju ialah aktiviti berjalan dalam kadar laju sederhana hingga pantas – sekitar 5.6 hingga 6.4 km/jam. Ia tidak sama dengan berjalan santai, tetapi juga tidak setanding dengan joging. Cukup untuk membuatkan anda berpeluh tetapi masih boleh bercakap semasa berjalan.
1. Merangsang Kecerdasan Otak
Kajian dari University of British Columbia mendapati bahawa senaman aerobik seperti brisk walk meningkatkan saiz hippocampus, bahagian otak yang penting untuk pembelajaran dan ingatan. Selepas beberapa minggu konsisten, individu yang melakukan brisk walk menunjukkan:
Peningkatan memori jangka pendek dan fokus
Keupayaan membuat keputusan yang lebih baik
Tahap kreativiti lebih tinggi
Kenapa ini penting untuk lelaki? Dalam dunia kerja yang kompetitif, kemampuan untuk berfikir pantas dan membuat keputusan logik adalah kelebihan besar.
2. Menstabilkan Emosi dan Stres
Sains membuktikan bahawa berjalan pantas merangsang penghasilan hormon endorfin, serotonin dan dopamin – hormon “feel-good” yang membantu melawan kemurungan dan keresahan.
Menurut American Psychological Association:
“Senaman sederhana seperti brisk walk selama 30 minit dapat menurunkan simptom tekanan dan kemurungan sebanyak 40%.”
Untuk lelaki yang kurang gemar berbicara tentang emosi atau berjumpa pakar kaunseling, brisk walk boleh jadi medium refleksi dan pengurusan emosi yang efektif.
3. Meningkatkan Kualiti Tidur
Masalah sukar tidur, bangun kerap waktu malam atau tidur tidak lena kerap menghantui lelaki dewasa. Kajian oleh Sleep Foundation menunjukkan bahawa mereka yang berjalan selama 30 minit setiap hari mengalami:
Kualiti tidur lebih baik
Tidur lebih nyenyak
Kurang gangguan tidur
Otak yang cerdas bermula dengan tidur yang cukup dan berkualiti.
4. Mudah, Murah dan Mampu Dilakukan Di Mana Saja
Brisk walk tidak perlukan keahlian gym, tidak perlukan alat canggih – hanya sepasang kasut yang selesa dan sedikit masa. Anda boleh berjalan di taman, trek jogging, sekitar pejabat atau bahkan di pusat membeli-belah (mall walking!).
Tip Maskulin: Jadikan brisk walk sebagai rutin pagi untuk “reboot” otak sebelum mula bekerja, atau sebagai penutup hari untuk ‘unwind’ selepas tekanan kerja.
5. Gabung Brisk Walk + Audio Buku / Podcast = Ilmu + Sihat
Mahu jadi multi-tasker bijak? Masukkan audio buku atau podcast dalam telinga semasa berjalan. Otak dapat rangsangan mental, tubuh pula sihat secara fizikal.
Cadangan Rutin Brisk Walk Untuk Lelaki Sibuk
Hari
Durasi
Lokasi
Isnin – Jumaat
20 – 30 minit
Sekitar pejabat, mall, kawasan kediaman
Sabtu – Ahad
45 – 60 minit
Taman rekreasi, denai hutan bandar
Brisk walk bukan sekadar langkah fizikal, tapi satu pelaburan besar untuk kestabilan mental dan kejayaan masa depan. Jadi, apa lagi? Sarung kasut sukan anda dan mulakan langkah bijak hari ini.