Tidak dinafikan selepas bersenam terutamanya berlari atau duduk terlalu lama di pejabat akan menyebabkan kaki terasa lenguh dan sakit. Bila dapat urut memang syok!
Tapi sebenarnya tak perlu pun mencari tukang urut untuk mendapat kelegaan itu. Kita boleh lakukannya sendiri asalkan tahu teknik dan langkah urutan yang betul.
Cara urutan kaki untuk hilangkan rasa sakit dan lenguh ini dikongsi oleh Sarifa Redzuan boleh kita praktikkan di rumah.
Langkah urutan kaki yang betul
1. Sapu minyak seluruh kaki.
2. Guna tapak tangan bergiliran tarik ke bawah ke atas perlahan- lahan 6 kali (rujuk gambar 2) – Teknik Alternate Palm
3. Guna penumbuk tarik ke atas 6 kali (rujuk gambar 3) – Teknik Knuckle
4. Buat putaran ke atas 6 kali (rujuk gambar 4) – Teknik Thumb Circle
Ads
5. Guna ibu jari urut di tengah tapak kaki dengan laluan ke atas 6 kali (rujuk gambar 5) – Teknik Thumb Gliding
6. Urut bahagian tepi tapak kaki 6 kali (rujuk gambar 6) – Teknik Thumb Gliding
Ads
7. Urut bawah ibu jari kaki (rujuk gambar 7) – Teknik Thumb Gliding
8. Tekan setiap jari jari ( rujuk gambar 8) – Teknik Static Pressure
9. Ulang dari langkah 1- 8 pada sebelah kaki lagi.
10. Lap tapak kaki atau terus pakai stoking.
Ads
Selamat mencuba semua, kalau dah mahir boleh urut untuk isteri pula ya, tapi bukan isteri oranglah!
Hospital pemulihan swasta pertama di Malaysia yang dilesenkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Hospital ReGen Rehab menjadi tuan rumah kepada bengkel “Resipi Untuk Pemulihan” yang pertamanya demi memperkenalkan langkah-langkah penting untuk hasil pemulihan yang terbaik.
Foto: Hospital ReGen Rehab di Petaling Jaya.
“Resipi Untuk Pemulihan ini mencerminkan komitmen kami untuk “Bringing You Back” kepada keadaan diri anda yang terbaik,” kata Ketua Pegawai Eksekutif ReGen Rehab, Hanafi Salehuddin
“Dengan adanya perkadaran tertinggi ahli terapi dengan latihan sub-kepakaran di hospital rehabilitasi, kami akan terus meningkatkan kualiti penjagaan pesakit kami, menlangkaui jangkaan pemulihan.
Foto: Ketua Pegawai Eksekutif ReGen Rehab, Hanafi Salehuddin.
“Saya amat berbangga dengan peranan yang dimainkan oleh ReGen Rehab dalam menerajui amalan pemulihan yang terbaik di Malaysia untuk manfaat pesakit dan juga penjaga,” tambahnya.
Dengan adanya pelbagai rangkaian perkhidmatan untuk pesakit dalam, pesakit luar dan pemulihan harian, ReGen Rehab secara konsisten mengangkat piawaian baharu bagi perkhidmatan pemulihan dan memperoleh pengiktirafan sebagai perintis inovasi dalam penjagaan pesakit holistik.
Menurut Ketua Pegawai Perubatan dan Pakar Perunding Pemulihan ReGen Rehab, Datin Dr Lydia Abdul Latif, penganjuran “Resipi untuk Pemulihan ini bertujuan mendidik orang ramai agar dapat memahami dengan mendalam tentang proses pemulihan dan pelbagai aspeknya.
“Rehabilitasi ialah proses dinamik yang merangkumi langkah-langkah yang berbeza – kepakaran perubatan, pendekatan terapeutik atau panduan pemakanan, semuanya digandingkan dengan harmoni untuk menghasilkan pengalaman pemulihan yang transformatif,” jelas Dr Lydia.
Foto: Ketua Pegawai Perubatan dan Pakar Perunding Pemulihan ReGen Rehab, Datin Dr Lydia Abdul Latif
“Apabila semua faktor tersebut diambil kira, para pesakit akan menjalani proses pemulihan yang lebih cepat dengan hasil yang lebih baik, mengoptimumkan kualiti hidup dan kesejahteraan mereka, seterusnya menjadikan kos keseluruhan bagi perubatan dan sosial lebih rendah”.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Program Rehabilitasi dan peranan ReGen Rehab dalam “Resipi Untuk Pemulihan” anda, layari laman web atau laman media sosial Facebook dan Instagram.
Kaum lelaki lazimnya mempunyai dada yang leper dan tidak besar, namun dalam sesetengah kes, ada segelintir lelaki yang mengalami pembesaran tisu payudara. Dalam istilah perubatan, ia dipanggil sebagai gynecomastia.
Gynecomastia bermaksud penambahan tisu payudara pada lelaki dan perempuan. Kebiasaannya disebabkan oleh ketidakseimbangan hormone estrogen dan testosterone. Ia boleh berlaku pada satu payudara sahaja atau kedua-duanya sekali. Kadangkala, pembesaran itu juga tidak seimbang.
Menurut Dr. Iskandar Mirza, gynecomastia ini bukanlah satu masalah besar, ada masanya pesakit akan mengalami kesukaran apabila merasa sakit dibahagian payudara dan kebanyakkannya juga, mereka akan rasa hilang keyakinan diri.
Apa simptom gynecomastia yang perlu korang tau?
• Payudara membesar/membengkak
• Sakit dibahagian payudara
Dan bila waktu yang memerlukan korang berjumpa dengan doktor?
• Jika ia membengkak
• Terasa sakit
• Ada pengeluaran cecair pada puting
• Mendapati buah dada membesar sebelum peringkat akil baligh (sebelum berusia 9 tahun)
• Sudah berusia melebihi 16 tahun tetapi masih mempunyai saiz buah dada yang tidak normal
• Berasa bimbang atau malu
Ia berlaku apabila hormone estrogen melebihi hormon testosterone di dalam badan. Testosterone mengawal ciri-ciri lelaki seperti kepadatan otot dan pertumbuhan bulu di badan, manakala estrogen mengawal ciri-ciri perempuan termasuk pertumbuhan payudara.
Ramai menyangka estrogen hanya dihasilkan oleh wanita, namun ia adalah salah sama sekali kerana estrogen juga dihasilkan oleh lelaki tetapi dalam kuantiti yang sedikit. Jadi, apabila hormone estrogen tinggi pada lelaki, mereka akan mendapat gynecomastia.
Ada juga beberapa penyebab yang lain dan sesetengah ubat juga boleh menyebabkan masalah ini berlaku. Antaranya adalah seperti berikut:
• Anti androgen untuk merawat penyakit prostat seperti Finasteride atau ubat jantung seperti spironolactone
• Anabolic steroid dan androgen: ini banyak digunakan oleh atlet untuk membina otot dan meningkatkan stamina
• Ubat pesakit AIDS seperti efavirenz
• Ubat anti-anxiety seperti diazepam
• Tricyclic antidepressant
• Sesetengah antibiotics
• Sesetengah ubat kanser
• Ubat jantung yang lain seperti digoxin dan calcium channel blockers
• Ubat tahan muntah seperti metoclopramide
• Hypogonadism – kurang penghasilan testosterone
• Proses penuaan – semakin kita tua, hormone testosterone akan berkurangan
• Tumor – tumor dibahagian testis, kelenjar adrenal atau pituitary
• Hyperthyroidism
• Kegagalan buah pinggang
• Kegagalan hati
• Kurang nutrisi
Kebiasaan penyakit ini ia akan hilang dengan sendirinya. Jika tidak, doktor akan melakukan pemeriksaan menyeluruh termasuk ujian darah dan pengimejan serta rawatan berdasarkan penyebab gynecomastia.
Oleh yang demikian, cara untuk mengelakkan masalah ini adalah jangan mengambil dadah dan alkohol, serta sentiasalah berkomunikasi dengan doktor sekiranya korang sedar gynecomastia ini berlaku semasa korang mengambil ubat yang baru.
Bekas penyampai radio, Kieran, 49, kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur selepas disahkan menghidap kanser prostat.
Sedih pula mendengar khabar terbaru yang deejay kesayangan ramai itu sedang menerima di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Memetik Berita Harian, kanser itu katanya sudah mula merebak pada organ lain.
“Saya menghidap kanser prostat yang sudah sedikit merebak ke perut dan paru-paru. Sekarang, saya menerima rawatan di HKL di wad Jabatan Onkologi.
“Kanser ini sudah menyerang agak lama, cuma saya yang lambat buat rawatan penuh,” katanya.
Kieran yang aktif sebagai pengacara terpaksa menolak tawaran kerja pengacaraan untuk majlis dan turut dinasihatkan doktor untuk berehat.
“Saya memang sudah tak ambil kerja pengacaraan majlis sejak Ogos lagi dan memang doktor suruh banyakkan berehat.
“Nampaknya, saya kena rehat betul-betul untuk kebaikan. Maaf kepada yang tawarkan kerja dan terpaksa tolak kerana keadaan saya tidak mengizinkan,” katanya.
Kini bapa kepada tiga cahaya mata itu perlu menjalani empat kali sesi kemoterapi dan akan terus ditahan di wad sehingga Isnin bagi memudahkan pihak hospital memantau kesihatannya.
TANDA-TANDA KANSER PROSTAT
Walaupun tidak menunjukkan sebarang petanda pada peringkat awal namun apabila gejala-gejala berikut berlaku anda harus cepat-cepat melakukan pemeriksaan lanjut.
Masalah buang air kecil
Kerap buang air kecil
Kurang tekanan ketika membuang air kecil
Terdapat darah dan juga semen ketika kencing
Kaki menjadi bengkak
Rasa tid-ak selesa di bahagian pelvis dan bahagian belakang badan
Sakit ketika mengalami ejakulasi
‘Tenaga dalaman’ menurun dengan mendadak
Semoga Kieran kuat dan kembali sihat dari kanser Prostat ini.