
Jutaan lelaki yang berada di United Kingdom mengalami masalah terutamanya ketika bersama pasangan akibat dari kewujudan pelbagai faktor, termasuk umur, obesiti serta penyakit seperti diabetis dan kini, saintis mendakwa bahawa terdapat punca lain yang boleh menjejaskan kemampuan seksual lelaki iaitu jenis darah.
KAJIAN MENDAPATI BAHAWA LELAKI YANG MEMILIKI DARAH JENIS A, B ATAU AB MEMPUNYAI KEMUNGKINAN EMPAT KALI GANDA UNTUK MENGALAMI MASALAH LEMAH TENAGA BATIN ATAUPUN MATI PUCUK BERBANDING MEREKA YANG DARAHNYA DARI JENIS O. KIRA-KIRA 44 PERATUS LELAKI DI UNITED KINGDOM DIDAPATI MEMILIKI DARAH DARI JENIS O.
Kajian terbaru mendapati bahawa seorang daripada setiap 10 lelaki mengalami masalah mati pucuk pada satu-satu masa ketika dalam riwayatnya dengan satu pertiga mengalaminya selepas berusia 40 tahun. Kajian terbaru menunjukkan jenis darah turut mempengaruhi kemampuan seksual lelaki itu seperti yang dilakukan oleh pasukan di Universiti Ordu, Turki.
Mereka menggunakan 350 lelaki yang dibahagi kepada dua kumpulan iaitu yang memiliki zakar bermasalah untuk tegang dan yang sukar untuk memastikan ketegangan zakar tersebut berterusan.
Jenis darah mereka kemudian diperiksa dan hasilnya seperti yang disiarkan dalam Archives of Italian Urology and Andrology, mendapati bahawa lelaki yang darahnya dari jenis A, B atau AB mempunyai kemungkinan empat kali ganda untuk gagal berhubungan bersama pasangan berbanding mereka yang berdarah O.
HANYA 16 PERATUS DARIPADA MEREKA YANG BERDARAH O DIDAPATI MENGHADAPI MASALAH UNTUK TEGANG BERBANDING 42 PERATUS DARI MEREKA YANG BERDARAH JENIS A.
Saintis yang membuat penemuan itu juga turut menyatakan fakta itu menyokong kajian mereka sebelum ini bahawa jenis darah juga boleh mempengaruhi kemungkinan untuk mendapat risiko sakit jantung.
Tidak dapat dipastikan bagaimana jenis darah boleh mempengaruhi kemampuan seksual secara jelas namun sejak 100 tahun lalu, saintis telah mengesyaki ia boleh mempengaruhi kesihatan, termasuk kemungkinan menyebabkan sakit jantung, barah, ketidaksuburan dan ulser.
sumber: lelakisihat.com
Mahu Ambil Khidmat Jurulatih Peribadi? Semak Perkara Ini Dahulu

Bagi anda yang baru mula berjinak-jinak dengan dunia senaman gim pastinya memerlukan bimbingan yang betul. Meskipun banyak panduan yang boleh didapati menerusi video atas talian, ia tidak akan sama dengan bimbingan yang diterima secara langsung.
Oleh itu, khidmat jurulatih kecergasan peribadi (personal trainer) sangat penting untuk memulakan langkah anda dalam gaya hidup yang lebih cergas.Bagaimanapun, ada beberapa perkara yang anda perlu ambil kira sebelum mengambil khidmat jurulatih peribadi.
Pastikan mereka ‘kenal’ anda
‘Kenal’ yang disebutkan di sini bukanlah bermaksud jurulatih berkenaan perlu mengenali anda secara peribadi. Sebaliknya, mereka perlu kenal keadaan fizikal anda. Selain dari mengetahui apa matlamat kecergasan anda, mereka juga perlu tahu kekuatan dan kelemahan sedia ada anda.

Paling penting, mereka perlu tahu sejarah penyakit dan juga kecederaan yang pernah anda alami sebelum ini. Dengan ‘mengenali’ anda sebegini, jurulatih mampu untuk menyediakan program latihan yang bersesuaian dengan matlamat dan kemampuan anda. Matlamat anda mungkin sama dengan orang lain, namun latihan anda mungkin berbeza dari mereka.
Pastikan mereka utamakan keselamatan anda
Keselamatan anda sepatutnya menjadi keutamaan nombor satu jurulatih. Jurulatih kecergasan sepatutnya tahu untuk mengenal pasti risiko kecederaan dan kemalangan semasa latihan serta mencegahnya sebelum ia berlaku. Mereka juga perlu tahu cara terbaik untuk mengendalikannya jika ia benar-benar berlaku.

Sesetengah latihan di gim sangat berbahaya jika dilakukan tanpa pemantauan, banyak kemalangan telah dilaporkan berlaku dan ada yang sehingga membawa maut! Ingat, sebarang kecederaan hanya akan membuatkan anda tersasar lebih jauh dari matlamat kecergasan anda. Anda selaku klien yang membayar juga berhak untuk menegur jurulatih anda jika anda dapati mereka leka dari memantau anda ketika melakukan senaman.
Semak kelayakan mereka
Tidak dinafikan ramai individu yang pernah menyertai pertandingan bina badan turut menawarkan khidmat kejurulatihan kepada orang awam atas dasar mahu berkongsi ilmu dan pengalaman mereka sendiri. Namun, mempunyai pengalaman dan pencapaian dalam pertandingan bina badan itu bukanlah kayu pengukur kelayakan seorang jurulatih.
Tidak semestinya seseorang yang berbadan sasa itu mempunyai kelayakan formal sebagai jurulatih. Tidak semua jurulatih berkelayakan turut mempunyai tubuh yang sasa, adakalanya mereka hanya sekadar fit.


Tidak salah jika anda mencuba khidmat mereka namun penting untuk anda ambil maklum tentang pentauliahan kejurulatihan mereka terlebih dahulu. Hal ini disebabkan, mungkin teknik yang mereka kuasai hanyalah berdasarkan pengalaman peribadi mereka sendiri sahaja.
Teknik itu terbukti berkesan pada mereka namun tidak semestinya ia bersesuaian dengan anda. Seorang jurulatih bertauliah perlu berupaya untuk mencipta program latihan khusus mengikut keperluan dan kemampuan individu. Paling penting, mereka perlu terlatih untuk mengenal pasti dan mengendalikan sebarang kecemasan atau kecederaan.
Semak status jurulatih
Sebahagian jurulatih kecergasan adalah terikat secara langsung dengan gim tertentu dimana mreka bekerja secara langsung di bawah pengurusan gim. Oleh itu, kadar bayaran mereka juga tertakluk pada ketetapan gim berkenaan. Selain itu, sesi latihan hanya boleh berlangsung di gim berkenaan sahaja. Jurulatih sebegini biasanya memang terlatih kerana telah dihantar untuk kursus pentauliahan oleh pihak pengurusan gim sebagai syarat untuk bekerja.

Bagi jurulatih bebas (freelance) yang tidak terikat dengan pengurusan mana-mana gim pula, harga adalah tertakluk pada ketetapan mereka sendiri dan anda masih boleh berunding. Mereka juga bebas untuk menjalankan sesi latihan mengikut lokasi pilihan anda selagi ia masih di dalam jarak kawasan mereka. Bagaimanapun, ada kemungkinan yang mereka bukanlah seorang jurulatih bertauliah melainkan mereka pernah bekerja sebagai jurulatih di mana-mana gim sebelum bergerak secara bebas.
Semak peraturan gim
Jika anda menggunakan khidmat jurulatih bebas, pastikan gim yang anda ingin gunakan itu membenarkan jurulatih bebas untuk menjalankan sesi latihan di situ. Sesetengah gim mempunyai peraturan ketat lebih-lebih lagi jika gim berkenaan memang mempunyai jurulatih kecergasan mereka sendiri.

Kehadiran jurulatih bebas di gim sebegitu akan dianggap sebagai saingan kepada jurulatih mereka sendiri. Ada juga kemungkinan mereka enggan menanggung risiko sekiranya berlaku perkara buruk di gim mereka disebabkan jurulatih bebas yang bukan di bawah seliaan mereka.
4 Cara Mudah Buat Air Nabeez, Menu Sahur Rendaman Kurma Yang Mengenyangkan!

Waktu bersahur adalah masa yang paling penting dalam menentukan menu apakah yang sesuai untuk dijamah bagi mengekalkan kesegaran tubuh.
Bukan apa, sekurang-kurangnya tidaklah dipandang lembik selain tetap boleh aktif untuk melakukan pelbagai kerja harian.
Perlukan makanan sihat & air berkhasiat
Sehubungan itu, umat Islam disarankan untuk mengalas perut dengan makanan yang sihat serta air yang berkhasiat.
Ini kerana cuaca di Malaysia ada kalanya panas dan menerusi simpanan air yang berkhasiat, daya tahan tubuh juga menjadi semakin baik.
Kenali apa itu air nabeez
Sebelum ini, khasiat buah kurma sering menjadi sebutan orang ramai pada bulan Ramadan kerana ia bersifat manis buah dan tahan lama.
Memasuki era moden, buah kurma sering dicampurkan ke dalam adunan susu segar atau coklat untuk dijadikan sebagai bahan minuman.
Namun jika merungkai cara pemakanan Rasulullah S.A.W, beruntunglah umat Islam kerana baginda pernah memperkenalkan sejenis minuman yang digelar sebagai air nabeez.
Caranya adalah dengan merendam buah kurma dalam air masak pada sebelah malam dan boleh minumnya pada waktu sahur keesokan harinya.
Khasiat air nabeez
Dengan menyediakan air nabeez ini, Insya’Allah perut boleh rasa kenyang dan sesiapa yang meminumnya bertahan dalam masa yang panjang.
Cara-caranya:
1. Ambil kurma dalam bilangan yang ganjil.
Sediakan anggaran air dalam 500ml ke 1liter. Ambil 3 biji kurma dan buang bijinya. Carik-carikkan isi kurma. Ada juga yang guna kismis tapi jangan campurkan. Kalau buat kurma, kurma sahaja. Kalau kismis, kismis sahaja.
2. Rendam isi kurma dalam air masak
Letak di luar sahaja. Tak perlu simpan dalam peti sejuk. Untuk kebersihan, tutup bekas air tersebut dan jangan biarkan ia secara terbuka.
3. Sahur esok air itu sudah boleh diminum
Rasa manis kurma akan sebati dengan air kosong dan khasiatnya lebih baik berbanding minum air yang bergula.
4. Amalkan semasa lapar
Air ini boleh juga diamalkan sebelum sarapan pagi pada hari-hari yang lain walaupun bukan di bulan Ramadhan. Amalkan semasa perut kosong.
Sumber: ihsbaby
Tua Sebelum Tiba Masanya, Ini Jenis Makanan Yang Perlu Lelaki Hindari

TABIAT PEMAKANAN YANG BURUK DAN GAYA HIDUP TIDAK SIHAT BOLEH MEMPERCEPATKAN PROSES PENUAAN. JADI GAYA HIDUP SIHAT DAN PEMAKANAN SEIMBANG SANGAT PENTING. ANTARA CONTOH MAKANAN DAN MINUMAN YANG BOLEH MEMPERCEPATKAN PROSES PENUAAN ADALAH:
MAKANAN ATAU MINUMAN MENGANDUNGI GULA ATAU KARBOHIDRAT YANG DIPROSES
Molekul gula yang berlebihan akan bergabung dengan protein, menghasilkan AGE (Advanced Glycation End product) yang boleh merosakkan kolagen pada kulit.
MAKANAN YANG DIPROSES
Makanan diproses seperti sosej, daging burger dan nuget mengandungi sulfit dan banyak bahan pengawet lain yang boleh menyebabkan keradangan pada badan termasuk kulit dan mempercepatkan kita kelihatan tua. Tambahan pula, daging yang diproses biasanya mempunyai kandungan lemak dan garam yang tinggi. Ia boleh mengakibatkan pengekalan air dan meningkatkan risiko tekanan darah tinggi.
MAKANAN YANG TINGGI KANDUNGAN LEMAK TEPU
Lemak tepu bukan sahaja boleh meningkatkan risiko penyakit jantung malah turut menyebabkan penuaan kulit. Kajian juga menunjukkan lemak tepu boleh meningkatkan kedutan pada wajah.
Selain itu, gaya hidup seharian juga boleh menyumbang kepada penuaan awal. Antara tabiat buruk yang perlu diubah ialah:
- Kurang tidur:Tidak cukup tidur atau tidur yang tidak berkualiti boleh memberi pelbagai kesan kepada kesihatan seperti peningkatan berat badan, menjejaskan sistem imun dan daya ingatan, mengurangkan tumpuan dan kulit menjadi pucat.
- Tekanan:Tekanan berlebihan boleh mempercepatkan penuaan otak, meningkatkan tekanan darah dan mengganggu tabiat tidur yang akhirnya merangsang proses penuaan badan secara keseluruhan.
- Merokok:Merokok dan menghidu asap rokok boleh menghasilkan banyak radikal bebas yang mempercepatkan penuaan kulit. Merokok juga meningkatkan risiko penyakit jantung, kemandulan, tekanan darah tinggi dan pelbagai jenis kanser khususnya kanser paru-paru.
- Berat badan berlebihan:Kebanyakan masalah kesihatan seperti penyakit jantung, diabetes, kanser dan arthritis berkait rapat dengan berat badan berlebihan. Ia mungkin disebabkan sel lemak yang menggalakkan proses penuaan.
Mengambil makanan seimbang dan berkhasiat memang penting untuk warga emas bagi mengekalkan kesihatan tubuh badan.
Seperti golongan muda, warga emas juga memerlukan nutrien khusus kerana penuaan mempengaruhi proses penyerapan mineral serta penggunaan dan perkumuhan dalam badan.
Untuk itu, kombinasi makronutrien, vitamin, mineral, serat dan air sangat penting untuk membekalkan nutrien mencukupi bagi warga emas.
MAKRONUTRIEN
Sebahagian besar nutrien dalam diet seseorang terdiri daripada makronutrien. Ia terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu karbohidrat, protein dan lemak. Setiap makronutrien terbabit membekalkan kalori, tetapi dalam jumlah berbeza. Karbohidrat membekalkan empat kalori bagi setiap gram, protein pula empat kalori setiap gram dan lemak sembilan kalori setiap gram.
SERAT
Serat adalah sebahagian daripada komponen tumbuhan yang tidak boleh dihadam oleh sistem penghadaman manusia. Ia hanya terdapat dalam tumbuhan seperti buah-buahan, sayuran, kacang dan bijirin. Antara kebaikannya adalah mencegah sembelit dan mengurangkan paras kolesterol dalam darah.
Ia juga mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dan beberapa jenis kanser contohnya kanser kolon.Warga emas pula disarankan supaya mengambil kandungan serat sebanyak 20 hingga 30 gram sehari.
VITAMIN DAN MINERAL PENTING BAGI WARGA EMAS
Warga emas mempunyai risiko lebih tinggi untuk mengalami kekurangan vitamin dan mineral serta lebih mudah mendapat beberapa jenis penyakit seperti gastritis, anemia dan penyakit tulang.Vitamin A misalnya diperlukan badan bagi fungsi penghasilan pigmen retina (mata) juga membantu sistem imun badan berfungsi dengan baik.
Antara sumber utama vitamin ini ialah hati ayam, hati lembu, telur, susu penuh krim, ikan bawal hitam, ikan kembung dan susu tepung skim. Kekurangannya boleh menyebabkan beberapa masalah seperti rabun malam, hilang selera makan, kulit kering dan kasar juga sistem imun menjadi lemah selain kekeringan mata.
Vitamin C pula perlu untuk membantu badan melawan jangkitan, mengurangkan risiko penyakit dan membantu penyerapan ferum. Antara lain, ia boleh didapati daripada betik, jambu batu, kubis, oren, tomato dan mangga.
Kekurangan vitamin ini boleh menyebabkan kurang selera makan, skurvi, gusi berdarah, keletihan dan kemurungan. Kalsium sangat diperlukan bukan hanya untuk mengekalkan kesihatan gigi dan tulang malah ia membantu untuk mengurangkan kehilangan jisim tulang.
Ia juga membantu dalam pembentukan dan pemeliharaan tulang, mengekalkan imbangan homeostasis kalsium, membantu dalam pembekuan darah secara normal juga mengekalkan fungsi saraf dan kawal atur otot jantung.
Sumber kalsium antara lain termasuk dadih, tauhu, kailan, bayam, keju, susu soya, badan dan ikan bilis tanpa kepala. Ramai yang mungkin terlepas pandang zat besi sedangkan ia diperlukan badan untuk menghasilkan sel darah merah, mengangkut oksigen dalam badan juga penting untuk fungsi otak terutama bagi pembelajaran dan daya ingatan.
Antara sumber zat besi termasuk kerang, peria, kacang kuda, bayam, ayam, daging lembu tanpa lemak, kismis, telur dan ikan bilis.