Mesti anda pernah mengalami sakit lutut terutamanya selepas berlari, bersenam ataupun melakukan aktiviti seperti mengangkat benda berat. Jika sakit lutut ini tidak dirawat, ia akan menyukarkan anda untuk berjalan dengan baik.
Untuk mengatasi sakit lutut selain menggunakan rawatan moden, ada juga cara tradisional yang boleh anda amalkan. Petua ini dikongsikan Md Rosdi Hasan di entri Facebooknya menggunakan dua bahan.
CARA MERAWAT PENYAKIT LUTUT SUPAYA TULANG RAWAN SIHAT KEMBALI SEPERTI BIASA
Semasa di tangga masjid tadi saya tengok seorang lelaki yang agak berumur terkial-kial berjalan sambil menahan lututnya memanjat tangga masjid jadi saya cuba membantunya waktu memanjat anak tangga masjid kerana melihat lelaki itu menahan kesakitan di lututnya ketika ia melangkah kakinya sehinggalah sampai ke kerusi untuk ia duduk.
Ads
Oleh kerana peristiwa tadi jadi saya ingin berkongsi petua bagai mana cara kita hendak merawat penyakit lutut ini sama ada masalah Osteoartritis sebab faktor penuaan atau bursitis tulang rawan rosak dan juga kista baker iaitu cairan sinovial di belakang sendi kita berkurangan.
Elak guna minyak sapu panas
Caranya ialah petua orang tua-tua dahulu sahaja dan percayalah tak berguna kalau kita menggunakan minyak sapu yang panas yang lega bersifat sementara kerana ia hanya merosakkan lagi sendi lutut kita yang disebabkan bahan kimia yang terdapat pada minyak panas itu.
Petuanya mudah sahaja kerana ia akan merawat rawan kita dan lendair di lutut kita.
3. Kemudian kacau hingga larut dan minum sehingga habis (berselawatlah ke atas Nabi kita waktu hendak minum).
Lakukan dua kali sehari. In Sha Allah kalau sesiapa dapat amalkan perkara ini selama dua atau tiga bulan lntutnya akan pulih seperti biasa kerana petua tadi merawat tulang rawan dan cecair sendi kita seperti mula asal.
Nak tahu bawang jantan macam mana? Pergi tanya orang tua2.
Bukan senang nak kurus dan dapatkan saiz badan S bila usia semakin meningkat. Namun semuanya tidak mustahil jika anda ada usaha untuk kurus dan menurunkan berat badan.
Caranya cukup mudah! Amalkan minuman mengenyangkan menggunakan Chia Seed dan kurma seperti yang dikongsikan Zamira Mohammad Ali menerusi laman Facebooknya.
Selain untuk kurus dan dapatkan baju saiz S, minuman ini mempunyai banyak khasiatnya untuk melawaskan pencernaan, menjadikan kulit wajah glowing, awet muda dan banyak lagi.
1. Chia Seed ni boleh beli di Cosway. Kat Tesco pun ada rasanya. Kak Migha selalu beli kat Cosway ja. Kurma boleh guna hat Yusof Taiyoob dalam kotak tu. Tapi jangan banyak taw. Muak nak ngabihkan. Letak dalam 3 biji pun dah cukup mengenyangkan. Tapi feveret Kak Migha Kurma Ajwa. Letak 7 biji. Sedaaappp. Yummy.
2. Air kosong dalam 250 ml. Antara bahan wajib ado ni.
3. Siat-siatkan kurma tu jadi keping kecik kecik. Masukkan dalam air. Rendam sekali ngan biji kurma tu. Jangan buang plak.
4. Masukkan Chia Seed dalam anggaran 10gram. Kak Migha sukat pakai pencedok susu tu. Boleh ngam la 10gram.
5. Kacau bagi rata Chia Seed tu. Supaya tak bergentel. Nak senang tutup je tupperware tu dan goncang bagi dia berenang-renang secara solo. Ok dah siap. Simpan dalam fridge.
Okeh jom tido.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tidak dinafikan air kepala muda memang banyak khasiatnya. Selain menghilangkan dahaga, air kelapa muda juga boleh menyegarkan tubuh badan dan membantu menjaga kesihatan tubuh.
Malah air kelapa muda juga banyak mengandungi zat-zat yang diperlukan oleh tubuh. Antaranya ialah kalsium, potassium, magnesium, tembaga, besi, zink, vitamin B dan C serta ‘phyto-nutrisi’ seperti ‘sitokin’ yang dianggap memiliki efek anti penuaan dan anti kanser.
Sebagai lelaki, jadikan air kelapa muda ini sebagai amalan kerana ia juga berpotensi sebagai suplemen untuk meningkatkan kesuburan lelaki.
Ramai lelaki yang merokok secara berlebih-lebihan. Kandungan nikotin yang ada pada rokok dapat menyebabkan kualiti hidup lelaki menurun. Ternyata mengamalkan air kelapa muda secara rutin dan tidak berlebihan dapat mengurangi kandungan nikotin yang ada dalam tubuh yang mengganggu peningkatan kesuburan seseorang lelaki.
Air kelapa muda juga baik untuk meningkatkan kualiti sperma. Jika kualiti hidup lelaki bagus maka sperma yang dihasilkan juga akan banyak dan berkualiti. Diambil dari beberapa sumber, air kelapa muda mampu menutrisi pembuatan sperma lelaki. Malah air kelapa muda juga membantu meningkatkan kemampuan sperma lelaki untuk bergerak dan berenang dengan lebih baik.
Air kelapa muda merupakan minuman yang sangat baik untuk meneutralkan kembung perut ketika perut anda kosong. Sewaktu bulan puasa, disarankan anda minum air kelapa muda sewaktu berbuka untuk memberi kelegaan pada perut.
Air kelapa muda juga memiliki kandungan elektrolit yang tinggi dan dan glukosa semula jadi yang mampu membekalkan tenaga kepada tubuh. Ini secara tidak langsung membantu memudahkan penggantian cairan tubuh yang hilang.
Air kelapa muda adalah antara minuman yang bagus untuk pesakit diabetes. Ini kerana kandungan gulanya yang semula jadi namun tidak membuatkan insulin menjadi tinggi. Kajian dari jurnal PubMed Central mengatakan bahawa air kelapa muda mampu menurunkan kadar gula darah dan meningkatkan kesihatan tubuh seara umum.
Air kelapa muda mempunyai kandungan relatif rendah kalori berbanding minuman lain. Ia juga membuatkan perut kenyang lebih lama sebelum anda mengambil makanan berat lain dan menyekat selera makan secara berlebihan. Bukan itu sahaja, air kepala muda juga boleh merangsang metabolisme menjadi lebih baik. Kalau anda ingin menurunkan berat badan, amalkan minum air kelapa muda setiap hari dengan kadar yang sederhana.
Selain itu, air kelapa muda juga adalah ubat semula jadi untuk menyembuhkan rasa ‘mabuk’ dan infeksi air kencing. Jika anda jenis kuat ‘mabuk’ atau mual ketika menaiki kenderaan tidak kira pengangkutan darat, laut atau udara, air kelapa muda mampu mengatasi masalah tersebut.
Air kepala muda tinggi dengan kandungan serat. Ia juga membantu dalam pencegahan masalah pencernaan dan mengurangkan berlakunya refluks asid dalam perut.
Air kelapa muda mempunyai kandungan potasium dan kalium telah terbukti mampu mengawal tekanan darah tinggi. Oleh sebab itulah, anda disarankan untuk mengamalkan minum air kepala muda untuk mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dalam jangka panjang.
Beberapa kajian kecil pernah dilakukan ke atas tikus. Kajian tersebut menunjukkan bahawa tikus yang diberi air kelapa minum dapat menurunkan paras kolesterol. Kajian juga menyebut, kesannya juga sama dengan manusia. Bagi orang yang sudah memasuki usia senja sangat penting untuk minum air kelapa muda kerana khasiatnya dapat mengurangkan tahap kolesterol sekali gus mempengaruhi kesihatan jantung.
Air kelapa muda juga mempunyai limpahan nutrisi yang sangat baik untuk metabolisme badan. Ia mengandungi karbohidrat yang meliputi glukosa, sorbitol, sukrosa, fruktosa dan unsur-unsur mineral seperti kalsium, potasium, magnesium, sulfur, fosfor, cuprum, natrium serta banyak lagi.
Minum air kelapa muda mampu meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Kandungan vitamin dan mineral seperti vitamin B, thiamin, vitamin C, riboflavin, asam folat dan niasin yang sangat baik dalam air kelapa muda membantu untuk proses metabolisme dan berperanan penting dalam melawan bakteria serta virus yang menyerang sistem kekebalan tubuh.
Air kelapa muda juga dapat membantu mencegah kerosakan pada rambut kerana khasiat airnya melancarkan perjalanan darah dalam tubuh. Untuk mencegah uban, anda hanya perlu melarutkan garam dalam air kelapa muda dan gunakannya sewaktu mencuci rambut. Biarkan selama beberapa minit, kemudian bilas dengan air bersih.
Air kelapa muda juga dapat membersihkan kulit berjerawat dan membantu mendapatkan kulit yang mulus serta mencegah kedutan pada wajah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Seorang guru di sebuah sekolah rendah di Segamat Johor mendapat perhatian netizen terutamanya kaum wanita semenjak gambarnya mulai tular dalam media sosial.
Jika tular kerana wajah yang kacak, ia mungkin masih boleh diterima tetapi apabila wanita bercakap tentang punggung lelaki, vibenya agak luar biasa sedikit.
Lebih-lebih lagi dia dituduh memakai lampin kerana punggungnya kelihatan terlalu mantap bagi seorang lelaki.
Namun itulah trend semasa yang terkena kepada Muhammad Mustaqim Anuar atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Aqim ketika ini.
Punggung mantap kerana latihan squat
Pemuda berusia 25 tahun ini juga tidak menafikan sesi latihan squat yang dibuat kira-kira 30 minit setiap hari sama ada di rumah atau di gim berjaya memantapkan punggungnya.
Selain itu, pemuda kelahiran Terengganu ini mengakui rajin melakukan aktiviti kecergasan setiap hari.
Misalnya pada hari Ahad, Cikgu Aqim akan pergi ke gim, Isnin ke kelas zumba dan Selasa pula berenang dan rutin itu akan berulang setiap hari.
Amal diet secara konsisten
Cikgu Aqim turut mengamalkan diet dari hari Ahad hingga Khamis dengan cara tidak mengambil makanan berminyak, tiada nasi serta minuman manis.
Cheat day bagi Cikgu Aqim untuk makan macam-macam makanan kegemarannya hanyalah pada hari Jumaat dan Sabtu.
Gambar dan video tular dari laman sosial
Ujar Cikgu Aqim lagi, memang sebelum ini dia ada berkongsi video senaman seperti squat di laman sosial selain kerap berjoging mengikut keadaan.
Jelasnya untuk mendapatkan bentuk punggung sedemikian, ia bukanlah terjadi dalam sekelip mata tetapi memakan masa lebih setahun menerusi senaman yang konsisten.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang