Dalam dunia fesyen moden, kolaborasi antara jenama pakaian dan artis kontemporari bukan lagi sesuatu yang asing. Namun, apabila nama besar seperti KAWS digandingkan dengan jenama global UNIQLO, hasilnya bukan sekadar koleksi biasa tetapi sebuah pergerakan budaya.
UNIQLO, peruncit pakaian antarabangsa dari Jepun, baru sahaja mengumumkan pelantikan KAWS sebagai Artist In Residence pertama mereka.
Peranan baharu ini bukan sahaja memperkukuhkan inisiatif Art For All, tetapi juga membuka ruang untuk perkembangan koleksi LifeWear masa depan yang lebih artistik dan penuh nilai ekspresi.
Pengumuman ini dibuat pada 22 September 2025, dengan KAWS bakal memainkan peranan dalam acara seni di stor global UNIQLO serta bersama rakan muzium antarabangsa. Lebih menarik, koleksi pertama hasil kerjasama ini dijangka hadir musim luruh/sejuk 2025.
Visi Baharu Melalui Art For All
“Saya sangat teruja untuk mengambil langkah seterusnya bersama rakan lama saya, UNIQLO, sebagai Artist In Residence pertama jenama ini.
“Dalam peranan ini, saya berharap dapat menyentuh komuniti seni dan kreatif global bagi mengkurasi generasi seterusnya kolaborator UNIQLO,” kata KAWS. “Saya menantikan peluang untuk menghasilkan LifeWear yang lebih menarik.”
Ads
Foto – Tolga Akmen/AFP
John C Jay, Presiden Global Creative Fast Retailing, menambah, “Dalam dunia yang sentiasa berubah, seni kini lebih penting berbanding sebelumnya sebagai ekspresi kemanusiaan kita.
“KAWS telah melangkaui batas tradisional dunia seni, sama seperti usaha UNIQLO dalam mentakrifkan semula industri pakaian melalui LifeWear. Sebagai Artist In Residence, KAWS akan membantu UNIQLO memperluas apresiasi dan penyertaan seni serta kreativiti untuk semua.”
Peranan ini bukan sekadar simbolik. KAWS akan memperkenalkan kolaborator baharu, mencadangkan konsep kreatif segar, serta terlibat dalam pertandingan UT Grand Prix pada masa hadapan.
Beliau juga akan menyertai acara bersama duta jenama global UNIQLO, selain memainkan peranan penting dalam pembangunan koleksi LifeWear di luar rangkaian UT.
Ads
UNIQLO sendiri sudah lama terkenal dengan kolaborasi seni. Antara koleksi terdahulu bersama KAWS termasuk KAWS × Peanuts (2017), KAWS × Sesame Street (2018), serta edisi khas KAWS + Warhol (2024). Setiap koleksi ini mendapat sambutan hangat dan membuktikan kuasa kolaborasi antara seni dan fesyen.
Seni Untuk Semua, Bukan Sekadar Pakaian
Sejak lebih sedekad lalu, UNIQLO komited membawa seni lebih dekat dengan masyarakat melalui kerjasama bersama muzium terkemuka dunia seperti MoMA, Tate, Louvre dan Boston Museum of Fine Arts.
Langkah melantik KAWS sebagai Artist In Residence dilihat sebagai kesinambungan visi ini – menjadikan seni sebahagian daripada kehidupan harian, mudah diakses dan dihargai ramai.
Dengan lebih 2,500 stor di seluruh dunia, UNIQLO dilihat bukan sekadar menjual pakaian, tetapi mencipta platform global di mana seni dan gaya hidup bersatu.
Pelantikan KAWS hanyalah permulaan, dan ia dijangka membuka lembaran baharu dalam cara kita memahami dan menghayati fesyen.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bell & Ross telah melancarkan BR-X1 Military sebuah jam tangan yang bertaraf mewah dengan estetik yang direka buat pejuang pesawat udara dengan bentuk matte khaki ketahanan tinggi titanium (HRT) dan paparan ultra-hijau. Sentiasa satu langkah kehadapan dari segi kemajuan teknikal, terutamanya inovasi, Bell & Ross merupakan jam tangan yang ringan dan memiliki bahan tahan lama untuk hipersonik BR-X1, Titanium Rintangan Tinggi (HRT).
Bahan ini diperoleh dengan penggunaan proses baru yang mana mengubah titanium, menjadikannya lebih keras dan bagus untuk mereka yang gemar dengan aktiviti lasak.
Dengan bentuk sporty, BR-X1 Military mampu menambat hati penggemar koleksi jam tangan yang diserikan dengan perisai penuh pada permukaan jam juga serba canggih. Ia juga dilindungi dengan kerangka yang tahan lasak, menjadikan si pemakai boleh melakukan aktiviti lasak kerana ia mempunyai taya tahan yang kuat.
Pada bahagian atas permukaan jam tangan ini mempunyai bentuk X dimana ia mempunyai DLC hitam (Diamond-Like Salutan karbon), adalah bentuk rasmi Bell & Ross. Tali pada jam tangan yang melingkari pergelangan tangan anda dimuatkan dengan Titanium Rintangan Tinggi (HRT) yang mengagumkan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bila sebut tentang jenis kasut pastinya ramai yang terus terbayang akan kasut kulit yang formal atau dress show dan juga sneakers.
Tapi ramai yang tidak tahu sebenarnya terdapat beberapa jenis kasut kasual yang boleh digayakan dan dipadankan dengan pelbagai jenis fesyen menarik.
Kadangkala jika sering memakai dress shoe atau sneakers boleh buat kita nampak janggal. Itu bermakna anda memerlukan satu ‘nafas’ baharu dalam penggayaan footwear harian. Dan inilah yang kita panggila kasut kasual.
Secara istilahnya kasut kasual membawa erti yang cukup besar. Namun secara amnya ia merupakan jenis kasut dengan rekaan yang versatil dibuat daripada material kulit atau suede.
MASKULIN ingin kongsi 5 jenis kasut yang boleh membuatkan gaya anda menjadi bertambah kacak dan menarik!
DERSERT BOOT
Kasut jenis ini mula popular pada era 1950-an. Jenama yang paling popular dengan reka bentuk ini ialah Clarks. Beberapa jenama lain seperti Dr Martens juga menawarkan model yang tidak kurang hebat.
Dengan rekaan potongan pertengahan, ia nampak lebih elegan dan klasik. Pilihan suede merupakan yang paling menonjol.
ESPADRILLES
Tahukah anda bahawa rekaan gaya kasut ini telah wujud sejak empat ribu tahun yang lalu? Tidak hairanlah mengapa ia bertahan lama kerana sifat versatil yang dibawa olehnya mampu digayakan dengan segala macam pakaian.
Sifat minimalis dibawanya menyerlahkan sifat maskulin seorang lelaki yang menggayakan kasut ini.
SUEDE DERBIES
Silhouttes kasut ini mungkin berada di tengah-tengah di antara kasual dan juga formal. Namun dengan warna lebih cerah ia boleh tampil dengan gaya lebih santai dan bersahaja.
Kasut Derby kini telah menjadi item kasual klasik yang oleh digayakan bersama jean mahupun chinos.
SUEDE LOAFERS
Loafers yang diperbuat daripada kulit berkilat lebih sesuai digayakan bersama sepasang sut formal yang segak. Namun jika ia tampil dengan material suede, ia telah mengubah dimensi trend fesyen yang lebih dinamik.
Menggayakan suede loafers dengan seluar pendek bersama t-shrt poli menyerlahkan sisi kacak pemakainya dengan lebih berbeza.
DRIVING SHOES
Hari ini driving shoe telah dianggap sebagai item fesyen yang harus ada dalam koleksi lelaki. Berbanding ketika ia pertama kali dicipta untuk kegunaan pemandu kereta lumba. Dengan rekaan moc-toe dan rekaan slip-on tidak hairanlah mengapa ia menjadi pilihan ramai lelaki.
Jika anda berminat ingin dapatkan kasut-kasut seperti di atas dengan harga menarik, boleh dapatkannya di sini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Menjelang Aidilfitri, jenama-jenama pakaian tradisional tempatan berlumba-lumba melantik selebriti dan pempengaruh untuk memperagakan koleksi busana lebaran masing-masing.
Jenama Baju Melayu Elrah Exclusive juga tidak ketinggalan malah lebih selangkah di hadapan apabila menampilkan bekas Menteri Belia & Sukan Negara, Khairy Jamaluddin sebagai peragawan terbaharunya.
Menerusi perkongsian video-video pendek kempen raya di media sosial Elrah Exclusive, Khairy atau mesra disapa KJ itu dilihat menggayakan Baju Melayu dalam beberapa rona termasuklah rona krim, ungu, merah jambu dan biru laut bersama samping pelbagai warna.
Menurut pengasas Elrah Exclusive iaitu El Azman, tindakan ‘berani’ untuk melantik Khairy itu adalah sebahagian daripada strategi mereka untuk mencipta fenomena Baju Melayu jenama berkenaan.
Beliau dalam ayat berkias juga menyatakan peluang tersebut telah lama diharapkannya dalam menerusi kapsyen di salah satu hantaran video menunjukkannya berpelukan mesra dengan Khairy sebelum ahli politik itu beransur pulang.
“Matlamat ibarat peluru dalam pistol. Bila sudah tekad hanya tekan picu boom!
“Matlamat kita laksana tanpa fikir apa kata orang yang menghalang kita untuk menarik picu tersebut untuk menuju ultimate goal kita sendiri,” tulisnya.
Meninjau ke ruangan komen pula, warga maya menyambut baik perlantikan Khairy dan sesetengahnya menyifatkan beliau sebagai seorang insan yang mempunyai pelbagai bakat termasuklah sebagai ahli politik, penyampai audio siar (podcast), penyampai radio di Hot FM dan kini sebagai peragawan.
Sesuai dengan takrifan “tall, dark & handsome” yang sering dikaitkan dengan beliau, warga maya menyifatkan penampilan Khairy sangat tepat melambangkan imej lelaki Melayu tempatan yang merupakan sasaran terbesar pakaian tersebut.
Ramai lelaki give up lepas sebulan gym sebab tak faham fasa awal, salah cara latihan, dan cepat hilang motivasi. Ketahui sebab sebenar dan cara kekal konsisten supaya tak burnout.