Umum sedia maklum yang minuman jus buah-buahan segar mempunyai manfaat kepada kesihatan, namun tahukan anda yang minuman ini boleh membawa kemudaratan kepada kesihatan anda?
Bahkan, minuman jus buah-buahan segar adalah lebih memudaratkan daripada minuman berkarbonat jika anda salah faham mengenai kandungannya.
Menurut perkongsian seorang doktor iaitu Dr Onn Akbar Ali di laman media sosialnya, beliau bimbang dengan tanggapan masyarakat yang menganggap jus buah-buahan adalah satu minuman yang sihat.
Beliau yang juga seorang pakar jantung itu adakalanya berpendapat yang lebih baik jika anda minum minuman berkarbonat berbanding jus buah-buahan.
“Sebab apabila kita minum air Coca-Cola atau Pepsi, kita tahu bahawa minuman itu adalah tidak sihat, minuman itu adalah banyak gula dan kandungan-kandungan yang tak bagi apa-apa manfaat,” katanya.
Disebabkan sedar yang minuman berkarbonat bukanlah pilihan terbaik untuk kesihatan, akan timbul rasa bersalah dan was-was dalam diri seseorang sekaligus membuatkannya mengehadkan pengambilan minuman itu, jelas Dr Onn lagi.
Ads
Hasil Dari Buah Tidak Semestinya Sihat
Berbeza dengan jus buah-buahan, ramai yang meminumnya tanpa rasa bersalah kerana beranggapan yang minuman itu adalah minuman yang sihat.
“Bangun pagi minum air jus. Petang-petang bila dahaga cuaca panas, minum air jus sejuk. Malam-malam sebelum tidur tengah layan Netflix, minum lagi jus sebab dia rasa benda itu sihat,” ujar Dr Onn.
Walaupun ia terhasil daripada sumber semula jadi seperti buah-buahan, menganggapnya sebagai satu minuman yang sihat adalah tanggapan yang salah.
Dr Onn menjelaskan yang kandungan jus buah-buahan itu hanyalah air dan buah-buahan sahaja tanpa sebarang khasiat lain.
“Ambil buah kita perah jus, keluarkan air dan gula. Serat semua kita buang,” jelasnya lagi.
“Sebab itu kadang-kadang saya rasa minum air jus lebih bahaya sebab apabila orang minum air jus. Dia ingat dalam kepala otak dia tengah buat perkara yang baik, minuman itu adalah minuman yang berkhasiat dan baik untuk kesihatan”.
Sama ada anda sedar atau tidak, tidak ramai pengguna gimnasium melakukan senaman kaki. Mungkin juga anda akan perasan ada antara mereka yang berbadan besar tetapi kecil di bahagian kaki, seolah-olah seperti kaki ‘ayam’.
Ini 4 senaman kaki yang boleh anda lakukan untuk dapatkan kaki tegap dan power.
1. Lunge
Senaman ini boleh dilakukan menggunakan dumbbell, iron plate, barbell atau kettlebell. Cuba tambahkan beban secara berperingkat.
Anda juga boleh lakukan static lunge sekiranya mengalami masalah kekurangan ruang atau lakukan walking lunge sekiranya anda ada ruang yang besar.
Semasa melakukan senaman ini, buka kaki anda selebar bahu, pandang lurus ke hadapan, langkah ke hadapan dan rendahkan badan sehingga paras paha, selari dengan lantai.
2. Squat
Senaman ini agak popular dan sinonim dengan senaman di bahagian kaki. Senaman ini adalah antara senaman paling berkesan serta melibatkan pelbagai sendi dan otot. Senaman ini juga melibatkan kekuatan di bahagian kaki, abdomen serta tulang belakang anda.
Senaman ini boleh menggunakan pelbagai beban seperti barbell, dumbbell dan sebagainya.
Buka kaki anda selebar bahu, berdiri dalam keadaan tegak dan hanya bengkokkan sedikit kaki anda semasa dalam posisi permulaan.
Semasa anda merendahkan badan, pastikan lutut tidak melebihi hujung kaki dan paha perlu selari dengan lantai.
3. Step Up
Senaman yang mudah untuk dilakukan di mana-mana sahaja sama ada di taman rekreasi ataupun di rumah.
Paras ketinggian bangku atau bench sepatutnya optimum apabila anda memijak dan paras paha juga perlu selari dengan paras lantai.
Jika terlalu rendah, ia kurang berkesan dan jika terlalu tinggi, ia akan terlalu sukar. CUba ketinggian yang pelbagai secara berperingkat mengikut kemampuan anda.
Semasa anda mulakan langkah, pastikan badan tegak, pandang ke hadapan dan hembus nafas. Semasa anda langkah ke belakang, tarik nafas. Jangan lakukan terlalu laju.
Pastikan permukaan bangku atau bench stabil. Cuba tambah beban secara progresif.
4. Sumo Dead-lift
Senaman ini pula lebih efektif untuk membina otot kerana posisi kaki yang lebih sukar untuk mengangkat beban.
Anda boleh menggunakan pelbagai jenis beban seperti dumbbell ataupun barbell.
Pastikan posisi kaki menghadap penjuru dan tolak badan anda ke atas dengan menggunakan tumit kaki. Hembus nafas. Pastikan juga kaki dan badan tegak. Jangan melengkung.
Selamat mencuba! Lakukan senaman-senaman ini dengan meningkatkan dulu pengulangan dan kemudian tambah beban secara berperingkat. Cuba sebanyak 3-4 set, 20-30 pengulangan bagi anda yang ingin membakar lebihan lemak.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Apakah simptom awal sebelum berlakunya serangan jantung terutamanya ketika bersukan?Sudah kerap kali kita mendengar kisah tentang individu yang umurnya masih muda tetapi meninggal dunia akibat serangan jantung.
Bila ditanya keluarga dan rakan terdekat mereka terkejut kerana tidak menyangka tragedi seperti itu boleh berlaku kepada orang tersayang.
Apatah lagi mereka tidak perasan atau jelas dengan simptom yang mungkin selama ini tidak disedari mangsa. Serangan jantung ketika melakuka aktiviti sukan seperti berlari, berbasikal atau bermain sukan bola sepak kini menjadi mimpi ngeri terutamanya buat lelaki berusia lingkungan 30 tahun ke atas.
MUSUH NOMBOR SATU
Bahkan serangan jantung ketika bersukan kini bagaikan menjadi musuh nombor satu buat golongan aktif. Apatah lagi jika seseorang itu melakukan aktiviti sukan seperti berlari secara semberono tanpa memikirkan kemampuan jantung atau heart rate (HR) mereka.
Tindakan ‘mengerah’ jantung untuk bekerja terlalu kuat secara tiba-tiba boleh mengundang bahaya. Apabila perkara ini dilakukan maka di sinilah risiko serangan jantung boleh berlaku. MASKULIN sebelum ini ada kongsikan artikel bagaimana anda boleh lari dengan selamat dengan mengikuti lathan MAF. Anda boleh ikutinya di sini.
Berbalik kepada risiko serangan jantung ketika bersukan, terdapat beberapa punca mengapa ia boleh berlaku. Ikuti perkongsian MASKULIN di bawah.
Jadi bagaimana perkara ini boleh berlaku?
Kematian Akibat Masalah Jantung
Hasil ujian autopsi menunjukkan kebanyakan kematian golongan bersukan ini adalah disebabkan Hypertrophic Cardiomyopathy iaitu sejenis masalah jantung yang menyebabkan kematian mengejut ketika melakukan aktiviti fizikal.
Ada beberapa simptom saja yang menunjukkan jantung seseorang itu mempunyai masalah. Antaranya termasuklah:
Keletihan melampau
Kaki bengkak
Mengah ketika bernafas
Dan sakit pada bahagian dada
Jangan sesekali berasa bahawa anda masih muda lalu fikir tak perlu ambil serius tentang tahap kesihatan diri.
Tragedi kematian melibatkan ahli sukan profesional menunjukkan walaupun seseorang itu aktif bersukan dan masih muda, ia tak bermaksud seseorang itu bebas daripada serangan jantung yang boleh membawa maut.
Untuk elak perkara ini berlaku ada beberapa langkah dan amalan hidup sihat boleh anda amalkan.
Kurangkan Pengambilan Fast Food
Memang susah untuk sesiapa berhenti mengambil makanan fast food. Semua iklan fast food menggiurkan orang, sekarang ini. Tetapi apa yang anda boleh lakukan ialah kurangkan pengambilannya ke tahap minima.
Lebihkan makanan seperti buah beri, brokoli, oatmeal, buah tembikai, buah epal dan paling mudah, switch minuman bergula kepada air kosong.
Tinggalkan Rokok, Vape Dan Yang Sewaktu Dengannya
Kes kematian mengejut banyak berkaitan dengan tabiat merokok. Bukan saja rokok menjadi punca kepada kanser, emphysema dan strok. Malah ia melemahkan kesihatan kardiovaskular. Itulah punca jantung tiba-tiba berhenti apabila seseorang bersukan lebih daripada kemampuan diri.
Berhenti merokok bukan saja menyihatkan malah duit pembelian rokok pun boleh dibuat belanja untuk barang yang lebih berfaedah.
Lakukan Pemeriksaan Doktor Secara Tetap
Jangan ingat ketika usia masih muda, korang tak perlu berjumpa doktor.
Tabiat melakukan check-up di klinik atau hospital sebenarnya memudahkan seseorang untuk memeriksa tahap terkini kesihatan mereka agar mereka sedar apakah aspek yang perlu diperbaiki.
Sekurang-kurangnya, lakukan appointment sebanyak 2 kali setahun alright.
Jangan Paksa Diri
Kalau dah terlalu penat tu, jangan pula nak push diri untuk bermain lagi. Contohnya emasa fun run – kalau sudah penat, berjalanlah sekejap. Bila perasan degupan jantung semakin laju daripada degupan normal, hentikan dulu aktiviti itu. Jangan abaikan simptom ini!
Kawal Pengambilan Suplemen Booster
‘Budak-budak gym’ mudah terdorong untuk mengambil suplemen booster demi melonjakkan stamina ke tahap yang lebih tinggi. Kadangkala terlalu tinggi sehingga melebihi limit badan sendiri. Ini juga antara punca masalah jantung.
Lebih baik korang rujuk dulu kepada ahli farmasi atau doktor sebelum membeli suplemen.
Ramai orang muda terutamanya lelaki menganggap aktiviti bersukan di gym dan di gelanggang adalah cara terbaik untuk melepaskan tekanan.
Selepas seharian di universiti atau tempat kerja, mereka ingin lepaskan lelah dan rasa stres dengan work out sehabis mungkin. Namun sebenarnya, cara terbaik untuk melepaskan lelah adalah dengan berehat.
Apabila tertekan, pelbagai reaksi kimia berlaku pada badan. Dengan berehat, badan dapat menyelaraskan kembali sel di dalam badan.
Semoha perkongsian ini boleh memberikan manfaat kepada anda. Berlari dan bersukan dengan selamat. Itu yang kita mahu!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tak perlu bedah plastik di bawah ini ada 7 teknik mudah yang boleh anda amalkan untuk menghapuskan lemak di bawah dagu anda itu.
Teknik 1
Berdiri tegak, angkat kepala seperti memandang atas hingga dagu juga terangkat. Bibir ditutup dan mulut dimuncungkan sampai otot pipi dan dagu rasa ditarik. Tahan selama 10 saat. Kembali ke posisi berdiri, ulang gerakan ini 10 kali.
Teknik 2
Berdiri tegak, tundukkan kepala dan mula buat gerakan mengikut pusingan jam. Ulang lima kali dan lima kali lagi mengikut arah jam sebaliknya.
Teknik 3
Berdiri tegak, tutup mulut rapat, tarik bibir seperti gerakan tersenyum lebar. Lakukan sampai otot rahang dan dagu rasa seperti ditarik. Tahan selama 10 saat. Ulangi gerakan sama sebanyak 10 kali.
Teknik 4
Mengunyah gula-gula getah – gerakan mengunyah gula-gula getah akan membuat otot rahang dan dagu bekerja lebih keras. Namun, pastikan anda memilih tanpa gula agar tidak menjejaskan gigi.
Teknik 5
Menguap – ketika menguap, otot mulut, dagu, dan leher juga akan ditarik sehingga mampu membakar lemak di pipi dan dagu. Oleh itu tiada ada salahnya jika anda melakukan gerakan menguap meskipun sedang tidak mengantuk.
Teknik 6
Urutan – urutan lembut yang dilakukan setiap hari boleh membantu menegangkan wajah. Cara urutan mulakan dari hujung leher membawa ke dagu hingga rahang. Ketika mengurut bahagian bawah dagu yang berlemak, arahkan urutan ke luar dengan gerakan searah.
Teknik 7
Senaman bola tenis – letak bola tenis di antara dagu dan leher. Kepit dengan kuat menggunakan dagu selama 10 saat, kemudian kendurkan selama lima saat. Ulangi 10 kali.
Senang sajakan cara nak hilang lemak bawah dagu, boleh dilakukan sambil duduk menonton tv. Selamat mencuba.