Mesti kita pernah alami rasa kebas atau sakit pada tapak tangan. Namun percayalah, ramai yang tidak mengendahkan rasa sakit pada tapak tangan itu kononnya ia hanyalah sakit biasa atau salah urat.
Namun dalam tak sedar, sebenarnya ada beberapa signal pada tapak tangan yang boleh dikaitkan dengan masalah kesihatan.
Jadi, jangan sesekali mengabaikan apa jua signal pada tapak tangan anda. Bimbang jika dibiarkan, ia boleh mengganggu masalah kesihatan anda di kemudian hari.
Ini merupakan tujuh signal pada tapak tangan yang boleh dikaitkan dengan beberapa masalah kesihatan.
Mengangkat barang yang berat menggunakan tangan dalam keadaan yang tidak selesa boleh menyebabkan tekanan pada saraf yang terletak berdekatan dengan permukaan kulit. Kesannya boleh menyebabkan berlakunya denyutan pada kesemua jari.
Apa yang perlu dilakukan: Pastikan anda mendapat tidur dan rehat yang secukupnya, selain melakukan urutan untuk melegakan keletihan.
2. Kekurangan vitamin
Apabila badan kekurangan vitamin tertentu seperti vitamin E, B1, B6, dan B12 boleh menyebabkan berlakunya denyutan pada jari tangan kiri atau jari kaki kiri.
Ads
Apa yang perlu dilakukan: Ambil sumber makanan yang mengandungi vitamin-vitamin ini untuk keperluan tubuh badan. Jika anda ingin mengambil vitamin tambahan, pastikan anda mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu bagi menentukan dos yang betul.
Masalah tulang belakang boleh dikaitkan dengan jari manis dan anak jari pada tangan kiri. Ini disebabkan oleh terlalu banyak tekanan pada saraf yang dihubungkan dengan tulang belakang.
Apa yang perlu dilakukan: Regangkan bahagian belakang anda sebanyak yang mungkin dengan melakukan beberapa aktiviti sihat seperti yoga, gimnastik, berenang atau senaman ringan. Elakkan daripada duduk yang terlalu lama tanpa sebarang regangan badan.
4. Sindrom Carpal Tunnel
Ads
Sindrom Carpal Tunnel boleh dikenalpasti melalui ibu jari, jari tengah dan jari telunjuk. Jenis penyakit saraf ini terjadi kesan daripada himpitan saraf median pada pergelangan tangan yang berlaku berulang-kali dalam tempoh yang lama disebabkan oleh pekerjaan atau gaya hidup seseorang.
Apa yang perlu dilakukan: Lakukan senaman regangan yang mudah pada tangan untuk mencegah penularan sindrom Carpal Tunnel.
Rasa kebas pada jari tangan kanan boleh berpunca daripada tekanan pada permukaan urat saraf atau trauma pada tangan atau sendi bahu. Denyutan pada tangan kanan boleh juga disebabkan oleh penyakit kardiovaskular tertentu, yang mempunyai kesan ke atas aliran darah ke bahagian kaki.
Ads
Apa yang perlu dilakukan: Lakukan aktiviti berjalan kaki pada kadar yang sederhana atau lakukan senaman gimnastik untuk memperbaiki kesihatan pada saluran darah kaki anda.
6. Penyakit Buerger
Penyakit ini sering terjadi kepada perokok tegar. Aliran darah yang mengalir dalam saraf terhalang oleh nikotin, seterusnya membawa kepada kekurangan mineral dalam badan. Ini menyebabkan rasa kebas yang dimulai dengan jari seterusnya pada keseluruhan lengan.
Apa yang perlu dilakukan: Tidak ada cara untuk menyembuhkan penyakit ini secara sepenuhnya.
Salah satu petanda awal penyakit diabetes ialah rasa denyutan yang bermula dari bahagian tapak kaki sehingga ke bahagian lengan. Ini terjadi kerana berlakunya pengurangan aliran darah pada beberapa bahagian badan, selain kerosakan pada hujung saraf.
Apa yang perlu dilakukan: Diabetes tahap 1 boleh dirawat dengan bantuan suntikan insulin. Manakala diabetes tahap 2 pula sering dikaitkan dengan amalan diet yang tidak sihat. Sebaiknya lakukan ujian darah dan berjumpalah dengan doktor untuk rawatan selanjutnya.
Sumber: Brightside
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Amalan minum air sejuk selepas bangun tidur bukan saja penting untuk membersihkan tubuh, malah ia juga rahsia untuk korang dapatkan badan sihat dan cantik dengan cara yang paling mudah.
Tengok sahaja di Jepun, kebanyakan masyarakat mereka mengamalkan minum air sebaik sahaja bangun pagi. Malah penyelidik perubatan Jepun juga menemui rawatan air ini berkhasiat untuk kesihatan tubuh.
Oleh itu, jangan bagi alasan yang korang perlu ‘paksa diri’ untuk minum air putih. Dr Zubaidi Hj Ahmad menulis di laman Instagramnya tentang rahsia nak sihat dan cantik dengan amalan minum air selepas bangun tidur sebelum mulut dicuci.
AMALAN MINUM AIR SELEPAS BANGUN TIDUR
Saya pernah bertemu beberapa orang yg memberitahu saya bahawa amalan kesihatan yang mereka praktikkan kerana “diperturunkan” kepada mereka ialah minum segelas air sejuk selepas bangun pagi sebelum mulut dicuci. Mereka percaya ini menjadi salah satu sebab mereka sihat.
Baru-baru ini saya terbaca mengenai salah seorang janda Presiden Soekarno iaitu Hartini, yang terkenal sihat dan cantik sehingga usia tua beliau. Diungkapkan juga bahawa salah satu amalan sepanjang hayat beliau ialah minum air putih (air kosong) selepas bangun pagi sebelum mencuci mulut.
Nampaknya memang amalan ini telah lama diamalkan oleh ramai orang dari berbagai bangsa dan budaya. Yang ingin saya sentuh di sini ialah aspek sains amalan ini.
Apa khasiat air sejuk diminum di waktu pagi sebelum mulut dicuci?
Untuk memahami khasiatnya, perlu diketahui bahawa di dalam badan kita ada suatu molekul yg tersangat penting untuk kesihatan, iaitu Nitric Oxide (NO). NO bertindak mengawal tekanan darah, sebagai neurotransmitter, anti-penuaan, anti-oxidant, anti-inflammatori dan banyak lagi peranan pentingnya.
Ada banyak cara Allah SWT Yang Maha Pencipta, memberikan NO kepada kita, makhluknya. Salah satu cara ialah dengan ada bakteria-bakteria tertentu di dalam rongga mulut dan hidung kita yang menghasilkan NO secara semula jadi, terutamanya ketika kita tidur. NO yang terhasil itu terkumpul di dalam air liur yang terhasil semasa kita tidur itu, antaranya.
Rujuk: Jose Miguel Chatkin, MD; Wei Qian, MD; Patricia A. McClean, MSc; et al Noe Zamel, MD; James Haight, MD; Phillip Silkoff, MD. Nitric Oxide Accumulation in the Nonventilated Nasal Cavity. Arch Otolaryngol Head Neck Surg. 1999;125(6):682-685.
Maka apabila kita bangun dari tidur dan minum air sejuk, NO di dalam air liur kita itu dibawa ke dalam perut kita yang kosong dan diserap ke dalam peredaran darah kita. NO adalah sangat penting untuk kesihatan kita, kesihatan jantung terutamanya.
Antara peralatan senaman yang selalu digunakan dengan kerap oleh lelaki ialah menggunakan dumbbell. Namun kalau ada dumbbell sampai lengkap setiap berat pun tak guna juga kalau tak pandai guna.
Jangan gundah atau gulana. MASKULIN ada untuk membantu anda melakukan senaman lengkap menggunakan dumbbell.
Kali ini MASKULIN paoasrkan senaman 20 minit bahagian dua iaitu ‘muscular endurance’. Muscular endurance merupakan kebolehan otot atau kumpulan otot untuk melakukan senaman dalam masa yang lama.
Senaman dalam masa yang singkat perlu melibatkan keseluruhan tubuh badan dan otot-otot utama seperti deltoid, quadriceps, hamstring, pectoralis major, latissimus dorsi. Ini kerana menggerakkan otot utama dalam masa yang sama otot kecil juga akan terlibat. Masa rehat di antara set atau senaman perlulah dikurangkan pada 30 saat.
Lakukan senaman ini dengan pengulangan di antara 15 hingga 30 kali. Matlamat atau fokus utama adalah melakukan senaman yang melibatkan keseluruhan tubuh badan dengan meningkatkan tahap intensiti menggunakan beban seperti dumbbell.
PELUMBA SIC Racing Team, Adam Norrodin mencatatakan masa kedua terpantas pada seisi latihan bebas hari pertama Moto3 pada perlumbaan Motosikal Dunia (MotoGP) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), sebentar tadi.
Adam mencatatkan masa 2 minit 13.409 saat dan hanya dibezakan dengan 0.280 saat dengan pelumba pasukan Leopard Racing, Joan Mir yang mencatatkan masa 2’13.129 saat manakala rakan sepasukan Joan Mir iaitu Livio Loi ditempat ketiga terpantas dengan catatan 2’13.437 saat.
Pada seisi latihan pertama disebelah pagi, Adam berada dikedudukan kedua terpantas sebelum beraksi dalam keadaan litar basah pada seisi latihan kedua disebelah petang untuk berada ditangga keenam terpantas dengan catatan 2’29.655 saat.
Jelas Adam, keputusan yang diraih pada hari pertama begitu memuaskan namun apa yang penting adalah pada hari perlumbaan dan mengharapkan semua berjalan lancar.
“Untuk ujian pertama dalam keadaan litar basah ia begitu mengujakan namun memasuki ujian kedua agak perlahan memandangkan hujan sebelum seisi ujian kedua.
“Namun apabila digabungkan ujian masa pertama dan kedua, syukur apabila berada di dua terpantas,” jelasnya ditemui selepas seisi ujian masa.
Adam turut memaklumkan, beberapa aspek masih perlu dipertingkatkan khususnya dari segi brek dan ujian hari ini (semalam) lebih kepada mencari kepada keserasian dengan motor dan cuaca.
“Masih boleh dipertingkatkan lagi dan saya mengharapkan keadaan cuaca elok untuk esok (hari ini) dan pada hari perlumbaan,” katanya.
Catatan masa terpantas Moto3
1 – Joan Mir ( Leopard Racing / 2’13.129saat)
2- Adam Norrodin (SIC Racing Team / 2’13.409s)
3 – Livio Loi (Leopard Racing / 2’13.437s)
4 – Romano Fenati (Marinelli Rivacold Snipers / 2’13.581s)
5 – Enea Bastianini (Estrella Galicia 0,0 / 2’13.728s)
Temui 10 kasut larian daily running terbaik 2025 pilihan MASKULIN – daripada ASICS Novablast 5 hingga Adidas EVO SL, dengan cushioning mewah, respons pantas dan gaya moden untuk setiap pelari.