Selama ini ramai lelaki fikir, nak jadi maskulin kena ada badan sado, perut leper, otot timbul sana sini, baru layak digelar lelaki sejati. Tapi, kajian terbaru dari Akademi Sains China mungkin bakal ubah persepsi itu.

Rupa-rupanya tubuh lelaki yang dianggap ‘sempurna’ dan paling menarik di mata wanita, tidak semestinya berotot besar atau cengkung kurus. Malah, dad bod yang selama ini jadi bahan jenaka sebenarnya ada tarikan tersendiri!

BMI 23 – 27: ‘BODY GOALS’ YANG WANITA SUKA

Menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnal Personality and Individual Differences, para penyelidik mendedahkan bahawa lelaki dengan Indeks Jisim Badan (BMI) antara 23 hingga 27 adalah yang paling menarik.

Kajian Dedah Bentuk Sebenar Tubuh Lelaki Yang ‘Sempurna’!

Yang menariknya, BMI hujung skala ini dah kira kategori “berat badan berlebihan” ikut standard Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) United Kingdom. Tapi, jangan panik dulu bro, ‘berlebihan’ di sini bukan bermaksud obes, tapi lebih kepada tubuh sederhana berisi — bukan terlalu kurus, bukan terlalu besar, cukup ngam!

TESTOSTERON & TARIKAN SEMULAJADI

Kajian ini turut mengaitkan faktor lemak badan (adiposity) dengan tahap testosteron dalam tubuh lelaki. Lemak badan yang terkawal dipercayai menunjukkan keseimbangan hormon, kesihatan, dan keupayaan sebagai pasangan — benda yang wanita intuitif nampak, walaupun mereka sendiri tak sedar.

Senang cakap, badan sederhana berisi tapi aktif, sihat, dan nampak fit, adalah kombinasi yang paling ‘menang’ untuk tarik perhatian kaum Hawa.

Ads

DATA GLOBAL: 3 NEGARA, HASIL KONSISTEN

Kajian ni bukan setakat teori atas kertas. Para penyelidik libatkan 283 peserta dari China, Lithuania dan United Kingdom. Mereka ditunjukkan 15 imej tubuh lelaki dengan pelbagai saiz BMI — wajah dikaburkan untuk elak ‘bias’ rupa paras.

Keputusannya:

✅ China: BMI paling menarik ialah 23.4
✅ Lithuania: BMI paling menarik ialah 23.0
✅ United Kingdom: BMI paling menarik ialah 26.6

Ads

Walaupun tahap obesiti berbeza antara negara, pola pemilihan tetap konsisten — wanita cenderung tertarik kepada lelaki dengan bentuk tubuh seimbang, sederhana berisi, bukan terlalu kurus dan bukan pula terlalu besar.

MASKULIN PUNYA PESANAN BUAT BROTHER SEMUA

Realitinya, majoriti wanita tak cari lelaki dengan badan supermodel atau bodybuilder. Apa yang mereka nampak ‘seksi’ adalah lelaki yang sihat, stabil, ada keyakinan, dan tahu jaga diri termasuk dari segi fizikal dan mental.

Jadi bro, kalau kau tengah kejar bentuk tubuh ‘sempurna’, fokus pada gaya hidup sihat:

Ads

💪 Jaga makan — lebih protein, kawal karbohidrat
💪 Konsisten bersenam — tak perlu ekstrem, cukup aktiviti cardio & kekuatan
💪 Tidur cukup, kurangkan stres
💪 Yakin dengan diri sendiri — aura itu lebih mahal dari abs yang padu!

Tak salah nak ada impian bina badan, tapi ingat, dad bod fit pun sebenarnya ramai yang suka, asalkan sihat dan seimbang.

Sumber: Daily Mail UK

BACA LAGI : Lee Zii Jia Kongsi Ilustrasi Pelik, Tukar Gambar IG Jadi Hitam

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI