Tragedi kemalangan yang tidak dijangka mengubah seluruh hidup seorang lelaki yang bernama Nick Scott. Dia berlawan dengan kesakitan, kekecewaan dan kemurungan sebelum dinobatkan antara insan paling memberi inspirasi dan kesedaran dalam arena kecergasan seluruh dunia.
Ahli bina badan merupakan pakar transfomasi. Mereka membentuk tubuh mereka mengikut rangka dan spesimen yang mengagumkan. Ada yang bermula tanpa lemak (lean), ada juga yang bermula seperti gadang (Sizing). Namun bagi Nick Scott, dia bermula untuk menyelamatkan dirinya.
“Hidup saya musnah. Saya melalui tekanan jiwa dan kemurungan yang parah. Depresi ini membuatkan berat badan saya naik sampai 137kg. Saya bertanya dalam hati, kenapa saya tidak mati maut sahaja sewaktu kemalangan itu?”.
Selama 14 tahun, Nick melalui pelbagai sesi terapi dan rehabilitasi. Kesakitan yang bukan kepalang bukan sahaja dirasai fizikal, malah memainkan minda, emosi dan perasaan Nick. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk merubah hidupnya 360 darjah.
Kini di majlis-majlis besar, Nick bangun dari kerusi roda, berjalan perlahan-lahan dengan kaki lumpuh ke podium pentas untuk memberi ucapan. Nick sengaja mencabar norma, bahawa kaki yang lumpuh tak bisa menghalang dia berdiri . Memberitahu dan memperlihatkan pada penonton dan seluruh dunia, kemalangan ini tak mematikan semangat dia. Nick jadikan tragedi hitam ini untuk membina Nick yang baru dengan badan yang lebih jitu. This is his story.
Hari malang
“Tahun 1998, ketika itu saya berusia 16 tahun. Masih sekolah tinggi. Saya memandu kereta putih saya untuk ke sesi latihan bola sepak. Tak diduga, tayar hadapan sebelah kiri tiba-tiba meletup, lantas membalik-balik kereta saya sebanyak lima kali. Kemalangan ini merosakkan tulang belakang saya. Doktor memberitahu saya lumpuh separa badan. Saya dimaklumkan tidak dapat berjalan lagi. Impian bola sepak saya terkubur pada hari itu juga.”
Kemurungan
Depresi mempengaruhi kehidupan saya pada setiap aspek. Dari aspek kehidupan sehari-hari, pemakanan, hubungan dan segala hal yang saya lakukan. Segalanya tak kena. Fikiran negatif menjejaskan minda saya. Saya merasakan seperti dilahirkan semula, tetapi dalam bentuk seorang bayi, yang tidak boleh pun menggerakkan kaki sendiri. Bayangkan, ketika itu saya masih remaja, hanya mampu melihat sahaja aktiviti yang kawan-kawan saya lakukan. Ia membunuh sanubari ini.
Ads
Anjakan paradigma
Tidak saya sangka, kembali ke gimnasium lebih memberi cabaran buat saya. Melihat semua orang dapat melakukan aktiviti-aktiviti kecergasan yang saya tidak dapat lakukan membuatkan saya terasa seperti orang yang tidak berguna. Namun, saya kuatkan semangat dan mencari kekuatan diri ini. Saya sedar, saya masih boleh melakukan bench press. Saya bisik dalam hati, kalau saya tak mampu buat apa yang orang buat, paling kurang, saya harus lebih kuat dari semua orang. Itu lah yang saya laksanakan. Bench pressing memberi saya suatu yang boleh saya fokus. It was precious to me, close to my heart. Bench pressing boosted my confidence.
Awareness
Ia sangat mengharukan bila orang melihat saya sebagai inspirasi. Saya suka membantu orang. I believe God had a different path for my life and I am in the wheelchair for a reason. Jangan putus harapan. Bangkit dan hadapi cabaran itu. Masa akan menyembuhkan fizikal dan mental. Cuma kamu perlu kuat semangat. Take it from someone who has been in the wheelchair for more than 14 years.
Nick Scott merupakan Presiden Wheelchair Athletics Inc dan CEO Wheelchair Bodybuilding Inc serta Pengasas Wheelchair Athletics Foundation, juga seorang atlet Paralimpik, Duta OKU Kebangsaan Amerika, usahawan, model kecergasan, pelakon, pakar motivasi, penulis dan penari ballroom profesional. Nick Scott juga merupakan satu-satunya jurulatih kecergasan di dunia yang mereka cipta gerakan work out terbaru khusus untuk atlet/orang kelainan upaya (mendapat pengiktirafan dari Ottawa University).
Sabtu – Quads – (2-4set,8-12rep) Leg Press + Leg Extensions + One leg Leg Press + (3-4set,15-20rep) Cable Crunch + Ab Crunch Machine + One Arm High Pulley Cable Side Bends + Hanging Leg Raise
Ahad : Rehat
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jika semalam The Rock telah menggemparkan dunia hiburan dengan video tentang bagaimana dia dan ahli keluarganya dijangkiti COVID-19. Hari ini pula kecoh di laman media sosial tentang pelakon Batman terbaru, Robert Pattinson.
Menurut syarikat penerbit filem ‘The Batman’, Warner Bros. penggambaran filem tersebut terpasa dihentikan selepas pelakon utamanya, Rpbert Pattinson telah disahkan positif virus tersebut.
Jelas mereka lagi sejumlah krew penggambaran kini telah turut melakukan kuarantin kendiri namun tidak dinyatakan siapa dan berapa orang jumlahnya.
Pendedahan ini sedikit sebanyak menggusarkan banyak pihak terutamanya peminat filem Batman yang dilihat sudah tidak sabar untuk menonton filem reboot terbaru adiwira kegemaran mereka.
Terdahulu penggambaran yang bermula di Glasgow, Scotland awal tahun ini juga terpaksa dihentikan buat sementara waktu kerana penularan pandemik ini.
BERLAKU JANGKITAN
“Salah seorang ahli produksi filem ‘The Batman’ telah positif COVID-19 dan kini melakukan isolasi mengikut prosedur dan protokol. Penggambaran dihentikan buat sementara waktu secara sera-merta,” jelas seorang jurucakap wanita studio tersebut.
Sumber daripada Vanity Fair pula berkata, aktor yang sebelum ini popular dengan francais filem ‘Twilight’ itu mendapat jangkitan beberapa hari selepas penggambaran dilangsungkan di London. Ini selepas enam bulan penggabaran asal ditangguhkan.
Mengikut jadual asal, ‘The Batman’ dijangka ditayangkan pada buan Jun 2021 namun kemudian ditangguhkan ke Oktober 2021.
Berikutan kondisi sekarang ramai pihak masih tidak pasti sama ada ia sempat disiapkan unuk tayangan pada tahun hadapan.
Semoga Robert Pattinson cepat sembuh dan menjalani rawatan dengan sebaik mungkin.
Buat peminat Batman, anda boleh dapatkan pelbagai aksesori menarik adiwira tersebut di sini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jika sekali sekala rasanya ia tidak mendatangkan masalah namun jika kita terlalu obses dengan minuman tersebut, pelbagai kesan sampingan akan terjadi yang sudah tentu akan menjejaskan kesihatan antaranya :-
Obesiti
Penyakit obesiti lazimnya disebabkan pengambilan air berkarbonat yang tidak terkawal. Hasil kajian mendapati, kanak-kanak 12 tahun yang gemar minum air gas lebih berisiko untuk terkena obesiti atau kencing manis. Bahkan, setiap kali anda mengambil minuman bergula itu, risiko terkena kencing manis akan meningkat sebanyak 1.6 kali.
Badan Kekurangan Bendalir
Kandungan gula, kafien dan sodium yang tinggi dalam air gas seterusnya akan bertindak mengeringkan tubuh badan manusia untuk jangka masa lama. Paling bahaya, ia boleh menyebabkan dehidrasi kronik yang kemudian memberi impak kepada fungsi buah pinggang, kerosakan hati serta otot.
Kerosakan Gigi
Jika selalu minum soda atau minuman bergas ini, ia akan menggalakkan pertumbuhan plak yang akan merosak struktur gigi lalu menyebabkan kaviti serta sakit gusi. Pasti tidak menarik jika gigi mengalami kerosakan.
Tiada Kandungan Nutrisi
Memang tak ada satu langsung pun manfaat nutrisi dalam minuman berkarbonat. Ia mengandungi sumber kandungan bukan semula jadi seterusnya membahayakan tubuh.
Fruktosa Berlebihan
Untuk pengetahuan umum, soda mengandungi High Fructosa Corn Syrup (HFCS) yang diperbuat daripada jagung. Secara dasarnya, jagung-jagung yang digunakan telah diubah secara genetik. Penghasilan High Fructosa Corn Syrup sendiri merangkumi merkuri dalam pemprosesannya yang menyebabkan masalah jangka masa panjang terhadap tubuh.
Kandungan Gula Tinggi
Gula yang larut dalam minuman berkarbonat adalah sudah dicairkan menjadikannya jumlah yang boleh menyebabkan bukan sahaja kencing manis bahkan berat badan bertambah!
Kafein
Kebanyakan minuman bergas memang mengandungi kafein yang sering dikaitkan dengan penyakit membunuh seperti kanser, degupan jantung tidak normal dan tekanan darah tinggi.
Pemanis Tiruan
Pemanis tiruan menjadi punca kepada ketumbuhan otak, gangguan emosi, sawan dan pelbagai lagi penyakit yang tidak dijangka. Ini berlaku kerana tindak balas tubuh terhadap kandungan metanol yang terhasil adalah tidak serasi. Bukan itu sahaja, ia juga berisiko untuk tingkatkan sindrom metabolik yang menyebabkan pengumpulan lemak di perut iaitu buncit, peningkatan kolesterol serta kandungan gula dalam badan.
Asid Fosforik
Soda mengandungi asid fosforik yang akan mengganggu proses tubuh, menyerap dan menghakis kalsium dari tulang hingga menyebabkan masalah tulang rapuh. Ia juga bertindak balas dengan asid perut, melambatkan penghadaman dan menghalang penyerapan nutrisi ke dalam badan.
BARANGKALI hanya yang sedang atau pernah melalui kehidupan bermadu dapat merasai pahit manisnya berkongsi kasih daripada seorang lelaki bergelar suami.
Pernahkah terfikir untuk menamatkan sebuah hubungan dengan seseorang yang anda kenali dan sayangi itu yang nyata milik wanita lain?
Melihat sisi yang pelbagai terutama menelusuri kisah rumah tangga pasangan lain yang pernah hidup bermadu sentiasa bergolak hingga berakhir dengan kehancuran, pasti menggugat impian anda untuk memanjangkan hubungan.
Namun, suratan takdir menyatakan memang dia adalah jodoh anda, lalu anda reda atas segalanya. Diserang atau dicop dengan pelbagai tuduhan seperti perampas, pemusnah rumah tangga insan lain dan pelbagai kejian atau kata kesat mungkin juga membuatkan anda gentar untuk melayari bahtera berdua walau hakikatnya anda terpaksa berbahagi atau berkongsi kasih.
Jika itu keputusan dan jalan yang anda pilih, beberapa petua berikut mungkin mampu dimanfaatkan untuk menjadi insan yang tabah dalam memadu kasih.
Tidak dinafikan, menjadi isteri kedua sering dipandang serong dalam masyarakat lalu anda harus bersedia secara mental dan fizikal dalam menempuh fasa yang mungkin melukakan perasaan anda. Apa yang penting (bukan menggalakkan), cinta sejati tidak mudah goyah hanya kerana hinaan atau kejian orang.
# Jangan peduli apa orang kata, peduli hanya apa yang keluarga dan suami anda kata kerana hanya mereka yang berjasa dan berkepentingan dalam hidup anda.
Masyarakat hanya tahu mengutuk, tetapi tidak tahu memberi jalan penyelesaian. Tidak berdosa hidup bermadu, tidak hina menjadi isteri kedua, ketiga atau keempat, dengan syarat suami anda mestilah seorang suami bukannya seorang ‘lelaki’.
# Sentiasa merendah diri dan hormati isteri pertama, biar dia marah atau mengata apa saja asalkan anda sentiasa mengalah.
Kuatkan hati dengan matlamat bahawa perkahwinan anda adalah mencari keredaan Allah melalui kebaikan suami. Jika niat jelas dan ikhlas, lama-kelamaan isteri pertama akan lembut hatinya bahkan dia boleh menjadi kawan baik.
Pasti anda akan tenang apabila madu menghubungi dan bertanyakan khabar anda di kala suami bersamanya. Lakukan perkara serupa kepadanya apabila suami bersama anda pula.
# Senangkan hati suami, dia akan menyenangkan hati anda. Bukankah semua isteri mahu disayangi suaminya?
Oleh itu, anda perlu sentiasa memainkan peranan aktif supaya hati suami selalu senang dan tenang kerana apabila hati suami senang, madu anda juga senang hatinya. Secara langsung, kebaikan itu datang kepada anda juga, hati akan terus diselubungi kebahagiaan tanpa sedikit pun rasa iri bermukim di hati.
# Jangan tamak masa dan harta, terimalah seadanya daripada suami. Ini kerana segelintir isteri yang bermadu mengimpikan masa yang panjang untuknya sedangkan dia kena ingat dia ‘datang’ kemudian.
# Sewajarnya isteri kedua mampu berdikari supaya masa santai itu dipenuhi sebaik-baiknya. Jadi, akan kurang masa untuk memikirkan yang bukan-bukan dan jangan benarkan syaitan menguasai diri.
Mana ada perempuan yang tidak cemburu? Sedikit sebanyak ada rasa cemburu di hati kerana kita hanya manusia biasa, tetapi biarlah berpada-pada dan tunjukkan juga rasa sedikit cemburu itu kepada suami supaya dia tahu yang anda sayang kepadanya.
# Ambil hati mentua sewajarnya supaya dia juga kasihkan anda dan anak seperti dia kasihkan keluarga suami anda yang satu lagi.
# Tiada siapa yang menang atau kalah dalam perhubungan seperti ini, yang penting adalah ketenangan dalam perhubungan itu.
# Sokongan keluarga sendiri sangat penting untuk wanita seperti anda, jadi anda tidak akan rasa kekurangan apabila suami tiada bersama.
# Fikirkan konsep poligami itu adalah berkongsi bukannya merampas.
Namun, ketika anda menerima lamaran bakal suami untuk bergelar isteri kedua, berhati-hatilah ketika menerima lamaran dengan meneliti beberapa perkara iaitu:
# Tanya dan lihat: Adakah dia lelaki bertanggungjawab kepada keluarga dan ibu bapanya? Jika ya, maknanya dia akan bertanggungjawab juga kepada diri anda.
# Adakah dia menjaga solat setiap kali berjumpa anda? Jika ya, maknanya dia lelaki yang tahu perkara asas.
# Adakah bakal madu anda terdidik akhlaknya? Jika ya, mudah untuk anda berbaik-baik dengannya.
# Adakah dia punya pekerjaan tetap sekian lama? Jika ya, maknanya dia tetap pendirian dan tahu maksud kehidupan.
# Adakah dia faham mengenai perkahwinan sama seperti yang anda faham?
Jika ya, mudahlah bagi anda dan dia bertolak ansur. Jika tidak, lebih baik berfikir dua kali kerana tidak semua perempuan atau lelaki kental. Ramai juga yang mengambil peluang dengan konsep poligami ini, namun hanya mereka yang berwibawa saja mampu melakukannya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Lelaki Kelantan Ramai Pilih Wanita Thailand Sebagai Pasangan Hidup. Wanita Thailand, terutama dari wilayah Selatan seperti Pattani, Yala, dan Narathiwat, sering menjadi perhatian lelaki Melayu.