Tidak dapat dinafikan kenderaan empat roda kategori sport utility vehicle atau SUV kini cukup popular terutamanya golongan eksekutif. Dalam kategori SUV mewah jentera BMW X7 dikatakan di antara terbaik di pasaran.
Terbaru, BMW Malaysia memperkenalkan varian M Sport bagi jentera BMW X7. Lebih menarik BMW Malaysia turut menawarkan iterasi “The President” serba baharu yang kini lebih berpandukan prestasi.
BMW X7 xDrive40i M Sport baharu menambah rencah dinamik dan keagresifan pada barisan jentera BMW X7 yang sinonim dengan elegan dan ruang yang luas.
Jentera yang dipasang siap di Malaysia ini juga hadir dengan pakej M Aerodynamics sebagai standard lalu memberikan sport activity vehicle (SAV) mewah ini iras yang lebih lasak dan garang. Lalu ia disempurnakan dengan rangkuman set roda 758 M Alloy bersaiz 22 inci, di samping brek M Sport dan garisan eksterior aluminium ‘Individual’.
KUASA ENJIN
BMW X7 xDrive40i M Sport baharu dikuasakan oleh enjin enam silinder sebaris dengan pengecas turbo berkembar dan kapasiti 3.0 liter, yang mampu menjana 340 kk serta 450 Nm tork, dan ia digandingkan dengan Transmisi Automatik Sport 8 Kelajuan.
Ads
Rangkuman yang menjadi tumpuan dalam BMW X7 juga turut dibawakan oleh varian baharu ini, ia meliputi fungsi Executive Drive Pro, Integral Active Steering dan sistem pacuan semua roda xDrive.
Varian SAV premium terbaharu ini juga mengekalkan konfigurasi tujuh tempat duduk, Bumbung Kaca Panorama, BMW Laserlight, serta BMW Display Key.
Ads
Di dalam, BMW X7 xDrive40i M Sport masih membawakan aneka komponen yang diperbuat daripada kaca di konsol sentral, selain sistem bunyi keliling Harman Kardon dan BMW Live Cockpit Professional untuk sentuhan kemewahan – disinambungkan dengan rangkuman stereng berkulit M Sport yang terbaharu.
DALAMAN SERBA PREMIUM
Trim kayu halus dalam rona hitam yang serba baharu juga boleh dilihat menghiasi ruang kabin.
Ads
Penumpang dapat terus menikmati upholsteri kulit tulen Vernasca yang serba mewah, disediakan dalam tiga warna istimewa: Vernasca Cognac, Vernasca Coffee dan Vernasca Black. Malah pemilik juga masih dapat memanfaatkan fungsi Bantuan Memandu dengan Kawalan Luncur Aktif dan fungsi Mula & Henti, di samping Parking Assistant Plus yang didatangkan bersama seunit kamera 360˚.
Tawaran warna bagi jentera BMW X7 xDrive40i M Sport baharu merangkumi Black Sapphire, Mineral White dan Manhattan Metallic. Manakala warna Arctic Grey Brilliant Effect pula ditawarkan secara eksklusif bagi varian M Sport ini sahaja.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Seperti kita memakai kasut yang lawa begitu juga dengan kereta. Pastinya ‘kasut’ untuk kereta juga anda mahu nampak lebih gah dan gempak!
Kebiasaannya buat mereka yang baru sahaja memiliki kereta baru di antara modifikasi paling senang untuk dilakukan ialah menukar sport rim. Apatah lagi jika anda membeli kereta yang dibekalkan dengan rim standard dan kelihatan tidak mengancam di mata anda.
Namun dalam apa jua modifikasi atau melakukan pertukaran komponen serta aksesori terdapat beberapa perkara perlu anda pertimbangkan terlebih dahulu. Ingat ya, menggunakan sport rim sangat penting bukan sahaja untuk keselesaan pemanduan tetapi juga untuk keselamatan anda.
Jika tersilap pasang padah boleh datang mengundang. Jadi kali ini MASKULIN ingin kongsi beberapa tip untuk anda memilih sport rim kereta yang sesuai.
PCD atau Pitch Circle Diameter merupakan saiz lubang rim yang berada di tengah-tengah rim. Setiap model kereta kadangkala tidak sama PCD terutamanya kereta buatan luar negara. Dan setiap PCD juga bergantung kepada jenis kereta juga. Ada yang mempunyai 4, 5 atau 6 lubang. Saiznya pula pelbagai seperti 114.3, 100, 110, 120 dan banyak lagi.
ET merupakan singkatan kepada ‘Einpresstiefe’ atau ‘Offset’, iaitu dalam kefahaman mudah dalam Bahasa Melayu ialah mengimbangi. Ia membawa maksud untuk memberitahu kita jenis rim ini sama ada masuk ke dalam atau terkeluar dari fender atau body kereta.
Seterusnya ukuran lebar rim yang sesuai. Ukuran lebar ini akan menentukan kesesuaian tayar yang kita akan gunakan nanti. Kebanyakan trend sekarang ramai yang gemar menggunakan rim lebar tetapi tayarnya tidak lebar. Ia untuk mengelak tayar terkena pada fender atau body. Jadi ambil tahu tentang ukuran lebar rim yang biasanya tertulis di sebelah dalam atau belakang rim.
Akhir sekali pilihlah sport rim yang saiznya sesuai untuk kereta anda. Seperti anda juga ukurlah kasut sebelum beli. Begitu juga dengan sport rim. Selain itu, pilihlah warna rim yang lebih bersifat universal seperti hitam, krom, emas atau merah. Ia merupakan antara warna yang sangat sesuai dipadankan dengan banyak jenis warna cat pada body kereta.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Michelin baru sahaja melancarkan tayar Pilot Sport 4 S di Litar Antarabangsa Sentul di Bogor, Indonesia. Tayar tersebut dibangunkan khusus buat kenderaan berprestasi. Apakah kelebihan produk berkenaan?.
Di sini penulis senaraikan perkara utama perlu diketahui tentang Pilot Sport 4 S:
1) Pilot Sport 4 S berada di bawah kategori tayar prestasi ultra tinggi (UHP) yang memberikan keupayaan serta keseronokan maksimum buat pemandu kereta sports dan sedan premium.
2) Saiz tayar bermula dari 19 inci ke atas.
3) Pilot Sport 4 S menggantikan tayar Pilot Super Sport.
4) Corak bunga ultra reaktif menawarkan cengkaman secara konsisten di atas jalan raya.
5) Menggunakan Teknologi Dynamic Response menyumbang kepada kawalan optimum maklum balas stereng melalui satu tali sawat hibrid aramid dan nilon.
6) Pilot Sport 4 S menggunakan kemasan baldu bagi menghasilkan kontra warna hitam yang cantik pada dinding luar tayar.
7) Michelin menggunakan Perlindungan Deep Rim bagi melindungi semua jenis rim.
8) Selain itu, tayar buat kereta prestasi tinggi ini memberikan cengkaman luar biasa dan prestasi membrek di atas jalan basah lebih baik.
9) Pada sesi ujian dilakukan, penulis berjaya merekodkan jarak berhenti lebih pendek menggunakan tayar Pilot Sport 4 S iaitu 22.2m berbanding tayar pesaingnya 23.6m (pada keadaan jalan kering). Manakala pada keadaan jalan basah penulis merekodkan 28m menggunakan tayar Michelin berbanding pesaingnya 29m.
10) Mengaplikasi teknologi bi-compound menggunakan elastomer (serat-serat kenyal yang kembali ke bentuk asal selepas diregangkan) pada bahagian luar tayar untuk cengkaman kering lebih baik.
11) Gabungan kompaun baru elastomer dan silika pada bahagian dalaman tayar pula menjanjikan cengkaman pada permukaan basah dan brek yang lebih meyakinkan.
HARGA:
Harga sebiji tayar Pilot Sport 4 S bermula dari RM1, 100.
Artikel ini berkaitan dengan post sebelumnya. Kejadian yang berlaku pada wanita ini membuktikan pentingnya anda memakai tali pinggang keledar.
Kejadian tersebut berlaku tahun lalu. Mungkin ia kelihatan kelakar tetapi ini sebagai peringatan buat anda agar mengutamakan keselamatan.
Seorang wanita menerusi Twitter dengan nama @hellocojo berkongsi imej kesan mukanya yang tertinggal pada kerusi depan ketika kemalangan.
Tiada yang kelakar apabila terlibat dalam kemalangan. Tetapi @hellocojo menemui perkara humor dalam detik mencemaskan itu.
Kesan daripada impak kemalangan tersebut menyebabkan dia tersembam ke depan dan wajahnya dengan solekan melekat pada kerusi depan.
Cetakan tersebut begitu jelas menampakkan garis hidung, mata dan tulang pipinya yang terbentuk daripada bedak asas manakala gincu merah jambu meninggalkan bentuk bibir sempurna pada bahagian perehat kepala kerusi depan.
Menerusi post @hellocojo, walaupun bahagian depan kereta mengalami kerosakan namun dia lega kerana tiada yang cedera.
Sumber: Dailymail
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang