Ramai beranggapan bahawa semakin meningkat usia, semakin kurang keperluan untuk bersenam.
Hakikatnya, aktiviti fizikal masih penting walaupun usia sudah mencecah 60-an ke atas.
Dengan bersenam, badan akan kekal cergas, pergerakan lebih lancar dan risiko penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, serta sakit jantung dapat dikurangkan.
Selebriti terkenal, Dato’ Jalaluddin Hassan, turut menekankan kepentingan bersenam bagi mengekalkan kesihatan tubuh badan.
Menurutnya, pada usia sekarang, beliau tidak lagi melakukan senaman berat seperti dahulu, tetapi masih memastikan tubuhnya aktif dengan aktiviti yang lebih ringan dan sesuai.
Foto : Mstar
Bukan Lagi Tentang Otot Besar, Tapi Kekal Cergas
Sebagai seorang lelaki, Dato’ Jalaluddin mengakui bahawa dahulu beliau sering melakukan latihan seperti angkat berat dan pergi ke gimnasium.
Namun, dengan peningkatan usia, beliau lebih mengutamakan kecergasan keseluruhan badan berbanding membina otot.
Ads
“Saya harap saya dapat buat macam tu tapi tidak,” katanya.
“Dengan umur saya yang meningkat tua ni, saya rasa tak sesuai, memadai saya memastikan badan saya fit, pernafasan berjalan lancar, exercise otot-otot yang ada.”
Senaman yang ringan tetapi konsisten membantu mengekalkan kekuatan badan serta mengurangkan rasa lemah pada bahagian tertentu seperti kaki, tangan dan bahu.
Ads
Mini Gim di Rumah untuk Kekal Aktif
Walaupun tidak lagi melakukan senaman intensif, Dato’ Jalaluddin tetap memastikan dirinya kekal aktif dengan bersenam di rumah.
“Dekat rumah saya ada mini little gym, yang penting saya bersenam,” katanya.
Ini membuktikan bahawa untuk bersenam, tidak semestinya perlu ke gimnasium besar.
Dengan beberapa peralatan asas seperti dumbbell ringan, tikar yoga, atau sekadar menggunakan berat badan sendiri, seseorang masih boleh menjalankan rutin senaman di rumah.
Bersenam pada usia lanjut bukanlah untuk membina badan, tetapi lebih kepada memastikan pergerakan tubuh tidak terbatas.
Apabila badan kekal aktif, ia membantu melancarkan peredaran darah, menguatkan otot dan sendi, serta meningkatkan keseimbangan untuk mengelakkan risiko jatuh.
Seperti kata Dato’ Jalaluddin, “Saya masih akan memastikan saya fit.” Jadi, tiada alasan untuk tidak bersenam, walaupun usia semakin meningkat!
Jaga kesihatan, kekal cergas, dan nikmati kehidupan dengan lebih sihat dan bertenaga.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Selalunya perempuan je kan buat masker untuk putihkan muka. Haa kali ni lelaki pulakk, ingat lelaki tak perlu muka bersih dan putih ke..paling-paling pun bersih la kan..Ini petua orang dulu-dulu yang katanya diamalkan dari dulu lagi..
Sebenarnya ada bahan-bahan dapur yang boleh membantu anda untuk kulit anda nampak sangat halus seperti wanita. Mudah bukan?
Hanya perlukan 3 bahan mudah sahaja
Kunyit
tepung beras
Telur
Gaulkan sebati ketiga-tiga bahan tersebut. Ianya sangat bagus diamalkan jika anda mengalami masalah jerawat dan juga parut yang susah untuk hilang.
Tidak perlu berhabis duit yang banyak untuk mendapatkan kulit yang cantik, jika anda rajin mencari khasiat barangan dapur .Tapi jangan pakai hari-hari tau..Seminggu sekali sahaja..
Ianya sangat bagus diamalkan jika anda mengalami masalah jerawat dan juga parut yang susah untuk hilang.
Cantik kulit muka dia kan? Selamat mencuba ya!
Sumber: Facebook/Mohd Hasrul Hassan
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Itulah dilema yang mungkin menghantui fikiran setiap kali anda ingin memilih menu makanan. Anda mungkin fikir yang mana satu lebih sihat dan berkhasiat?
Mari kita merungkai persoalan tersebut.
Ayam
Ayam mungkin merupakan pilihan utama berbanding ikan secara umum dalam kalangan masyarakat. Ia mungkin disebabkan rasanya yang lebih sedap (sangat subjektif) atau lebih penting adalah harganya yang lebih murah berbanding ikan.
Jika anda ingin fokus kepada menambah jisim otot tanpa kalori yang tinggi, ayam adalah pilihan yang baik sebagai sumber protein. Namun, sebaiknya adalah membeli ayam tanpa kulit untuk pilihan yang lebih sihat. Selain itu, ayam juga kaya dengan vitamin B.
Salah satu daripada isu yang timbul adalah banyak ayam yang diternak secara komersial diberikan antibiotik dan hormon pembesaran. Ayam yang dijual mungkin tidak 100% semula jadi. Oleh itu, sila berhati-hati dalam memilih jenis ayam.
Ikan
Ikan sememangnya sumber protein yang tinggi. Selain itu, ia mempunyai kandungan yang sangat penting iaitu omega 3 yang tidak boleh dihasilkan oleh badan. Antara manfaat omega 3 adalah meningkatkan memori, mengurangkan keradangan dan memberikan jantung yang lebih sihat.
Sesetengah ikan mungkin mempunyai lebih vitamin B. Contohnya, kandungan vitamin B-12 di dalam ikan salmon adalah lebih tinggi berbanding ikan lain dan juga ayam. Ikan ini juga kaya dengan vitamin D yang penting untuk kesihatan tulang.
Antara kebimbangan yang ada pada ikan adalah kandungan merkuri yang terdapat di dalamnya. Beberapa jenis ikan mengandungi kadar merkuri yang tinggi termasuk makarel raja, ikan yu, tilefish dan ikan todak. Ibu mengandung terutamanya harus elakkan pengambilan ikan dengan kandungan merkuri yang tinggi.
Apakah pilihan terbaik?
Realitinya, tiada satu pun makanan yang boleh membekalkan semua jenis nutrien kepada badan kita. Oleh sebab itu, kita perlu mengambil pelbagai jenis makanan bagi memastikan semua jenis nutrien dapat diperoleh. Sama juga seperti ayam dan ikan. Jika ingin dibandingkan, kedua-duanya tidak jauh berbeza. Kemungkinan ikan mendahului ayam dari sudut omega 3.
Walau bagaimanapun, mengambil kedua-duanya secara bergilir adalah cara yang terbaik agar khasiat daripada keuda-duanya dapat dimanfaatkan. Tapi jangan sampai berlebihan!
Buat anda yang mempunyai rutin senaman tetap setiap hari atau minggu pastinya akan melakukan senaman upper body atau bahagian badan dari pinggang ke atas.
Seorang lelaki secara lazimnya perlu mempunyai kekuatan upper body pada tahap yang baik. Bukan untuk memantapkan lengan semata-mata namun mempunyai kekuatan yang baik mampu membantu pelbagai aspek kehidupan dan pekerjaan harian anda.
Selain itu melakukan senaman menguatkan bahagian upper body juga memberikan banyak kelebihan kesihatan untuk lelaki. Senaman yang lengkap melibatkan pelbagai otot seperti lengan, tangan, dada, dan juga belakang mampu memberikan kualiti hidup yang lebih baik.
Malah terdapat kajian mendakwa senaman upper body cukup penting bagi membantu kesihatan lelaki lebih mantap. Berikut MASKULIN senaraikan kebaikan mempunyai kekuatan upper body yang padu.
BAIK UNTUK JANTUNG
Menurut American Heart Associatation melakukan senaman angkat berat mampu meningkatkan tahap kesihatan. Tidak perlu sampai bina badan seperti atlet bina badan, cukup hanya melakukannya secara rutin. Ia akan membantu menguatkan aktiviti jantung.
Mempunyai tulang belakang yang kuat sangat penting untuk memastikan postur badan dalam kedudukan baik. Rutin senaman melibatkan otot belakang terutamanya membantu anda untuk mengelak dari berdepan masalah postur badan seperti membongkok.
KURANGKAN KECEDERAAN
Apabila anda mempunyai rutin senaman yang baik pada bahagian upper body ia akan menjadi lebih tahan lasak. Kajian mendapati mereka yang mempunyai upper body yang mantap mempunyai risiko rendah berdepan kecederaan serius seperti musculoskeletal.
Lakukan senaman upper body selama beberapa minggu. Anda pasti terkejut dengan perubahan ketara yang dirasai. Malah apabila kekuatan upper body ditingkatkan senaman anda untuk bahagian bawah badan juga akan lebih senang untuk dilakukan. Atau apabila melakukan aktiviti seperti senaman sebagai contohnya.
MELINDUNGI TULANG
Usah pandang rendah pada kekuatan upper body. Selain faktor pemakanan dan sumber kalsium yang baik senaman kekuatan upper body juga mampu membantu melindungi tulang jadi lebih kuat. Pakar mendapati melakukan senaman angkat berat mampu membantu tulang jadi lebih lasak dan kuat.
Senaman bukan sahaja membantu memperbaiki kekuatan fizikal malah ia turut membantu anda mendapatkan kesihatan mental lebih baik. Apabila ‘goals’ anda dalam senaman dicapai kepuasannya memang tidak terhingga.
Jadi lakukanlah senaman upper body secara rutin yang baik. Bersenamlah untuk kebaikan anda dan orang tersayang.
Jangan lupa subscribe YoutTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.