Apabila anda melihat seseorang rebah dan tidak sedarkan diri dipercayai akibat serangan jantung, amat penting untuk segera memberikan bantuan Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) segera tanpa mengira anda mahir melakukannya atau tidak.
Menurut perkongsian seorang doktor dan pempengaruh Dr Malar Santhi, anda tidak perlu risau disaman atau didakwa kerana salah melakukan CPR kerana ada perlindungan undang-undang bagi mereka yang bertindak ketika keadaan yang mengancam nyawa seseorang.
“Anda tidak boleh disaman ataupun didakwa sebab kononnya salah bagi CPR lah, ataupun bagi CPR sampai tulang rusuk dia patah lah.
“Tak perlu takut perkara-perkara sebegitu. Hanya takut pada pencipta yang akan soal anda satu hari nanti “kenapa tak buat apa-apa?”, “kenapa tengok sahaja?”, “kenapa tak jalankan tanggungjawab?”,” jelas Dr Malar menerusi sebuah hantaran video di laman media sosial nya.
@drmalarss SERANGAN JANTUNG boleh berlaku di mana mana sahaja, kepada sesiapa sahaja. Yang penting, rawatan yang betul, cepat dan tepat diberikan kepada mangsa. Untuk maklumat lanjut tentang kesihatan jantung, silalah jumpa doktor pakar jantung ye. Ni saya share link terus :https://www.columbiaasia.com/malaysia/doctors/?jhospital=Cheras&jspecialty=1066 #celotehdrmalar#columbiaasiacheras@Columbia Asia Malaysia ♬ original sound – CelotehDrMalar
Bagi Dr Malar, menjadi suatu tanggungjawab bagi seseorang yang hadir di sebelah mangsa untuk segera tampil memberikan bantuan.
“Ingat ya, mangsa itu bila tiba ajal dia, dia akan pergi jua tidak awal ataupun tidak lewat sesaat pun.
“Ya kita semua memang diingatkan untuk berdamai dengan takdir dan menerima takdir. Tapi janganlah berserah kepada takdir sebelum berusaha,” tegasnya yang mengulas video tular pemain badminton China yang rebah di gelanggang dan meninggal dunia ketika perlawanan.
“Sebelum buat apa-apa pun terus dah melopong berserah kepada takdir. Bagi saya, itu salah”.
Fokus Untuk Kembalikan Fungsi Jantung Mangsa
Walaupun anda tidak mahir atau takut melakukan tatacara CPR, Dr Malar menasihatkan agar anda mengabaikan perasaan itu.
Sebaliknya, anda hanya perlu menumpukan untuk memberikan tekanan CPR dengan harapan agar jantung mangsa boleh kembali berfungsi mengepam darah.
Ads
Apabila melihat seseorang rebah dan menggelepar, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah memeriksa tindak balas mangsa.
Laungkan Dua Ayat Ini
Jika tiada sebarang tindak balas, Dr Malar menjelaskan ada dua ayat yang perlu anda laungkan segera iaitu “dapatkan bantuan” dan “bawa AED (Defibrilator Luaran Automatik)”.
Selepas melaungkan kedua ayat tersebut, anda sendiri perlu memulakan CPR segera walaupun anda sendiri tidak mahir melakukan tatacara keselamatan itu.
Anda hanya perlu meletakkan kedua tapak tangan anda yang saling bertindihan ke bahagian tengan dada mangsa dan terus menekan dada mangsa menggunakan tenaga dari bahu anda.
Penting untuk anda memastikan siku anda berada dalam kedudukan yang lurus agar tekanan dapat diberikan sekuat mungkin.
Jangan bimbang tindakan anda itu boleh menyakitkan mangsa atau mengakibatkan tulang rusuk mangsa patah.
Hal ini disebabkan mangsa sudah keadaan tidak sedar tanpa denyutan nadi maka mangsa tidak boleh merasakan sakit, jelas Dr Malar lagi.
Ads
Lakukan CPR Secara Bergilir
Selain itu, tatacara CPR juga perlu dilakukan secara bergilir-gilir kerana ia biasanya akan memenatkan anda selepas dua hingga tiga minit melakukan tatacara itu.
Maka sangat penting untuk memastikan ada orang lain disekeliling anda yang mampu untuk mengambil alih peranan anda agar CPR dapat dilakukan secara berterusan sehingga bantuan pihak profesional tiba.
Merujuk video tular saat pemain badminton China, Zhang Zhijie, 17, yang rebah di gelanggang, Dr Malar menjelaskan fasa serangan jantung yang dialami pemain badminton remaja itu.
Tubuh Zhijie dilihat menggelepar ketika rebah, dan ketika itu dia sedang berada dalam fasa Ventricular Fibrillation (VF) atau Pulseless Ventricular Tachycardia (pulseless VT).
“Rawatan terbaik pada ketika jantung berdegup macam ini adalah shock delivery. Tapi kalau tiada alat untuk memberikan shock pada ketika itu, kena mulakan CPR dengan segera”.
Foto: Tangkap layar video saat Zhang Zhijie rebah di gelanggang ketika perlawanan menentang pemain badminton dari Jepun.
Lakukan CPR Sebelum Mangsa Kaku
Jika mangsa tidak dirawat segera ketika keadaan jantungnya masih di fasa VF atau pulseless VT, jantung akan beralih ke fasa berikutnya iaitu fasa tanpa sebarang denyutan nadi, dikenali sebagai PEA ataupun Asystole.
“Kalau anda zoom dan tengok, lepas menggelepar itu badan dia macam kaku terus, dah masuk dalam fasa Asystole lah itu,” jelasnya.
Ads
Menurut Dr Malar, ada pelbagai punca yang boleh menyebabkan seseorang itu rebah dan menggelepar seperti Zhijie, antaranya ialah hipokalemia (kadar potassium terlalu rendah) ataupun hiperkalemia (kadar potassium terlalu tinggi).
“Dalam keadaan ini iaitu tengah main badminton, hipokalemia sangat-sangat mungkin boleh berlaku akibat daripada berpeluh yang melampau”.
Selain itu, hipotermia (badan terlalu sejuk), hipoglisemia (gula terlalu rendah) juga boleh menjadi antara punca seseorang itu rebah.
Foto: Zhang Zhijie (kiri), dan penghormatan terakhir dari atlet China (kanan). Sumber: The Borneo Post & News.com.au
Berdasarkan pengalaman peribadi Dr Malar, punca yang paling kerap berlaku dikalangan pemain badminton ialah disebabkan oleh garam galian tidak normal (electrolyte imbalance).
Namun walau apa pun puncanya, Dr Malar menegaskan perkara yang lebih penting apabila berlakunya kejadian sebegitu ialah tindakan yang betul, tepat dan cepat.
Terdahulu, Zhang Zijie rebah di gelanggang ketika perlawanan menentang Kazuma Kawano dari Jepun di Kejohanan Berpasukan Campuran Badminton Remaja Asia di Yogyakarta, Indonesia, demikian lapor Harian Metro.
Mungkin disebabkan lockdown, senaman jump rope atau juga popular dengan panggilan skipping menjadi sangat popular di kalangan penggemar aktiviti kecergasan.
Selain tidak memerlukan banyak peralatan ia juga tidak memelukan ruang yang banyak untuk dilakukan. Hanya perlu sedikit ruang selesa dan juga seutas jump rope yang sesuai. Melakukan aktiviti jump rope dapat merangsang bukan sahaja kekuatan otot tetapi membina stamina dengan baik.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi beberapa kelebihan yang anda boleh dapat jika melakukan senamam jump rope.
KESIHATAN JANTUNG
Senaman ini mampu menaikkan kadar degupan jantung dengan pantas. Jadi lakukanlah dengan kadar sesuai dengan kemampuan jantung anda. Jika dilakukan dengan baik ia mampu memberi manfaat kepada kesihatan kardiovaskular.
Buat anda yang mampu melakukannya dengan baik, jump rope amat digalakkan bagi menguatkan jantung serta mengurangkan risiko berisiko seperti serangan jantung.
BAKAR KALORI DENGAN BAIK
Buat anda yang ingin turunkan berat badan dan mahukan senaman yang mudah, jump rope boleh menjadi senaman pilihan paling unggul. Tahukah anda, selepas melakukan jump rope selama 15 minit, anda mampu membakar kalori sebanyak 200 hingga 300 kalori.
Senaman lompatan seperti jump rope menggerakkan banyak otot badan yang menjadi aktif. Ia menjadikan badan kita dalam kategori dikenali sebagai ‘thermogenic’ iaitu keadaan di mana badan kita menghasilkan haba yang banyak semasa bersenam.
Melakukan senaman lompat tali atau jump rope juga dikatakan dapat menguatkan kekuatan tulang. Terdapat kajian mendapati seseorang yang melakukan bersenam jump rope selama 10 minit setiap hari didapati mempunyai ketumpatan tulang yang lebih tinggi serta lebih kukuh. Ia sekali gus boleh mengurangkan risiko kesihatan tulang seperti osteoporosis.
HAPUSKAN LEMAK PERUT
Untuk anda yang mempunyai masalah berat badan, senaman jump rope boleh membantu anda membakar lemak di bahagian perut dengan baik sekali. Senaman yang konsisten diikuti dengan amalan gaya hidup dan pemakanan diet seimbang mampu memberikan anda hasil yang mantap.
OTAK LEBIH FOKUS
Tak ramai tahu bahawa melakukan senaman jump rope memerlukan fokus yang baik. Menurut Jump Rope Institute, rutin lompat tali secara konsisten akan mengembangkan aktiviti otak di bahagian kanan dan kiri hemisfera. Ini akan meningkatkan lagi kemahiran seseorang dalam mengingat dan meningkatkan kepekaan minda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tidak dinafikan ramai lelaki lebih cenderung melakukan senaman di bahagian atas atau upper badan. Ia melibatkan senaman bahagian perut, dada, belakang, bisep, trisep serta tangan. Sampaikan ada yang melupakan senaman kaki.
Besar kemungkinan ramai yang rasa agak leceh atau tidak berminat melakukan senaman kaki. Sedangkan ia juga tidaklah kurang penting bagi mendapatkan bentuk badan yang lebih cantik dan tegap.
Usah risau, kali ini MASKULIN kongsikan beberapa Teknik senaman yang boleh amalkan setiap kali bersenam.
Lunge
Senaman ini boleh dilakukan menggunakan berat badan sahaja, dumbbell, iron plate, barbell atau kettlebell. Cuba tambah beban secara berperingkat.
Anda juga boleh lakukan static lunge sekiranya kekurangan ruang atau lakukan walking lunge sekiranya anda mempunyai ruang.
Semasa melakukan senaman ini, buka kaki anda selebar bahu, pandang lurus ke hadapan, langkah ke hadapan dan rendahkan badan anda sehingga paras paha, selari dengan lantai.
Senaman ini agak popular dan sinonim dengan senaman di bahagian kaki. Senaman ini antara paling berkesan serta melibatkan pelbagai sendi dan otot. Senaman ini juga melibatkan kekuatan di bahagian kaki, abdomen serta tulang belakang anda.
Senaman ini boleh menggunakan pelbagai beban seperti barbell, dumbbell dan sebagainya.
Buka kaki anda selebar bahu, berdiri dalam keadaan tegak dan hanya bengkokkan sedikit kaki anda semasa dalam posisi permulaan.
Semasa anda merendahkan badan, pastikan lutut tidak melebihi hujung kaki dan paha perlu selari dengan lantai.
Step Up
Senaman yang mudah dilakukan di mana-mana sahaja, sama ada di taman rekreasi atau pun di rumah.
Paras ketinggian bangku atau bench sepatutnya optimum apabila anda pijak, paras paha juga perlu selari dengan paras lantai.
Sekiranya terlalu rendah, ia kurang berkesan dan sekiranya terlalu tinggi, ia akan terlalu sukar, cuba ketinggian yang pelbagai secara berperingkat mengikut kemampuan anda.
Semasa anda mulakan langkah, pastikan badan tegak, pandang ke hadapan dan hembus nafas, dan semasa anda langkah ke belakang, tarik nafas . Jangan lakukan dengan terlalu laju.
Pastikan permukaan bangku atau bench stabil. Cuba tambah beban secara progresif.
Sumo Dead-lift
Senaman ini pula lebih efektif membina otot kerana posisi kaki yang lebih sukar untuk mengangkat beban.
Anda boleh menggunakan pelbagai jenis beban seperti dumbbell ataupun barbell.
Pastikan posisi kaki anda menghadap penjuru, tolak badan anda ke atas dengan menggunakan tumit kaki dan hembus nafas. Pastikan juga kaki dan badan tegak dan jangan melengkung.
Selamat mencuba, lakukan senaman ini dengan meningkatkan dulu pengulangan dan kemudian tambah beban secara berperingkat. Cuba sebanyak 3 hingga 4 set dan 20 hingga 30 pengulangan bagi mereka yang ingin membakar lebihan lemak. Dapatkan langkah dan teknik senaman yang betul.
MASKULIN percaya ramai di atara anda berdepan dengan masalah tidur yang tidak menentu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Secara asasnya semakin kurang tenaga kita digunakan sehari-hari maka badan akan jadi kurang penat. Dan jika ia berlaku maka waktu tidur boleh terjejas kerana badan anda berdepan dengan kondisi yang sudah lari dari rutin biasa ketika hari bekerja.
Ditambah pula jika anda amalkan pengambilan minuman berkafein seperti kopi dan minuman soda. Hal ini akan jadi lebih ketara di kalangan mereka yang kurang bersenam. Disebabkan itulah MASKULIN sentiasa menyarankan untuk melakukan senaman walaupun dalam tempoh PKP dan berada di rumah.
Jadi buat anda yang berdepan masalah ini akan mempunyai masalah tidur yang kurang berkualiti.
Jika anda ada simptom yang MASKULIN nyataka di bawah, usahlah biarkan berterusan. Lakuan sesuatu mulai hari ini!
1. Badan masih penat walaupun baru bangun tidur
Tidur merupakan satu tempoh masa untuk badan dan otak kita berehat. Namun jika kamu bangun tidur dan masih berasa letih itu bermakna kamu kurang tidur. Maka dengan itu korang harus ubah masa tidur dengan kadar segera, Jangan biasakan diri dalam keadaan begini berpanjangan kerana ia boleh memudaratkan kesihatan.
2. Ada masalah untuk beri perhatian
Jika beada di dalam kuliah susah nak beri fokus kepada pensayarah. Jika lebih teruk kamu akan berpeluh dingin dan sukar untuk berikan fokus sepenuhnya terhadap apa yang kamu lakukan. Usah paksa diri, sila pergi rehat dan tidur sekarang!
3. Set alarm lebih daripada satu
Setiap pagi anda ‘berperang’ dengan alarm. Bukan satu tetapi mungkin lebih daripada lima waktu alarm di-set. Jika mempunyai waktu tidur yang mencukupi badan akan secara otomatik akan bangun sendiri pada waktu yang anda ingini. Badan dan minda kita boleh dilatih untuk bangun pada waktu yang sama setiap hari dengan syarat tidur dalam jumlah masa mencukupi.
4. Tak boleh survive tanpa kafein
Oleh kerana mengantuk anda pasti mencari kopi kerana kononnya untuk elak daripada mengantuk. Kesan ‘kick’ kafein yang kamu ambil setiap hari menjadikan anda perlu mengambilnya untuk lebih segar. Apa akata setiap pagi selepas bangun tidur minum air kosong. Jika kafein diambil berlebihan ia boleh menggangu jam tidur anda.
5. Badan tak mampu melakukan banyak aktiviti dalam sehari
Ini petunjuk jelas yang kamu kurang tidur. Jika badan sudah penat memang anda tak dapat buat banyak aktiviti. Sedangkan rakan-rakan relaks sahaja teruskan hari dengan pelbagai aktiviti kamu sudah termengah mencari kerusi untuk duduk. Ingatlah seorang lelaki yang sihat minda dan fizikal memerlukan tidur yang cemerlang!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.